Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

TAHAP PENTAFSIRAN KSSR MATEMATIK

STANDARD PRESTASI
Pelaksanaan Standard Prestasi dalam melaksanakan Kurikulum Matematik Sekolah Rendah
adalah merujuk kepada Kerangka kurikulum Matematik sepertimana yang digambarkan
dalam Rajah di bawah. Empat elemen penting yang menyumbang kepada pentaksiran bagi
matematik sekolah rendah ialah:
1. Bidang Pembelajaran;
2. Sikap dan Nilai;
3. Kemahiran Matematik; dan
4. Proses Matematik.
Nombor dan Operasi
Sukatan dan Geometri
Perkaitan dan Algebra
Statistik dan Kebarangkalian
Matematik Diskrit

Penyelesaian Nilai matematik


masalah Nilai sejagat
Penaakulan
Berkomunikasi secara
Matematik
Perwakilan
Perkaitan Kemahiran matematik
Kemahiran menganalisis
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran membuat penyelidikan
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran menggunakan teknologi

Rajah: Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang
diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam
perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan
menegak (tahap penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier
menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam
bentuk hasil pembelajaran.

Tahap Penguasaan ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu
yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

11
TAHAP PENTAFSIRAN KSSR MATEMATIK

Tafsiran Tahap Penguasaan Secara Umum

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
1 respons terhadap perkara yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
2 menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
3 pada suatu situasi.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut
4 prosedur atau secara sistematik.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan
5 mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
6 untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN UNTUK MATEMATIK

Terdapat 3 kelompok yang perlu dinilai bagi menentukan tahap penguasaan murid
sebagaimana berikut:
1. Pengetahuan
2. Kemahiran Proses
3. Sikap dan Nilai Dalam Matematik

1. Tafsiran Tahap Penguasaan Pengetahuan Matematik


TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Tahu pengetahuan asas matematik.
2 Tahu dan faham pengetahuan asas matematik.
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi
3
asas matematik dan penukaran asas.
Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-
4
langkah pengiraan dalam menyelesaikan masalah harian yang rutin.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik
5 dalam menyelesaikan masalah harian yang rutin dengan pelbagai
strategi.
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik
6 dalam menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin secara kreatif
dan inovatif.

Nota:
Penentuan Tahap Penguasaan bagi aspek pengetahuan adalah merujuk kepada tajuk-tajuk
yang diwujudkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Setiap tajuk
mempunyai tafsiran tahap penguasaan sendiri.

2
2
TAHAP PENTAFSIRAN KSSR MATEMATIK

2. Tafsiran Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Matematik

Terdapat 5 kemahiran proses matematik yang memerlukan pertimbangan guru dalam menentukan tahap penguasaan bagi setiap murid iaitu:
Penyelesaian masalah
Penaakulan
Komunikasi
Perkaitan dan
Perwakilan
Setiap kemahiran proses matematik tersebut mempunyai tafsiran tahap penguasaan seperti berikut:

KEMAHIRAN PROSES
TAHAP
PENGUASAAN PENYELESAIAN
PENAAKULAN KOMUNIKASI PERKAITAN PERWAKILAN
MASALAH
Menyatakan langkah- Memberikan justifikasi Menyatakan idea Membuat perkaitan Menggunakan
langkah penyelesaian bagi aktiviti matematik matematik secara lisan kemahiran yang perwakilan dengan
masalah tanpa secara logik dengan atau penulisan dipelajari dengan tajuk bimbingan.
1 melakukan proses bimbingan. menggunakan simbol lain dan kehidupan
penyelesaian. matematik atau harian dengan
perwakilan visual. bimbingan.

Menyelesaikan masalah Memberikan justifikasi Menerangkan idea Membuat perkaitan Menggunakan


rutin yang diberi dengan bagi aktiviti matematik matematik secara lisan kemahiran yang perwakilan bagi
2 bimbingan. secara logik tanpa atau penulisan dipelajari dengan tajuk menunjukkan
bimbingan. menggunakan simbol lain dan kehidupan kefahaman matematik
matematik atau harian tanpa bimbingan. tanpa bimbingan.
perwakilan visual.
Menyelesaikan masalah Menunjukkan justifikasi Menggunakan laras Mengaitkan konsep dan Menjelaskan konsep dan
rutin yang melibatkan yang tepat bagi aktiviti bahasa, simbol prosedur bagi prosedur matematik
3 satu langkah pengiraan matematik yang matematik atau menyelesaikan ayat dengan menggunakan
tanpa bimbingan. melibatkan satu perwakilan visual yang matematik. perwakilan.
pengiraan. betul.

3
TAHAP PENTAFSIRAN KSSR MATEMATIK

KEMAHIRAN PROSES
TAHAP
PENGUASAAN PENYELESAIAN PENAAKULAN KOMUNIKASI PERKAITAN PERWAKILAN
MASALAH
Menyelesaikan masalah Menunjukkan justifikasi Menjelaskan idea Mengaitkan konsep dan Menggunakan
rutin yang lebih yang tepat bagi aktiviti matematik secara prosedur bagi perwakilan bagi
kompleks. matematik melibatkan sistematik dengan menyelesaikan masalah menyelesaikan masalah
4 lebih daripada satu menggunakan laras harian yang rutin. harian yang rutin.
pengiraan. bahasa, simbol
matematik atau
perwakilan visual yang
betul.
Menyelesaikan masalah Menunjukkan justifikasi Menjelaskan idea Mengaitkan konsep dan Menggunakan pelbagai
rutin yang lebih kompleks yang tepat bagi aktiviti matematik secara prosedur bagi perwakilan bagi
dengan menggunakan matematik melibatkan sistematik dengan menyelesaikan masalah menyelesaikan masalah
pelbagai strategi. penyelesaian masalah menggunakan laras harian yang rutin dengan harian yang rutin dengan
5 rutin. bahasa, simbol menggunakan pelbagai pelbagai strategi.
matematik atau strategi.
perwakilan visual yang
betul bagi penyelesaian
masalah yang rutin.

Menyelesaikan masalah Menjelaskan justifikasi Menjelaskan idea Mengaitkan konsep dan Menggunakan
bukan rutin secara kreatif yang tepat bagi aktiviti matematik secara prosedur bagi perwakilan bagi
dan inovatif. matematik melibatkan sistematik dengan menyelesaikan masalah menyelesaikan masalah
penyelesaian masalah menggunakan laras harian yang bukan rutin harian yang bukan rutin
bukan rutin secara bahasa, simbol secara kreatif dan secara kreatif dan
6 kreatif dan inovatif. matematik atau inovatif. inovatif.
perwakilan visual yang
betul bagi penyelesaian
masalah yang bukan
rutin secara kreatif dan
inovatif.

4
TAHAP PENTAFSIRAN KSSR MATEMATIK

3. Tafsiran Tahap Penguasaan Sikap dan Nilai Matematik

Sikap Dan Nilai

TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
Murid dapat menyatakan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam
1
Matematik dengan bimbingan guru.
Murid menjelaskan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik
2
dengan memberikan contoh yang munasabah.

Murid menunjukkan sikap dan nilai dalam matematik bagi sesuatu situasi
3
dengan bimbingan guru.
Murid dapat mendemostrasikan sikap dan nilai berkaitan matematik
4
dalam pelbagai situasi.
Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik dalam
5
proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang positif berkaitan
6 Matematik dalam kehidupan seharian serta menjadi pembimbing dan
teladan kepada rakan lain.

3
5
TAHAP PENTAFSIRAN KSSR MATEMATIK

PELAPORAN KESELURUHAN TAHAP PENGUASAAN MATEMATIK

TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

Mengimbas kembali pengetahuan asas matematik.


Menggunakan kemahiran proses matematik untuk mengimbas kembali
1 pengetahuan asas matematik dengan bimbingan.
Menunjukkan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam Matematik
dengan bimbingan.

Menerangkan pengetahuan asas matematik.


Menggunakan kemahiran proses matematik untuk menerangkan
2 pengetahuan asas matematik.
Menunjukkan salah satu item bagi sikap dan nilai dalam matematik.

Mengaplikasi pengetahuan asas matematik.


Menggunakan kemahiran proses matematik bagi mengaplikasi
3 pengetahuan asas matematik.
Murid menunjukkan sikap dan nilai dalam matematik bagi sesuatu
situasi.

Menyelesaikan masalah rutin dalam kehidupan seharian.


Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan
4 masalah rutin.
Murid dapat mendemonstrasikan sikap dan nilai berkaitan matematik
dalam pelbagai situasi.

Menyelesaikan masalah rutin yang kompleks dalam kehidupan


seharian dengan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian
masalah.
5 Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan
masalah rutin yang kompleks.
Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai berkaitan matematik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin.


Menggunakan kemahiran proses matematik bagi menyelesaikan
masalah bukan rutin.
6
Murid sentiasa mengamalkan sikap dan nilai yang positif berkaitan
matematik dalam kehidupan seharian serta menjadi pembimbing dan
teladan kepada rakan lain.

4
6

You might also like