Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Malaysia merupakan sebuah negara yang secara geografinya terletak di dataran pertembungan

tamadun utama iaitu Timur dan Barat. Buktinya, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk iaitu
masyarakat berbilang bangsa. Penekanan terhadap integrasi nasional diberikan terhadap
proses pembinaan negara. Kemajuan sains dan teknologi meningkatkan taraf hidup manusia
sejagat. Sebuah negara membangun yang bermula atas dasar perkembangan pertaniannya
mula berevolusi mengikut arus pemodenan iaitu kearah negara perindustrian (Abdullah Zakaria,
2003). Dalam pada kita sibuk mengejar kepesatan pembangunan tamadun, satu aspek penting
yang kita amalkan iaitu taraf pendidikan yang merupakan kunci pembangunan dan medium
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Berpandukan warisan tamadun China yang relevan dan
menarik hati, tamadun tersebut berpegang pada 5 prinsip; Pertamanya, kepercayaan optimistik
pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok. Keduanya,
pendidikan sentiasa diutamakan. Ketiganya, mempercayai bahawa setiap individu harus dan
boleh dididik. Keempatnya, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan
keutamaan. Kelimanya, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi.Secara
asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang serta mengamalkan hubungan harmoni
antara manusia dengan alam semulajadi.

Kini, Malaysia kian menjadi negara yang pesat membangun dengan mempunyai visi dan
misinya yang tersendiri iaitu menuju kearah wawasan 2020. Menurut Nadiah Bt Abdul Rahman
dan rakan-rakan, sejak bermulanya era kepimpinan Perdana Menteri Malaysia keempat lagi
iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad, beliau telah melakukan satu perubahan besar yang sangat
drastik terhadap sistem pemerintahan negara. Dasar Pro-Barat sejak di awal kemerdekaan
telah diubah kepada Dasar Pandang Ke Timur iaitu merujuk kepada negara matahari terbit,
Jepun. Anjakan paradigma ini mengundang banyak kecaman daripada kuasa-kuasa besar blok
barat. Akan tetapi atas keteguhan prinsip dan kebijaksanaan beliau menyusun atur strategi,
Malaysia terus mendapat perhatian dunia dengan kepesatan pembangunan. Tiada kuasa besar
daripada barat pun yang berani memberhentikan wawasan negara kita pada ketika itu. Negara
jepun memiliki nilai ketamadunannya yang tinggi. Sejak zaman pemerintahan maharaja
Keshogunan Tokugawa, dasar tutup pintu Jepun telah menghalang campur tangan kuasa asing.
Secara tidak langsung, kebudayaan dan nilai estetika rakyat Jepun menjadi sangat kuat. Dasar
bekenaan dilaksanakan selama hampir 250 tahun lamanya. Jepun mengalami zaman
kejatuhannya apabila negara itu tewas ketika Perang Dunia Kedua. Selepas negara Jepun
musnah akibat bedilan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, seluruh kegiatan ekonominya
menjadi lumpuh.

Namun begitu, negara Jepun yang kita lihat pada hari ini menunjukkan bahawa semangat
kebersatuan serta disiplin yang dimiliki masyarakat Jepun patut kita contohi (Morton, 2006).
Kini, Jepun telah menjadi salah satu kuasa dunia dalam pelbagai sektor pembuatan dan
penciptaan. Termasuklah, automotif, teknologi dan komunikasi. Malaysia juga turut menjalinkan
kerjasama demi mendapatkan pertukaran teknologi daripada negara Jepun. Demi mencontohi
negara maju seperti Jepun, rakyat Malaysia didoktrinkan dengan segala macam aspek supaya
kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara Jepun.

Nilai ketamadunan yang dimiliki oleh tamadun Indus sangat unik dan istimewa. Tamadun Indus
telah memperlihatkan kepada seluruh tamadun dunia bahawa kepakaran dalam ilmu matematik
dan geometri mampu memajukan sesuatu kawasan. Tamadun ini sangat dikenali dengan
kepakaran dalam bidang pembandaran. Sistem pembandaran yang disifatkan sempurna telah
berjaya memajukan badar Mohenjo-Daro dan Harappa. memerlukan gabungan kepakaran
sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. Hal ini demikian
kerana masyarakat di tamadun Indus memiliki pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian,
dan matematik sangat diperlukan seterusnya membolehkan masyarakat Lembah Indus
mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar. Pemahaman geometri dan maematik
adalah hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir
Purba iaitu bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Berdasarkan kemajuan tersebut, Malaysia mula mengorak langkah demi langkah untuk
mengecapi taraf pembandaran terancang. Namun begitu, hari ini kita lihat masyarakat di
Malaysia lebih terikut ikut akan ciri kebudayaan tamadun Indus. Terdapat banyak adat dan
budaya masyarakat Lembah Indus telah digabungjalinkan dengan budaya hidup masyarakat
Malaysia. Antaranya adat bersanding dan merenjis pengantin.
Rujukan

Abdullah Zakaria, A. M. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur 1800-1963.
Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti.

Morton, W. S. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nadiah bt Abdul Rahman, N. B. (2006). Tamadun Islam dan Asia. McGraw-Hill.

You might also like