Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penggunaan lampu isyarat (classroom traffic light) dalam bilik darjah merupakan

salah satu cara penilaian formatif yang bersistematik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Sebagai guru, kita perlu menerapkan disiplin bilik darjah
yang baik untuk memastikan murid dapat belajar dan mencapai objektif
pembelajaran secara maksima.
Secara mudahnya, guru perlu memperkenalkan sistem traffic light yang digunakan.
Pastikan murid tahu maksud dan faham tentang penggunaan warna-warna lampu
isyarat ini.
1. MERAH: Saya perlukan bantuan, saya tidak dapat meneruskan
pembelajaran tanpa bantuan.
2. KUNING: Saya mempunyai soalan, namun masih dapat
meneruskan pembelajaran sehingga menerima bantuan.
3. HIJAU: Saya berjaya melakukannya! Saya tidak memerlukan bantuan.
Saya boleh membantu orang lain.
______________________________________________
Definisi warna ini sebagai panduan sahaja, guru boleh menukar atau mengubah
mengikut kesesuaian, asalkan definisi warnanya tidak menimbulkan kekeliruan
antara guru dan murid.
Saya sediakan grafik warna ini sebagai hadiah buat mereka yang komited dalam
bidang pendidikan dan mereka yang sentiasa menyokong serta mendoakan saya.
Kali ini saya gunakan konsep Spongebob dan bentuknya segi empat, supaya guru-
guru tidak menggunakan masa yang lama untuk meggunting.

You might also like