Professional Documents
Culture Documents
Pindaan Perlembagaan 3
Pindaan Perlembagaan 3
MAKSUD UNDANG-UNDANG
Menurut Yaqin(1996), undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku
manusia. Tujuannya adalah untuk keadilan dan mestilah bersesuian, diterimapakai dan
dipersetujui secara umum oleh masyarakat.
SUMBER UNDANG-UNDANG
Merujuk kepada :
a) Peraturan-peraturan undang-undang yang menjadikannya undang-undang.
b) Faktor-faktor yang telah mempengaruhi perkembangan undang-undang.
c) Bermaksud kepada tempat-tempat di mana undang-undang boleh didapati.
Dengan kata lain, sumber undang-undang adalah asal usul undang-undang dan peraturan itu
sendiri di mana ianya dipatuhi dan diakui sebagai undang-undang oleh semua pihak.
Ianya tidak bermaksud bahawa undang-undang itu tidak bertulis sebenarnya.Ia bermaksud
undang-undang ini bukan bersumber dari Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Perlembagaan
Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Perundangan Subsisiari.
Sumber tidak bertulis yang diterima sebagai undang-undang di Malaysia adalah seperti berikut:
1. Undang-undang Inggeris
2. Adat Resam
3. Keputusan Mahkamah
4. Undang-Undang Islam
Pada hari ini pemakaian undang-undang Inggeris di seluruh Malaysian berkuatkuasa dengan
adanya Seksyen 3 dan Seksyen 5, Akta Undang-undang Sivil 1956 dan Seksyen 5(1) dan
seksyen 5(2) Perlembagaan Persekutuan
Kesimpulannya:
Dengan adanya Akta Sivil 1956, kekosongan dalam undang-undang tempatan terisi dengan
prinsip undang-undang Inggeris. Walaubagaimanapun pemakaian undang-undang Inggeris di
Malaysia adalah tertakluk kepada 2 perkara iaitu:
1. Adat resam
Adat resam merujuk kepada adat dan tradisi bangsa Melayu di mana ianya boleh dipinda dan
diubahsuai dengan kehendak masyarakat. Antaranya :
2. Keputusan Mahkamah
Penerimaan sebagai sumber tidak bertulis hanya terhad kepada keputusan yang dibuat oleh
hakim di:
i. Mahkamah Persekutuan
ii. Mahkamah Rayuan
iii. Mahkamah Tinggi
Perlu diingatkan bukan semua keputusan yang dibuat hakim di mahkamah di atas akan menjadi
undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Mereka tertakluk dan dipandu oleh prinsip
undang-undang yang diterimapakai oleh pendahulu atau preseden(Doktrin Duluan Mengikat
@Doktrin Kehakiman Mengikat @Stare Decisis)
Menurut Dokrin ini, sekiranya tidak terdapat peruntukan undang-undang bertulis mengenai
sesuatu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi
kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.
3. Undang-undang Islam
Pada awalnya agama Islam telah dibawa oleh pedagang Arab ke India dan dari India, Islam telah
dibawa ke Melaka di mana sejak itu orang melayu memeluk Islam.
Perlembagaan bertulis pertama bercirikan Islam di Tanah Melayu ialah Perlembagaan Johor
1895 di mana terdapat peruntukan bahawa pemerintahnya mestilah keturunan diraja dan
beragama Islam. Agama Islam juga hendaklah sepanjang masa menjadi agama resmi Johor.
agama Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Undang-Undang Bertulis
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Perlembagaan Negeri
3. Undang-undang Persekutuan yang dibuat di Parlimen(Akta)
5. Undang-undang Subsidiari.
1. Perlembagaan Persekutuan
Kebebasan Diri
c) Bahagian 3
Kewarganegaraan
d) Bahagian 4
Negeri-Negeri
f) Bahagian 6
2. Undang-undang Persekutuan
Merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan di Parlimen yang dikenali sebagai
Akta.(Sebelum Malaysia merdeka, Akta disebut sebagai Odinan)
Eg: Undang-Undang Kontrak 1950, Undang-undang Syarikat 1965
3. Undang-undang Negeri
Merujuk kepada undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Undang-undang ini dikenali sebagai Enakmen.
Eg: Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 1983
4. Undang-undang Subsidiari/Subordinat/Perwakilan
Adalah undang-undang yang dibuat dan diluluskan pihak-pihak dan badan-badan tertentu
seperti Menteri/pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberi padanya oleh Akta-Akta
Parlimen dan Enakmen.
Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta, memansuh,
melaksanakan undang-undang kepada situasinya. Contohnya Kementerian melalui
Suruhanjaya.
JENIS-JENIS UNDANG-UNDANG
Adalah undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri.
Dibahagi dua iaitu undang-undang Perlembagaan dan undang-undang jenayah.
a) Undang-undang Perlembagaan
Membincangkan tentang hak individu dalam negeri
b) Undang-undang Jenayah
Membincangkan tentang pelbagai jenis jenayah oleh individu terhadap negeri
Undang-undang Persendirian (private law)
Undang-undang Antarabangsa
Mahkamah awam merujuk kepada mahkamah terbuka dan perbicaraan kes-kes di mahkamah
boleh diikuti oleh orang ramai selain plaintif dan defendan.
Mahkamah Atasan
a) Mahkamah Persekutuan
b) Mahkamah Rayuan
c) Mahkamah Tinggi
1. Dihakimi oleh hakim-hakim yang dilantik DYMM atas nasihat Perdana menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-raja.
2. Mahkamah atasan memiliki kuasa yang lebih tinggi dari segi perundangan, iaitu boleh
menjatuhkan hukuman mati serta berkuasa mendengar rayuan kes sivil dan jenayah.
Mahkamah Rendah
a) Mahkamah Seksyen
b) Mahkamah Majistret Kelas 1
c) Mahkamah Majistret Kelas 11
d) Mahkamah Penghulu(hanya di Semenanjung Malaysia
Mahkamah Syariah
Perlantikan hakim tetap sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 13, Perlembagaan
Persekutuan adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Dalam tempoh 10 tahun sebelum perlantikan, dia merupakan peguam Mahkamah
Persekutuan atau Peguam Mahkamah Tinggi atau merupakan anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Undang-Undang
c) Memegang jaawatan sehingga usia 65 tahun jika diperkenankan oleh DYMM sehingga
tempoh selanjutnya yang tidak melebihi 6 bulan.
1. Jawatan hakim-hakim dilantik oleh DYMM atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding
dengan Majlis Raja-Raja iaitu:
2. Sebelum dilantik oleh DYMM(atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja), Perdana Menteri perlu berunding dengan pihak-pihak tertentu dengan
perlantikan jawatan hakim seperti berikut:
Mahkamah Persekutuan:
2. Perbicaraan kes-kes mahkamah ini dijalankan secara panel dalam persidangan sekurang-
kurangnya 3 orang hakim(jumlah panel mesti dalam angka ganjil) ditentukan oleh Ketua Hakim
Negara
3. Keputusan prosiding ini berdasarkan Akta Seksyen 77, iaitu mengikut pendapat majority
hakim yang menganggotai mahkamah ini.
Mahkamah Rayuan
1. Tujuan kewujudannya untuk memberi satu lagi peluang kepada tertuduh untuk membuat
rayuan bagi kes jenayah di Mahkamah Rayuan, selain di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Persekutuan.
3. Hakim Mahkamah Rayuan boleh dipilih sebagai hakim Mahkamah Persekutuan oleh Hakim
Negara bagi kes-kes tertentu demi keadilan.
4. Presiden Mahkamah Rayuan menentukan prosiding dan jumlah hakim yang mendengar
dan memutuskan sesebuah kes terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 org hakim atau
lebih(angka ganjil)
5. Keputusan prosiding ini berdasarkan Akta Seksyen 77, iaitu mengikut pendapat majority
hakim yang menganggotai mahkamah ini.
Mahkamah Tinggi