Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengenalan

1. Leptospirosis

Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit


daripada haiwan kepada manusia), yang disebabkan oleh bakteria dari
genus Leptospira. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air,
makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit
seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar
yang lain.

2. Tanda dan Gejala Penyakit

Tempoh masa inkubasi (incubation period) iaitu tempoh dari masa terdedah
sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 10 hari. Penyakit ini
menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Di antara gejala jangkitan leptospirosis
yang boleh ditunjukkan oleh pesakit adalah demam yang tinggi, sakit kepala,
menggigil (chills), sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang
mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam di kulit.

Penyakit, ini boleh dikategorikan dalam empat kategori klinikal berdasarkan


tanda-tanda tersebut seperti berikut (WHO, 2003):

o Penyakit yang menyerupai Influenza (Influenza like illness) yang


ringan

o Sindrom Weil (Weils syndrome) jaundis, kegagalan ginjal,


pendarahan dan peradangan otot jantung (myocarditis) dengan
denyutan yang tak sekata (arrhythmias);

o Meningitis/mengingoencephalitis (peradangan selaput


otak/peradangan otak);

o Pendarahan pulmonari (paru-paru) dengan kegagalan pernafasan

3. Cara Pengesahan Penyakit

Pengesahan jangkitan Leptospirosis adalah melalui :

o Pengesanan bakteria Leptospira melalui kultur daripada sampel


darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan air kencing

o Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti


ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik
ujian Immunofluorescent (IF) dan ELISA

4. Rawatan

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotic tertentu. Bagi


mereka yang menunjukkan gejala seperti di atas hendaklah bersegera ke klinik
berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan, khususnya bagi mereka yang
mempunyai sejarah terdedah kepada air atau makanan yang tercemar. Rawatan
awal dengan antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian.

Antibiotik Doxycycline juga boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka


yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan (seperti tentera, petugas
penyelamat, dan lain-lain). Walau bagaimanapun, nasihat doktor perlu diperolehi
terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis.

5. Kawalan dan Pencegahan

Bagi pekerja yang mempunyai risiko terdedah kepada air yang tercemar
hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna, sebaiknya
yang kalis air.

Elakkan diri dari bermain air atau bermandi manda di sungai atau kolam
jika terdapat luka atau kudis di kulit. Jika masih juga terpaksa terdedah
kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan
plaster yang kalis air.

Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Oleh itu, elakkan


aktiviti-aktiviti rekreasi melibatkan air sewaktu hujan dan selepasnya
sehingga keadaan air kembali seperti biasa. Begitu juga, elakkan diri
bermain air sewaktu musim banjir.

Elak dari meminum air sungai yang tidak dimasak atau dirawat.

Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran


perumah haiwan khususnya tikus dan meningkatkan risiko pencemaran
dengan bakteria berkenaan. Sampah sarap dan sia-sisa makanan yang
tidak dilupuskan secara sempurna mengundang kehadiran haiwan ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika


mendapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari tempoh
mengunjungi tempat-tempat rekreasi (seperti kawasan air terjun, air
sungai, tasik, kolam dan lain-lain).
Prosedur Siasatan Kes

Bi Prosedur Tindakan
l
1 Terima notifikasi kes melalui borang notifikasi /
surat / faks / PPKP
emel / telefon
2 Sediakan borang siasatan yang diperlukan
mengikut jenis PPKP
Penyakit
3 Jalankan siasatan di Hospital / Klinik Kesihatan /
Klinik /
Lapangan. Daftarkan kes ke dalam Daftar Kes
Penyakit
PPKP / PKA
Berjangkit Daerah Kota Tinggi mengikut Minggu
Epidemiologi
/ Daftar Kes Denggi/ Daftar Kes Malaria / e-notis /
Komputer
4 Jika siasatan mendapati ianya bukan kes
penyakit berjangkit /
negatif / pesakit tidak dapat dikesan, kepilkan
borang notis /
PPKP
surat / faks bersama laporan siasatan /ringkas ke
dalam fail
Notifikasi dan laporan bukan kes penyakit
berjangkit.
5 Jika siasatan mendapati kes penyakit tersebut
dilaporkan di
luar kawasan operasi Daerah / negeri,
maklumkan kepada
PPKP
PKD di Daerah/ JKN berkenaan melalui e-Notis /
Surat / Faks
/ e-mail dengan segera untuk tindakan
selanjutnya.
6 Menyediakan laporan siasatan kes penyakit
berjangkit PPKP
mengikut jenis penyakit berkaitan.
7 Telefon / faks / email ke Pejabat Vektor Negeri PPKP
Johor /
Unit Epidemiologi JKNJ disusuli dengan laporan
lengkap penyiasatan mengikut jenis penyakit.
8 Laporan disemak, diulas dan ditandatangan oleh
PPKP / PKB
PKB
9 Hantar sesalinan laporan ke Unit Epidemiologi
JKNJ / Pejabat PPKP
Vektor Negeri
1 Simpan salinan laporan ke dalam fail Notifikasi
0 dan Laporan PPKP
siasatan kes mengikut jenis penyakit.

Data Pentabiran Kes

Daerah / Bahagian Notfikasi : Mukah Tarikh Siasatan Kes : 1 Februari 2017


Data Demograf

1. Nama Pesakit : Denny bin Ross


2. No. Kad Pengenalan : 921027-13-6239
3. Alamat kediaman : Kampung Teh, 96400, Mukah
4. Pekerjaan : Pekerja Am Kilang
5. Alamat tempat kerja : King Seng Plastic Industrial Berhad, Ulu Lanang,
96000, Sibu
6. Kategori Lokaliti : Luar Bandar
7. Tarikh Notifikasi : 1 Februari 2017
8. Tarikh Masuk Hospital : 31 Januari 2017
9. Tarikh Discaj : 6 Februari 2017

Keputusan Makmal

1. Tarikh specimen diambil


2. Keputusan
3. Interpretation result

Tanda dan gejala

1. Tarikh onset
2. Tanda dan gejala

Pergerakan pesakit semasa pengeraman

1. Tarikh dan masa pengeraman


2. Tarikh dan tempat pengeraman

Pergerakan pesakit semasa jangkitan

1. Tarikh dan masa jangkitan


2. Tarikh dan tempat pegerakan

Penyiasatan Kontek

1. Nama umur dan pekerjaan mengikut jenis kontek


2. Perhubungan dan alamat
3. Keadaan kontek

Pemeriksaan persekitaran

1. Dalam wad
Isolation kes
2. Persekitaran

Hipotesis / kesimpulan

1. Punca dan cara jangkitan

Langkah kawalan

1. Persekitaran
2. Kontek

You might also like