Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

nonymous said...

salam.. nak tanya apa tugas guru bimbingan & kaunseling ni kat sekolah ajar subjek apa
ye di kelas mcm BM ke, BI ke, Sejarah ke? ataupun tak perlu masuk kelas just bagi
kaunseling je ke?
terima kasih.
August 16, 2015

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Guru kaunseling yang telah mendapat surat perlantikan guru kaunseling sepenuh masa
bermaksud mereka tidak mengajar. Mereka jalankan sesi bimbingan dan kaunseling
merangkumi 4 bidang utama iaitu pemantapan sahsiah, peningkatan disiplin,
perkembangan kerjaya serta program psikososial. Mereka menjalankan sesi bimbingan
di dalam kelas relief iaitu kelas ganti tanpa mempunyai jadual mengajar subjek mata
pelajaran
August 19, 2015

Unknown said...
Bgaimna pla tugas GBK yg tdk spnuh ms? Sbb mngajar subjek spm & msuk kls 22x
smggu
December 15, 2015

Nurhaiza Che Mat said...


Jika anda sudah mendapat surat perlantikan sepenuh masa, anda perlu memaklumkan
status terkini anda kepada Unit Kaunseling JPN anda. Tetapi jika anda tidak pernah
mendapat surat perlantikan sepenuh masa, maka anda dianggap guru akademik biasa
dengan jadual mengajar hingga 22 masa. Di UBK anda hanya sebagai AJK UBK sahaja
yang mana semua skop bidang tugas di atas bukan lagi menjadi tugas hakiki anda.
Tugas hakiki anda ialah mengajar.
December 15, 2015

amanipoh said...
Salam,
Nak tanya yang 20 % tugas luar tu ada pekeliling baru ka?
Sebab tengok kat pekeliling Bil 12 / 2012 tulis 10% aje..
Mohon pencerahan kalu ada maklumat baru
March 03, 2016

Nurhaiza Che Mat said...


Salam. terima kasih atas teguran saudara. saya baru perasan kesilapan saya menaip
maklumat mengenai perkara tersebut. Memang benar hanya 10% sahaja tugas guru
kaunseling di luar bukan 20%.
Saya sudah betulkan maklumat tersebut dan terima kasih sekali lagi
March 03, 2016
Iman Saheri said...
salam...nk tanya..blh ke gbksm memegang jwtn sbg ketua rumah sukan? tq.
March 05, 2016

Nurhaiza Che Mat said...


Salam Iman

Mengikut buku panduan UBK tahun 2015 pada tanggungjawab pentadbir terhadap GBK
pada muka surat 23 hanya menjelaskan bahawa memastikan GBK Sepenuh Masa tidak
diberi jadual mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan
dan kaunselingnya seperti penyelaras kokurikulum, ketua jurulatih permainan, ketua
penasihat kelab, guru biasiswa dan kerja-kerja pengkeranian yang lain.

Dari pernyataan ini ia menunjukkan bahawa sebarang perlantikan ketua selain dari
program UBK seperti ketua penasihat Kelab Kerjaya dan UBK, Ketua penasihat
Pembimbing Rakan Sebaya tidakiberi kepada GBKSM dan ini merupakan
tanggungjawab pengetua kepada GBKSM untuk dipatuhi.
March 06, 2016

Abe Tar said...


Assalam. Boleh x bg srt pekeliling mngenai masa bertgs bg gbk. Masa ramai yg keliru
adakah sehingga pkl 2 atau pkl 4. Tq
April 17, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Berdasarkan surat pekeliling perlaksanaan kaunselor sepenuh masa pd 6 mei 1997
menyatakan bahawa waktu bertugas ialah 8 pagi hingga 4 petang.
Tetapi surat siaran kpm bil 12 2012 mengenai perekayasaan perkhidmatan bnk pada
lampiran jadual waktu no 31 dinyatakan tempoh masa bertugas gbk di sekolah sama
dengan guru P&P. Ini bermaksud jika sekolah itu melaksanakan waktu punch out yg wajib
untuk guru pkl 2 maka pukul 2 gbk itu perlu bertugas. Bagi sekolah teknik atau sekolah
kluster mungkin berbeza. Di KL sendiri, jadual waktu wajib guru punch out berbeza
antara sekolah. Wb jadual gbk adalah flexi mengikut kesesuaian tugas seharian gbk
April 19, 2016

shaidan aera said...


Ada ke situasi sekolah yang tak layak ada guru kaunseling? Ataupun semua sekolah
wajib ada 1 guru kaunseling?
May 04, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Kuota GBK ialah 1 nisbah 500 orang murid. Semua sekolah di bawah KPM wajib
mempunyai GBK di sekolah.
May 04, 2016

shaidan aera said...


Tugas guru kaunseling lantikan sekolah, sama tak dengan guru kaunseling yg lantikan
kpm?
Maksd saya walaupn dia lantikan sekolah, dia tetap perlu melaksanakan tugas2 guru
kaunseling kan? Atau di sbbkn dia bkn profesion dr kaunseling ada pengecualian dalan
pelaksanaan tugas sbg kaunselor skolah?
August 09, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Guru kaunseling lantikan sekolah ialah guru yg mengajar sepenuh masa dan diberikan
tugas khas untuk menjadi guru bimbingan di sekolah. Guru kaunseling lantikan kpm
untuk sek men ialah guru kaunseling sepenuh masa yg tidak mengajar. Jika di sek
rendah guru bimbingan lantikan kpm ada yg mengajar dan ada yg tidak. Beza yg ketara
dari aspek KPI bidang tugas kaunselor sendiri. Guru lantikan kpm perlu patuh dgn arahan
KPM untuk mengutip pelbagai jebis data dan menurut perintah apa shj arahan yg diminta
oleh KPM. Namun demikian guru lantikan sekolah, mereka menjalankan sesi bimbingan
dan menjalankan aktiviti wajib shj iaitu psikometrik dan tidak perlu mencapai KPI 4 fokus
bidang yg perlu dijlnkn seperti guru lantikan KPM. Guru lantikan sekolah juga tidak perlu
menulis buku rekod kaunseling dan sekadar menulis buku rekod pengajaran. Ini berbeza
dgn lantikan kpm yg perlu mempunyai buku rekod kaunseling dan walaupun mengajar
mereka menulis dua jenis buku rekod. Ini krn guru lantikan kpm ialah guru yg mempunyai
profesion kaunseling dan dilantik atas keperluan perjawatan oleh kpm. Manakala guru
lantikan sekolah ialah guru yg dianggap berpotensi oleh pihak sekolah untuk
mengendalikan kes murid dan menjlnkan aktiviti hal ehwal murid. Mereka mungkin tidak
ada kelulysan dlm bidang kaunseling dan digelar guru bimbingan. Biasanya guru lantikan
sekolah dilantik pihak sekolah sementara menunggu gbk lantikan kpm hadir atau dilantii
bagi membantu guru kaunseling yg sedia ada dan sek masih kekurangan gbk.
August 10, 2016

Artini said...
Sekiranya guru akademik ingin menjadi Kauselor sepenuh masa sekolah, apa borang
atau Kursus yg perlu diikuti? Perlu mendapat sokongan dari ketua jabatan iaitu pengetua
tak? Terima kasih
August 10, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Guru akademik perlu menyambung kursus dalam bidang kaunseling dan selepas graduat
boleh memohon kpd JPN untuk perjawatan guru kaunseling. Tanpa kelayakan khusus
dalam bidang kaunseling maka tidak boleh dilantik sebagai guru kaunseling sepenuh
masa
August 10, 2016
Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...
Sebagai penjawat awam..apa sahaja kursus yg diambil sewaktu dlm perkhidmatan
memerlukan sokongan pengetua
August 10, 2016

Artini said...
Terima kasih. Boleh tahu Kursus kauseling itu mesti diploma atau degree di universiti ?
Atau pun hanya Kursus yg ditawarkan oleh JPN? Ada Kursus seperti itu kah? Maksud
saya ambil Kursus sambil mangajar atau pergi kursus sepenuh masa dulu.. Tq atas reply
cikgu
August 11, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Kursus kaunseling boleh dijalankan sama ada untuk diploma atau ijazah asalkan kursus
tersebut diperakui oleh lembaga Kaunselor Malaysia untuk melayakkan seseorang itu
menjadi kaunselor berdaftar yang profesional. Dengan itu dia boleh menjalankan
profesion kaunseling di sekolah, swasta, atau IPT malahan di mana-mana sahaja. Anda
boleh mengambil kursus tersebut secara sambilan atau sepenuh masa
August 12, 2016

Unknown said...
Adakah hanya guru ijazah sahaja yang layak menjadi guru bimbingan?
August 15, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Guru yang layak menjadi guru bimbingan buat masa ini ialah guru akademik yang
mengikuti kursus 14 minggu dalam bidang kaunseling, diploma kaunseling untuk
menukar opsyen kaunseling atau penuntut lepasan KPLI kaunseling dan ijazah
kaunseling
August 16, 2016

SYAM said...
Boleh tak senaraikan skop tugas GBK Lantikan Sekolah.
Terima Kasih
August 17, 2016

Nur Baizura Mohd Yusof said...


Mohon pencerahan. Utk Program Sekolah Selamat, siapakah yang menjadi SU utk
segala aktiviti berkaitan? Merujuk pd pekeliling tahun 2002..atau ada pekeliling baru?
August 19, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Setiausaha Sekolah Selamat masih lagi guru bimbingan dan kaunseling.
August 20, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


GBK lantikan sekolah madih lagi perlu menjalankan tugas perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling cuma berbeza KPI dengan guru bimbingan kaunseling sepenuh masa dari
segi bilangan sesi individu dan kelompok yg perlu dicapai. GBK lantikan sekolah perlu
menjalankan program kaunseling yg berkaitan dgn dasar sepwrti ujian psikometrik,
program guru penyayang, ujian Minda Sihat. Jika GBK sepenuh masa akan memainkan
peranan sbg setiausaha program kpd pelbagai program pengembangan tetapi GBK
lantikan sekolah jika dapat menjalankan tugas yg memerlukan data dihantar ke KPM
adalah memadai. Ini krn GBK lantikan sekolah terikat dgn jadual mengajar sepwrti guru
akademik biasa dan mereka hanya membantu UBK utk sesi kaunseling dan juga tugas
rasmi yg berkaitan dgn dasar KPM terhadap data data yg diperlukan dari UBK.
August 20, 2016

Yang inginkan kepastian said...


Mohon penjeasan , adakah seorang GBK sepenuh masa wajib mengikuti arahan jadual
sebagai guru gantian dalam jadual mengajar yang disediaan melebihi dari waktu yang
sepatutnya sehinggakan menjejaskan GBK sepenuh masa menjalankan tugas yang
sebenar . Kerana apabila KPM mengarahkan bahawa GBK sepenuh masa boleh
memasuki kelas maka ada sekolah yang mengambil kesempatan mengarahkan GBK
sepenuh masa memasuki kelas dengan mengajar atas alasan mengikut keperluan
sekolah serta dilengkapi dengan MMI mata pelajaran kelas yang perlu dimasuki ?
Manakala jadual sebagai guru ganti pula disediakan oleh guru yang berlainan setiap
minggu melebihi dari waktu yang sepatutnya GBK sepenuh masa ikuti dan adakalanya
sehingga 4 - 6 kelas hampir setiap hari akibat dari Pengetua dan pentadbiran sekolah
yang tidak memantau serta mengambil berat ketiadaan guru disekolah setiap hati ?
August 21, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Isu ini merupakan isu yang penting untuk diambilberat oleh pentadbir sekolah jika mereka
menerima mengenai surat perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan
memahami maksud yang telah dihighlight oleh KPM mengenai tugas dan bidangkerja
kaunselor. Memandangkan di sekolah, pengetua masih lagi mempunyai authoriti maka
saya yang menurut perintah adalah tagline yang masih perlu diakur sekiranya GBK perlu
relief kelas melebihi 8 masa seminggu.

Jika GBK diminta mengajar, saya sarankan agar GBK itu memohon surat arahan yang
memintanya mengajar agar dapat melindungi GBK itu sendiri agar tidak dikatakan
bahawa GBK itu yang sukarela ingin mengajar atau GBk itu yang sudi untuk mengambil
alih tugas guru akademik. Ini kerana jika kompetensi GBK itu tidak dimaksimumkan untuk
tugas GBK, maka lebih baik pihak PPD atau JPN menawarkan tempat bertugas yang
baru kepada sekolah yang benar benar memerlukan GBK. Anda boleh berurusan
mengenai status ini kepada pihak JPN anda. Ini kerana GBK bukan kuota bagi guru
akademik.Ada juga sekolah yang memberikan jadual waktu tetap sebagai supervision
walaupun bukan mengajar tetapi masa relief juga diberikan.

Apa yang perlu anda lakukan?


-Print semula surat perekayasaan dan highlightkan mengenai tugas anda
-Jangan sekali bersetuju untuk membantu mengajar subjek kecuali jka diarahkan dan
surat arahan pengetua hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu untuk menunjukkan ini
adalah arahan dan bukannya sukarela. Maka jika pemantauan oleh pihak nazir atau
pegawai HEM andaikata KPI tugas hakiki tidak tercapai dan tidak terbuat, ia
sememangnya bukan tanggungjawab anda. Pihak pentadbir yang perlu
dipertanggungjawabkan.Anda boleh digerakkan ke sekolah lain yang lebih memerlukan
GBK.
- Pada laporan LPBK, tuliskan data sebenar anda yang tidak mencapai KPI
- Pada buku rekod kaunseling, catatkan setiap relief yang anda perolehi. Memang benar
relief adalah masa untuk menjalankan aktiviti bimbingan...namun jika terlampau kerap
mendapat relief kelas yang sama, saya percaya anda membantu murid menyiapkan
modul guru relief sahaja dan menjejaskan tugas harian anda untuk menjalankan aktiviti
lain pula.
- jangan lupa pada SKT dan borang keberhasilan anda juga..catatkan agar apabila
markah prestasi penilaian anda mendapat nilai yang tidak memuaskan, anda boleh
meminta penjelasan atas skor manakah anda mendapat markah yang tidak memuaskan.
Adakah kerana anda mengajar tidak bagus sedangkan anda tidak mendapat latihan
intensif dalam pengajaran murid dan adakah perkhidmatan B&K anda tidak dapat
mencapai markah yang baik kerana anda sememangnya tidak dapat mencapai KPI
sebagai GBK sepenuh masa kerana anda sudah terbeban dengan tugas yang tidak
disenaraikan dalam skop dan tugas GBK sepenuh masa dan bukan lagi tertakluk kepada
GBK sepenuh masa di sekolah walaupun anda mendapat surat lantikan sepenuh masa di
sekolah.

Saya harap penjelasan saya dapat membantu menjaga hak kita sebagai GBK sepenuh
masa di sekolah.
August 22, 2016

Leo Darimi said...


Adakah jwtn kaunselor tergolong dlm jwtn pengurusan sekolah dn terlibat dlm mesyrt
pngurusan sekolah?ada pekeliling berkaitn tak?
December 28, 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


berdasarkan kepada buku panduan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling tahun 2009 ada menyatakan kaunselor menjadi AJK dalam Majlis Perancang
Sekolah pada ms 20 no 20 bg gbk sek rendah dan pd ms 21 no 20 pada gbk sek men.
Namun pada tahun 2015 buku panduan yg baru tidak menyatakan ayat ini tetapi no 25
senarai bidang tugas gbk menyatakan guru kaunseling perlu melaksanakan tugas yg
diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa. Memandangkan carta guru
kaunseling direct berada di bawah pengetua, maka biasanya seorang ketua guru
kaunseling akan berada dlm majlis pengurusan sekolah. Walaubagaimanapun ada
sekolah yg tidak melibatkan guru kaunseling dlm majlis pengurusan. Dalam hal ni masih
lagi atas dasar melaksana tugas arahan ketua jabatan.
December 29, 2016
Anonymous said...
bagaimana pula dengan guru bimbingan yang pemalas
February 27, 2017

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Sukar untuk saya memahami apakah maksud anda dgn label guru kaunseling pemalas
berdasarkan skop kerja ini. Ini kerana bebanan guru kaunseling berbeza mengikut
sekolah. Ada guru kaunseling yg tidak dpt menjalankan tugas yg disenaraikan krn diberi
bebanan senarai tugas yg lain yg tidak sepatutnya berada dlm list tugasnya tetapi masih
mampu untuk menurut perintah yg memberikan pelbagai tugas sampingan yg lain hingga
terpaksa mengorbankan tugas hakiki.

Ada yg diberikan tugas yg sepatutnya tanpa diberi tugas lain tetapi tidak mendapat
sokongan teamWORK dari guru lain atau pentadbir sendiri. Ini adalah pendapat saya
berdasarkan isu guru kaunseling kini yg menerima bebanan tugas yg rencam dan mcm
mcm dari pentadbir krn merasakan guru ini boleh membantu krn tidak mengajar.

You might also like