Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

GANGSTERISME

PENGENALAN

Gejala sosial dikalangan remaja di negara kita sekarang semakin hari


semakin menjadi-jadi.Dimanakah silapnya sehingga anak-anak remaja ini boleh
terlibat dengan gajala yang tidak sihat ini.Adakah salah guru yang mendidik tidak
betul?Adakah salah ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang? Atau diri sendiri
yang terlalu mengikut jiwa muda remaja.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya gangsterisme ini


dikalangan pelajar dan disebabkan itu semua pihak harus memainkan peranan
dalam membanteras gejala ini daripada lebih teruk.Gejala ini perlu ditangani kerana
ia boleh mempengaruhi pelajar dalam kegiatan lain seperti buli,penagihan
dadah,ponteng sekolah,ketagihan alkohol ,kekerasan dan rogol.Hal ini menjadi
bertambah serius apabila terdapat juga pelajar perempuan dan murid sekolah
rendah yang dikesan terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini menjadi satu
fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja.peningkatannya
kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka
semakin berani mencabar uundang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan
jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.

DEFINISI GANGSTERISME
Kamus Dewan edisi ke 4 Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 2010 halaman
458, gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam
sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher
(1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan
bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan
gang.Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat
mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.

Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang


mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara
bersemuka,gerakan secara berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Trasher
(1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada
perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenile yang bertukar
kepada pelakuan deviant.Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan
gangster yang seringkali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti
social.Ikatan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat
ditambah semangat setia kawan atau kukuh serta serta mengamalkan tradisi
kumpulan.

FAKTOR-FAKTOR GANGSTERISME

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala social ini di


kalangan pelajar sekolah.Punca utama adalah di atas faktor terpengaruh dengan
rakan sebaya.Ini kerana di peringkat remaja ini,remaja lebih banyakl meluangkan
masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini pengaruh rakan sebaya memberi impak
yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin mencuba dalam diri remaja
ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi godaan terhadap
gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga.

Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin
merasakan diri hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut
berasakan diri mereka sudah dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar
kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil mereka yang inginkan penghormatan
dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak langsung remaja
tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik pelajar
lain yang lemah.

Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan kelangsungan


hidup.Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang menghabiskan
masa yang berharga semasa proses pembesaran anak-anak mereka demi
memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-anak yang terasa diri terabai
atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk memperoleh
perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak
peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan
mabuk,kaki perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh
menyumbang kearah gejala ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama
maka mereka tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama dalam
jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa tidak selesa berada di rumah dan
akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa mereka yang muda itu akan
memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu cara
mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.

Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana


bila remaja terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat
persepsi bahawa perbuatan tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak
kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah setinggan atau flat-flat kos rendah
,remaja akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah kerana tempat tinggal
mereka tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil
dan sempit.

Media massa juga turut menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja


sekarang.Sebagai contoh perkembangan filem sekarang banyak menjurus kepada
masalah sosial seperti gangsterisme.Ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja
akan meniru aksi,pertuturan dan tingkahlaku yang ditayangkan .Ini boleh
merosakkan mereka kerana remaja ini akan terpengaruh dengan seolah-olah apa
yang mereka lihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GENGSTERISME

Langkah-langkah yang berkesan perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk


membantu sekurang-kurang mengurangkan gejala gangsterisme daripada menjadi
kudis dalam masyarakat kita.Peranan dan keprihatinan ibu bapa adalah sangat
penting dalam membangunkan sahsiah diri remaja.Dalam ibu bapa mengejar harta
dunia dalam meneruskan kelangsungan hidup ,kepentingan anak-anak juga mesti
diambil kira.Mereka ini memerlukan kasih sayang,perhatian dan didikan yang
sempurna dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.Ibu bapa perlu
mengambil tahu apa saja aktiviti yang anak lakukan untuk menimbulkan rasa ambil
berat ibu bapa dan sentiasa memberi motivasi dalam aktiviti mereka supaya aktiviti
yang dilakukan benar-benar terisi dengan aktiviti yang sihat,Ibu bapa juga selalu
berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak remaja supaya segala persoalan
mereka dapat di selesaikan dan dari situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan
remaja mereka dan sifat remaja yang banyak benda baru yang mereka hendak
terokai berada dilandasan yang betul.

Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam bersama-sama


menangani masalah gangsterisme ini.Tindakan yang lebih keras perlu diambil dalam
membendung gejala ini daripada terus merebak.Tingkatkan lagi penguatkuasaan
dalam penyiaran drama-drama atau filem-filem berunsur ganas dan jenayah boleh
dilakukan.Undang-undang yang ketat melalui tindakan ini akan menyedarkan semua
pihak bahawa kerajaan benar-benar serius dalam menangani isu ini daripada
berlarutan.Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kempen membanteras
gejala samseng dan jenayah serta memberi pengetahuan kepada ibu bapa dalam
mendidik dan memahami tingkah laku anak-anak terutama anak remaja mereka. Ini
supaya masyarakat membuka mata untuk sama-sama memberi sokongan dalam
menangani masalah ini.

Media massa boleh sama-sama menjalankan peranan dalam menangani


masalah gansterisme ini.Ini kerana Media massa yang begitu berpengaruh ini
sepatutnya memperbanyakkan siaran yang lebih membentuk insan-insan yang
berjaya daripada menayangkan cerita-cerita yang memberi impak negatif.Remaja
yang merupakan tonggak negara masa depan ini harus sentiasa di beri ingatan
kerana mereka ini bakal memimpin negara.Bagaimana mereka ingin memimpin
negara jika diri mereka sendiri pun tidak terurus dan terlibat gejala sosial.Apa akan
terjadi kepada negara kita jika ini yang bakal memimpin negara suatu masa hari
nanti.

KONKLUSI

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani


masalah ini kerana kita tidak mahu negara kita ini rosak dengan gejala-gejala sosial
ini.Ini semua untuk mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa
hadapan.Pendidikan malaysia yang menekankan modal insan dalam membentuk
individu adalah disokong.Dengan adanya modal insan dalam diri remaja maka
kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dirasa

SENARIO GENGSTERISME DI MALAYSIA

Kegiatan gengsterisme di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Pelbagai


senario kejadian gengsterisme sedang bermain di sekeliling kita dan di antaranya
golongan yang mudah terjebak dalam kegiatan ini ialah golongan remaja dan kanak-
kanak bawah umur.Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak terutamanya
ibu bapa dan pihak sekolah.Antara kejadian senario gengsterisme di Malaysia ialah:

a) Seorang pelajar tingkatan empat dipukul 18 orang pelajar sebayanya


menggunakan objek keras di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah Di Kampung
Gajah,Ipoh Perak. (Sinar,18 Julai
2012)http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak-wang-sebagai-
perangkap-1.67779

b) Empat pelajar cedera parah dalam pergaduhan di luar perkarangan sekolah di


Kuala Lumpur (Berita Harian 29/08/2012 - 06:25:51 AM )
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatpelajarparahbergaduh/Article/index_html

c)Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut


Pasir Putih,Kelantan telah dibuang sekolah manakala empat lagi rakannya
digantung persekolahan gara-gara tebbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan
kecerderaan pada pelajar tingkatan tiga kerana terkena libasan kerabit.(Berita
Harian,09/03/2009)

d)Kita pernah digemparkan oleh loporan akhbar mengenai sederet Sembilan kereta
dipecah dan dibakar di sebuah taman perumahan. Selain daripada itu juga seorang
pelajar perempuan di utara tanah air dibuang sekolah ekoran daripada
perbuatannya menendang seorang guru.(Berita Harian,04/12/2008)

http://www.yadim.com.my/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-
negeri/2919-reaksi-terhadap-kes-buli-dan-gangsterisme-di-sekolah.html
http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-
jurnal1.pdf
http://www.searchinpdf.com/reader.php?
loc=http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf
CARA MENGATASI DAN MEMBENDUNG JENAYAH

1. Pengenalan
Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah negeri dan tidak
masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah,
berada di tempat kerja dan berehat di kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya. Menurut
Laporan Kualiti Kehidupan , kadar jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus
pada kepada 6.2 peratus pada 2002. Akibatnya, kapasiti muatan penjara sudah melebihi.
Mereka yang dihukum oleh sebab jenayah kini berada di penjara yang sudah padat. Malah,
nisbah warder dan banduan melebihi standard antarabangsa.

Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap hari di
negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3
motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan. Malah, jenayah membabitkan juvana juga
meningkat. Mereka yang terbabit nampaknya semakin muda termasuk yang terjebak dalam
jenayah dadah dan seksual. Pada 2006 ada 8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan.
Pengaruh televisyen dan internet yang mengandungi unsur ganas dan seks dikenal pasti
mempengaruhi peningkatan jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Seramai 1,831 membabitkan remaja bersekolah. Dalam sesetengah kes ada yang
membabitkan kanak-kanak seawal umur 7 hingga 10 tahun. Pelbagai langkah dilaksanakan
untuk mencegah jenayah di negara ini. Kami berpendapat selagi tidak ada suatu ketegasan
dan kesungguhan untuk membanteras jenayah daripada puncanya, selagi itulah peningkatan
jenayah akan berterusan. Janganlah hendaknya kenyataan negara maju seperti di Amerika
Syarikat yang menjadi antara negara yang paling bahaya untuk diduduki menjadi realiti di
negara ini.

2. Konsep Jenayah

Keamanan dan kestabilan sesuatu tempat atau negara bergantung bukanlah sesuatu yang
semula jadi. Ia mesti diwujudkan dan dikekalkan . keamanan dan kestabilan tidak akan wujud
jika terdapat anasir-anasir yang menggugatnya seperti pengacau, pencuri, perosak, pemera,
perasuah dan sebagainya. Pengawalannya dan pembanterasan anasir-ansir tersebut menjadi
tugasundang-undang jenayah. Manakala perbuatan yang menggugat tersebut dekenali sebagai
jenayah.
Perbuatan yang diakatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan seperti
menangkap pelakunya. Mahkamah diperlukan untuk menentukan pelaku jenayah itu bersalah
atau tidak. Selepas dihukum bersalah, maka perlu pula dikenakan hukuman keseksaan supaya
pesalah itu serik, orang lain selamat dan akhirnya masyarakat menjadi selamat, tenteram dan
stabil. Begitulah secara kasarnya konsep jenayah, dan daripada konsep ini definisi jenayah dapat
dibuat.

2.1.Definisi Jenayah
Daripada konsep undang-undang jenayah ciptaan tersebut maka definisi jenayah ialah
sebarang perbuatan (tinggalan) yang melanggar undang-undang yang boleh diambil tindakan
(seperti ditangkap) dan diadili (melalui mahkamah) dan apabila disabitkan bersalah dikenakan
hukuman keseksaan. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan
masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa
mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Jenayah di Malaysia disabitkan dengan :
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A324 AKTA KANUN ACARA JENAYAH
(PINDAAN DAN PERLUASAN) 1976

Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Keseksaan


Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana mana
undang undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan
peruntukannya yang dilakukannya di dalam malaysia.
Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang undang
dibicarakan dalam Malaysia.
Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan
di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa apa
perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan dalam
Malaysia.

3. Senario Jenayah Kini


Kadar di Malaysia lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima di peringkat
antarabangsa iaitu 1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahanan tetapi kini ada
39,000 tahanan. Kini ada 9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah 1:4.5. Dilaporkan
hampir semua penjara kita sudah melebihi muatan. Kita juga menerima laporan bahawa 16
penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terbiar dicadangkan juga akan diguna untuk ditukar menjadi penjara sementara.
Sebagai reaksi, kerajaan menambahkan anggota polis di bandar raya itu di samping
rondaan lebih kerap termasuk rondaan helikopter pada setiap malam. Apa yang lebih
mencemaskan kita ialah bukan saja kekerapan jenayah meningkatkan namun lebih
membimbangkan ialah jenis jenayah berat juga meningkat. Kadar kes bunuh, rompakan
bersenjata, ugut, rogol dan gangsterisme didapati meningkat Angka semakin merisaukan kerana
kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih daripada 15 peratus di seluruh negara. Hampir
semua negeri mencatat kenaikan kadar jenayah

3.1.Statistik Jenayah Negara

-tunjukkan jadual statistik-

4. Punca Berlakunya Jenayah

4.1.Sistem dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat


Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran
sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan
mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam
masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat
dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing
atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi
memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang
berlaku dalam masyarakat yang terbabit.
Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin
berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial
yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu
kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan
perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi
dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.

4.2.Kelemahan Institusi Kekeluargaan


Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku
yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain
yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang
rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja
yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan
adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap
berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak
harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral

4.3.Pengaruh Rakan sebaya


Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam
kalangan belia dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Meeka lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah
pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke
rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak
memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan
kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka
juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai
rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut,
dan sebagainya.
Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak berakhlak mulia akan menjadikan remaja
lebih mudah tergelincir dan terperusuk ke lembah kemaksiatan. Pengaruh daripada rakan sebaya
adalah lebih kuat impaknya daripada pengaruh keluarga. Seseorang remaja yang tidak kuat
pegangan akidah Islam dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar
dan tertekan untuk mematuhi perintah dan larangan Allah SWT. Mereka akan merasa lebih
selesa untuk berkompromi ataupun menyembunyikan keIslamannya di hadapan rakan-rakan
yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya, mereka pula akan menjauhkan diri daripada rakan-
rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan khuatir akan kelihatan tidak cool apabila
bersama dikalangan rakan-rakan pilihan mereka.

Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke lembah kemaksiatan,
di mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang tidak beriman. Akibat memilih rakan
yang salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu, hatinya menjadi rosak dan akan kehilangan
pegangan Deen Islam yang sepatutnya.

4.4.Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai
murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu
akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat
semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai
murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan
penyakit dan masalah
Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas
umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek kehidupan.
Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat
dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan
Islam. Sudah tentunya, tiada yang lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan
bagaimana hinanya anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang
penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti telah
kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong pegangan akidahnya.

5. Langkah-Langkah Mengatasi dan Membendung Masalah Jenayah

Setelah dibuat kajian dan diteliti, maka dapatlah kiranya kami lampirkan disini sedikit ulasan
kami sebagai pendekatan untuk membanteras jenayah daripada terus menular di dalam negara
kita. Langkah-langkah yang kami sediakan ini merupakan langkah-langkah yang bersifat
praktikal yang mampu dilakukan oleh individu atau organisasi yang terlibat. Semoga ini akan
dapat menjadikan negara kita lebih selamat pada masa akan datang. Antara langkah-langkah
tersebut ialah;
5.1. Penguatkuasaan Undang-Undang

Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan,


kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Organisasi yang terlibat dalam
menggubal undang-undang ialah pihak kerajaan. Justeru undang-undang yang digubal mestilah
menekankan aspek keselamatan secara lebih serius. Hal ini kerana natijah daripada pelaksanaan
undang-undang itu nanti ialah untuk menyedarkan masyarakat dan setiap golongan individu agar
saling menghormati nilai kemanusiaan yang ada pada individu lain. Justeru mereka akan lebih
menghargai dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah.
Setelah undang-undang digubal oleh pihak yang berwajib, maka undang-undang tersebut
akan dilaksanakan oleh pihak lain pula seperti Polis Diraja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah
dan lain-lain. Namun begitu masih timbul keraguan dalam sistem perlaksanaan undang-undang
pada masa kini. Hal ini kerana badan-badan berwajib tersebut juga terdiri di dalamnya segelintir
individu yang pecah amanah dengan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral tersebut. Sebagai
contoh, ada individu yang telah ditahan oleh pihak tertentu tetapi dilepaskan atas alasan yang
tidak munasabah dan dalam situasi lain ada yang dilepaskan hanya kerana mereka terlibat dalam
barisan kepimpinan negara. Pelu diingat disini bahawa, setiap individu yang berada dibawah
kawasan tanah Malaysia adalah bernaung dibawah undang-undang yang sama.
Oleh itu sesiapa yang melakukan jenayah, maka dia perlu ditahan dan dikenakan tindakan,
walaupun dia mempunyai status atau kedudukan yang tinggi. Justeru pihakberwajib haruslah
mempunyai suatu mekanisme tambahan untuk membendung gejala pecah amanah dalam institusi
mereka terus bermaharajalela.

5.2.Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat

Definisi Bandar Selamat Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental.
Pernyataan ini merujuk kepada persekitarannyayang sentiasa berada dalam keadaan paling
terpelihara. Terpelihara di sini bermaksud mempunyai suatu struktur asas pencegahan jenayah
yang mampu untuk memelihara penduduknya atau orang awam daripada terbabit dengan jenayah
atau menjadi mangsa kepada penjenayah. Jika hal ini dipandang dan diteliti dengan lebih jelas,
usaha-usaha kerajaan dalam mewujudkan pecan atau Bandar selamat memang wujud. Namun
begitu, ada sesetengah tempat yang dilihat berlakunya pengabaian keselamatan. Dengan ini si
pelaku jenayah akan mempunyai peluang yang cerah untuk meragut, merompak, rogol dan
sebagainya. Seharusnya kerja-kerja penambahbaikkan ini dipercepatkan lagi dan diteruskan pula
ketempat tempat panas lain yang mana menjadi sasaran penjenayah.
Antara usaha yang dilakukan ialah, membangunkan prasarana-prasarana keselamatan
seperti mengasingkan jalan untuk pejalan kaki dengan jalan raya, hal ini boleh mengelakkan
jenayah ragut. Seterusnya ialah mewujudkan pondok-pondok polis di kawasan tumpuan umum.
Usaha ini boleh membantu dalam mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan
dikawasan terbabit.
Seterusnya ialah setiap masyarakat yang berada di kawasan-kawasan panas ini semestinya
wajib untuk sama-sama menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling mereka. Mereka juga
boleh sama-sama turun padang membantu pihak yang berwajib menjaga keamanan setempat.
Sebagai contoh mengadakan rondaan secara bergilir-gilir pada waktu malam. Perkara ini jika
dilakukan bukan sahaja akan membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum melakukan
sebarang bentuk jenayah di kawasan terbabit, malah akan mengeratkan lagi ukhwah antara
mereka.

Pada masa kini ada kawasan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Hal ini
bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Ini juga bertujuan untuk membantu golongan
yang berkerjaya yang mana mereka ini sukar untuk memberikan komitmen dalam aktiviti
rondaan di sekitar kawasan perumahan mereka terutama pada waktu malam. Justeru kaedah
menggunakan pihak pengawal keselamatan juga dilihat sebagai suatu inisiatif berkesan dalam
membantu mengawal aktiviti jenayah di sesebuah kawasan.

5.3.Memperkasakan Ekonomi Negara


Antara faktor yang menjadikan seseorang itu berstatuskan penjenayah adalah akibat sistem
kewangan diri yang tidak stabil. Hal ini telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah
untuk keluar daripada masalah yang mereka hadapi iatu dengan cara melakukan jenayah seperti
meragut, merompak dan pecah rumah. Justeru dengan saranan agar ekonomi negara
diperkasakan, maka akan timbul banyak peluang pekerjaan bagi menampung lambakkan
golongan yang bergelut untuk hidup ini. Mereka yang terpaksa memilih bidang jenayah sebagai
alternatif untuk mereka menyara hidup mereka tidak boleh disalahkan secara seratus peratus. Hal
ini kerana desakkan hudup pada masa kini terutama mereka yang tinggal diibu kota amat
meruntun mereka untuk berjuang bagi mencari sesuap nasi.
Para penganalisis dan perintis ekonomi kerajaan boleh merangka suatu pendekatan yang
bersifat sistematik dalam menyediakan pekerjaan kepada mereka. Hal ini kerana, ada dikalangan
mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi namun sukar untuk mendapatkan
pekerjaan. Mereka ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi setempat. Antara
cara untuk memperkasakan ekonomi ialah dengan menarik masuk para pelabur luar untuk
melabur dalam neagara kita atau dengan lebih spesifiknya pada tempat-tempat yang mempunyai
jumlah penggangguran yang tinggi. Justeru peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang
negara dapat ditingkatkan.
Sistem ekonomi yang mampan dapat memastikan keberlangsungannya kemajuan sesebuah
negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun bolehlah menjadikan
negara-negara maju yang lain sebagai contoh dalam melaksanakan pembangunan ekonomi
mereka. Sebagai contoh di sini ialah negara Jepun, Jepun merupakan sebuah negara yang sering
kali berada dalam keadaan yang genting. Terbaru negara tersebut telah mengalami kemusnahan
yang teruk akibat daripada bencana alam yang menimpa. Namun begitu, mereka yakni kerajaan
Jepun telah merangka suatu strategi susulan sekiranya mereka mengalami sebarang masalah
akibat bencana alam. Seperti menarik semula aset-aset mereka yang berada di luar negara masuk
ke dalam negara mereka semula. Ditambahkan lagi dengan kedudukan mereka sebagai salah
sebuah negara G7 yang berpengaruh dalam kuasa ekonomi dunia.
Namun yang paling ketara dan perlu untuk kita contohi ialah berkenaan penggunaan
sumber tenaga manusia. Jepun merupakan sebuah negara yang begitu menitik beratkan masalah
sumer tenaga manusia. Mereka amat prihati dengan masalah pekerja sehinggakan mampu untuk
menjadikan seseorang pekerja itu sanggup bertungkus lumus bekerja bagi menjana ekonomi
negara. Sikap dan langkah sebegini yang harus ditiru oleh negara-negara lain seperti Malaysia
untuk membangunkan kuasa ekonomi Malaysia. Justeru masalah berkaitan jenayah ekonomi
seperti pemerdagangan manusia, rasuah, penipuan duit syarikat adalah sama sekali dapat
dihapuskan kerena kesedaran yang timbul akibat penjanaan ekonomi yang mampan.

5.4.Kempen-kempen Pencegahan Jenayah


kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para
remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana antara faktor yang menyumbang
dalam timbulnya minat untuk melakukan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah ialah
kurangnya pendedahan berkenaan jenayah dan akibat mereka melanggar undang-undang negara.
Kempen yang dilakukan haruslah mempunyaimatlamat yang jelas dimana para pelajar ini akan
didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkenaan ancaman jenayah. Mereka akan dibawa untuk
mendekati dunia penjenayah. Di sana mereka akan menilai sejauh mana kehebatan seseorang
penjenayah kerana akhirnya mereka akan dihukum juga dengan hukuman setimpal dengan
perbuatan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan menanamkan dalam diri mereka bahawa
penjenayah dan jenayah itu merupakan sesuatu yang buruk dan jijik.
Sebagai seorang manusia yang sihat mereka tidak akan menerima sesuatu yang bertentangan
dengan fitrah mereka yang sukakan kebaikkan dan keindahan. Justeru pepatah melentur buluh
biarlah daripada rebungnya amat sesuailah dipraktiskan disini. Antara kempen pencegahan
jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan
aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan
mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah.
Kempen-kempen pencegahan jenayah ini bukan sahaja perlu dilakukan di sekolah-sekolah,
malah boleh juga dilakukan ditempat-tempat awam atau tempat yang menjadi tumpuan umum.
Masyarakat yang berpontensi untuk terlibat dengan jenayah ini akan mendapat input-input
berguna untuk mereka ketahui bagi berdepan dengan masalah jenayah ini. Antara tempat-tempat
tumpuan orang awam ialah pusat-pusat membeli belah, pasar-pasar malam dan taman
permaianan. Diharapkan semua pihak yang mendengar atau mengikuti kempen tersebut akan
lebih berwaspada dengan kegiatan jenayah yang mungkin berlaku dan seterusnya mengetahui
langkah langkah yang berkesan sekiranya mereka berhadapan dengan situasi tersebut.
Antara impak tambahan ialah dapat menyedarkan penjenayah yang berada dalam kawasan
berhampiran dengan kempen yang dijalankan. Si penjenayah pasti akan berfikir panjang sebelum
melakukan jenayah di kawasan terbabit kerana rata-rata pengunjung akan mengambil langkah
keselamatan seperti yang diajar dan hal ini akan meningkatkan risiko mereka akan ditangkap atas
jenayah yang dilakukan. Atau sekurang-kurangnya mereka akan sedar bahawasanya tiada
gunanya mereka melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral terbabit dan insaf serta kembali
kepangkal jalan.

5.5.Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dapat membentuk keperibadian para remaja
yang mulia dan juga dapat berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja.
Peribadi dan nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang berkait rapat. Hal ini kerana nadi kepada
pembangunan negara pada masa akan datang adalah terletak kepada generasi muda pada masa
kini. Justeru itu individu ini perlulah dididik dengan didikan yang sempurna untuk membantu
mereka membesar dalam keadaan sihat dan berdaya saing. Perkara yang paling mustahak ialah
agar mereka terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan jenayah.
Sekiranya mereka terjebak, amat sukar untuk kita membetulkan semula diri mereka.
Justeru kata-kata mencegah lebih baik daripada menghormati perlulah dihayati oleh setiap
pihak. Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
(PSK) merupakan suatu saranan agar kerajaan dan pihak sekolah melihat subjek ini sebagai suatu
mekanisme atau pendekatan yang efektif untuk menjadikan para pelajar celik jenayah.
Antara isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut ialah seseorang individu
berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami
kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Setiap
individu perlulah memahami hak dan keadaan orang lain agar mereka tidak mengambil
kesempatan terhadap orang lain. Hasil positif yang akan wujud ialah apabila isi kandungan ini
dihayati sepenuhnya oleh para pelajar, maka mereka akan keluar ke dunia sebenar kelak dalam
keadaan penuh berpelingdung yang dapat menangkis sebarang godaan untuk mereka terjebak
dalam kancah jenayah. Seterusnya bukan sahaja dapat mengurangkan peratus jenayah, malah
mungkin dapat membasminya secara total.

6. Kesimpulan

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan
peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah
kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai
tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika
tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat
kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung.
Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang
pembinaan masyarakat dan negara.

Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras tanpa
kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras
fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan
pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada
ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada
polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat.
Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih
tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang
mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan
masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan
konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

7. Rujukan

Zainal bin Madon,Mohd Sharani bin Ahmad. 2004. Panduan Mengurus Remaja Moden. Pahang:PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Syed Hussain al-Attas. 2002. Kemana Dengan Islam:22 Artikal Pilihan. Kuala Lumpur
:Utusan Publications & Distributors.
Mahmood Nazar Mohamed. 2006. Mencegah,Merawat dan Memulih Penagih Dadah:
Beberapa Amalan Dan Pendekatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors.
Fariza Md Sham,Sulaiman Ibrahim,Ideris Endot. 2000. Dakwah dan Perubahan Sosial.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
Zaini Nasohah. 2004. Syariah dan Undang-Undang : Satu Perbandingan. Kuala Lumpur :
Gangsterisme
1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembang


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pendidikan negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegara yang mampu
memberi sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakat dan negara. Maksud
yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu diterjemahkan dalam Misi
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menjadi asas kepada usaha ke arah peningkatan
dan pengukuhan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Fokus yang mendasari matlamat
utama ini ialah pengembangan potensi pelajar pada tahap optimum.Pencapaian matlamat
utama pendidikan itu amat bergantung pada kewujudan iklim sekolah yang kondusif kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari hakikat ini, maka Kementerian Pendidikan
sentiasa memberi penekanan kepada kepentingan pengukuhan disiplin pelajar dengan
menyediakan berbagai-bagai panduan, peraturan dan dasar disiplin yang dikuatkuasakan di
sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama semua Jabatan Pelajaran Negeri dipastikan
mengawal dan membendung pembabitan pelajar dalam sebarang kegiatan berbentuk negatif.
Pendekatan-pendekatan tertentu telah dilaksanakan untuk melahirkan suasana kondusif bagi
proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Definisi Gangsterisme

Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang
berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya
melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat
dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit, dan, mempunyai seorang ketua yang
mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan
samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang
berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat
dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar[1].
Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan
para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong
sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang.
Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada
pelbagai jantina, etnik, umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka.
Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet
mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan
seseorang individu menghormati undangundang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak
individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong -menolong dan
membaiki keadaan dalam usaha membina.
Moral pula merujuk segala tingkah laku manusia yang berkaitan dengan apa-apa yang
betul atau salah, baik atau buruk dan apa-apa yang kita harus buat dan apa-apa yang kita
harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain,
dan bagaimana tingkah laku mereka mempengaruhi perasaan
dan kepentingan orang lain. (Iheoma, 1986). Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang
bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan
yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang
jahat dan buruk jika akhlaknya jahat.[2]

3.0 Sumber Aktiviti Gengsterisme

3.1 Kertas Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Sekarang


Kementerian Pelajaran Malaysia)
Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober 1999 terdapat 13
jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan gengsterisme mengikut
respons Pengetua dan Guru di sekolah seperti berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru,
melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kes pelacuran, kes salah guna dadah, membawa
senjata, mencabul kehormatan, mengancam murid, mengugut guru dan menceroboh.
Sementara itu terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster di
sekolah mengikut respons Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut :-berkhalwat,
mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, menggunakan kata lucah dan melukis
gambar lucah.

3.2 Majalah

Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan
membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti
jadual berikut :-

Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster


dan Membakar Premis Sekolah

Jenis Kes 1997 1998 1999

Kes Samseng 107 77 85


Membakar
6 19 10
Premis Sekoalah

Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)

3.3 Akhbar
Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan kejadian jenayah dan gengsterisme
dalam kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu
gengsterisme berlaku berpunca daripada kejahilan agama dalam kalangan remaja dan pelajar
sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak
mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak. Berdasarkan
laporan di atas kita mendapati bahawa aktiviti kumpulan gengster di sekolah agak menyeluruh
dalam pelbagai kegiatan.Hakikat ini merupakan satu fenomena yang kurang sihat terhadap
iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah di negara kita. Masalah serius atau tidak
sesuatu salah laku itu bukan menjadi pokok perbincangan tajuk ini. Penulis tidak akan
menghuraikan satu persatu sesuatu kes gensterisme di atas. Salah laku melawan guru
termasuk mengugut, merosakkan harta benda guru sering berlaku. Baru-baru ini akhbar harian
melaporkan kes pencerobohan dan pembakaran bilik guru disiplin, mengancam guru dengan
menghantar peluru hidup dan sebagainya. Apa yang mencemaskan, kewujudan salah laku
tersebut walaupun satu kes boleh menjejaskan iklim persekolahan dan mengganggu pelbagai
peringkat proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

4.0 Perbincangan
Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin
dan gejala salah laku dalam kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum
tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan
disiplin pada peringkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan
dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan
aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini kes pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah
dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah
bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu
memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap
kontroversi, tetapi yang menanggung kesannya ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori
dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini, antaranya pengaruh
media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan
luar bandar, pengaruh metarialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu
untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam
diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan
lain-lain lagi. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku dalam kalangan pelajar bukan
sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di
sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan Felda, Felcra serta kawasan-
kawasan perkampungan. Senario ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin dalam kalangan
pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang
terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar
perempuan semakin bertambah.
Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan
kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah.
Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera
secara menyeluruh. Dalam konteks negara, gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar
pihak polis untuk membendungnya. Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di
sekolah. Namun di sebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci
kepada faktorfaktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan
agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Masalah ini bukan sahaja terbatas
kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja, bahkan melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Di
sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan di rumah, maka anak-anak kurang mempunyai
daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh oleh
persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan
dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjurus kepada pelbagai
gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah , kewujudan kumpulan-kumpulan samseng atau
gengster yang sering melakukan jenayah telah mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim
persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.

5.0 Langkah-langkah Membendung Gangsterisme


5.1 Mengajak golongan remaja kepada pembersihan jiwa dan hawa nafsu
Langkah paling utama yang harus dilakukan kepada diri yang terlibat dengan kumpulan
gangster adalah dengan mengajak diri individu tersebut kepada pembersihan jiwa dan hawa
nafsu. Langkah ini bertujuan untuk membersihkan unsur dalaman seseorang manusia yang
juga dikenali sebagai unsur rohani. Unsur rohani pada hakikatnya suka kepada perkara-
perkara yang baik, harmoni, tenang dan damai. Oleh itu, untuk memiliki perkara-perkara seperti
ini didalam jiwa maka, seseorang indididu tersebut perlu melakukan perkara-perkara yang
membawa kebaikan, ketenangan dan kedamaian didalam jiwa. Sebagai contoh, mendidik akal
fikiran memikirkan perkara yang possitif dan tindakan-tindakan yang positif dapat membawa
kepada pembersihan jiwa yang total. Hal ini kerana setiap apa yang ingin dilakukan terlebih
dahulu perlu kepada akal untuk memikir apakah jenis tindakan dan bagaimana untuk
melakukannya. Dengan memikirkan perkara yang positif sahaja, individu tersebut dapat
menzahirkan apa yang difikirkan positif ke dalam perlakuannya. Pemikiran positif sudah
tentunya yang berhemah dan berfaedah kepada diri sendiri, serta orang lain yang berada di
sekelilingnya. Sekitanya pelajat tersebut ialah seorang muslim, mendirikan solat akan dapat
mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Perbuatan keji dan
mungkar ini tidak semestinya melibatkan kes pembunuhan. Ia juga bermaksud perbuatan yang
nyata membawa kerugian kepada pelajar dari segi masa dan usaha yang dicurahkan. Sebagai
contoh, memeras ugut duit pelajar lain di sekolah merupakan cara menyelesaikan masalah
individu yang tidak mempunyai wang. Sebagai seorang yang bergelar pelajar, memeras ugut
duit pelajar lain adalah sama dengan perbuatan mencuri. Mencuri adalah perbuatan keji dan
hina.

5.2 Menyemai cara berfikir yang positif


Untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif bukanlah sesuatu yang mudah.
Perkara ini sukar untuk dilakukan oleh mereka yang tidak terlibat dengan gangsterisme.
Namun, bagi kumpulan gangster berfikiran positif yang dimaksudkan di sini menjurus kepada
berfikir tentang sesuatu yang paling asas tentang kehidupan yang sedang dilalui dengan
dengan cara yang betul dan waras. Bukan dengan berfikir pendek dan bertindak melulu
mengikut nafsu jahat seperti perasaan marah, dendam, dan benci. Terdapat pelbagai cara lain
untuk anda menghilangkan nafsu jahat itu dari kotak fikiran

5.3 Mewujudkan suasana hormat-menghormati


Sememangnya manusia suka kepada perkara-perkara yang dapat menaikkan semangat
dan keyakinan diri, termasuklah merasakan diri dihormati dan menghormati yang lain.
Mewujudkan suasana hormat-menghormati antara satu sama lain dapat dijadikan antara
langkah membendung masalah gangsterisme dalam kalangan para remaja. Walaupun
kebanyakan daripada remaja dewasa ini telah diberi pendidikan mengenali nilai-nilai murni dan
sahsiah diri yang baik seperti hormat-menghormati, namun masih ramai yang mungkin tidak
tahu cara melakukannya. Buktinya, rasa hormat pada diri dan menghormati orang di sekeliling
kita telah terhakis sehingga sanggup melakukan perkara-prkara yang tidak berfaedah dan
memalukan nama keluarga. Dengan ini, beberapa perkara perpulah dibincangkan mengenai
hormat-menghormati dan bagaimana ia dapat membantu membendung masalah gangsterisme.

5.4 Mewujudkan rakan cop dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan remaja
Pembangunan pesat yang sedang dialami oleh negara juga telah mengheret kewujudan
kes-kes jenayah. Kegiatan penjenayah kini sedang giat diperangi oleh pelbagai pihak. Terdapat
golongan tertentu yang menjadikan golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah sebagai mangsa
terbaru kegiatan mereka. Baru-baru ini dilaporkan sekumpulan anggota kongsi gelap sudah
mula berani menghampiri pelajar-pelajar sekolah dan remaja khususnya intuk menyertaikan
kegiatan kumpulan gangster yang bukan sahaja tertumpu kepada buli dan peras ugut malah
lebih daripada itu. Perkara yang menjadi kebimbangan ialah apabila mereka yang tidak
bertanggungjawab ini nmendekati para remaja untuk mengedarkan pil-pil khayal dan syabu
untuk tujuan tertentu. Mereka menghasut para pelajar dengan mengatakan kepada para pelajar
terdapatnya ubat-ubat perangsang minda dan dikatakan mujarab untuk digunakan ketika
bersukan, menjawab kertas peperiksaan atau melepaskan tekanan. Kegiatan mereka ini bukan
untuk kebaikan malah dengan jelasnya untuk kepentingan peribadi. Situasi yang tidak sihat ini
perlu dikekang dengan segera sebelum sekolah dijadikan hub baru mereka beroperasi
melahirkan generasi yang berperwatakan samseng. Satu pendekatan yang jauh lebih mudah
dan relevan perlu dilakukan segera bagi mengekang perbuatan gangsterisme ini. Kewujudan
Rakan Cop sepatutnya membuka mata kepada remaja dan pelajar-pelajar sekolah agar
bersikap lebih berani membuat aduan agar sebarang bentuk salah laku sosial rakan sebaya
yang menyalahi undang-undang. Ledakan kemajuan teknologi telah dimanfaat sebaiknya oleh
Polis Diraja Malaysia(PDRM). Kemajuan teknologi sistem pesanan ringkas telah digunakan
sebagai alat untuk membanteras kegiatan jenayah di seluruh negara.

5.5 Peranan ibu bapa


Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini
adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi
masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih
sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini
bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki
keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau
fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan
keselamatan. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan
peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih
sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan
kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini
termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya.
Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak
akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

5.6 Peranan Sekolah


Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara
komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan
penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan
sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,
merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan
pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT
untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan
alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi
mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha
melaksanakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah
mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial
dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan
program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru
mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-
program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem
pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik
kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus
sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT.

5.7 Peranan Masyarakat


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang
daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng. Sungguhpun
masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi
kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan
masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu
semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping
merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap
individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan
dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial
ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu
kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program
seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk
mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa
kehancuran individu itu sendiri dan seterusnya akan menjejaskan imej masyarakat setempat.
Selain itu, Masyarakat setempat atau komuniti yang menetap dalam satu kawasan yang
sama disarankan agar mewujudkan kembali peranan rukun tetangga. Tidak kiralah mereka
yang menetap dikawasan bandar mahukpun kawasan kampung. Hal ini kerana masalah salah
laku sosial remaja telah berada di mana-mana. Mereka tidak perlu ke bandar untuk melakukan
perbuatan seperti meragut atau memeras ugut. Oleh itu, cara lama perlu digunakan kembali
dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat agar anak-anak remaja tidak menjalani
kehidupan tidak bermoral dengan anasir ala samseng ini. Dahulu, rukun tetangga telah berjaya
diwujudkan untuk membanteras kegiatan komunis di kawasan-kawasan kampung. Peranan
rukun tetangga ini dapat membantu pihak berkuasa memantau kegiatan samun, rompakan dan
ragut yang dilakukan oleh remaja gangster ketika di luar waktu sekolah.
Di samping itu, peranan rukun tetangga ini dapat membantu pihak sekolah memantau
kegiatan ponteng sekolah dan kegiatan berjudi. Kesemua salah laku sosial remaja ini perlu
dibendung agar mereka tidak terlibat dengan kes-kes jenayah yang mana menjanjikan
hukuman yang lebih berat sekaligus menjejaskan masa depan mereka. Masyarakat boleh
bertindak sendiri melalui aktiviti yang boleh dijalankan dalam memberi pengetahuan mengenai
salah laku sosial remaja dan tindakan yang perlu dilakukan bagi memantaunya. Sebagai
contoh, mengadakan kempen membanteras kegiatan buli dan ragut dalam kalangan anak-anak
di kawasan tersebut. Remaja boleh sama-sama turut serta menjayakan program seperti ini.
Umpamanya, Remaja boleh berindak mengedarkan risalah menerangkan apa itu gangsterisme
dan aktiviti yang berkaitan dengan gangsterisme dalam kalangan anak-anak remaja. Selain itu,
remaja boleh bertindak bersama-sama mereka yang lebih berpengalaman atau pihak polis
untuk bersama-sama membanteras kegitan buli dan ragut dalam kalangan remaja gangster di
kawasan tempat tinggal. Usaha ini perlu konsisten dan berterusan kerana salah laku sosial
remaja masih boleh berlaku kerana umpama kucing tanpa tuannnya.

5.8 Kerajaan
Kerjasama dan keprihatinan pihak kerajaan membendung gejala gangsterisme
memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh,
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti
menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus berhubung dengan masalah gengsterisme
yang perlu dihadapi oleh guru. Dari aspek kekerapan perlakuan gengsterisme juga
menunjukkan di tahap sederhana dan memandangkan perlakuan gengterisme tidak hanya
berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar sepert, pihak Polis dan
Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali
semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah. Ini mendorong kegiatan
perlakuan gengsterisme di sekolah berada di tahap sederhana sama ada di dalam sekolah, di
luar sekolah dan semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. Selain itu, melalui media massa,
program perintis intervensi buli di perlu diadakan di setiap sekolah menengah khususnya.
Langkah ini tiada lain agar salah laku remaja seperti gangsterisme ini tidak menjadi
penyumbang utama kes-kes jenayah yang berlaku. Sementara itu, kempen ini juga merupakan
langkah terbaik dalam meringankan bebanan, tekanan guru dan pelajar lain yang terpaksa
berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ini saban hari.
5.9 Mengawal Jaringan aktiviti Gangster
Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang
melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secara bersama
melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar
tidak melepak sama ada pada waktu persekolahan atau pada masa di luar waktu persekolahan
kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu, pihak
pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan
gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga
waktu utama, iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi
persekolahan harian.
6.0 Penutup
Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak.
Gejala ini merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini
telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya
gejala gengsterisme dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum
mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman
dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan
iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih daripada pelbagai
gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kita. Penyelidik berpendapat adalah normal bagi seseorang pelajar mempunyai
pengetahuan dan pendedahan tentang aktiviti -aktiviti sosial pada masa kini yang sering
dipaparkan di media cetak dan elektronik yang melibatkan pelajar.Justeru itu, pihak berwajib
haruslah sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisien dan komited.

Bibliografi
Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dr.Yusof al-Qoradhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi :
Maktabah al-Qardhawi.
Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7
November 1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman.
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral,
Bangi: UKM.
Iheoma, E.O, The Role of Religion in Moral Education, Journal of Moral
Education, Vol 15, no 2, May 1986.
Majalah Massa,5-11 Ogos 2000
Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.
Artwater, D. (1981) Learning and earning. The value of working for urban student.(On
Line). Available
Penstrukturan semula PDRM:
Empat langkah cegah jenayah
berkesan Oleh Steven Sim Chee
Keong
9 Ogos 2013

Suntingan: Hafiz Zainuddin

JENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita
berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan
sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara
ini.

Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor
tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia
adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara
maju pada 2020.

Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor
ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang
makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan
seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar.

Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat


penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan
profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM),
kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan.
Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan
jenayah yang wajar.

Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota
polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat
peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan
46.43 peratus daripada 2011 sehingga 2013, sedangkan anggota Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-
kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua.

Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN)


tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah
yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih
efektif melalui penstrukturan semula PDRM.

1) Menjadikan Melawan jenayah sebagai fungsi utama PDRM

Antara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis
ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa,
forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh
dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar
forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.

Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM
diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas
yang tidak memerlukan kuasa polis.

2) Memansuhkan pasukan Cawangan Khas

Bagi mencapai misi melawan jenayah, maka saya menyarankan semua


pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan
disalur kepada JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan
komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita.
Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA
juga menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis
terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.

Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang
dianggar berjumlah lebih 7,000 anggota pada masa kini. Kementerian Dalam
Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas
yang terkini.
Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut
disalur kepada kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat
dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).

3) Seorang polis mengendalikan kes jenayah, lima polis


mengendalikan urusan pejabat

Pada masa kini, 40.82 peratus atau 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan
di Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap seorang pegawai polis
dalam JSJ melawan jenayah, ada lima anggota lain yang menjalankan kerja
pengurusan termasuk kerja pentadbiran.

Kerja sebegini boleh dilaksana oleh pegawai awam bukan anggota polis. Ini
bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalur kepada tugas core
business PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan
kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun
khas untuk anggota polis.

4) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis


(IPCMC)

Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campur tangan politik seperti


yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, IPCMC perlu
segera ditubuhkan. Seperti yang saya cadangkan sebelum ini, IPCMC juga
perlu diubahsuai untuk memberi kuasa kepada badan bebas terbabit
membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya
kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campur tangan politik
tetapi berdasarkan prestasi.

Dengan cadangan empat kaedah ini saya percaya, kadar jenayah dapat
dikurangkan dengan baik sekaligus mengembalikan semula keyakinan awam
terhadap PDRM.-Roketkini.com
Formula menangani jenayah dengan
lebih berkesan
JENAYAH dan kegiatan berkaitannya telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia.

Kejadian jenayah yang membabitkan keganasan dan trauma mesti dilihat pada sudut yang lebih serius
bukan sahaja daripada pihak kerajaan, pihak penguat kuasa dan kehakiman malah oleh keseluruhan
masyarakat.

Tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian jenayah dan dalam ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kes
dadah serta kemasukan pendatang tanpa izin, jenayah akan terus meningkat di sebalik usaha gigih Polis
Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah.

Berlakunya kejadian jenayah adalah sebagai peringatan bahawa masyarakat tidak boleh mengabaikan
keselamatan mereka.

Setiap kali berlakunya jenayah kejam maka ia akan menimbulkan kemarahan masyarakat dan
menjadikan orang ramai menempelak serta menuding jari kepada beberapa pihak.

Persoalannya, adakah kita telah melakukan secukupnya sebagai kerajaan, komuniti dan institusi keluarga
untuk menangani isu serta punca berlakunya jenayah?

Memerangi jenayah adalah perlu, mencari punca adalah penting, dan pencegahan jenayah adalah satu
perkara yang lebih penting. Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah oleh PDRM diharapkan boleh
merungkai segala punca jenayah dan berusaha menanganinya secara berkesan.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpendapat bahawa masalah penagihan dadah adalah
punca utama kepada kes jenayah seperti ragut.

Selagi tiada kejayaan menangani isu penyalahgunaan dadah, masalah jenayah berkaitan dadah akan terus
berlaku.

Satu lagi punca jenayah adalah berkaitan keruntuhan nilai moral yang serius yang membelenggu
golongan remaja akibat keruntuhan keupayaan kekeluargaan dan panduan untuk membolehkan anak-
anak kita melakar perjalanan yang betul.

Pembangunan ekonomi dan teknologi yang pesat tidak seimbang dengan pembangunan nilai moral dan
pembangunan insan. Kita bukan hendak menafikan kepentingan ICT dalam era teknologi maklumat
tetapi kita perlu sedar pada masa sama kita perlu menegaskan intipati pembangunan moral dan nilai
sangat penting demi mencapai pembangunan negara seimbang.

Pembangunan ekonomi dan teknologi hendaklah dicapai tanpa mengorbankan nilai moral dan
pembangunan insan yang juga sangat diperlukan di samping kita menangani pelbagai permasaalahan
sosial yang menghantui masyarakat.
Mendapat bahan lucah dengan mudah, saya percaya adalah penyebab utama kepada peningkatan jenayah
seksual. Bahan lucah melalui VCD cetak rompak dijual dengan harga murah dan senang untuk diperolehi
bukanlah menjadi masalahnya sahaja. Ketagihan seks siber, teman seks, laman web lucah dan sebagainya
merosakkan minda remaja dan mengakibatkan kemunculan gejala sosial.

Terdapat juga masalah pil ekstasi dan pelbagai pil perangsang yang boleh di dapati di pusat-pusat
hiburan yang tidak terkawal.

Kita perlu menangani jenayah dari pelbagai sudut dan pendekatan :

1. Dari sudut pendidikan kita memerlukan program secara berterusan untuk mendidik remaja dan belia
kita untuk menjauhi diri daripada gejala sosial dan jenayah.

2. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
sentiasa memikirkan tentang keselamatan anak-anak mereka semasa mereka berada di luar rumah
mahupun di sekolah. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah semasa anak-anak membesar dan
perlu memainkan peranan membantu membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang baik
dan berguna.

3. Kerajaan harus dengan segala upaya menguatkuasakan undang-undang secara efektif demi
kepentingan ketenteraman awam dan pencegahan jenayah. Undang-undang hendaklah dikuatkuasakan
secara adil dan tanpa pilih kasih.

4. Sekolah pula hendaklah mengetatkan disiplin terhadap murid melalui kerjasama guru, ibu bapa dan
pihak berkuasa.

5. Peranan badan kehakiman juga harus menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan penjenayah. Mengawasi keselamatan negara melibatkan lebih daripada sekadar anggota yang
bersenjata dan kereta peronda. Apa yang kita perlukan adalah kemampuan berkomunikasi, kaunseling
dan psikologi untuk anggota polis, perubatan forensik, teknologi komunikasi, ilmu sains sosial dan
integriti.

6. Kesedaran akan keselamatan peribadi dan keselamatan sosial tidak hanya terbatas pada aspek fizikal,
tetapi juga keprihatinan alam siber, kerana kita hidup di dunia di mana maklumat dan teknologi
komunikasi yang sentiasa berubah pada kelajuan yang sangat pantas. Ia adalah punca penyebab yang
serius yang perlu diambil kira akibat peningkatan jenayah siber, di mana kita boleh menjadi mangsa
kecurian identiti dan penipuan serta pelbagai hal lain.

TAN SRI LEE LAM THYE

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130627/re_02/Formula-


menangani-jenayah-dengan-lebih-berkesan#ixzz3fYTMhKkj
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like