Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KELAB
SAHABAT
PERPUSTAKAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA TOMANI

1.0 PENGENALAN

Perpustakaan merupakan gerbang ilmu dan sumber maklumat kepada semua


warga sekolah dan masyarakat sekitarnya.Ia memainkan peranan penting
sebagai sebuah pusat pengurusan ilmu dan maklumat global. Sehingga pada
tahun 2012, koleksi perpustakaan telah meningkat dan terdiri dalam pelbagai
bidang ilmu. Koleksi ini terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bahan
bercetak serta elektronik. Jesteru itu, sejajar dengan perkembangan masa, Kelab
Sahabat Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Kuala Tomani wajar ditubuhkan
dengan tujuan untuk membantu dalam memperkasakan fungsi perpustakaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pengetahuan asas kepada kumpulan sasaran mengenai


Perpustakaan dan kaedah pengendaliannya.
2.2 Memberi galakan kepada kumpulan sasaran untuk berkhidmat kepada
perpustakaan.
2.3 Memberi latihan dan membina kemahiran kepada kumpulan sasaran dalam
aspek perpustakaan.
2.4 Menggalakkan dan menanam minat kepada kumpulan sasaran untuk
mempunyai perpustakaan sendiri.
2.5 Mendidik kumpulan sasaran menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek
pendidikan pengguna perpustakaan.
3.0 MOTTO

'Ilmu Sahabat Sepanjang Hayat'


4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk Kelab Sahabat Perpustakaan dipilih di kalangan murid


yang berminat di SK Kuala Tomani.

5.0 AKTIVITI

5.1 Menyisih dan menyusun (sorting & shelving).


5.2 Membantu menyediakan aktiviti & pameran pada bulan membaca.
5.3 Membantu perpustakaan dalam aktiviti bulan gerakan membaca.
5.4 Membantu aktiviti keceriaan perpustakaan.

6.0 KELEBIHAN AHLI KELAB

6.1 Tempoh pinjaman buku untuk ahli kelab selama tiga (3) minggu.
6.2 Jumlah pinjaman buku untuk ahli kelab sebanyak 8 judul.
6.3 Ahli kelab akan dijemput menghadiri aktiviti/seminar/ceramah yang
dianjurkan oleh perpustakaan.
6.5 Kemudahan memiliki bilik gerakan.
6.6 Ahli kelab akan diberi kad dan sijil keahlian Kelab Sahabat.
6.7 Minuman ringan akan disediakan semasa menjalankan kerja-kerja atau
aktiviti khusus di perpustakaan.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN


SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TOMANI,TENOM, SABAH

NAMA PERSATUAN : KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN


Pengerusi :En Rosyam Bin Dollah
Timbalan Pengerusi :Pn Ramlah Binti Awang Zaidi
Penasihat :En Azamain Bin Matawang
Setiausaha :Pn Lau Lik Yau
Timbalan Setiausaha :Pn Chua Mei Ling
Bendahari :En Jared Anak Kumbang
AJK Latihan :En Syamil Bin Zahid
AJK Teknikal & Peralatan :Pn Noriza Binti Abdul Wahid
AJK Kebajikan & Jamuan :Cik Norhayathi Binti Ismail
AJK Pertandingan & :En Subramanian A/L Muttusami
Aktiviti
AJK Perhubungan :En Martin Alex

8.0 PENUTUP

Diharap dengan penubuhan kelab ini dapat membantu memperkasakan fungsi


perpustakaan dan dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga
SK Kuala Tomani.
Disediakan oleh:

..........................
(LAU LIK YAU)
Setiausaha
Kelab Sahabat Perpustakaan Sekolah Kebangsaan
Kuala Tomani, Tenom, Sabah.

Disemak oleh:

.............................................
(AZAMAIN BIN MATAWANG)
Penasihat
Kelab Sahabat Perpustakaan Sekolah Kebangsaan
Kuala Tomani, Tenom, Sabah

You might also like