Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Sebelum kita membincang tentang model pengurusan bilik darjah, kita harus
mengetahui tentang makna pengurusan bilik darjah sebab ia akan memberi info
yang tambah serta kita akan faham model pengurusan bilik darjah dengan jelas.
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak
kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal. Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru (Myint Swe Khine,
Lourdusamy, A. Quek, C. L. & Wong, F.L. (eds), 2005).

Pengurusan bilik darjah penting bagi membinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Ee Ah Meng (1994)
mengatakan bahawa, guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran
merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mengurus disiplin murid secara berkesan. Menurut Azizi Yahaya (2005), Selain
mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus muridmurid
supaya memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih
berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut
rancangan.

8
2.0 PILIH SATU MODEL, HURAIKAN CARA-CARA PERLAKSANAANNYA DI
DALAM BILIK DARJAH.

Dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan tentang satu model dan cara-cara
perlaksanaan model tersebut. Model yang saya pilih ialah Model Pengurusan
Kelompok Kounin. Model Pengurusan Kelompok Kounin diasaskan oleh Jacob
Kounin (1971) seorang pakar Psikologi Pendidikan. Beliau menyatakan dua fokus
utama dalam model ini iaitu disiplin dan pengajaran. Disiplin di sini membawa
maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkahlaku yang baik dalam bilik darjah.
Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu pelajar memperoleh maklumat
dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba untuk mengubah corak
pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin. Menurut Kounin faktor
utama dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah berkait dengan kebolehan
guru mengekalkan keharmonian bilik darjah sepanjang sesi P&P berlangsung
(Kasnani Ab. Karim, 2000). Oleh itu, guru sebagai pendorong dalam darjah boleh
mengamalkan teknik-teknik pengurusan bilik darjah berpandukan model Kounin.

Model ini dapat membantu guru untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Cara yang boleh diaplikasikan dengan merujuk
model Kounin adalah withitness. Sebagai seorang guru harus berkebolehan
mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa. Oleh
itu, guru harus sentiasa peka terhadap bunyi-bunyian dalam bilik darjah supaya tidak
ada sebarang perlakuan yang tidak diingini berlaku di luar pengetahuan guru.
Dalam konteks ini, susun atur perabot di dalam kelas memainkan peranan yang
penting. Guru juga perlu menyusun atur kerusi dan meja murid supaya tiada yang
terselindung daripada pandangannya. Oleh itu, meja guru biasanya diletakkan
dihadapan kelas. Meja murid pula sebaiknya menghadap ke arah guru (Ee Ah Meng,
2005). Seorang guru yang baik sudah pasti mengenali sikap murid-muridnya dengan
terperinci. Oleh itu, mudah bagi guru untuk menentukan pelan tempat duduk murid-
muridnya. Murid- murid yang nakal dan suka bercakap akan ditempatkan di barisan
hadapan bagi membolehkan kawalan guru terhadap kumpulan murid jenis ini berada
di tahap maksima. Selain itu, saiz badan murid juga boleh dijadikan panduan untuk
menyusun tempat duduk murid. Murid yang berbadan kecil tidak sepatutnya berada

9
dibelakang kerana dikhuatiri terlindung oleh rakan-rakannya yang berbadan besar.
Hal ini menghalang pandangan guru dan murid terdorong untuk tidak menumpukan
perhatian kerana guru tidak dapat mengawasi perbuatannya. Semasa memberi
bimbingan peribadi terhadap murid pula guru perlu memastikan dirinya tidak
membelakangkan murid yang lain.

Selain itu, Model Kounin juga membantu meningkatkan kebolehan guru untuk
menangani dengan berkesan dua peristiwa pada satu masa yang sama. Kaedah ini
menguji kecekapan guru dalam mengendalikan situasi bilik darjah kerana seorang
guru biasanya perlu mengawasi bukan seorang dua murid tetapi puluhan orang
murid yang tiap seorang dariapda mereka mempunyai watak yang berbeza. Sambil
menumpukan perhatian kepada satu kumpulan, guru perlu juga prihatin terhadap
apa yang berlaku di sekeliling, misalnya gerak-geri murid yang duduk di barisan
belakang. Biasanya, murid-murid di bahagian belakang kelas akan mengambil
peluang ini untuk berbual-bual dan bermain sesama rakan. Hal ini berkaitan dengan
teknik overlapping . sebaik sahaja terdengar bunyi-bunyian yang mengganggu di
dalam kelas, guru akan bertindak pantas dengan memberi amaran kepada murid
yang berkenaan dan minta murid tersebut menghentikan perbuatannya. Kemudian,
guru meneruskan perbincangan dengan murid lain. Melalui tindakan ini murid-murid
tahu dan sedar bahawa mereka sentiasa berada dalam kawalan guru tersebut dan
mereka akan menjaga tingkah laku mereka supaya tidak menaikkan kemarahan
guru tersebut (Goh Swee Chiew, 2007).

Kelancaran pula merujuk kepada kebolehan guru menjalankan P&P tanpa


sebarang gangguan. Guru bolehlah membuat perancangan awal agar dapat proses
P&P berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, guru merancang setiap langkah-
langkah penyampaian bagi mengelakkan mengulang sesuatu yang telah diajar itu
berulang kali kepada murid-murid. Guru juga telah bersiap bersedia dengan latihan
penggayaan yang dikhususkan sebagai aktiviti tambahan untuk murid-murid yang
telah berjaya menguasai sesuatu tahap pembelajaran. Dengan ini, murid-murid yang
telah menyiapkan kerja yang diberikan boleh mendapatkan latihan yang lain dengan
aras yang berbeza tanpa mengganggu guru menjalankan kegiatan pemulihan
terhadap muridmurid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan

10
dalam pelajaran. Oleh itu, keadaan kelas terkawal kerana guru membuat persiapan
rapi terhadap aktiviti untuk murid-muridnya mengikut tahap.

Di samping itu, terdapat kajian Kounin yang menarik mengenai pengurusan


disiplin iaitu Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan Gelombang didefinisikan
sebagai tindakan guru ke atas mana-mana murid yang kemudiannya turut
memberikan impak kepada murid-murid lain. Disiplin murid-murid akan terkawal
kerana apabila terdapat murid yang melakukan salah laku disiplin dalam kelas
mendapat teguran atau dendaan, maka murid-murid yang lain mengambil iktibar
daripada peristiwa tersebut. Contoh Kesan Gelombang yang boleh diaplikasikan:

Bagus! Saya dapati ramai murid dalam kelas ini sudah menyiapka projek yang
saya berikan. Teruskan kerja kamu . Sambil memandang ke arah beberapa
orang murid yang berbual kosong tidak menyiapkan tugasan yang diberikan
guru menyambung, malangnya, mugkin ada beberapa orang yang tidak
dibernarkan pulang kerana tidak menyiapkan projek yang saya beri .

Kesan Gelombang boleh dimaksimumkan supaya berupaya untuk diserap dengan


efektif. Oleh itu, guru harus mempunyai tiga ciri semasa menjalankan tidakan disiplin
terhadap murid iaitu tegas, jelas dan serius.

Selain itu, model ini juga melatih guru untuk memastikan pembelajaran
berlaku pada kadar yang stabil. Guru tidak perlu mengulang konsep kecil yang telah
difahami sebaliknya guru perlu memperbetulkan kesilapan murid, kemudian teruskan
dengan pengajaran lanjut. Hal ini kerana penerangan yang meleret-lerat hanyalah
membuanga masa dan tidak menyumbang kepada perkembangan intelek murid-
murid. Guru-guru juga harus membenarkan murid bergerak dari satu aktiviti lain
tanpa dipaksa untuk menunggu murid yang agak lambat. Hal ini bukan sahaja
mengelakkan murid-murid ini daripada menganggu perjalalan P&P apabila mereka
membuat bising kerana tiada aktiviti yang dikhaskan untuk mereka. Selain itu,
perkara ini adalah penting sebagai insiatif bagi mengelakkan kebosanan murid.

Model Kounin juga boleh digunakan untuk mengekalkan penglibatan aktif


murid dan mewujudkan minat mereka. Hal ini bagi menggalakkan akauntibiliti murid.
Guru perlu mewujudkan suatu perasaan dalam diri murid itu seperti guru sangat

11
menghargai penyertaan mereka dalam setiap aktiviti dalam kelas. Hal ini kerana
setiap murid berhak mendapat peluang sama rata untuk menyerap segala ilmu dan
meningkatkan kemahiran yang dicurahkan oleh guru kepada mereka. Oleh itu, guru
bertindak menyediakan laluan dengan memudahkan mereka melibatkan diri dalam
aktiviti semasa P&P. Sebagai cadangan, guru bolehlah menggunakan pelbagai
bahan maujud semasa set induksi bagi menimbulkan perasaan ingin tahu membuak-
buak dalam diri murid-murid. Kemudian, guru bolehlah mengemukakan soalan-
soalan setelah berjaya menarik tumpuan semua murid. Seterusnya, wujudkan minat
murid melalui soalan yang bercorak suspens dan minta seluruh kelas menjawabnya.

3.0 FAKTOR-FAKTOR SAYA PILH MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Saya memilih model pengurusan kelompok Kounin sebab model ini


merupakan model yang memberi satu gambaran yang jelas kepada guru
terutamanya kepada bakal guru untuk mengendalikan sebuah bilik darjah bagi
mencapai satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam Model
Pengurusan Kelompok Kounin, Kounin memberi penekanan kepada pengawasan
dan penyeliaan teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Disiplin dan pengajaran
perlu dititikberatkan oleh guru dalam membentuk pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Model Kounin memberi pelbagai manfaat kepada guru dalam merangka
satu bentuk pengurusan bilik darjah yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik
darjah masing-masing (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, (2014).

Faktor seterusnya saya memilih model ini ialah sebagai bakal guru, saya
dapat mengetahuai cara memilih aktiviti sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk membentuk pengurusan
disiplin yang berkesan di dalam bilik darjah. Menurut Hardin, C.J.(2011), guru
perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid supaya murid dapat
melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Antara aktiviti yang berpusatkan
murid adalah seperti melakukan demostrasi, memberikan maklum balas, bercerita
dan memberikan penerangan. Oleh itu, dengan model ini, guru dapatmerancang
aktiviti secara kreatif dan berpusatkan murid supaya murid sentiasa bersedia untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

12
Selain itu, faktor saya memilih model pengurusan kelompok Kounin ialah
sebagai bakal guru, saya akan dapat memahami bagaimana untuk menguruskan
bilik darjah secara berkesan. Sesuatu pengajaran perlulah dirancang dengan
mengambil kira beberapa aspek penting. Kamarudin Hj. Husin (1993), mengatakan
bahawa, aspek-aspek seperti tahap kebolehan murid, minat murid, aktiviti yang
mencabar murid dan aktiviti yang memotivasikan murid perlu diambil kira dalam
membuat perancangan awal mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Sekiranya guru
mengambil kira aspek-aspek ini dalam pemilihan aktiviti, pengajaran yang
menyeronokkan dapat dijalankan. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat
mengekalkan perjalanan aktiviti bilik darjah yang lancar kerana penglibatan murid-
murid secara aktif dalam aktiviti tersebut.

Faktor seterusnya ialah saya sebagai bakal guru dapat mempelajari cara
untuk menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak. Tingkah laku murid
yang pelbagai di dalam bilik darjah memerlukan guru mempunyai kemahiran untuk
menanganinya. Contohnya, Maria, teruskan membaca pendahuluan karangan
awak, saya dengar. Marissa berhenti daripada menulis dan dengar pendahuluan
yang dibacakan Maria. Menerusi dialog ini, dapat diperhatikan guru mampu
mengawal salah laku yang dilakukan murid dan pada masa yang sama guru sedang
menumpukan perhatian terhadap perkara lain yang lebih penting. Di dalam bilik
darjah, murid sering berasa diri mereka selamat untuk melakukan salah laku apabila
duduk di barisan belakang. Oleh sebab itu, guru hendaklah memerhatikan gerak-geri
murid yang duduk di barisan belakang walaupun pada masa yang sama guru
sedang menumpukan perhatian kepada murid yang lain. Guru yang mampu
menangani dua situasi dalam satu masa ini merupakan guru yang berkebolehan
mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik (Khadijah Rohani Mohd
Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan, 2005) .

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, strategi pengurusan Kounin telah memberikan galakan


pembelajaran yang aktif bukan sahaja dalam pendidikan formal malahan berkesan
juga bagi murid bermasalah pembelajaran. Strategi yang syorkan Kounin digunakan
secara meluas pada masa kini dalam sistem pendidikan. Melalui amalan strategi dan
teknik pengajaran Kounin, guru dapat menitik beratkan variasi dari segi strategi dan

13
teknik pengajaran supaya dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk
belajar. Oleh yang demikian kebijaksaan para guru amatlah dituntut dalam membuat
pertimbangan semasa melaksanakan teknik dan strategi Kounin. Sebagai langkah
penambahbaikan, guru boleh memodifikasi dari segi perwatakan guru yang lebih
positif dan mendekati murid supaya menjayakan usaha guru menguruskan tingkah
laku dalam bilik darjah. Dengan mengikut model pengurusan Kelompok Kounin,
seorang guru boleh meningkatkan sistem pembelajaran abad ke 21 selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

14

You might also like