Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Elektrolisis

1.0 Pengenalan

Barang kemas merupakan satu bentuk perhiasan bagi seseorang wanita. Pada zaman dahulu,
para wanita menggunakan cengkerang, batu dan tulang sebagai barang perhiasan mereka.
Perhiasan ini melambangkan status atau pangkat seseorang. Apabila zaman berkembang maju,
para wanita tidak lagi memakai cengkerang, batu dan tulang sebagai barang perhiasan mereka.
Kini rupa bentuk barang kemas telah diinovasi menjadi cincin, gelang, rantai dan sebagainya.
Pada peringkat awal, barang-barang kemas ini diperbuat daripada besi. Apabila teknologi sains
semakin berkembang, ciri-ciri barang-barang perhiasan ini juga turut berkembang. Dimana rupa
paras sesuatu barang kemas lebih cantik dan menarik. Di samping, ketahanan daripada
kakisan juga meningkat.

Melalui proses elektrolisis, perhiasan wanita kini semakin cantik dan mutunya berkualiti
tinggi. Tambahan, nilainya juga semakin tinggi. Proses elektrolisis banyak digunakan dalam
proses industri terutama dalam penyaduran logam.

2.0 Sejarah Elektrolisis

Mengikut sejarah, pada tahun 1863 -1914 Paul Louis Toussaint Heroult (warga Perancis) dan
Charles Martin Hall (warga Amerika) kedua-dua telah mengemukakan satu proses meleburkan
aluminium oksida yang dihasilkan melalui pengunaan arus elektrik. Proses ini telah berjaya
dilakukan dan dapat menghasilkan aluminium tulen. Proses elektrolisis dinamakan sempena
kedua-dua ahli-ahli sains ini.

Pada tahun 1834, Micheal Faraday iaitu seorang ahli sains telah membuat kajian
terhadap elektrolisis bahan lebur dan larutan elektrolit. Beliau mendapati bahawa arus elektrik di
dalam leburan atau larutan elektrolit dibawa oleh atom bercas. Atom bercas itu dikenali sebagai
ion. Ion-ion ini membawa cas positif atau cas negatif. Ion-ion positif akan tertarik kepada katod
manakala ion-ion negatif akan tertarik kepada anod apabila arus elektrik mengalir.

2.1 Proses Elektrolisis

Di dalam buku Kimia SPM elektrolisis didefinisikan sebagai proses penguraian elektrolit kepada
unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Arus elektrik boleh dialirkan melalui
elektrolit dengan menggunakan dua elektrod seperti contoh dalam rajah 1.

1
Elektro
d

Rajah 1

Elektrod yang disambungkan kepada terminal positif bateri dipanggil anod, manakala
elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif bateri dinamakan katod. Semasa
elektrolisis berlaku, ion negatif akan bergerak ke anod dan ion ini dikenali sebagai anion.
Manakala bagi ion positif pula, ia akan bergerak ke katod dan ion ini dikenali sebagai kation.

Di dalam elektrolisis sebatian AB lebur dan membebaskan ion.

AB +

Di anod ion akan dinyahcas dengan membebaskan n eleKtron dan membentuk atom B.

2
B+

Di katod, ion dinyahcas dengan menerima n electron dan membentuk atom A.

+ A

3.0 Penyaduran Cincin Kuprum

3.1 Definisi Penyaduran logam

Penyaduran Elektrik merupakan penyaduran nipis satu logam pada permukaan logam yang lain
bertujuan untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan logam reaktif atau untuk
memperbaiki rupa dan nilainya.

Semasa penyaduran, logam yang hendak disadurkan perlu diletakkan di katod yang
direndamkan ke dalam elektrolit yang mengandungi ion logam yang akan menyadurnya.
Manakala logam penyadur dijadikan sebgai anod. Elektrolit yang digunakan ialah larutan
akueus yang mengandungi ion logam penyadur.

3.2 Proses Penyaduran Cincin Kuprum

3
Rajah 2

Rajah 3

Sebentuk cincin besi dibersihkan dengan kertas pasir dan dijadikan sebagai katod.
Manakala logam kuprum dalam bentuk keranjang dijadikan sebagai anod. Kedua-dua anod dan
katod disambungkan kepada punca elektrik. Cincin besi dan plat kuprum direndamkan kedalam
larutan(II) sulfat. Larutan(II) sulfat dijadikan sebagai elektrolit. Arus 0.4A dilakukan selama satu
jam.

Semasa penyaduran berlaku secara elektrolisis, anod kuprum larut dan ion-ion

dibebaskan.

Cu +2

4
Ion-ion bergerak ke katod dan dinyahcaskan di katod.

+ 2 Cu

Logam kuprum terbentuk sebagai lapisan perang pada cincin besi tersebut iaitu pada
terminal negatif. Manakala bagi terminal positif pula, saiz elektrod kuprum semakin
berkurangan. Di samping ion-ion kuprum semakin banyak terhasil.

Menurut buku Kimia Fokus U, bagi mendapatkan lapisan penyaduran yang rata, kuat
dan lebih tahan beberapa langkah perlu di ambil kira. Yang pertamanya permukaan objek yang
disadur perlu dibersihkan dengan kertas pasir. Selain itu, arus elektrik yang kecil dan proses
penyaduran elektrik dijalankan secara perlahan-lahan. Akhir sekali, objek yang disadur perlu
diputarkan secara perlahan-lahan semasa elektrolisis dijalankan.

4.0 Kepentingan Elektrolisis dalam Kehidupan seharian

Penyaduran logam membantu dalam mengubah sifat kimia, fizikal, dan ciri-ciri sesuatu
bahan. Salah satu contoh perubahan kimia adalah apabila cincin besi tersebut telah disadurkan
dengan plat kuprum, lapisan kuprum itu membantu dalam ketahanan kakisan cincin besi itu
supaya tidak senang berkarat.

Perubahan fizikal yang terlibat ialah perubahan dari segi rupanya. Satu contoh
perubahan mekanikal adalah perubahan dari segi kekuatan atau kekerasan permukaan yang
merupakan satu sifat yang diperlukan dalam industri barang kemas.

Melalui proses elektrolisis, bahan-bahan tulen dapat dihasilkan. Sebagai contoh


peghasilan aliminium, natrium dan bahan-bahan lain. Logam-logam yang diekstrak daripada
mineral mungkin mengandungi logam-logam lain sebagai benda asing. Oleh itu, logam-logam
ini boleh ditulenkan secara elektrolisis.

Proses elektrolisis juga membantu dalam pengekstrakan logam. Logam-logam yang


kurang reaktif dapat diekstrak melalui proses penurunan oksidanya oleh karbon. Logam-logam
yang reaktif tidak dapat diestrakkan melalui penurunan oleh karbon. Logam-logam ini diestrak
melalui proses elektrolisis sebatian leburan. Sebagai contoh logam kalium, logam kalsium,
logam magnesium dan logam-logam lain.

5
Selain itu, proses elektrolisis mampu menghasilkan bahan kimia seperti klorin untuk
industry pembuatan plastic seperti PVC dan natrium hidroksida untuk industry pembuatan
kertas, tekstil, sabun dan detergen.

Akhir sekali, elektrolisis dapat mengelektrosadur bahan plastic dengan logam perak,
emas atau kromium untuk memperbaiki rupa bentuk plastic tersebut dan menjadikan plastic
sebagai bahan konduktor elektrik. Plastik jenis ini dijumoai dalam kereta, radio, aksoseri bilik
mandi, televisyen dan lain-lain.

5.0 Kesimpulan

Proses elektrolisis merupakan satu proses yang banyak memberi manfaat dalam
kehidupan seharian. Ia digunakan secara meluas dalam pelbagai industri. Bagi proses
penyaduran, proses ini adalah untuk melapis objek logam dengan lapisan nipis logam yang lain.
Lapisan yang ingin didepositkan perlulah mempunyai beberapa ciri yang diingini, di mana bagi
membantu meningkatkan kualiti logam asal. Sebagai contoh penyaduran kromium dilakukan ke
atas banyak objek seperti bahagian-bahagian kereta, paip mandi, penunu gas dapur dan rim
roda. Perkembangan teknologi sains banyak membantu manusia dalam menjalani kehidupan
sehari-hari.

Rujukan

Electroplating Jewellery. (2017, March 1). Retrieved from Ganoksin:


https://www.ganoksin.com/article/electroplating-jewellery/

Eng Nguan, L. E. (2005). SPM Fokus U. Bandar Baru Bangi: Pelangi Sdn.Bhd.

Eng Nguan, L. K. (1999). Kimia Fokus Jingga SPM. Bandar Baru Bangi: Pelangi Sdn.Bhd.

OnlineTuition. (2017, February 28). Retrieved from Aplikasi Elektrolisis Dalam Industri -
Penyaduran Logam: http://spmkimia.onlinetuition.com.my/2015/09/aplikasi-elektrolisis-
dalam-industri_24.html

6
Tan Yin Toon, L. W. (2007). SUCCESS Chemistry SPM. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

You might also like