Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Menurut Abdullah Hassan di dalam buku Morfologi bagi Siri Pengajaran


dan Pembelajaran Bahasa Melayu , 2006:12, morfologi ialah salah satu bidang ilmu
yang mengkaji bentuk perkataan. Unsur-unsur bahasa dicantum-cantumkan bagi
membentuk perkataan dan ayat dan unsur bahasa itu ialah morfem dan kata. Istilahini
dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan
tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Selain itu morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal
perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata
akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan
sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,
sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. (Nik Safiah
Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa
Dewan, Edisi Ketiga, halaman 43.)

Tuntasnya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk
dan golongan kata dalam bahasa melayu.

1
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.0 Maksud Proses Pembentukan Kata

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana
perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri
Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata
menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat
menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif
atau derivative jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya
melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata
dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti
(akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak
sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa
Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan
perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu
sendiri, iaitu berdasarkan golongan kataatau kasusnya.
(Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua
sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal
rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan
yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua,
perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu
seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus,
peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna,
dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal,
terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya
yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur
ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana

2
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang
berbeza.

Oleh yang demikian, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana


sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran
dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan
satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada
proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada
juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan,
misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu
membantu.

2.1 Proses Pembentukan Kata

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,
kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses
pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-
proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses
Pembentukan
Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Akronim

Rajah 1: Proses pembentukan kata.

3
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata


dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata
dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan
kata adjektif.

2.1.1.1 Awalan

Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam


pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-,
ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

2.1.1.2 Akhiran

Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata
dasar) dalam pemakaian. Misalnya kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.

2.1.1.3 Apitan

Imbuhan yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan
hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an
dan di-.....-i dalam di+ikut+i,

2.1.1.4 Sisipan

Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu
er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er-
dalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh.

Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

4
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan


Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan
Libat terlibat Keterlibatan
Pem- bawa Pembawa
Lanjur terlanjur Keterlanjuran
Memper- kuat memperkuat
Balik terbalik menterbalikkan
-isme nasional nasionalisme
Sambung sinambung kesinambungan
-i dekat Dekati

Peng-.....-an isytihar pengisytiharan

Men-.....-i ikut Mengikuti

Ke-...-an sihat Kesihatan

Ber-....-an lari Berlarian

-er- gigi Gerigi

-em- gilang gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh


berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa
( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang


menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan
boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua.

Berikut ialah beberapa contoh lain :

5
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.2 Proses Pemajmukan

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas
masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk
kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar
ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas
atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

2.1.2.1 Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara
pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu apabila kata majmuk
menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya :

urus niaga - berurus niaga


cari gali - mencari gali
reka bentuk - direka bentuk
daya serap - daya serapan

Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum.

Contohnya :

lipat ganda - melipatgandakan


surat khabar - persuratkhabaran
urus niaga -6 diurusniagakan
ibu bapa - keibubapaan
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.2.2 Penggandaan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata


majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya :

rumah sakit - rumah-rumah sakit


guru besar - guru-guru besar
Raja Muda - Raja-raja Muda
Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap.
Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya:

setiausaha - setiausaha-setiausaha

jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa

tanggungjawab - tanggungjawab-tanggungjawab

2.1.3 Proses Penggandaan

7
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada
secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan
kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;

1. Penggandaan penuh,

2. Penggandaan separa, dan

3. Penggandaan berentak.

2.1.3.1 Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua
jenis penggandaan penuh, iaitu pertama yang melibatkan kata dasar yang tidak
menerima apa-apa imbuhan. Contohnya :
pelari pelari-pelari
Sekolah sekolah-sekolah
perbualan perbualan-perbualan
makan makan-makan
kekasih kekasih-kekasih
besar besar-besar
kejadian kejadian-kejadian
baju baju-baju

Manakal yang kedua adalah yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya:

2.1.3.2 Penggandaan separa

8
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.
Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu:

Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata
pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal
dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e
pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

jari jejari Jejari

siku sisiku Sesiku

sungut susungut sesungut

pohon popohon pepohon

laki lalaki Lelaki

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya
mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku
pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata
dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.

Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan

tersenyum tersenyum-senyum

bercakap bercakap-cakap

setinggi setinggi-tinggi

membantu bantu-membantu
2.1.3.3 mencuit cuit-mencuit

menari tari-menari

mengejar kejar-mengejar

Penggandaan Berentak

9
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut


rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan
perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada
tiga jenis, iaitu :

1) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal


2) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3) Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas


Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai
ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya :

sayur - sayur-mayur
ramah - ramah-tamah
cerai - cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan


Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi
konsonan tertentu. Contohnya:

kayu kayu-kayan
tanah tanah-tanih
simpang simpang-siur

2.1.4 Proses Pengakroniman

Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau


meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya

10
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku
dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:-

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

IPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa

IPG Institu Pendidikan Guru

UPSI Universiti Sultan Idris

2.1.5 Pembentukan kata juga terbentuk hasil daripada proses-proses tersebut :

2.1.5.1 Analogi

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan
bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya,
perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan
pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain
yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:

Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti

Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah

Lelabah gegelang, jejari, rerambut

2.1.5.2 Peleburan Fonem

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan
agar menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem

11
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu
fonem vokal / a / digugurkan.

2.1.5.3 Peluasan Makna

Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang
telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain.
Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi
perkataan i, telah diperluaskan maknanya menjadi famili yang bukan sahaja merujuk
kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

2.1.5.4 Pemberian Makna khusus

Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil
kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah.
Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang dilalui
oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui
pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud meniru atau melukis peta.

2.1.5.5 Peminjaman Kata

Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa
Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu
sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut
tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada
bahasa lain:

element elemen

magistrate majistret

diplomat diplomat

12
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.1.5.6 Penambahan

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada
kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga.
Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu.
Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat
kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda
tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:

bu + kit bukit

bu + lan bulan

bu + luh buluh

2.1.5.7 Penciptaan

Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau
dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam
proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat
atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya , perkataan kiwi merujuk kepada
nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan
mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan
bahan khas.

2.1.5.8 Penggemblengan

Pembentukan dilakukan dengan cara menggabungkan dua perkataan atau lebih, di


samping menggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut.

13
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kugiran - Kumpulan Gitar Rancak

Bernama - Berita Nasional Malaysia

2.1.5.9 Penyempitan Makna

Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia
ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang
lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu
panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita keturunan raja. Sebaliknya , pada hari
ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati.
Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat - menyurat rasmi, ia boleh
merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.

2.1.5.10 Penyingkatan

Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila


ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang
berikut:

tv televisyen

Dr. Doktor

Prof. Profesor

14
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.2 Pembentukan Kata Melalui Kata Pinjaman

Pembentukan kata melalui proses pinjaman kata sangat luas digunakan dalam
bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan
daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit sehingga perkataan
tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku
dalam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan
atau istilah sedemikian.
Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur imbuhan daripada
bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit yang dapat membolehkan kita
membezakan antara kata asli bahasa Melayu dengan kata pinjaman. Dalam Petikan
Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba
Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar terdapat beberapa perkataan pinjaman yang digunakan. Setelah dianalisis,
penggunaan kata pinjaman dalam petikan ini melibatkan peminjaman unsur asing dari
segi aspek peminjaman tulen, bunyi-bunyi asing, dan peminjaman imbuhan.
Jadual di bawah menunjukkan perkataan pinjaman yang digunakan dalam
Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba
Meningkatkan Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar:

15
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata Pinjaman dalam Petikan Kursus Penataran Bahasa untuk


Penyiar serta Petikan Pertandingan Sahibba Meningkatkan
Penguasaan dan Pengembangan Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar

Bil. Aspek/unsur peminjaman Contoh perkataan dalam


petikan.
1. Peminjaman Bahasa - auditorium
tulen Inggeris - program
- radio
- serius
- aspek
- sesi
- input
- kreatif
- kategori
- unit
- kokurikulum
- aktiviti

2. Peminjaman Bahasa arab - /sy/ ;syarikat


bunyi-bunyi dan parsi
asing
- /kh/ ;khusus

Peminjaman Bahasa16 - tata - ;tatabahasa


imbuhan Sanskrit
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Jadual 5

3.0 Proses pembentukan akronim

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan


beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus
Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan
huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada
satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan.
Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada
penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau
lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh
mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.
Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan
atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkanya terdiri daripada kata nama supaya
mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Akronim adalah kata yang
berbentuk kata nama tunggal dan dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian
daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri
daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan.

3.1 Jenis-jenis akronim

Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama


akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis.
(Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, hashim haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 105.)
Antara jenis akronim tersebut ialah seperti berikut

17
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.1.1 Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa
perkataan kebanyakkanya terdiri daripada nama khas ; oleh itu, dieja dengan huruf
besar keseluruhannya. Contohnya :

ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri


IPTI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim

3.1.2 Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata
sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas ;
oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya :

Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara


Mara Majlis Amanah Rakyat

3.1.3 Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melaluli percantuman suku kata awal sejumlah
perkataan. Jikalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaanya bermula dengan huruf
besar. Contohnya :

Bernama Berita Nasional Malaysia


tadika taman didikan kanak-kanak
cerpen cerita pendek

18
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

3.1.4 Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan
bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama
dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya :
asbut asap kabut
debunga debu bunga
purata pukul rata

4.0 Penggolongan Kata Kerja

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), kata kerja perkataan yang menjati inti
bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang
boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat
komplemen dan ayat keterangan.

4.1 Penggolongan Kata Kerja

Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama iaitu kata kerta aktif dan kata kerja
pasif.

4.1.1 Kata kerja aktif


Kata kerja aktif ini merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau perkara yang diterangkan. Kata kerja
aktif pula terdiri daripada dua jenis iaitu:
i. Kata kerja aktif tak transitif
ii. Kata kerta aktif transitif

19
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

4.1.1.1 Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan mengambung atau
objek sesudahnya. Manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi
objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melegkapkan maksudnya. Kata kerja tak
transitif terbahagi kepada dua sub golongan iaitu:
i. kata kerja aktif transitif tanpa pelengkap iaitu kata kerja yang boleh berdiri
tanpa objek atau pemnyambut.
ii. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap iaitu kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

4.1.1.2 Kata kerja aktif transitif


Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

4.1.2 Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat
ktif menjadi ayat pasif. Ayat berikut apabila dipasifkan, menjadi seperti ayat berikut:
- Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh murid-murid.
- Surat itu telah saya jawab.
- Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.
- Kereta kesayangan ayah kami baiki.
- Surat itu dimasukkannya ke dalam sampul berdaftar.

Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-, misalnya: terkarang, termaktub,
terbina, dan ternampak. Contoh ayat adalah seperti berikut:
- Buku itu terkarang oleh Zaba.
- Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.
- Istana raja Melaka terbina dalam masa dua bulan.
- Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.
4.2 Analisis kata penggolongan kata kerja Berdasarkan teks

20
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

4.2.1 Analisis 1
Berdasarkan petikan Pak Senik Insaf banyak unsur kata kerja digunakan untuk
antaranya kata kerja tak transitif dalam petikan banyak digunakan kerana maknanya
dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek. Sebagai contoh ayat

Dia sangat kedekut


Dolah dan Gayah tidak makan
Ayah sudah tua
Harta ayah banyak
Pak Senik insaf

Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja tak
transitif, sementara unsur yang mengikuti ialah pelengkap. Namun sekiranya pelengkap
digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya

Dia sangat
Dolah dan Gayah
Ayah
Harta ayah

Ayat ini juga tidak boleh diboleh dipasifkan seperti Dia sangat dikedekut

Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap


Subjek Predikat Keterangan
Kebun Getahnya Luas
Haiwan Ternakanya Banyak

4.2.2 Analisis 2
Selain itu, terdapat juga penggunaan kata kerja transitif di dalam petikan Pak Senik
seperti berikut:
Kata kerja transitif
Subjek Frasa Kerja Transitif Penyambut
Gayah Memasakkan Gulai kambing yang lazat
Gayah dan Dolah Menjemput Pak senik ke rumah mereka

21
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Mereka Memerhati sahaja Gelagat Pak Senik


Tuhan Menggandakan Rezeki ayah

Frasa nama yang menjadi penyambut bagi ayat-ayat di atas ialah gulai kambing yang
lazat, dengan berselera sekali, gelagat Pak Senik dan rezeki ayah adalah keterangan.
Ayat ayat di atas boleh di pasifkan
i. Gulai kambing dimasak oleh Gayah dengan lazatnya.
ii. Pak Senik dijemput ke rumah mereka oleh Gayah dan Dolah
iii. Gelagat Pak Senik diperhati sahaja oleh mereka
iv. Rezeki ayah digandakan oleh Tuhan

4.2.3 Analisis 3

Berdasarkan petikan Pak Senik terdapat juga penggunaan frasa kerja dengan kata
bantu. Contoh ayat yang terdapat Frasa kerja dengan kata bantu dalam petikan
tersebut ialah:
Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya

Dolah telah bermaufakat dengan Gayah

Penggunaan frasa kerja dengan kata bantu dapat memberi gambaran yang plot cerita
ada perkembangan waktu atau masa.

Kesimpulan
Kata kerja yang digunakan oleh penulis adalah binaan yang pelbagai untuk menjadi
pembaca mengikuti plot-plot cerita sehingga tamat. Frasa kerja dan adjektif,binaan
frasa kerja dan akhir sekali susunan konstituen frasa kerja banyak digunakan.

5.0 Rumusan

Morfologi merupakan aspek penting dalam tatabahasa bahasa Melayu.


Tatabahasa pula ialah perkara asas bagi sesuatu bahasa. Morfologi memfokuskan
kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah mengalami perkembangan

22
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

yang pesat, terutamanya dalam bidang kosa kata atau pembendaharaan kata yang
melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata.
Dari segi pembentukan kata pula, kemunculan bunyi-bunyi baharu serta bentuk
imbuhan baharu dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya pembentukan kata
baharu dalam bahasa Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu,
imbuhan yang berstatus imbuhan pada asalnya tidak dianggap imbuhan kerana
keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu bagi mendukung
istilah-istilah tertentu.
Melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka proses pembentukan kata menjadi tersusun dan terarah.
Oleh hal inilah, begitu banyak perkataan baharu terbentuk semasa dari semasa.

RUJUKAN

Buku

Abdullah Hassan(2002). Tatabahasa Bahasa Melayu:Morfologi dan sintaksis untuk guru

23
BBM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

dan pelajar. PTS: Pahang.

Dr Ali Mahmood [et al.],(2011). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.
Malaysia: Open University Malaysia.

Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM
Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman

Nik Safiah Karim.1996.Pendahuluan dalam Unsur Bahasa Asing dalam Bahasa


Melayu: Siri Monografi Sejarah Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur.
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Laman sesawang

http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/01/29/akronim/

http://www.scribd.com/doc/13626069/Kata-Pinjaman-Dalam-Bahasa-Melayu

http://www.scribd.com/doc/86482484/Takrif-Morfologi-Dan-Proses-Pembentukan-Kata

24

You might also like