Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KONSEP

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Pada asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada
kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang pendidikan, setiap murid harus
melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah
mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Gerak kerja ko-kurikulum boleh
menyediakan pengalaman-pengalaman tertentu bagi perkembangan
mental, minat dan bakat, sosial serta rohani mereka.
Sebagai satu bidang pendidikan , penglibatan semua murid dan
ahli masyarakat adalah perlu berasaskan kepada anggapan bahawa:
Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Semua murid mempunyal minat dan bakat yang boleh dimajukan.
Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri.
Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk
keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh
memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid,
termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

MATLAMAT
Di antara matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang hendak dicapai adalah:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

STRATEGI
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, berikut adalah beberapa
strategi perlaksanaannya :
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

PELAKSANAAN
Setiap murid wajib menyertai satu bahagian yang berikut:
Kelab / Persatuan
Sukan / Pemainan
Unit Beruniform
Kegiatan ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Subang, Kampung Melayu
Subang, Shah Alam diadakan pada setiap hari Selasa dan Rabu dari jam 4.00
petang hingga 6.00 petang. Aktiviti Sukan / Permainan dan Aktiviti Kelab /
Persatuan berselang dengan Aktiviti Unit Beruniform.
Kegiatan ko-kurikulum ini melibatkan semua murid Tahun 4, 5 dan 6
sahaja. Selain daripada perjumpaan mingguan, sekolah juga menyediakan
beberapa aktiviti tahunannya seperti :
Temasya sukan tahunan sekolah
Perkhemahan tahunan badan beruniform
Menghantar pasukan sekolah menyertai pertandingan anjuran PPD /
MSSD / MSSM.
Selain daripada waktu aktiviti mingguan, latihan bagi pasukan
sekolah juga diadakan pada waktu petang hari persekolahan.

UNIT BERUNIFORM
Setiap murid wajib menyertainya dan diberi peluang mendapat
pengalaman dalam pasukan Unit Beruniform. Gerak kerja Unit Beruniform yang
diadakan ialah:
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Persatuan Bulan Sabit Merah
Persatuan Puteri Islam
Persatuan Tunas Puteri
Persatuan Pengakap

FUNGSI GERAK KERJA KOKURIKULUM


1)
Pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran akademik dapat dikukuh dalam
gerak kerja kokurikulum.
2)
Guru, kakitangan dan pelajar boleh memberi bimbingan kepada masyarakat
setempat dan sebaliknya bagi memupuk hubungan dua hala serta menyemai
semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling bantu-membantu.
3)
Melalui gerak kerja kokurikulum, pelajar dapat mengisi masa lapang mereka
dengan berfaedah serta membina kesihatan mental dan fizikal.
4)
Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerja kepada pelajar. Pengetahuan
dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan
kelak.
5)
Semua gerak kerja kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih
diri sendiri untuk kesihatan diri, disiplin dan menyesuaikan semangat supaya
dapat dihayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

You might also like