Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Welder

Lokasi : Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, Johor Bahru.

Jumlah diperlukan : 8 orang

Waktu Bekeja : 4 hari kerja 2 hari cuti (8.00am 8.15pm) / (8.00pm 8.15am)

Syarat syarat Kelayakan:

a) Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam Teknologi Kimpalan

b) Boleh menulis, membaca, bertutur dan memahami dalam bahasa English, Lukisan
Kejuruteraan, Simbol Kimpalan dan WPS.

c) Pro-aktif, ingin belajar daripada kesilapan, rajin dan boleh bekerja shift

d) Mempunyai kemahiran dalam computer

e) Mempunyai pengalaman sebagai pengimpal dalam industry berat seperti Oil & Gas selama 5
tahun

f) Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya proses 1G, 2G dan 3G dengan minimum SMAW,


GTAW dan GMAW.

Jika anda berminat sila hubungi di talian 07-227 9888 @ e-melkan resume anda ke
liyana.yiap@adecco.com
Jeffrie Thian Bin Mohd Johan Thian,

No.114, Taman Batu Kawa Height,

Off Jalan Field Force,

93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel: 082-88899 26 October 2015

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai Jawatan Welder di Pelabuhan Tanjung Pelepas
(PTP), Gelang Patah, Johor Bahru. Pengalaman semasa belajar dan amali melayakan saya untuk
memohon jawatan tersebut.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan/puan sedang mencari individu yang boleh menulis, membaca,
bertutur dan memahami dalam bahasa English, Lukisan Kejuruteraan, Simbol Kimpalan dan
WPS, serta seorang yang sangat Pro-aktif, ingin belajar daripada kesilapan, rajin dan boleh
bekerja shift. Selain itu, saya mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan/puan dan seterusnya
dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan
amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada saya amat bersesuaian dengan
jawatan ini.

Dengan ini, saya sertakan resume dan sijil-sijil yang berkaitan untuk dirujuk. Terima kasih di
atas pertimbangan pihak tuan/puan dan jasa baik tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

....

Jeffrie Thian Bin Mohd Johan Thian.

You might also like