Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

529

6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia


Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP BIDAH DALAM


KETAMADUNAN MASYARAKAT ISLAM
(MISUNDERSTANDING IN THE CONCEPT OF BIDAH IN MUSLIM SOCIETY)

Firdaus Khairi Abdul Kadir1, Rahimah Embong2 & Fadzli Adam2


1
Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
2
Research Institute for Islamic Products and Civilization
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

firdauskhairi@umt.edu.my

Abstract

Most scholars of traditional and modern Muslim scholars have agreed that the Prophet
(P.B.U.H) considered the practice of innovation (bidah) as heresy. However, there some
deeds which are categorized as the best innovation as it happened at the time of Saidina
Umar (r.a) who performed Tarawih prayers congregationally. Such contradiction became the
cause of debates and confusion not only among Muslim society but also has been debated
among Muslim scholars since long time ago. Some classical scholars such as Imam Syatibi,
Imam Shafie, Imam Izzu bin Abdul Salam understood the term and concept of bidah through
the process of ijtihad which brought various interpretations. Confusion and disagreement on
the issue lasted until today when several prominent scholars such as Muhammad al-Ghazali,
al-Qaradawi and al-Zuhaili also expressed different views through their works. In the context
of Malay archipelago, most scholars prefer the discussion of bidah in the context of customs
associated with daily religious rituals such as the practice of tahlil, talqin, recitation of surah
Yasin recital on Friday night and so forth which are contributing to the distortions, deviation of
faith, heresy and stagnation of civilizational process. This paper seeks to explore the
phenomenon of misunderstanding arising in the Islamic world since the time of the four
righteous Caliphs (khulafa al-rashidun) until the present. The qualitative method of content
analysis on the debates of Muslim scholars in their books and literatures. Besides, the
technique of interview procedures with some key informants regarding the administration of
Islamic affairs. The findings show that there is still confusion and disagreement among
Muslim scholars and community about the concept of bidah that consequently, give a big
impact on Islamic civilization as a whole.

Keywords: Heresy, Islamic faith, bidah, innovation in Islam, Muslim doctrine, Islamic
civilization

1. PENGENALAN
Dialog antara bidah dan sunnah telah berlangsung sekian lama. Dialog tersebut
terus berlangsung, namun telah menjadi pertentangan sehingga merencatkan
kemajuan sesebuah tamadun Islam. Fenomena ini bakal dibuktikan apabila umat
Islam menjadi asyik dengan ibadat rekaan sehingga tersasar daripada fokus utama
pengimarahan dunia berteraskan tauhid kepada Allah.
Rasulullah (SAW) telah menekankan bahawa kesan bidah adalah kesesatan,
manakala gambaran utama kesesatan adalah kemusnahan akidah. Justeru itu, para
ulama silam seperti Imm Al-Shfii (150H-204H), Imm Mlik (164H-241H), al-
Shib (790H), Imam Izzu al-Din bin Abdul Salam (577H-660H) dan ramai lagi, telah
530
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

cuba menjelaskan tentang pengertian sebenar konsep bidah dalam Islam


sebagaimana dirakamkan dalam kitab besar mereka seperti Al-Itiam, Qawaid al-
Ahkam (Salam 1999) dan banyak lagi. Rentetan kepesatan tamadun dunia dengan
kepelbagaian konsep dan kaedah taqarrub ila Allah, menjadikan ulama mutabar
semasa turut sama mengemukakan pandangan dan ijtihad tentang persoalan bidah
yang telah diperbahaskan sebelum ini. Oleh yang demikian, tampillah ulama
masakini seperti Al-Qaradawi, Al-Ghazali dan Al-Zuhaili yang turut sama
menjelaskan tentang persoalan dasar yang mampu menggugat kemurnian akidah
Islam. Kesemuanya ini, bagi memastikan umat Islam di zaman pasca modenisme
mampu menekuni amalan ibadat yang selari dengan kehendak syarak.
Dalam pada itu, fenomena semasa menunjukkan kalangan ulama semasa lebih
gemar memperincikan tentang persoalan adat yang dilihat sebagai ibadat. Dengan
keasyikan perbahasan ini telah menjadikan fokus utama bidah yang mengundang
kesesatan kurang dikaitkan sebagai bidah. Kesannya ialah, sebahagian besar
masyarakat melihat persoalan bidah merupakan agenda remeh. Hal ini disebabkan,
skop perbincangan hanya berkisar tentang bibit permulaan bidah dan bukannya
kesan kesesatan seperti ajaran sesat, syirik dan khurafat.

2. SOROTAN LITERATUR
Terdapat banyak perbincangan yang berkaitan dengan bidah, namun
sebahagian besar berlegar tentang persolan adat yang telah menjadi rutin. Amalan
berkenaan berterusan, sehinggakan dilihat sebagai ibadat. Lantaran itu, sorotan
kajian ini juga berlegar dalam persoalan-persoalan yang dinyatakan tersebut. Hal ini
telah menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman dan membentuk persepsi
masyarakat tentang agama Islam. Sebagai contohnya, kajian yang dikemukakan
oleh Mohd Syukri (2008) menyentuh persoalan adat dan ibadat sebagai bidah.
Beliau telah menggariskan 10 contoh bidah sebagaimana berikut:

i. Amalan mencukur jambul.


ii. Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa selepas solat fardhu.
iii. Membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.
iv. Persandingan dan menepung tawar pengantin.
v. Amalan bidah pada hari Asyura.
vi. Kenduri arwah.
vii. Sambutan Mauld Nabi (SAW).
viii. Bersalaman selepas solat fardhu.
ix. Membaca wirid beramai-ramai selepas solat Subuh dan Maghrib.
x. Bacaan Yasin dan Solat Sunat Nisfu Syaban.

Contoh amalan yang dinyatakan di atas jelas menggambarkan kepekaan


golongan agamawan untuk meninjau amalan bidah dari aspek adat yang telah
menjadi rutin sesebuah masyarakat sehinggakan sebahagiannya melihat sebagai
bentuk ibadat.
Manakala Basri Ibrahim (1997), menyatakan terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan fenomena bidah berlangsung dalam sesebuah masyarakat. Di antara
faktor yang dinyatakan ialah perbincangan isu agama tanpa asas ilmu. Kesan
daripada itu, akan timbulnya kesamaran dalam membezakan antara bidah dan
masalih al-mursalah. Pandangan ini adalah sejajar dengan perspektif Al-Qaradawi
531
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

(1992) tentang bidah. Beliau telah menggariskan beberapa faktor penghakis sunnah
yang mampu menyemai bibit bidah. Di antara faktor tersebut ialah kemunculan
golongan pelampau agama yang menyeleweng dari ajaran sunnah. Golongan ini
lazimnya melampau-lampau dalam ibadat atau memasukkan unsur-unsur baru
dalam ibadat. Kesannya menyebabkan keaslian ibadat menjadi luntur dan terhakis.
Daripada beberapa sorotan literatur tersebut, menunjukkan perbahasan utama
teantang bidah masih berkisar mengenai skop yang adat dan ibadat. Namun begitu,
terdapat juga penulisan yang membahagiakan bidah kepada tiga aspek seperti
Muhammad al-Ghazali (1999), yang telah membahagikan bidah kepada tiga aspek
adat, ibadat dan akidah. Begitu juga al-Qaradawi (1995), telah membahagikan bidah
kepada aspek mughallazah seperti akidah syiah dan seumpamanya. Namun aspek
akidah seperti ini kurang mendapat sambutan untuk diteliti oleh umat Islam semasa,
lantaran dilihat seperti terpisah daripada persoalan bidah.

3. METODOLOGI
Kaedah analisa kandungan dijadikan kaedah utama kajian ini. Justeru itu,
penerokaan kepada khazanah silam menerusi kitab-kitab Arab telah digunakan bagi
memantapkan data-data yang dikumpulkan. Dalam pada itu, kajian ini juga
menganalisa beberapa penulisan ilmiah daripada jurnal-jurnal, kertas-kerta kerja
yang berkaitan dengan kajian ini. Di samping itu, kajian ini juga turut menggunakan
kaedah kualitataif menerusi prosedur temubual dengan beberapa informan utama
yang berkaitan. Kaedah ini juga penting turut dijadikan sandaran kajian, terutamanya
dalam meninjau realiti sebenar berdasarkan pengamatan dan perkembangan
fenomema semasa.

4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Dalam menelusuri sejarah bidah, isu penyelewengan akidah dan syarak adalah
fokus pembasmian utama Rasulullah terhadap masyarakat jahiliyyah. Selain
daripada ungkapan baginda setiap bidah itu adalah sesat, terdapat beberapa
peristiwa yang menjelaskan tentang kesungguhan baginda menolak penyelewengan
syariat Islam. Diantaranya ialah peristiwa kunjungan 3 orang sahabat ke rumah
Rasulullah (SAW) dan bertanya perihal ibadat Rasulullah (SAW) kepada isteri
baginda. Setelah isteri Rasulullah (SAW) memberitahu keadaan ibadat baginda,
mereka terasa kerdil berbanding dengan Nabi. Mereka berkata: Bagaimana
keadaan kami jika dibandingkan dengan Nabi, kerana Nabi telah diampunkan
dosanya sama ada yang akan datang ataupun yang telah berlalu. Sahabat pertama
berkata: Aku akan bersembahyang malam selama-lamanya. Sahabat kedua
berkata: Aku akan berpuasa setiap hari tanpa berbuka puasa. Manakala sahabat
ketiga berkata: Aku akan menjauhkan diriku dari perempuan dan tidak akan
berkahwin selama-lamanya. Sejurus selepas itu, Rasulullah (SAW) pun muncul
seraya bersabda:





Adakah kamu tadi yang berkata begitu-begini, sesungguhnya aku adalah
orang yang paling takut dengan Allah SWT dan akulah orang yang paling
kuat takwa kepada Allah SWT. Akan tetapi aku berpuasa, namun ada
532
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

masanya aku berbuka (tidak puasa). Aku sembahyang namun ada masanya
aku berehat(tidur). Dan aku juga berkahwin. Barang sesiapa yang membenci
sunnah ku, mereka itu bukan dari kalanganku. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat yang dinyatakan di atas menggambarkan bahawa terdapat dalam


kalangan sahabat yang cuba melakukan penyimpangan dalam perkara syariat.
Walau bagaimanapun usaha tersebut telah ditegah oleh Rasulullah (SAW). Ini
menunjukkan bahawa persoalan penyimpangan atau penyelewengan ini amat
mudah merebak sekiranya tidak ditegah.
Manakala persoalan bidah hasanah pula timbul ekoran tindakan Saidina Umar
bin al-khattab yang menyatakan tindakan solat tarawih secara berjamaah adalah
sebaik-baik bidah. Rentetan daripada inilah, timbul keringanan dalam aspek bidah.
Dalam isu ini para ulama telah berselilih pandangan, sebagai contohnya Imam
Syafie telah berijtihad bahawa terdapat dua bentuk bidah iaitu mamdudah (dipuji)
dan mazmumah (dicela). Dalam pada itu, terdapat sebahagian ulama lagi seperti Al-
Syatibi yang menyatakan bidah hanya berkisar tentang haram dan makruh sahaja.
Adapun sebarang unsur kebaikan bukanlah dinilai sebagai bidah (Al-Syatibiy 1992).
Persoalan semasa yang timbul ialah kegagalan masyarakat Melayu dalam
melihat keutamaan konsep bidah. Lantaran itu maka timbullah amalan yang ditekuni
tersebut adakah bidah hasanah atau dalalah. Perkara seperti ini timbul ekoran
terdapat golongan Salafiyyah yang mengatakan kesemua bidah adalah dalalah
(sesat) berdasarkan hadith Rasulullah :

.

Sesungguhnya setiap perkara baru merupakan bidah dan setiap bidah itu
adalah sesat

Dalam memahami hadith ini, terdapat kalangan salafi seperti Abdul Aziz bin
Abdullah bin Baz (2004) menyatakan bahawa sambutan Mauld al-Rasul juga
merupakan bidah yang sesat (Abdul Aziz bin Baz 2004) Golongan ini beranggapan
bahawa segala bentuk pembaharuan sama ada dalam akidah, ibadat dan adat
merupakan bidah yang sesat.
Pandangan seperti ini telah menular dalam masyarakat Melayu dan
menimbulkan implikasi perselisihan dalam kaedah peribadatan yang dituntut oleh
Islam. Dalam masa yang sama Mohd Asri (2005) menyatakan bahawa bidah
hasanah tidak wujud, istilah yang digunakan adalah tidak tepat, hasil daripada salah
faham menilai sesuatu amalan dan pengistilahan. Beliau menolak hujah yang
digunakan oleh ulamak yang berpegang kepada wujudnya bidah hasanah dan
menyatakan bahawa istilah ini digunakan oleh golongan tertentu untuk
menjustifikasikan amalan-amalan bidah di kalangan masyarakat. Perkembangan
seperti ini telah mengundang kekeliruan terhadap kefahaman tentang sesuatu
amalan yang telah ditekuni selama ini. Dalam masyarakat melayu amalan seperti
tahll, talqn dan bacaan Yasin pada malam Jumaat merupakan amalan yang telah
sebati dalam budaya mereka. Kekeliruan seperti ini tentunya mengundang
perselisihan dalam masyarakat.
Untuk melengkapkan kajian ini, pendekataan kualitatif dengan menemubual dua
orang tokoh agamawan tempatan telah dilakukan. Fokus utama temubual ialah untuk
533
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

memahami konsep sebenar yang bidah yang membawa kepada kesesatan. Menurut
informan utama1 yang ditemui, bidah dalalah merupakan amalan yang dianggap
wujud dalam syariat Islam atau amalan baharu yang disandarkan kepada Islam.
Sebagai contohnya ialah, akidah dan amalan yang dipegang oleh golongan Syiah
atau sebarang ajaran-ajaran sesat yang wujud dalam masyarakat Islam. Manakala
seorang lagi informan utama2 yang ditemui menyatakan bidah dalalah adalah
amalan yang menyeleweng dari kehendak syarak seperti syirik, khurafat dan ajaran
sesat. Daripada pandangan dua informan utama tersebut jelas menunjukkan bahawa
umat Islam dirantau ini telah tersasar daripada konsep bidah yang sepatutnya
difokuskan. Sewajarnya kepekaan umat Islam adalah topik ajaran sesat yang muncul
dalam masyarakat Islam, sehingga sukar untuk dibendung. Sebaliknya, umat Islam
ini lebih gemar memperbahaskan sesuatu amalan yang menjadi khilafiyyah.
Keadaan ini sedikit sebanyak mampu merencatkan ketamadunan Islam di rantau ini.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan untuk kajian ini, salah faham umat Islam masih wujud.
Fenomena tersebut sedikit sebanyak telah mengundang umat Islam dalam
membahaskan persoalan berbentuk khilafiyyah. Sedangkan fokus utama bidah
adalah kesesatan yang tanpa khilaf, lantaran itu Rasulullah SAW telah menyatakan
secara jelas tentang status bidah sebagai sesat. Oleh sebab itu, umat Islam
sewajarnya membawa isu-isu bidah yang bercanggah dengan akidah dan syariat
Islam seperti pemupukan adat dan budaya jahiliyyah yang disuburkan melalui
khurafat dan tahyul. Bukannya berbahas isu tahll dan talqn yang masih terdapat
unsur kebaikan meskipun tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Sehinggakan umat
Islam terlupa bahawa mashaf al-Quran yang dibaca sehingga kini juga perkara baru
yang dilakukan oleh para sahabat yang didasari oleh kemaslahatan umat. Oleh
sebab itu, sebarang tindakan dan amalan yang didasari dengan kemaslahatan umat
wajar ditekuni lantaran selari dengan maqasid syariah.

RUJUKAN
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, terj. Abu Aminah Wajihah. (2004). Al-Hazru min al-
Bid'ah. Johor Baharu: Jahabersa.
Abdul Rahman al-Sa'di, Abdul Aziz Bazz, Muhammad Saleh Uthaimin, Abdullah Abdul
Rahman al-Jabrin, Naseer Abdul Kareem al-Aql. (2006). Hisnu al-Tauhid. Riyadh:
Dar al-Qasim.
Abidin, M. A. (2005). Bid'ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Johor Baharu:
Jahabersa.
al-Basmeih, A. M. (2007). Mustika Hadith. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
al-Ghazali, M. (1999). Laisa minal Islam. Beirut: Dar al-Shamah.
Al-Qaradawi, Y. (1992). madkhal li Dirasatil Sunnah. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah.

1
Beliau ialah Dr. Zulkifly Muda yang telah ditemubual pada 24 hb November 2008. Kini beliau merupakan
Mufti Terengganu.
2
Beliau ialah Ustaz Abdul Halim Awang yang telah ditemubual pada18 hb November 2008, pensyarah UniSZA
dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Mufti Terengganu.
534
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

al-Qaradawi, Y. (1995). Fi Fiqh al-Aulawiyyat wa Dirasatul Jadidah. Kaherah, Mesir:


Maktabah Wahbah.
Al-Syatibiy. (1992). Al-I'tosam. Kaherah: al-Ilanah, al-Syarqiyyah.
Ibrahim, B. (1997). Khilafiyyah, Bid'ah dan Maslahah Mursalah. Kuala Lumpur: Darul
Nu'man.
Kadir, F. K. (2008). Bid'ah: Kupasan Berdasarkan Ensiklopedia Fekah Kuwait. Kuala
Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
Salam, I. b. (1999). Qawaed al-Ahkam. Beirut: Darul Kutub Ilmiyyah.
Yusof, M. S. (2008). Bid'ah: Kekeliruan Agama dan Adat. Kuala Terengganu: Yayasan Islam
Terengganu.

You might also like