Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Seni India

Hal Benda

Dalam aliran seni india motif lukisan berdasarkan situasi sekeliling. Biasanya seperti
burung, pokok, haiwan dan potret pembesar serta apa sahaja yang terlintas di fikiran.
Mereka lebih tertumpu kepada dewa terutama dewa Brahman Vishnu dan Siva. Mengikut
kepercayaan hindu, Brahma dianggap pencipta iaitu Tuhan. Vishnu sebagai pemulihara dan
Siva sebagai pemusnah serta terdapat penceritaan disebalik karya dalam aliran sen india.
Kebiasaanya karya seni india lebih banyak arca yang diaplikasikan kepada struktur
bangunan berbanding lukisan.

Ciri Asas Seni Reka

Pada zaman agama hindhu Budda ini hasil seni tampak yang terkenal ialah arca.
Arca hindu Buddha yang terkenal ialah loving couple yang menunjukkan pasangan kekasih
yang penuh dengan sifat-sifat yang mempamerkan kasih sayang. Daripada arca ini juga
timbulnya penegasan, imbangan, garisan, rupa, jalinan, bentuk,dan ruang.

Loving Couple

Selain itu arca patung Buddha juga diperbuat dalam keadaan duduk dan berdiri.
Kedudukan ini bergantung kepada kepercayaan pengganut Buddha iaitu apabila patung itu
dalam keadaan berdiri ia memberi makna rehat yang membawa ketenangan. Manakala
apabila patung itu dalam keadaan duduk ia membawa kepada meditasi. Posisi tangan
Buddha amat penting ia membawa kepada maksud rehat dan ketenangan. Selain itu seni
bina stupa juga terlihat pada zaman ini. Antara stupa yang terkenal ialah great stupa di
sanchi.
Di samping itu, contoh seni bina pada zaman ini ialah Taj Mahal yang telah dibina
oleh Shah Jahan khas untuk isterinya yang tercinta iaitu Muntza Mahal. Taj Mahal ini telah
banyak menerapkan unsur seni islam dan juga seni india (Mughal). Di pintu masuk Taj
Mahal dihiasi dengan ayat Quran dan corak-corak arabes. Karya seni Mungal/Mughal juga
dapat dilihat pada zaman ini. Datuk kepada Shah Jahan ialah orang yang pertama
menghasilkan karya seni mungal. Seni mungal lebih kepada 2 dimensi dan tidak menitik
beratkan fom yang boleh menjadikan sesuatu karya itu seperti rupa sebenar. Prinsip rekaan
imbangan symetri berlaku pada struktur bangunan Taj Mahal. Selain itu, kepelbagaian saiz
kubah, unsur penegasan , garisan, jalinan, rupa, bentuk, warna dan ruang.

Taj Mahal

Kebudayaan

Seni rupa Buddha atau Seni Buddhis adalah seni rupa yang dipengaruhi ajaran
Agama Buddha. Aliran seni india meliputi beberapa media seperti arca, relief, dan lukisan
yang menampilkan Buddha, bodhisatwa, dan entitas. Seni rupa Buddha berasal dari anak
benua India berdasarkan sejarah kisah kehidupan dan ajaran Siddhartha Gautama, pada
abad ke-6 sampai ke-5 SM, berkembang dan berevolusi kerana bersentuhan dengan
budaya lain, kemudian menyebar ke sebagian besar wilayah benua Asia dan dunia. Tumbuh
mengikuti penyebaran penganutnya sesuai dengan perkembangan ajaran dharma. Dari
India seni rupa Buddha menyebar ke utara memasuki Asia Tengah, dan kemudian
berkembang ke Asia Timur membentuk cabang utara seni rupa Buddha.

Seni rupa Buddha juga berkembang ke arah timur, dari India menuju Asia Tenggara
dan kemudian membentuk cabang selatan seni rupa Buddha.Di India, seni rupa Buddha
berkembang dan kemudian memengaruhi perkembangan seni rupa Hindu dan Jaina, hingga
kemundurannya pada abad ke-10 akibat pesatnya perkembangan agama Hindu dan Islam
di India. Di luar India, seni rupa ini diterapkan, diadaptasi, dan berkembang sedemikian rupa
sesuai dengan gaya negara-negara yang mengembangkannya.

Kepercayaan

Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, iaitu pada tahun 132 sebelum Masihi.
Peringkat awal kesenian India berasaskan kepada agama. Menurut TSG. Mulya,
perpindahan bangsa Aryan ke India berlangsung pada suatu masa yang berabad-abad
lamanya dan dapat dibuktikan kalau dibandingkan syair-syair Weda yang tertua dengan
yang sebelumnya. Sungai Indus dianggap sebagai, sungai yang keramat dan menjadi
sumber kebaikan bagi orang Aryan. India salah satu negara dengan perkembangan seni
dan arsitektur yang pesat. Setiap tempoh peradaban, pemerintahan, kepercayaan, mahupun
wilayah memiliki perbezaan langgam arsitektur yang memperkaya karya seni dan arsitektur
India.

Perkembangan seni dan arsitektur India dimulai di lembah sungai Indus, iaitu
peradaban Harappa dan Mohenjodaro pada abad 2500 SM. Agama Hindu dan Budha
berkembang hampir secara bersamaan. Penerapan pada bidang arsitektur dan seni muncul
pada bangunan kuil.Teknologi yang digunakan pertama kali adalah penggunaan material
kayu. Teknologi yang berkembang selanjutnya membangun dengan metode pahat batu
(rock cut). Metode ini dilakukan dengan memahat sebongkah batu besar sehingga hasil
karya seni dan arsitekturnya mirip seperti patung.

Seterusnya zaman India Islam. Apabila agama islam mula tersebar, banyak
penganut agama hindu yang telah memeluk islam. Pada masa itu ada perbalahan antara
kaum muslim dan penganut hindu. Oleh itu putera hindu telah mengurangkan kuil-kuil utara
india. Oleh sebab ini banyak penganut hindu yang memeluk islam dan menjadi india muslim.
Karya-karya berteraskan islam juga turut dihasilkan. Tetapi masih mempunyai unsur-unsur
seni india.

Gaya

Melalui aliran seni india ini kebiasaan karyanya ialah arca, relief dan lukisan. Pada
abad ke 12-16, lukisan dipersembahkan atas kertas dan daun-daun yang digambarkan
mengenai kehidupan manusia iaitu tentang penceritaan. Kebiasaannya arca yang diukir
ialah patung-patung manusia yang melambangkan ketuhanan mereka dan diletakkan pada
tiang-tiang bangunan atau kuil. Seterusnya, sekitar 40 tahun lalu, lukisan 'maniture menjadi
popular di India dan Barat iaitu dikalangan pengumpul lukisan dan artis. Aliran seni ini
menggunakan hasil kerja yang bagus dimana adunan warna yang menarik selain dari aspek
kepelbagaian gaya dan tema yang unik.

Lukisan atau lakaran dapat menggambarkan keperibadian pelukis dan boleh


menterjemahkan apa yang terdapat didalam minda dan imaginasi pelukis. Lukisan India
tidak menggambarkan emosi pelukis melalui lukisan wajah atau muka, tetapi ia amat menitik
beratkan postur dan gestur subjek tersebut.

Pelukis

Antara penggiat seni India yang terkenal sekitar awal 1900 iaitu Coomaraswamy
yang menghasilkan seni monograf diantara tahun 1910 hingga 1912 yang diharapkan dapat
memberi pendedahan tentang nilai keindahan seni.

Coomaraswamy

You might also like