Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Organ-organ Deria

Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah,
telinga dan mata.

Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang


merupakan perubahan di sekeliling kita.

Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung


sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria
pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber


tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak
balas kepadanya.

Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan,


tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis
rangsangan.

Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria


(sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh
mengesan rangsangan.

Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan


Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan,
sakit, sejuk & panas
Hidung Bau Bahan-bahan kimia
Lidah Rasa Kimia
Telinga Pendengaran & Bunyi
keseimbangan
Mata Penglihatan Cahaya
Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap
rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang
tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini


adalah kulit (skin).

Struktur dan fungsi kulit manusia

Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan
epidermis (lapisan luar).

Dermis:
Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to
transport) nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle
fibres), kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk
mengesan kesakitan, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors)
kerana ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:
Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati
yang keras pada permukaan.
Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian.
Sel-sel dalam lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan
sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of


sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap
bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif
berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor


Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap
sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh


manusia

Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis


yang nipis serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan
sentuhan.

Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor


yang sensitif kepada rangsangan sejuk dan panas.

Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif
terhadap sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta
bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:


Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini
adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi,
pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.

Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf
dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai
epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap
rangsangan mana-mana sentuhan.

Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan
(stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).


Struktur hidung manusia:
Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu
epitelium (epithelium tissue).

Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells)


yang dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).

Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus


(mucus) yang dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.

Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang


hidung) yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang
disedut melalui hidung.

Struktur dan fungsi hidung manusia.

Proses mengesan bau oleh hidung:


1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung
(rongga nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls
(impulse) adalah isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang
saraf.
3. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir
impuls tersebut sebagai bau.
4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau
busuk (foul odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food
aroma) yang diangkut melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh


faktor-faktor berikut:
Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding
dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang
kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan
pada masa yang sama.
Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang
bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan
mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak
dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya
menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu,
orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang
kurang.

Deria Rasa
Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan
rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured
chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan


kimia / bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.


Kawasan rasa lidah manusia.
Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin
(salty), masam (sour) dan pahit (bitter).
Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas
rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan
rasa sesuatu bahan.
Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu
sahaja.
Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana
masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap
rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa
pahit, manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:


Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut
berada dalam bentuk cecair (liquid form).
Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam
mulut untuk melarutkan makanan.
Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste
buds) untuk mencetuskan impuls.
Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk
ditafsirkan sebagai rasa.
Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua
empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of
taste):
Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria
rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan
berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh
bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu
akan berkurangan.

Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan
sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk


mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.

Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.


Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga
tengah dan telinga dalam.
Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala
telinga dalam dipenuhi dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian Struktur / Ciri-ciri Fungsi
Telinga luar: Berbentuk corong dan Mengumpul dan
Cuping telinga terdiri daripada tulang mengarahkan
(Pinna) rawan. gelombang bunyi ke
dalam telinga.
Salur telinga Tiub sempit yang Menghantar
(Ear canal) menghala ke arah gelombang bunyi ke
gegendang telinga. gegendang telinga.
Gegendang telinga Membran nipis yang Bergetar dan
(Eardrum) memisahkan bahagian menghantar
telinga luar daripada gelombang bunyi ke
telinga tengah. osikel.
Telinga tengah: Terdiri daripada tiga Mempertingkatkan
tulang kecil: getaran gelombang
bunyi sebanyak 22
Osikel
kali sebelum
(Ossicles) Tukul (Hammer):
menghantar ke
Menyentuh
tingkap bujur.
gegendang telinga.

Andas (Anvil):
Menyambungkan
tulang tukul kepada
tulang rakap.

Rakap (Stirrup):
Melekat pada tingkap
bujur.
Tiub Eustachia Tiub sempit yang Mengimbangi tekanan
(Eustachian tube) menyambungkan udara di kedua-dua
bahagian telinga belah gegendang
tengah ke tekak. telinga.
Tingkap bujur Membran nipis yang Menghantar getaran
(Oval window) berbentuk bujur antara bunyi dari bahagian
telinga tengah dan telinga tengah ke
telinga dalam. telinga dalam.
Telinga dalam: Tiub bergelung yang Mengubah getaran
penuh dengan cecair. bunyi kepada impuls.
Dinding dalamnya
Koklea
mempunyai hujung
(Cochlea)
saraf yang sensitif
terhadap getaran
gelombang bunyi.
Salur separuh bulat Tiga saluran yang Mengimbangi
(Semicircular canals) terletak pada sudut kedudukan badan.
kanan di antara satu
sama lain. Mempunyai
kantung kecil yang
dipenuhi dengan
cecair dan hujung
saraf yang sensitif
terhadap
keseimbangan fizikal
badan.
Saraf auditori Sekumpulan saraf Menghantar impuls
(Auditory nerves) yang dari koklea ke otak
menyambungkan sel- untuk ditafsirkan
sel deria ke otak. sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak
terlibat dalam pendengaran.

Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang


telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).


Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis
cecair yang dipanggil 'endolymph'.
Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk
mengeluarkan impuls.
Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan
dan arah pergerakan kepala.

Mekanisme pendengaran telinga


1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk
gelombang (waves).
2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus
kepada salur telinga.
3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang
telinga.
4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan
(intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel.
6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea
melalui tingkap bujur.
7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk
bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk
ditafsirkan sebagai bunyi.

Deria Penglihatan
Struktur dan fungsi mata manusia.

Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya


(light stimulus).

Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).
Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.

Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling
luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh


tertutup dengan sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata
(tear gland).

Keratan rentas mata manusia.


Pandangan hadapan mata.

Fungsi setiap bahagian mata.


Bahagian Struktur/Ciri-ciri Fungsi
Sklera (sclera) Lapisan putih yang Memegang
kuat. bentuk mata.

Melindungi
mata.
Kornea (cornea) Membran lut cahaya Membenarkan
(translucent) sklera, cahaya masuk ke
pada bahagian depan dalam mata.
mata.
Memfokus
cahaya pada retina.
Koroid (choroid) Lapisan gelap yang Membekal
mempunyai banyak oksigen dan makanan
kapilari darah kepada mata.

Menyerap dan
mengelakkan pantulan
cahaya di dalam mata.
Konjunktiva Lapisan epitelium Melindungi kornea.
(conjunctiva) pada depan mata.
Iris Lapisan berbentuk Menentukan
cakera (disc-shaped) warna mata.
pada depan mata.
Mengawal saiz
pupil dan jumlah
cahaya yang
memasuki mata.
Anak mata (pupil) Bukaan kecil pada Membenarkan cahaya
depan mata. memasuki mata.
Kanta mata (lens) Kanta cembung yang Membias dan
lut sinar dan elastik. menfokus cahaya
pada retina.
Otot silia (ciliary Otot yang Mengubah ketebalan
muscle) membentang dari kanta apabila jarak
koroid. fokus kanta berubah.
Ligamen gantung Satu struktur yang Menyokong dan
(supportive ligament) terbentuk daripada memegang kanta
gentian kolagen. pada tempatnya.
Gelemaca (vitreous Bahan seperti jeli Mengekalkan
humour) yang mengisi ruang di bentuk mata.
dalam biji mata.
Menyerakkan
dan memfokus imej
pada retina.

Bertindak
sebagai penyerap
getaran pada mata.
Gelemair (aqueous Cecair tidak berwarna Membias dan
humour) yang mengisi ruang di menfokus cahaya
bahagian hadapan yang memasuki mata.
kanta mata.
Retina Lapisan sel yang peka Mengesan
kepada cahaya. rangsangan cahaya
dan menukarkannya
kepada impuls.

Kawasan mata
Titik bertentangan yang paling peka
(a) Bintik kuning
(yellow spot) dengan pupil dan kaya terhadap cahaya.
dengan reseptor peka Imej objek yang
cahaya. dilihat difokus disini.
Kawasan mata
yang tidak peka
Titik melalui saraf terhadap cahaya.
(b) Bintik buta
(blind spot) optik, yang keluar dari Imej objek yang
retina, dan tidak terbentuk di sini tidak
mempunyai sel yang dapat dikesan.
peka kepada cahaya.
Saraf optik (optic Sekumpulan saraf Menghantar impuls
nerve) yang menghubungkan dari retina ke otak
retina ke otak. untuk ditafsirkan.

Mekanisme Penglihatan
Pembentukan imej pada retina.

Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang
lutsinar (transparent convex lens).

Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya


dibengkokkan (bent) dan difokuskan kepada retina.

Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles) bertindak


untuk mengawal ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).

Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat


objek dekat dan jauh.

Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza
dikenali sebagaiakomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh
otot silia yang mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah
jarak fokusnya.

Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari


jarak 25cm hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi
penglihatan jelas.
Akomodasi -> Melihat objek yang Melihat objek yang
dekat jauh
Otot silia (ciliary
muscle) Mengecut (contract) Dalam keadaan
rehat/mengendur
(relax)
Keadaan ligamen
gantung (supportive Dalam keadaan Mengecut (contract)
ligament) rehat/mengendur
(relax)
Ketebalan kanta
mata Menebal (become Menipis (become thin)
thick)

Illustrasi

Mekanisme Penglihatan

Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.

Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki


mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour),


kanta mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).

Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan
seterusnya mencetuskan impuls saraf.
Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej
ditafsirkan sebagai tegak.

Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej


oleh kanta cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan
nyata.

You might also like