Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

980509-13-5116

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian
yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang
telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik iaitu, nilai peratusan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


Seramai 30 orang responden iaitu wanita yang bekerja di Taman Matang Jaya,
Kuching, Sarawak, telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek umur dan kaum dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 JANTINA
Kajian ini hanya melibatkan 30 wanita untuk disoal selidik.

5.1.2 UMUR
Umur 18-25 26-33 34-43 44-51 Jumlah
Responden 22 7 1 0 30
Peratusan % 73.4% 23.3% 3.3% 0% 100%
Jadual 1: Umur responden
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 1: Umur Responden


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116
i. Carta pai tersebut menunjukkan peratusan umur responden yang membeli produk
secara dalam talian. Terdapat 22 orang responden (74%), iaitu peratusan yang
paling tinggi berumur 18 hingga 25. Selain itu, 7 orang (23%) daripada jumlah
responden berumur 26 hingga 33 dan 1 orang responden (3%) berumur 36 hingga
43. Namun begitu, tiada responden yang berumur 44 hingga 51 (0%).

5.1.3 KAUM
Kaum Melayu Cina India Iban Bidayuh Lain-lain Jumlah
Responden 17 2 1 5 5 0 30
Peratusan 57% 6% 3% 17% 17% 0% 100%
(%)
Jadual 2: Kaum responden
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 2: Kaum Responden


Sumber; Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116
i. Carta pai di atas menunjukkan kaum bagi 30 orang responden yang telah disoal
selidik. Berdasarkan data yang telah diperoleh, didapati peratusan kaum Melayu
adalah tertinggi berbanding peratusan kaum-kaum lain, iaitu 17 orang responden
(57%). Selain itu, peratusan bagi kaum Iban dan Bidayuh adalah sama iaitu
sebanyak 5 orang responden (17%). Terdapat 2 orang responden (6%) bagi kaum
Cina dan 1 orang responden (3%) bagi kaum India. Peratusan bagi kaum lain
adalah (0%) iaitu tiada responden yang berkaum lain selain yang telah
disenaraikan dalam borang soal selidik.

5.2 ANALISIS KAJIAN TENTANG JENIS-JENIS PRODUK DALAM TALIAN


YANG MENJADI PILIHAN DALAM KALANGAN WANITA YANG
BEKERJA DI TAMAN MATANG JAYA.
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan berkenaan tentang
jenis-jenis produk yang menjadi pilihan dalam kalangan wanita yang bekerja di
Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

5.2.1 TINJAUAN TERHADAP JENIS-JENIS PRODUK YANG DIJADIKAN


PILIHAN DALAM KALANGAN WANITA YANG BEKERJA DI TAMAN
MATANG JAYA, KUCHING, SARAWAK.

5.2.1.1 Produk Kosmetik

Skala Ya Tidak Jumlah


Responden 25 5 30
Peratusan (%) 83% 17% 100%
Jadual 3: Produk Kosmetik
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116

Rajah 3: Produk Kosmetik


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas menunjukkan pembelian responden terhadap produk kosmetik
dalam talian. Terdapat 25 orang responden (83%) membeli produk kosmetik
melalui talian. Selain itu, terdapat 5 orang responden (17%) yang tidak membeli
produk kosmetik secara talian.
ii. Menurut kajian Paul Anthony Samuelson pada tahun 1948, sememangnya banyak
wanita yang membeli produk kosmetik betujuan untuk meningkatkan keyakinan
sendiri.
iii. Produk kosmetik yang dibeli oleh salah seorang daripada 3 informen.
980509-13-5116
5.2.1.2 Produk Kesihatan
Skala Ya Tidak Jumlah
Responden 18 12 30
Peratusan (%) 60% 40% 100%
Jadual 4: Produk dan Kesihatan
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 4: Produk Kesihatan


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta di atas menunjukkan pembelian responden mengenai produk kesihatan
secara dalam talian. Terdapat 18 orang responden (60%) membeli produk
kesihatan melalui talian. Namun begitu, terdapat 12 orang responden (40%) yang
tidak membeli produk kesihatan melalui talian.
ii. Menurut Kotler dan Armstrong (2009), kebanyakan wanita membeli produk
kesihatan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan.
980509-13-5116
iii. Produk kesihatan yang dibeli oleh salah seorang responden melalui talian.

5.2.1.3 Makanan dan Minuman


Skala Ya Tidak Jumlah
Responden 18 12 30
Peratusan (%) 60% 40% 100%
Jadual 5: Makanan dan Minuman
Sumber: Kajian Lapangan
(2017)

Rajah 5: Makanan dan Minuman


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta di atas menunjukkan pembelian responden terhadap makanan dan minuman
melalui talian. Terdapat 18 orang responden (60%) yang membeli makanan dan
minuman dalam talian dan 12 orang responden (40%) yang tidak membeli
makanan dan minuman dalam talian.
980509-13-5116
ii. Menurut Utusan Online (Ahmed Syahril Zulkeply, 2012), majoriti wanita gemar
membeli makanan dan minuman melalui talian kerana mereka malas untuk keluar
dari rumah serta dapat menjimatkan masa dan tenaga.
iii. Contoh makanan yang dibeli melalui talian oleh salah seorang responden.

5.2.1.4 Peralatan Rumah


Skala Ya Tidak Jumlah
Responden 7 23 30
Peratusan (%) 23% 77% 100%
Jadual 6: Peralatan Rumah
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 6: Peralatan Rumah


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116
i. Carta pai tersebut menunjukkan pembelian responden berkenaan dengan
peralatan rumah melalui talian. Terdapat 7 orang responden (23%) yang membeli
peralatan rumah melalui talian. Tetapi, lebih banyak responden yang tidak
membeli peralatan rumah, iaitu, 23 orang responden (77%).
ii. Menurut Lisa Goh (2015), wanita lebih suka membeli peralatan rumah secara
konvensional supaya dapat membuat pilihan dengan lebih mudah kerana
peralatan rumah berada di depan mata sahaja.

5.2.1.5 Pakaian (baju, kasut, seluar dan tudung)


Skala Ya Tidak Jumlah
Responden 27 3 30
Peratusan 90% 10% 100%
Jadual 7: Pakaian
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 7: Pakaian
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta di atas menunjukkan pembelian responden mengenai pakaian secara dalam
talian. Terdapat 27 orang responden (90%) membeli pakaian melalui talian.
Hanya 3 orang responden (10%) yang tidak membuat pembelian pakaian melalui
talian.
980509-13-5116
ii. Menurut Utusan Online (Ahmed Syahril Zulkeply, 2012), memang banyak wanita
yang suka membuat pembelian pakaian melalui kerana membeli-belah
merupakan kaedah yang paling mudah buat golongan shopaholic mendapatkan
barangan yang diidamkan tanpa perlu terburu-buru ke pasar raya.
iii. Kasut yang dibeli secara dalam talian oleh salah seorang responden.

5.2.1.6 Barang Perhiasan (beg tangan, jam tangan, gelang dan rantai)
Skala Ya Tidak Jumlah
Responden 24 6 30
Peratusan % 80% 20% 100%
Jadual 8: Barang Perhiasan
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 8: Barang Perhiasan


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116
i. Carta pai tersebut menunjukkan pembelian responden terhadap barangan
perhiasan melalui talian. Terdapat banyak orang responden yang membeli barang
perhiasan secara dalam talian iaitu, 24 orang responden (80%). Selain itu,
terdapat 6 orang responden sahaja (20%) yang tidak membeli barang perhiasan
melalui talian.
ii. Menurut Lisa Goh (2015), ramai wanita yang gemar membeli-belah melalui
talian terutamanya barang perhiasan. Hal ini dikatakan demikian kerana wanita
suka melihat barang-barang yang cantik seperti rantai dan gelang. Mereka ingin
meningkatkan imej mereka dengan memakai barang perhiasan.
iii. Koleksi beg tangan dibeli dalam talian oleh salah seorang responden.

5.2.1.7 Peralatan Elektrik


Skala Ya Tidak Jumlah
Responden 6 24 30
Peratusan (%) 20% 80% 100%
Jadual 9: Peralatan Elektrik
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116

Rajah 9: Peralatan Elektrik


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas menunjuk kepada pembelian responden berkenaan dengan
peralatan elektronik secara dalam talian. Terdapat 6 orang responden sahaja (20%)
yang membeli peralatan elektronik melalui talian. Kebanyakan responden tidak
membeli peralatan elektronik melalui talian, iaitu 24 orang responden (80%).
ii. Menurut Lisa Goh (2015), kebanyakan wanita lebih suka membeli peralatan
elektrik di pusat membeli belah kerana, sama seperti peralatan rumah, mereka
juga boleh memilih peralatan elektronik yang lebih berkualiti berbanding dengan
memilih peralatan elektronik melalui talian.
980509-13-5116
5.3 TINJAUAN TERHADAP MASALAH-MASALAH YANG DIPEROLEH
MELALUI PEMBELIAN DALAM TALIAN DALAM KALNGAN WANITA
YANG BEKERJA DI TAMAN MATANG JAYA, KUCHING, SARAWAK.

5.3.1 Produk yang dibeli dalam talian lambat sampai.


Skala Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Jumlah
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Responden 2 1 5 18 4 30
Peratusan (%) 7% 3% 17% 60% 13% 100%
Jadual 10: Produk yang dibeli dalam talian lambat sampai.
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 10: Produk yang dibeli dalam talian lambat sampai


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas menunjukkan respon 30 orang responden wanita yang bekerja
tentang masalah-masalah yang diperoleh melalui pembelian dalam talian iaitu
produk yang dibeli dalam talian lambat sampai. Terdapat 2 orang responden (7%)
yang sangat tidak setuju dan 1 orang responden (3%) yang tidak setuju. Selain itu,
terdapat 5 orang responden (17%) yang tidak pasti. Terdapat 4 orang responden
(13%) yang sangat setuju.
980509-13-5116
ii. Daripada 3 orang responden yang telah saya temubual, terdapat informen 3 setuju
bahawa produk yang dibeli dalam talian lambat sampai.
iii. Menurut Paul Anthony Samuelson (1948), menerima barangan yang dibeli dalam
talian memang lebih lambat daripada menerima barangan yang dibeli secara
konvensyenal kerana barangan tersebut adalah jauh daripada tempat tinggal dan
akan mengambil masa yang lama untuk sampai.

5.3.2 Produk yang dibeli dalam talian tidak sampai.


Skala Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Sangat Jumlah
Tidak Setuju
Setuju
Responden 2 7 10 10 1 30
Peratusan (%)
Jadual 11: Produk yang dibeli dalam talian lambat sampai
Sumber Kajian Lapangan (2017)

Rajah 11: Produk yang dibeli dalam talian tidak sampai


Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116
i. Carta pai tersebut menunjukkan respon 30 orang responden wanita yang bekerja
terhadap masalah-masalah yang diperoleh melalui pembelian dalam talian iaitu
produk yang dibeli dalam talian tidak sampai. Terdapat 2 orang responden sahaja
(7%) yang memilih sangat tidak setuju dan 7 orang responden (24%) yang
memilih tidak setuju. 10 orang responden (33%) tidak pasti terhadap isu
tersebut. Bilangan responden yang setuju berjumlah 10 orang (33%). Manakala,
hanya seorang (3%) sahaja yang sangat setuju.
ii. Menurut Lisa Goh (2015), memang betul bahawa terdapat beberapa kes mengenai
produk yang dibeli tidak sampai ke tangan pembeli. Terdapat banyak faktor yang
menyebabkan masalah ini timbul.
iii. Salah satu informen yang telah ditemubual telah menyatakan bahawa dia juga
pernah membeli produk melalui talian dan tidak menerimanya sehingga kini.
Penjual yang bertanggungjawab enggan menjawab pertanyaannya.

5.3.3 Produk yang sampai tidak seperti produk yang dibeli dalam talian.
Skala Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Jumlah
Tidak Setuju
Setuju
Responden 0 4 8 13 5 30
Peratusan (%) 0% 13% 27% 43% 17% 100%
Jadual 12: Produk yang sampai tidak seperti produk yang dibeli dalam talian
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116

Rajah 12: Produk yang sampai tidak seperti produk yang dibeli dalam talian
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas menunjukkan respon 30 orang wanita yang bekerja terhadap
masalah-masalah yang dihadapi semasa membeli produk melalui talian. Tiada
responden yang memilih sangat tidak setuju, manakala terdapat 13 orang
responden (43%) yang memilih setuju. Terdapat 4 orang responden (13%) yang
tidak setuju dan 8 orang responden (27%) yang tidak pasti tentang pernyataan
tersebut. Bilangan responden yang memilih sangat setuju adalah 5 orang
responden (17%).
ii. Menurut Paul Anthony Samuelson (1948), sememangnya ramai wanita yang
menghadapi masalah ini dan sering ditipu oleh penjual dari talian. Hal ini berlaku
kerana tidak merujuk kepada latar belakang penjual terlebih dahulu.
iii. Salah seorang responden ditipu oleh penjual dalam talian. Responden tersebut
sebenarnya membeli iPhone 6s tetapi apa yang diberi oleh penjual dalam talian
hanyalah tanah liat.
980509-13-5116
5.3.4 Perkhidmatan penjual dalam talian tidak memuaskan hati pembeli.
Skala Sangat Tidak Tidak Pasti Setuju Sangat Jumlah
Tidak Setuju Setuju
Setuju
Responden 0 6 6 14 4 30
Peratusan (%) 0% 20% 20% 47% 13% 100%
Jadual 13: Perkhidmatan penjual dalam talian tidak memuaskan hati pembeli
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 13: Perkhidmatan penjual dalam talian tidak memuaskan hati pembeli
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas menunjukkan bahawa tiada responden yang memilih sangat
tidak setuju. Selain itu, terdapat 6 orang responden (20%) yang tidak setuju
terhadap pernyataan tersebut, sama juga dengan bilangan yang memilih tidak
pasti. Terdapat 14 orang responden (47%) yang setuju dan 4 orang responden
(13%) yang sangat setuju.
980509-13-5116
ii. Menurut Lisa Goh (2015), memang banyak wanita yang mengalami masalah ini.
Kebanyakan penjual dalam talian tidak memberi layanan yang baik kepada
pembelinya dan kadang kala mereka tidak membalas mesej pembeli mereka.
iii. Bukti perbualan antara responden dan penjual dalam talian bahawa terdapat
sebahagian penjual dalam talian tidak memberi layanan yang bagus kepada
pembeli.

iv. Daripada 3 informen, ketiga-tiganya mengakui bahawa perkhidmatan penjual


dalam talian tidak memuaskan hati mereka.

5.3.5 Kualiti produk yang dibeli dalam talian tidak sama seperti yang
dinyatakan.

Skala Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Jumlah


Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju
Responden 0 3 5 13 9 30
Peratusan (%) 0% 10% 17% 43% 30% 100%
Jadual 14: Kualiti produk yang dibeli dalam talian tidak sama seperti yang dinyatakan
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
980509-13-5116

Rajah 14: Kualiti produk yang dibeli dalam talian tidak sama seperti yang
dinyatakan
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas menunjukkan respon 30 orang responden terhadap masalah
pembelian dalam talian iaitu, kualiti produk yang dibeli dalam talian tidak sama
seperti yang dinyatakan. Seperti yang ditunjukkan di atas, tiada responden yang
memilih sangat tidak setuju. Terdapat 3 orang responden (10%) yang tidak
setuju dengan pernyataan tersebut dan 5 orang responden (17%) yang tidak pasti.
Seramai 13 orang responden (43%) yang setuju dan 9 orang responden (30%)
yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut.
ii. Menurut Kotler dan Armstrong (2009), kebanyakan penjual dalam talian cuba
menipu pembeli berkenaan tentang kualiti produk yang dibeli.
iii. Gambar di bawah menunjukkan keadaan muka salah seorang responden selepas
menggunakan produk kosmetik yang dibeli melalui talian.
980509-13-5116
5.3.6 Produk yang dibeli dalam talian rosak semasa penghantaran.
Skala Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Jumlah
Tidak setuju
Setuju
Responden 4 4 8 13 1 30
Peratusan (%) 13% 13% 27% 44% 3% 100%
Jadual 15: Produk yang dibeli dalam talian rosak semasa penghantaran
Sumber: Kajian Lapangan (2017)

Rajah 15: Produk yang dibeli dalam talian rosak semasa penghantaran
Sumber: Kajian Lapangan (2017)
i. Carta pai di atas merujuk kepada respon 30 orang responden terhadap masalah
pembelian dalam talian iaitu, produk yang dibeli dalam talian rosak semasa
penghantaran. Terdapat 4 orang responden (13%) yang sangat tidak setuju.
Bilangan orang responden yang memilih tidak setuju adalah sama seperti
bilangan orang responden yang memilih sangat tidak setuju. Seramai 8 orang
responden (27%) yang tidak pasti sama ada pernyataan tersebu adalah betul atau
tidak. Kebanyakan responden memilih setuju, iaitu sebanyak 13 orang
responden (43%) dan terdapat 1 orang responden (3%) sahaja yang memilih
sangat setuju.
980509-13-5116
ii. Daripada 3 orang responden yang telah ditemubual, terdapat informen 2 yang
setuju bahawa produk yang dibeli dalam talian rosak semasa penghantaran.
Mereka menyatakan pembungkusan produk yang dibeli tidak dibuat secara betul
dan kemas.
iii. Alat solek yang dibeli dalam talian oleh responden sudah rosak sebelum sempat
digunakan.
980509-13-5116
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Isu kajian yang telah dijalankan ialah berkaitan dengan jenis-jenis produk
dan masalah-masalah wanita yang bekerja di Taman Matang Jaya, Kuching,
Sarawak membeli secara dalam talian. Kajian yang dijalankan telah
mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.

6.1 Jenis-jenis Produk Dalam Talian Yang Menjadi Pilihan Dalam Kalangan
Wanita Yang Bekerja di Taman Matang Jaya.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa jenis produk yang
menjadi pilihan kepada golongan wanita yang bekerja di Taman Matang Jaya
semasa membeli secara dalam talian. Antaranya ialah, produk kosmetik, produk
kesihatan, makanan dan minuman, peralatan rumah, pakaian, barang perhiasan
dan peralatan elektrik.
Melalui dapatan kajian yang telah dianalisis, majoriti responden membeli
pakaian secara dalam talian. Hal ini kerana, melalui talian, ramai wanita tidak
perlu bersusah-payah untuk keluar daripada rumah semata-mata untuk membeli
pakaian yang dikehendaki. Selain itu, mereka boleh mengelakkan diri daripada
mengalami kesesakan jalan raya dan menghindari diri daripada membazir masa,
tenaga, dan duit. Mermbeli pakaian secara dalam talian adalah lebih selesa kerana
mereka tidak perlu berkemas apabila hendak membeli pakaian.
Hampir semua responden membeli produk kosmetik secara dalam talian,
iaitu sebanyak 25 orang responden. Hal ini disebabkan sesetengah mereka malu
untuk membeli produk kesihatan di khalayak ramai. Sehubungan dengan itu,
mereka juga malas untuk keluar dari rumah. Dengan membeli produk kesihatan
secara dalam talian, mereka boleh menjimatkan tenaga dan minyak kereta
mereka.
Dalam pada itu, terdapat 24 orang responden yang membeli barang perhiasan
melalui talian. Barang perhiasan seperti beg tangan, jam tangan, gelang dan rantai
kerap dijual melalui talian. Mereka gemar membeli barang perhiasan dalam talian
kerana terdapat banyak pilihan yang mereka boleh pilih. Selain itu, ada barang
perhiasan yang menarik dijual dengan harga yang murah.
980509-13-5116
Selain itu, terdapat 18 orang responden yang membeli makanan dan
minuman serta produk kesihatan secara dalam talian. Antara sebab mereka suka
membeli makanan dan minuman dalam talian adalah ia mudah dan cepat. Mereka
boleh menjimatkan tenaga seperti tidak perlu membeli bahan-bahan untuk
memasak makanan. Kuasa mereka berada di hujung jari sahaja. Produk kesihatan
juga selalu dibeli dalam talian adalah kerana mereka boleh mengambil masa yang
lama untuk memilih produk kesihatan yang bagus untuk mereka. Dalam talian,
mereka boleh merujuk jika produk kesihatan adalah selamat atau tidak selamat.
Tidak banyak responden yang membeli peralatan rumah melalui talian, iaitu
hanya 7 orang responden sahaja. Hal ini kerana mereka rasa harga peralatan
rumah dalam talian lebih mahal daripada peralatan rumah yang dijual secara biasa,
tambahan lagi harga postage.
Melalui dapatan kajian yang telah dianalisis, minoriti responden membeli
peralatan elektrik. Hal ini kerana peralatan elektrik tidak sama seperti peralatan
kosmetik dan pakaian, mereka tidak membeli peralatan elektrik sebanyak seperti
pakaian. Selain daripada itu, harga peralatan elektrik tidak ada bezanya dengan
harga peralatan eletrik yang dijual secara konvensyenal. Oleh sebab itu, mereka
berpendapat bahawa membeli peralatan elektronik secara konvensyenal adalah
lebih bagus daripada membeli dalam talian. Mereka takut ditipu melalui talian
dan membazir wang mereka.

6.2 Masalah-masalah Yang Diperoleh Melalui Pembelian Dalam Talian Dalam


Kalangan Wanita yang Bekerja di Taman Matang Jaya.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah yang
diperoleh oleh golongan wanita yang bekerja di Taman Matang Jaya semasa
membeli secara dalam talian. Antara masalah ialah, produk yang dibeli dalam
talian lambat sampai, produk yang dibeli dalam talian tidak sampai, produk yang
sampai tidak seperti yang dibeli dalam talian, perkhidmatan penjual dalam talian
tidak memuaskan hati pembeli, kualiti produk yang dibeli dalam talian tidak sama
seperti yang dinyatakan dan produk yang dibeli dalam talian rosak semasa
penghantaran.
Melalui dapatan kajian yang telah dianalisis, majoriti responden setuju
mengenai masalah iaitu, produk yang dibeli dalam talian lambat sampai. Terdapat
980509-13-5116
18 orang responden yang setuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini berlaku
mungkin sebab penjual mempunyai pelanggan yang terlalu banyak dan hidup
yang sibuk kerana kebanyakannya hanya menjual produk dalam talian sebagai
kerja sampingan. Minoriti responden tidak setuju tentang pernyataan tersebut.
Hanya seorang responden sahaja yang tidak setuju.
Selain itu, kebanyakan responden memberi jawapan bahawa mereka tidak
pasti mengenai masalah iaitu, produk yang dibeli dalam talian tidak sampai dan
ada yang setuju. Terdapat 10 orang responden yang memilih tidak pasti, sama
dengan setuju. Yang tidak pasti mungkin jarang mengalami masalah tersebut
dan pandai memilih penjual yang dipercayai dan pos laju yang bagus. Responden
yang setuju mungkin selalu mengalami masalah ini. Antara faktornya ialah
mereka tidak bijak memilih penjual. Kebanyakan responden tidak memeriksa
latar belakang penjual tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
untuk membeli. Manakala, hanya seorang responden sahaja setuju bahawa produk
dibeli dalam talian tidak sampai.
Dalam pada itu, hampir semua responden setuju dengan masalah yang telah
disenaraikan iaitu, produk yang sampai tidak seperti produk yang dibeli dalam
talian. Perkara ini berlaku kerana kemungkinan besar penjual dalam talian
sengaja dan berniat untuk menipu pembeli mereka supaya boleh mengaut untung
yang banyak. Selain daripada itu, tiada seorang pun responden yang memilih
sangat tidak setuju.
Sehubungan dengan itu, majoriti responden setuju bahawa perkhidmatan
penjual dalam talian tidak memuaskan hati pembeli. Hal ini terjadi kerana mereka
tidak berkomunikasi secara bersemuka. Mungkin terdapat sebahagian penjual
mempunyai masa silam yang pahit terhadap pembeli dalam talian. Memang ada
pembeli dalam talian yang tidak serius dan hanya main-main sahaja apabila
menyatakan bahawa mereka hendak membeli sesuatu. Walaupun begitu, tidak
bermaksud penjual boleh melayan semua pembeli sesuka hati mereka. Jika
perkara ini berterusan, perniagaan mereka tidak akan berjaya. Tiada seorang pun
responden yang memilih sangat tidak setuju.
980509-13-5116
Kebanyakan responden setuju bahawa kualiti produk dalam talian tidak sama
seperti yang dinyatakan. Terdapat 13 orang responden bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Hal ini kerana segelintir penjual dalam talian hanya
mementingkan keuntungan. Mereka tidak kisah tentang pembeli mereka. Tiada
yang memilih sangat tidak setuju.
Bagi masalah lain pula, iaitu, produk yang dibeli dalam talian rosak semasa
penghantaran, majoriti responden yang setuju dan seorang sahaja yang sangat
setuju. Masalah ini timbul kerana produk yang dihantar tidak dibungkus dengan
betul. Selain itu, produk selalunya rosak emasa penghantaran. Mungkin pemandu
pos laju memandu dengan terlalu laju hingga mengabaikan keadaan barangan
yang hendak dihantar, Mungkin juga produk dihantar melalui kapal terbang dan
cuaca sangat teruk waktu itu.

6.3 KESIMPULAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan, sudah jelas menunjukkan bahawa
pakaian merupakan produk yang digemari oleh wanita yang bekerja di Taman
Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Selain itu, banyak wanita yang bekerja di
Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak memperolehi masalah apabila membuat
pembelian dalam talian. Masalah yang kerap dihadapi oleh wanita yang bekerja
semasa membuat pembelian dalam talian ialah, produk yang dibeli dalam talian
lambat sampai.
Melalui kajian ini, pengkaji berharap agar penjual dalam talian mengamalkan
sikap yang jujur apabila hendak berniaga dalam talian. Penjual-penjual dalam
talian perlu cekap dan berusaha dengan lebih supaya perniagaan mereka berjalan
dengan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
980509-13-5116
RUJUKAN
Abdul Rahim et al, 1999. Kemahiran berfikir merentasi kurikulum: pendekatan
pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Ahmad Munawar dan Mohd Nor Shahizan Ali. Asal usul gerakan pendidikan
Muhammadiyah di Indonesia dlm. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun
Melayu (Iman) 2:2, hlm. 65-80, 2014.

Bailey, 1994. Methods of Social Research. Edisi Keempat. New York: The Free Press

Kotler dan Armstrong, 2009. Principles of Marketing. Edisi keenam belas. North
Carolina: PEARSON

Krejcie dan Morgan. Determining Sample Size For Research Activities dlm.
Educational and Psychological Measurement 30:2, hlm. 607-610, 1970.

Lisa Goh. Pensions as a Form of Executive Compensation dlm. Journal of Business,


Finance and Accounting 9:10, hlm. 1154-1187, 2015.

Paul Anthony Samuelson, 1948. Economics: The Original 1948 Edition. Edisi
Pertama. New York: AbeBooks

Sabitha Marican, 2009. Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Batu Caves:
Edusystem Sdn.Bhd.
980509-13-5116
LAMPIRAN
Lampiran 1 - Surat Kebenaran Kajian
Lampiran 2 - Borang Soal Selidik
Lampiran 3 - Soalan Temubual
Lampiran 4 - Gambar

You might also like