Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Ruj.

Kami: LPKM 1/107/2/4 Tarikh: 2hb Februari 2012

Tuan,

SEBUTHARGA BIL : MTIB/SH/008/2012


SEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN
KILANG PUSAT KEMASIAPAN PERABOT (PKP), PARIT JAMIL, MUAR, JOHOR BAGI LEMBAGA
PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa syarikat tuan telah dipilih untuk menyertai
tawaran sebutharga yang tersebut di atas.

Tawaran sebutharga di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1. Syarikat tuan mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang


yang berkenaan. (Sila majukan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
yang masih sah tempohnya untuk rujukan MTIB).

2. Syarikat tuan juga mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam
bidang yang berkenaan sekurang-kurangnya Kelas E. (Sila majukan sijil pendaftaran
dengan PKK yang masih sah tempohnya untuk rujukan MTIB).

3. Syarikat tuan mestilah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri


Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang yang berkenaan.(Sila majukan sijil
pendaftaran yang masih sah tempohnya untuk rujukan MTIB).

4. Tempoh sahlaku minima tawaran sebutharga adalah selama 90 hari dari tarikh
tawaran sebutharga.

5. Sila nyatakan tempoh serahan bekalan / tempoh siap kerja dalam tawaran yang
dimajukan.

6. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi kerja yang


dilampirkan di Dokumen Sebutharga.

7. Sila majukan profail syarikat, Borang 24 dan 49 (Akta Syarikat/Perakuan Pendaftaran


Perniagaan (Ordinan) untuk rujukan kami.

8. Sila majukan maklumat tentang pengalaman syarikat tuan dalam menjalankan


kerja-kerja sebegini. (Nyatakan nama agensi/syarikat yang sedang melanggan atau
pernah melanggan perkhidmatan tuan untuk rujukan kami).
1
9. Lawatan Tapak akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 13hb Februari 2012 (Isnin)

Masa : 12.00 tengahari

Tempat : Pusat Kemasiapan Perabot (PKP), Lot 4081,


Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor
(Lawatan Tapak adalah diwajibkan)

Dimaklumkan sekali lagi agar pihak tuan meneliti dan memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan seperti diatas bagi mengelakkan tawaran sebutharga tuan ditolak kerana
tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai perkara diatas, sila berhubung
terus dengan En. Norazli Ismail di talian 03-92822235 sambungan 1259.

Tawaran sebutharga ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup dan
mestilah sampai ke MTIB selewat-lewatnya sebelum atau pada 20hb Februari 2012 (Isnin)
jam 12.00 tengahari untuk perhatian Unit Perolehan di alamat berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA


TINGKAT 13-17, MENARA PGRM,
NO. 8, JALAN PUDU ULU,
CHERAS, 56100 KUALA LUMPUR.
(U.P.: Unit Perolehan)

Sila catitkan nombor bilangan tawaran sebutharga di sebelah kiri (atas) sampul surat
tawaran.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.
EMY ZULIKA DZULKIFLY
Bahagian Khidmat Pengurusan
b.p Ketua Pengarah

s.k: 1. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga


2. Pengarah Pembangunan Usahawan Bumiputera
3. Penolong Pengarah Pengurusan Aset

2
LAMPIRAN

1. SELENDANG BAYU SDN BHD


No. 35, Jalan Sepakat Timur,
Taman Sepakat,
26800 Kuala Rompin,
Pahang.

U.P : Encik Majidi Rashid

2. CAREION TECHNOLOGIST SDN BHD


No. 45-01, Jalan Masai Utama,
Taman Masai Utama,
81700 Pasir Gudang,
Johor.

U.P : Tuan Hj. Hamid Isa

3. BB TECH SERVICES SDN BHD


No. 7, Jalan Dahlia 9,
Bukit Dahlia,
81700 Pasir Gudang,
Johor.

U.P : Encik Sarifuddin

4. SEMANGAT SHIP BUILDING SERVICE SDN BHD


No. 9C, Jalan Tara,
Off Jalan Tampoi,
Kawasan Perindustrian Tampoi,
80350 Johor Bahru,
Johor.

U.P : Tengku Aznam Raja Abdul Jalil

5. ALCASURI SDN BHD


No. 20-2A, Jalan Tanjung Laboh,
83000 Batu Pahat,
Johor.

U.P : Encik Amir Yusuf


3
6. GADEKBENA SDN BHD
21A, Kampung Baru Peserai,
83000 Batu Pahat,
Johor.

U.P : Encik Izadie Abdul Rahim

7. AROTECH INTERNASIONAL (M) SDN BHD


No. 83, Jalan Emas 1,
Taman Sri Skudai,
81300 Johor Bahru,
Johor.

U.P : Tuan Hj. Zaaba Jalil

8. T.D. BINA SDN BHD


No.226, Jalan Ahmad,
Kampung Bukit Tunggal,
85200 Jementah,
Johor.

U.P : Encik Hisham

9. TENAGA GERUDI SDN BHD


Lot 5431, Jalan J9,
Fasa 6,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

U.P.: Encik Mohd Jihadi Yusoff

10. IKRAR SAHABAT SDN BHD


Suite 1-1A, Jalan 6/9,
Pandan Indah Commercial Park,
55100 Kuala Lumpur.

U.P : Encik Suhaimi Muhammad

4
DOKUMEN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN


PENYELENGGARAAN BANGUNAN KILANG PUSAT
KEMASIAPAN PERABOT (PKP), PARIT JAMIL, MUAR,
JOHOR BAGI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU
MALAYSIA (MTIB)

NO RUJUKAN SEBUTHARGA : MTIB/SH/008/2012

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

5
PENGENALAN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN


KILANG PUSAT KEMASIAPAN PERABOT (PKP) PARIT JAMIL, MUAR, JOHOR BAGI
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
(SEBUTHARGA MTIB BIL: MTIB/SH/008/2012)

PERINGATAN :

1. Penyebutharga-penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan


butir-butir dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Pastikan dokumen sebutharga adalah lengkap di kesemua muka surat. Sekiranya


terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab
penyebutharga untuk mendapatkan penjelasan daripada Unit Perolehan, MTIB.

6
BAHAGIAN I

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT


KEPADA PENYEBUTHARGA

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

7
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA,

TINGKAT 14, MENARA PGRM,

NO.8, JALAN PUDU ULU,

CHERAS, 56100 KUALA LUMPUR.

(Penyebutharga-penyebutharga)

..

..

..

Tuan/Puan,

SEBUTHARGA

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN


KILANG PUSAT KEMASIAPAN PERABOT (PKP) PARIT JAMIL, MUAR, JOHOR BAGI
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
Nombor Sebutharga : MTIB/SH/008/2012

1.0 ARAHAN AM

1.1 Sebutharga adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berkelayakan


untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan Bangunan Kilang di Pusat
Kemasiapan Perabot (PKP) Parit Jamil, Muar, Johor bagi Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

1.2 Sebutharga dijemput adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan arahan-


arahan yang terdapat dalam dokumen ini. Arahan-arahan dan syarat-syarat
yang dinyatakan hendaklah disifatkan sebagai syarat kontrak. Sebutharga

8
yang tidak mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan
dipertimbangkan.

2.0 BIDANG KERJA PENYEBUTHARGA

2.1 Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan Bangunan Kilang di Pusat


Kemasiapan Pearbot (PKP) Parit Jamil, Muar, Johor bagi Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

2.2 Lokasi Pembaikan dan Penyelenggaran: Pusat Kemasiapan Perabot


(PKP), Lot 4081, Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor

3.0 KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUTHARGA

3.1 Sebutharga adalah dipelawa kepada semua penyebutharga yang berdaftar


dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang
berkaitan.

3.2 Penyebutharga yang berminat mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat


Kontraktor (PKK) dalam bidang yang berkenaan sekurang-kurangnya
Kelas E.

3.3 Penyebutharga yang berminat mestilah berdaftar dengan Lembaga


Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang yang
berkenaan.

4.0 BORANG SEBUTHARGA

4.1 Sebutharga hendaklah dikemukakan di atas Borang Sebutharga


sepertimana yang ditetapkan pada Borang I, Borang II, Borang III, Borang
IV, Borang V dan Borang VI. Sebutharga-sebutharga yang tidak
dikemukakan di atas borang sebutharga yang berkenaan tidak akan
diterima. Walaubagaimanapun, penyebutharga-penyebutharga boleh

9
mengemukakan borong atau dokumen tambahan mengikut format
dinyatakan untuk memberi penerangan-penerangan.

5.0 PENYERAHAN SEBUTHARGA

5.1 Sebutharga hendaklah dikemukakan dengan sampul surat berlakri (sealed)


serta ditandakan.

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN


PENYELENGGARAAN BANGUNAN KILANG PUSAT KEMASIAPAN
PERABOT (PKP) PARIT JAMIL, MUAR, JOHOR BAGI LEMBAGA
PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

5.2 Penyebutharga hendaklah menghantar satu (1) salinan asal bagi


dokumen di atas dan dilabel sebagai ORIGINAL dan satu (1) salinan lain
yang dilabel sebagai COPY.

5.3 Sebutharga hendaklah dihantar secara serahan tangan dan dialamatkan


kepada :-

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia,
Tingkat 13-17, Menara PGRM,
No. 8, Jalan Pudu Ulu,
Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
(U.P: Unit Perolehan)

5.4 MTIB tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan borang-borang


penyertaan sebutharga akibat kesilapan alamat yang dihantar secara pos
atau melalui tangan.

10
6.0 KOS SEBUTHARGA

6.1 Penyebutharga mestilah menanggung sendiri semua kos berkaitan


dengan penyediaan dan penghantaran sebutharga. MTIB tidak akan
bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.

7.0 HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU

7.1 Semua harga sebutharga mestilah di dalam RINGGIT MALAYSIA bagi setiap
item dan berdasarkan kepada format yang disediakan seperti pada Borang I
dalam dokumen ini. Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan
dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga.

7.2 Harga yang disebutkan dalam sebutharga hendaklah sah laku di dalam
tempoh tidak kurang dari sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup
sebutharga.

7.3 Dalam keadaan terkecuali, tempoh pengesahan sebutharga yang hampir


tamat, MTIB akan meminta penyebutharga untuk menyambung tempoh
pengesahan sebutharga tersebut. Permintaan ini dan maklumbalasnya
mestilah dibuat secara bertulis.

7.4 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak akan dikehendaki
atau dibenarkan mengubahsuai tendernya tetapi dikehendaki untuk
melanjutkan tempoh pengesahan tendernya.

8.0 MTIB BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU


SEMUA SEBUTHARGA

8.1 MTIB tidak terikat untuk menerima tawaran sebutharga yang terendah atau
mana-mana sebutharga yang diterima.

8.2 MTIB juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan cadangan

11
dalam tawaran sebutharga.

8.3 Keputusan MTIB adalah muktamad dan MTIB tidak akan teragak- agak untuk
memberi apa-apa alasan bagi penolakan mana-mana sebutharga.

9.0 PERJANJIAN KONTRAK

9.1 Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat kontrak dengan


MTIB bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan kilang Pusat
Kemasiapan Perabot (PKP) Parit Jamil, Muar, Johor bagi Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

9.2 Denda akan dikenakan dalam kontrak jika tidak memenuhi syarat-syarat
kontrak supaya kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan
dengan baiknya. Berdasarkan perjanjian kontrak, penerimaan MTIB disertai
dengan pengesahan pembekal yang berjaya akan terikat dengan kontrak di
antara MTIB dengan penyebutharga tanpa mengambilkira perjanjian kontrak
disediakan dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.

9.3 Penyebutharga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko berkenaan


kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual sebahagiannya mestilah
menurut status, peraturan atau melalui undang-undang dan keperluan mana-
mana kebenaran.

10.0 PENERIMAAN SEBUTHARGA

10.1 MTIB akan memberi notis bertulis kepada penyebutharga yang berjaya
apabila sebutharganya disetujuterima. Notis ini boleh mengandungi syarat-
syarat kontrak sebagai tambahan kepada syarat-syarat yang dilampirkan
bersama ini dan sekiranya demikian sebutharga ini tidaklah boleh
dipertimbangkan sehingga syarat tambahan ini dipersetujui oleh
penyebutharga yang berjaya.

12
11.0 PEMBAIKAN, PENYELENGGARAAN DAN TEMPOH JAMINAN BEKALAN

11.1 Penyebutharga adalah dikehendaki menyempurnakan pembaikan dan


penyelenggaraan semua yang berkaitan dalam tempoh tiga (3) minggu
(maksimum) daripada tarikh surat setuju terima ditandatangani.

11.2 Penyebutharga dikehendaki menyediakan satu jadual pelaksanaan yang


terperinci dan lengkap bagi tujuan kerja-kerja pembaikan dan
penyelenggaraan bangunan kilang Pusat Kemasiapan Perabot (PKP) Parit
Jamil, Muar, Johor yang dicadangkan kepada MTIB.

11.3 Tempoh jaminan kecacatan bagi pembaikan dan penyelenggaraan adalah


sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

11.4 Sila kemukakan dokumen sokongan/brochures sebagai maklumat tambahan/


sokongan.

12.0 MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SYARIKAT

12.1 Penyebutharga perlu menyediakan maklumat mengenai syarikat seperti pada


Borang II dalam dokumen ini.

12.2 Penyebutharga perlu menyatakan pengalaman syarikat dalam


mengendalikan projek-projek pembaikan dan penyelenggaraan dengan
mengemukakan latarbelakang projek, nama-nama dan alamat syarikat atau
agensi di mana projek tersebut dilaksanakan. Nyatakan tarikh projek tersebut
selesai dan tarikh sebenar projek tesebut sepatutnya diselesaikan. Sila
nyatakan projek-projek yang masih dikendalikan dan tarikh projek tersebut
dijadualkan tamat seperti pada Borang III dalam dokumen ini.

13.0 JADUAL BAYARAN

13.0 Semua harga tender mestilah di dalam Ringgit Malaysia dan berdasarkan
kepada format yang disediakan. Tawaran Harga yang dikemukakan mestilah

13
dinyatakan dalam angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga
(termasuk penghantaran, pemasangan, penyenggaraan dan lain-lain kerja).

13.1 Pembayaran untuk setiap peringkat kerja-kerja tidak akan dikeluarkan


sehingga setiap kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tersebut
dilaksanakan dengan lengkap dan sempurna serta disahkan oleh MTIB.

14.0 PENENTUAN KERJA-KERJA

14.1 Perakuan penerimaan kerja-kerja ini hanya akan dibuat setelah diperiksa
oleh pegawai MTIB yang diberi kuasa.

14.2 Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap kerja-kerja


pembaikan dan penyelenggaraan yang rendah kualiti atau tidak mengikut
penentuan teknikal. Penyebutharga hendaklah menggantikan kerja-kerja
yang ditolak tersebut. Kos perbelanjaan yang berkaitan hendaklah
ditanggung oleh penyebutharga.

15.0 LAWATAN TAPAK

15.1 Lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat
seperti berikut:

Tarikh : 13hb Februari 2012 (Isnin)

Masa : 12.00 tengahari

Tempat : Pusat Kemasiapan Perabot (PKP), Lot 4081, Kawasan


Perindustrian Parit Jamil, Muar, Johor
16.0 TARIKH TUTUP

16.1 Tarikh tutup sebutharga adalah jam 12.00 tengahari pada 20hb Februari
2012 (Isnin). Sebutharga-sebutharga hendaklah dikemukakan kepada
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia pada atau sebelum waktu dan tarikh
tersebut. Sebutharga-sebutharga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

14
BAHAGIAN II

PENENTUAN SPESIFIKASI

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

15
SPESIFIKASI KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN
BANGUNAN KILANG PUSAT KEMASIAPAN PERABOT (PKP) PARIT JAMIL,
MUAR, JOHOR BAGI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

ITEM DESCRIPTION QTY


A KERJA-KERJA BUMBUNG

1. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG 5,218M2


BUMBUNG METAL DECK (JENIS G26 TCT 0.47MM)

2. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG


PERABUNG JENIS METAL DECK L/S

3. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG FASCIA


BOARD C/W CUPING JENIS G26 TCT 0.47MM
348M2
4. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG
SALURAN AIR (GUTTER) BERSERTA CAT ALAS ANTI KARAT DI
PERMUKAAN DALAM
190M
5. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG
SALURAN PVC DOWN PIPE

16 NOS
B KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN (KESELURUHAN
RUANG PERMUKAAN LUAR DINDING SEKELILING BANGUNAN,
PONDOK PENGAWAL DAN LAIN-LAIN YANG MEMPUNYAI
DINDING LEPAAN SIMEN)

1. KERJA-KERJA MENGIKIS DAN MEMBERSIH PERMUKAAN


DINDING LUAR DARI KESAN CAT LAMA;

2. MENYEDIAKAN PERMUKAAN BAGI MENERIMA CAT ALAS SATU L/S


LAPISAN JENAMA JOTUN/ SETARA ; DAN

3. MENYEDIAKAN PERMUKAAN BAGI MENERIMA DUA LAPISAN


CAT KALIS CUACA (WEATHERSHIELD) JENAMA JOTUN /
SETARA
C BAHAGIAN BANGUNAN

1. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG 279M2


PLASTER SYLING (600X1200) BAHAGIAN PEJABAT ARAS 2

2. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG PINTU 1 NOS


KAYU SERTA KERJA YANG BERKAITAN

3. KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG DOOR CLOSER 4 NOS

16
4. KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENGGANTIKAN TOMBOL 5 NOS
PINTU DOOR LOCK SERTA KERJA YANG BERKAITAN
5. KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH PINTU BESI GUDANG YANG 3 NOS
ROSAK
D BAHAGIAN LUAR BANGUNAN

1. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG PAGAR 218M


HIJAU 6 BESERTA 3 LAPISAN DAWAI DURI DAN TAPAK
KONKRIT
2. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL DAN MEMASANG 279M
LONGKANG 18
3. KERJA-KERJA MENANGGALKAN LAPISAN CAT LAMA DAN
MENYEDIAKAN PERMUKAAN UNTUK MENERIMA CAT ALIS ANTI 1 NOS
KARAT UNTUK PAGAR BESI PINTU MASUK KILANG
4. KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN DAN YANG L/S
BERKAITAN

17
BAHAGIAN III

BORANG - BORANG

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

18
Borang I

JADUAL HARGA

ITEM DESCRIPTION QTY UNIT ESTIMATED


RATE (RM)
(RM)

A KERJA-KERJA BUMBUNG

1. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 5,218M2


DAN MEMASANG BUMBUNG METAL
DECK (JENIS G26 TCT 0.47MM)
2.
KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL L/S
DAN MEMASANG PERABUNG JENIS
3. METAL DECK

KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 348M2


4. DAN MEMASANG FASCIA BOARD C/W
CUPING JENIS G26 TCT 0.47MM

KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 190M


5. DAN MEMASANG SALURAN AIR
(GUTTER) BERSERTA CAT ALAS ANTI
KARAT DI PERMUKAAN DALAM

KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 16 NOS


DAN MEMASANG SALURAN PVC DOWN
PIPE

B KERJA-KERJA MENGECAT
BANGUNAN (KESELURUHAN RUANG
PERMUKAAN LUAR DINDING
SEKELILING BANGUNAN, PONDOK
PENGAWAL DAN LAIN-LAIN YANG
MEMPUNYAI DINDING LEPAAN SIMEN)

1. KERJA-KERJA MENGIKIS DAN


MEMBERSIH PERMUKAAN DINDING
LUAR DARI KESAN CAT LAMA;
2. L/S
MENYEDIAKAN PERMUKAAN BAGI
MENERIMA CAT ALAS SATU LAPISAN
3. JENAMA JOTUN/ SETARA ; DAN

MENYEDIAKAN PERMUKAAN BAGI


MENERIMA DUA LAPISAN CAT KALIS
CUACA (WEATHERSHIELD) JENAMA
JOTUN / SETARA

19
C BAHAGIAN BANGUNAN

1. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 279M2


DAN MEMASANG PLASTER SYLING
(600X1200) BAHAGIAN PEJABAT ARAS
2

2. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 1 NOS


DAN MEMASANG PINTU KAYU SERTA
KERJA YANG BERKAITAN

3. KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN 4 NOS


MEMASANG DOOR CLOSER

4. KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN 5 NOS


MENGGANTIKAN TOMBOL PINTU
DOOR LOCK SERTA KERJA YANG
BERKAITAN
5. KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH PINTU 3 NOS
BESI GUDANG YANG ROSAK
D BAHAGIAN LUAR BANGUNAN

1. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 218M


DAN MEMASANG PAGAR HIJAU 6
BESERTA 3 LAPISAN DAWAI DURI DAN
TAPAK KONKRIT
2. KERJA-KERJA MEMBUKA, MEMBEKAL 279M
DAN MEMASANG LONGKANG 18
3. KERJA-KERJA MENANGGALKAN
LAPISAN CAT LAMA DAN 1 NOS
MENYEDIAKAN PERMUKAAN UNTUK
MENERIMA CAT ALIS ANTI KARAT
UNTUK PAGAR BESI PINTU MASUK
KILANG
4. KERJA-KERJA PEMBERSIHAN L/S
KAWASAN DAN YANG BERKAITAN

TOTAL (RM) A+B+C+D

20
Borang II
SOAL SELIDIK PROFIL SYARIKAT

Arahan : Semua butir-butir dalam ruangan yang dinyatakan di bawah ini hendaklah
dilengkapkan oleh penyebutharga dengan betul dan tepat. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan tawaran sebutharga ditolak dan tidak
dipertimbangkan. Gunakan lampiran lain jika perlu.(kepilkan salinan borang
akaun pemilikan yang berkenaan.

Butir-butir Syarikat

1. No Pendaftaran Syarikat: .. Tarikh Tamat: .


2. No. Pendaftaran Kem. Kewangan: . Tarikh Tamat: ..
3. Taraf Syarikat*: Bumiputera/ Bukan Bumiputera
4. Peratus Modal:.% Bumiputera / ..% Bukan Bumiputera / .% Lain-lain
5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat bumiputera: ..hingga .
6. Jenis Syarikat*: Perseorangan: Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain
.(Nyatakan)
7. No. Telefon syarikat : ..................................
8. Alamat Syarikat : ............................................................
............................................................
9.Tempoh Sah Laku tawaran sebutharga :.....................(Min 90 hari)
10. Tempoh siap kerja : ..............................................(maksimum tiga(3) minggu)

Butir-butir Modal
1. Modal Dibenarkan : RM
2. Modal Dibayar : RM

Pemegang Saham
Senarai Pemegang-pemegang Saham

Bil. Nama/Jawatan No. K/P % Pegangan


1.
2.
3.
- Sila potong yang tidak berkenaan

21
Borang III

PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT

1. Sila nyatakan dan sertakan kedudukan bilangan kakitangan teknikal, tahun pengalaman
dan kelayakan.

2. Kerja dalam tangan atau projek yang masih dikendalikan yang melibatkan nama
organisasi, jenis kerja, lokasi dan tarikh projek tersebut dijadualkan tamat. Ringkasan
seperti jadual di bawah :

Nama Syarikat / Jenis Kerja / Skop Projek Tempoh dan Tarikh Nilai projek
Organisasi serta Dijadualkan Tamat (RM)
Lokasi

3. Senarai pengalaman dalam kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sekurang-


kurangnya selama tiga (3) tahun lepas atau semasa.

22
Borang IV

PELAKSANAAN PROJEK

1. Sila sertakan jadual dan pelaksanaan terperinci yang lengkap bagi pelaksanaan
projek yang dicadangkan kepada MTIB.

2. Sila lukiskan carta organisasi dan tanggungjawab bagi setiap kakitangan


(termasuk latar belakang dan pengalaman) yang terlibat dalam projek ini.

23
Borang V

BORANG AKUAN SEBUTHARGA

Kepada :

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia


Tingkat 14, Menara PGRM
No. 8 Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur

Tuan,

NOMBOR RUJUKAN SEBUTHARGA : MTIB/SH/008/2012

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN


KILANG PUSAT KEMASIAPAN PERABOT (PKP) PARIT JAMIL, MUAR, JOHOR BAGI
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

Merujuk kepada iklan tuan berkenaan perkara di atas, dan tertakluk kepada Arahan dan
Syarat-syarat Kepada Penyebutharga. Pihak yang bertandatangan di bawah menawarkan
untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan sepertimana sebahagian yang
terkandung dalam dokumen ini, bersetuju dengan spesifikasi yang dinyatakan dan pelbagai
kadar yang ditetapkan oleh pihak yang bertandatangan di bawah berserta senarai harga
yang disertakan bersama sebutharga.

Pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk terikat sepertimana yang ternyata
dalam Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga, spesifikasi dan jadual harga, dan
bersetuju dengan harga berdasarkan kepada nilaian barang secara individu yang
dibekalkan dari semasa ke semasa.

Dan selanjutnya, pihak yang bertandatangan di bawah bersetuju untuk menyiapkan kerja-
kerja pembaikan dan penyelenggaraan dalam tempoh jaminan, pentauliahan dan bekerja
mengikut Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga yang diberikan.

Sebagaimana yang telah difahami, pihak tuan boleh menerima atau menolak sebutharga
kami sama ada ianya lebih tinggi atau lebih rendah dari sebutharga lain atau sama.
Sebutharga ini akan sentiasa sah selama sembilan puluh hari (90) hari dari tarikh
penyerahan sebutharga.
24
Dan selanjutnya, pihak bertandatangan di bawah bersetuju sekiranya pihak tuan menerima
sebutharga ini untuk menyediakan penyataan penerimaan deposit Bon Pelaksanaan
sekiranya dipohon.

Pihak bertandatangan di bawah pasti, selepas penelitian, dokumen yang digunakan dalam
sebutharga ini adalah salinan asal seperti yang termasuk dalam cadangan sebutharga.

Tandatangan Tandatangan
Penyebutharga: Saksi kepada
Penyebutharga:

Nama dan alamat syarikat Nama dan alamat syarikat

Tarikh: Tarikh:

25
Borang VI

SURAT AKAUN PEMBIDA

BAGI

SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN


KILANG PUSAT KEMASIAPAN PERABOT (PKP) PARIT JAMIL, MUAR, JOHOR BAGI
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
(SEBUTHARGA BIL: MTIB/SH/008/2012)

Saya, nombor K.P. ..yang mewakili


(Nama Wakil Syarikat)

nombor pendaftaran....
(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat
ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) atau mana-mana individu lain, sebgai sogokan untuk
dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan
Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat diatas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati
bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan
untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas; atau


2.2 penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih
dalam sebutharga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

Nama:

No. KP:

Tarikh:

Cop Syarikat:
26

You might also like