Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Seperti mana singa menjadi raja di hutan, jerung juga mendapat takhta

yang sama di lautan. Sifat mereka yang sama iaitu gagah, menakutkan dan
punyai pelbagai keunikan menjadikan ia haiwan yang paling ditakuti dalam
kategorinya.

1. Deria bau sang jerung amat hebat, ia boleh mengesan setitis


darah sejauh 4 kilometer darinya.
2. Mustahil untuk melepaskan diri apabila digigit jerung kerana
kekuatan rahang haiwan pemangsa itu adalah pada kadar
enam tan perinci persegi.
3. Jangka hayat ikan jerung adalah 100 tahun.
4. Jerung paus boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan
40,000 kilogram. Pada ketika itu ia dianggarkan mempunyai
300 barisan gigi dengan setiap baris mempunyai beberapa
ratus batang gigi-gigi kecil sepanjang 5 mm. Ia akan diganti
dengan baru sekiranya setiap kali gigi halus itu patah.
5. Ikan jerung tidak mempunyai tulang, rangkanya dibentuk oleh
rawan (bahan yang sangat kukuh, bentuk dan kekuatannya
adalah seperti mana bahan yang membentuk telinga kita.

6. Jerung pemangsa yang terbesar adalah jerung great white (6.4


meter panjang) manakala jerung lanternfish dwarf dan
ribbontail catshark (15-17cm) adalah yang terkecil.
7. Jerung anjing mendapat namanya kerana ikan tersebut akan
menyerang mangsanya secara berkumpulan seperti mana
yang dilakukan anjing.
8. Telur terbesar didunia adalah telur dari ikan jerung paus iaitu
sepanjang 36cm (dijumpai di teluk mexico pada 1953).
9. Ikan jerung masih mampu hidup walaupun tidak makan selama
6 minggu. Rekod paling lama dicatatkan oleh seekor ikan
jerung bengkak (swell shark) yang tidak makan selama 15
bulan semasa ditempatkan dalam sebuah akuarium.
10. Jerung bengkak boleh menyalak seperti anjing.

11. Kulit ikan jerung diselaputi oleh dentikel, iaitu duri-duri


halus setajam pisau cukur. Bagaimanapun dentikel boleh
dibuang dan kulit jerung itu digunakan untuk membuat
pelbagai barangan kulit.
12. Kasut yang dibuat daripada kulit jerung lebih tahan 5 kali
lebih lama berbanding yang menggunakan kulit lembu.
13. Jerung tidak akan makan ikan buntal kerana ikan buntal
akan mengembungkan badannya seperti belon dan mencucuk
mulut jerung itu dengan duri-durinya yang tajam.
14. Kebanyakan jerung melahirkan anak mereka. Hanya
beberapa spesis sahaja yang bertelur.
15. Lazimnya jerung mempunyai 6 hingga 12 ekor anak pada
satu-satu masa, tapi jerung harimau dan tukul boleh
mempunyai 40 ekor anak.
16. Kebanyakan jerung boleh berenang sepantas 32-64
kilometer sejam. Ia ternyata tidak setanding dengan ikan
jerung mako yang boleh berenang sepantas 95km/j.
17. Ikan jerung yang wujud sejak 400 juta tahun lalu (lebih
lama daripada dinosaur), mempunyai kebolehan semulajadi
mengelakkan diri daripada diserang kanser dan pelbagai
penyakit lain. Ini memberi harapan kepada penyelidik
perubatan bahawa haiwan laut paling ditakuti itu akan menjadi
kawan kepada manusia. Para saintis kini mengkaji sistem
imuniti jerung bagi mencari penawar menghentikan
penyebaran kanser keatas manusia.
18. Daging jerung boleh dibuat baja, siripnya dijadikan sup,
minyak daripada hati kaya dengan vitamin A, korneanya
digunakan bagi transplan mata manusia manakala rawannya
berguna dalam perubatan anti keradangan bagi penyakit atritis
serta menyembuhkan luka.
19. Setiap tahun dianggarkan 100 orang mati akibat digigit
lebah manakala dilaut hanya 6 orang sahaja dibaham jerung.
460 spesis jerung yang terdapat di seluruh dunia hanya 25
spesis sahaja yang menyerang manusia.
20. Setiap tahun 12 juta ekor jerung dibunuh manusia.
21. Manusia juga membunuh jerung untuk dijadikan barang
cenderamata dan rekreasi/sukan.
22. Pukat menjadi ancaman utama kepada jerung. Pada 1993
dianggarkan 8.3 juta ekor jerung mati akibat terperangkap
dalam pukat yang digunakan oleh nelayan diseluruh dunia.
23. Tanpa jerung, ketidakseimbangan tidak akan berlaku sama
seperti pemangsa yang lain, berfungsi secara semulajadi untuk
mengawal populasi hidupan laut.

You might also like