Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TRANSKRIP TEMUBUAL

Tarikh : 14 April 2016

Tajuk : Sumbangan Pn Normala Binti Rambli kepada SK Kampung Petanak dalam


Pencapaian UPSR bagi subjek Matematik .

Tempoh masa :

Masa Isi

Temuduga Bahagian Pertama


Hidayah 0.00-0.02 Assalamualaikum

Pn.Normala 0.02-0.04 Waalaikumusalam


Hidayah 0.05-0.13 Terima Kasih Pn Normala atas kesudian Pn Normala untuk
ditemuduga pada hari ini, apa khabar Pn Normala?
Pn.Normala 0.14-0.17 Baik, Alhamdulilah syukur
Hidayah 0.18-0.20 Okay, boleh kita mulakan temuduga sekarang?
Pn.Normala 0.21-0.23 Boleh, teruskan
Temuduga Bahagian kedua
Hidayah 0.00-0.16 Soalan pertama saya, sebelum Pn Normala mengajar subjek
matematik tahun 6 bagaimanakah pencapaian matematik,
subjek matematik SK Kampung Petanak?
Pn.Normala 0.17-1.41 Sebelum saya mengajar matematik di sekolah ini,SK Kpg
Petanak matematiknya sederhana sajalah tidaklah terlalu
rendah. Pada tahun 2006, sebelum saya masuk, mengambil
kelas matematik untuk UPSR berada di 68 % sahaja, jadi saya
mula mengajar pada tahun 2007. Sebelum ini pun. Sebelum
2006 pun sekolah ini menghadapi masalah guru opsyen
matematik, guru-guru Bahasa Melayu opsyen Bahasa Melayu
terpaksa mengajar Matematik. Oleh hal demikian, tiada guru
yang. dapat mengajar matematik di kelas UPSR maka saya
ambilah mula 2007
Hidayah 1.42-1.55 Oh, begitu kenapa Pn Normala, teruskan mengajar Matematik
sedangkan Pn.Normala tidak mempunyai opsyen dalam subjek
Matematik?
Pn.Normala 1.56-2.37 Sebelum ini pun saya bukanlah opsyen Matematik, saya
opsyen Bahasa Melayu, disebabkan sekolah ini taka da guru
opsyen maka saya terpaksa mengajar matematik dan saya
belajar baik, mendapat tawaran belajar melanjutkan pelajaran
maka saya tukar opsyen saya dari Bahasa Melayu ke
Matematik tulah saya mula rasa confident untuk mengajar
Matematik
Hidayah 2.38-2.47 Pn Normala, melanjutkan.. Memperlajari subjek matematik lagi
di pusat pengajian?
Pn.Normala 2.48-2.58 Saya belajar di PJJ lah Pendekatan Jarak Jauh di OUM Open
University Malaysia
Hidayah 2.59-3.00 Tahun?
Pn.Normala 3.01-3.07 2006-2010
Hidayah 3.08-3.36 Seterusnya, bagi Pn.Normala apakah kejayaan yang
Pn.Normala telah capai dalam subjek Matematik? Tahun
Bilakah pencapaian paing tinggi atau tahun-tahun yang paling
ketara bagi subjek Matematik dalam ujian UPSR
Pn.Normala 3.37-4.28 Saya merasa pencapaian yang paling tinggi saya dapat ialah
pada tahun 2012, 2013 dan 2015 di mana pencapaian semakin
meningkat dari 2012 pencapaiannya 95.2% , dua orang murid
gagal dan 2013 hanya seorang murid yang gagal. Pada tahun
2015, pula saya mengajar satu kelas sahaja dan satu kelas itu
mencapai seratus peratus lulus.
Hidayah 4.29-4.50 Oh begitu, oh ini bermakna pada tahun 2012, 2013 dan 2015
Pn.Normala telah mencapai keputusan yang cemerlang, soalan
saya berapakah murid yang mendapat gred A dalam subjek
matematik bagi tahun 2012, 2013 dan 2015?
Pn.Normala 4.51-5.09 Pada tahun 2012, 8 orang , 2013, 5 orang dan tahun 2014
saya tak mengajar dan 2015 9 orang
Hidayah 5.10-5.25 Selain daripada keputusan yang cemerlang dalam subjek
Matematik adakah Pn.Normala telah memperoleh pengiktirafan
daripada mana-mana pihak dalam kejayaan yang dicapai bagi
subjek Matematik?
Pn.Normala 5.56-7.27 Pengiktirafan untuk kejayaan saya memanglah tak ada tapi
saya telah membuat kajian tindakan untuk Matematik adalah
pada tahun 2005 saya dijemput untuk dialog.. apa ni. Kajian
tindakan di sibu, primeier hotel yang dianjurkan oleh maktab
perguruan Rajang. Pada tahun 2007, di politeknik mukah yang
dianjur oleh IAB dan satu lagi kita telah buat satu pameran
untuk kajian tindakan iaitu program inovatif guru, saya dijemput
untuk mempamerkan bahan kajian saya di Sibu pada tahun
2014. Guru besar pun ada memberi pengiktirafan sebagai..
pada tahun 2014 sebagai guru yang mencapai 90% ke atas
untuk UPSR.
Hidayah 7.28-7.50 Daripada penerangan puan tadi, nampaknya paun telah
mencapai banyak kejayaan dalam subjek Matematik, okay
soalan saya seterunya, apakah bentuk usaha yang telah
dilakukan oleh Pn.Normala dalam mecapai kecemerlangan
subjek Matematik?
Pn.Normala 7.51-10.07 Untuk mencapai kecemerlangan kita telah membuat bebrapa
program yang dirancang untuk meningkatkan prestasi ini, Salah
satu daripadanya ialah program asas Matematik iaitu murid-
murid ditekankan untuk menghafal sifir disamping itu, congak
juga ditegaskan supaya murid dapat menjawab congak tambah
tolak darab bahagi ini dengan cepat mereka dilatih untuk berfikir
dengan pantas. Jadi kita ada ujian pantas untuk murid tahun 1
hingga tahun 6 kita buat sebulan sekali untuk mengetahui
pencapaian asas mereka sebab tanpa menguasai empat
operasi ini muird memang lemah lah kalua jawab apa jua
soalan Matematik sebab empat operasi ini perlu dikuasai
terutamanya tahap dua mesti muird menguasai keempat-empat
operasi barulah dapat matematik ini dicapai oleh murid lah.
Disamping itu, kita ada juga buat kelas bimbingan untuk kelas
UPSR kita buat setipa minggu, di hujung minggu juga kita buat
dan cuti sekolah juga kita buat.
Hidayah 10.08-10.21 Okay, siapkha.. adakah terdapat pihak yang lain yang turut
menjayakan program yang dilaksanakan?
Pn.Normala 10.22-10.55 Untuk menjayakan program ini memanglah usaha semua pihak
jadi yang penting sini ialah peranan pentadbir dan ketua penitia
serta ahli penitia. Dengan kerjasama mereka saya dapat
menyumbanglah kearah usaha kejayaan
Hidayah 10.56-11.14 Okay, soalan seterusnya, selain daripada program-program
matematik itu,program asas matematik dan kelas bimbingan ini
tadi bagaimanakah pula dengan aktiviti pengajaran dan?
pembelajaran dalam kelas Pn.Normala
Pn.Normala 11.15-11.44 Dalam kelas pula saya menanamkan sikap yakin muird itu
dahulu , motivasi muird, meyakinkan murid-murid supaya dapat
confident dapat meyakinkan mereka untuk menjawab soalan
untuk belajar matematik.
Hidayah 11.45-11.48 Macam mana puan menaikan semangat mereka? Bagaimana
cara dia?
Pn.Normala 11.49-12.50 Saya menggunakan yang kita gelarkan sebagai kod rahsia,
memallaui kod rahsia ini murid lemah ke murid pandai ke
mereka jawab dalam buku yang dinamakan sebagai kod rahsia.
Kod rahsia kami ialah guru dan murid itu sahaja yang tahu
murid lain tak boleh tahu itu rahsia itu yang kita buatlah jadi
untuk menyakinkan mereka, mereka tak boleh tunjuk kepada
orang lain jawapan untuk mengelak peniruan kedua penting di
situ ialah cikgu tahu tahap mana murid mencapai penacapain
murid tersebut begitulah kod rahsia itu dijalankan.
Hidayah 12.51-12.59 Bagaimana pula ABM, Bahan alat bantu mengajar. Puan
banyak menggunakan alat bantu mengajarkah dalam kelas?
Pn.Normala 13.00-14.33 Alat bantu mengajar sekiranya saya dalam kelas UPSR, saya
banyak menggunakan drilling la latih tubi maka saya banyak
mengguna kertas untuk kelas lain saya banyak menggunakan
ABM bergantung kepada tajuk dan banyaknya ialah latih tubi
iaitu latihan mun matematik ini perlu banyak latihan kalau tajuk
baru, barulah akan menggunakan ABM yang banyaklah
terutamanya tajuk timbang berat dan ukuran macam itu
memang kita guna hands-on iaitu murid mengguna dan
mengukur sendiri. Jadi daripada pengalaman mereka sendiri
mereka membina ilmu itu. Itu yang kita gunalah. Kalau sukatan
itu kita ambil beaker sahaja biarkan mereka mencari sendiri air
berwarna ke, air paip ke, air hujan kea pa yang mereka buatlah.
Hidayah 14.34-15.06 Nampaknya, Pn.Normala telah banyak menggunakan pelbagai
aktiviti dalam menjayakan subjek matematik ini. Soalan saya
seterusnya, apakah bentuk halangan yang dihadapi dan bilakan
Pn.Normala menghadapinya, halangan-halangan yang dihadapi
dalam mencapai kejayaan Matematik inilah?
Pn.Normala 15.07-16.27 Halangan-halangan yang dihadapi untuk mencapai
kecemerlagan, ketika murid masih lemah lagi dalam asas dialah
itulah menjadi halangan utama, Jika murid peringkat UPSR
masih lagi tidak memahami basic asas congak itu tadi maka
sukarlah mereka menjawab saoaln-soalan yang lebih mencabar
itulah halangan pada murid. Dan halangan pada guru pula
padagogi content, jika seorang guru itu kurang padagogi dia..
kurang kukuh tidak kuat maka pdp dia kurang
memberangsangkanlah itu halangan yang saya lihat untuk
mengajar matematik ini
Hidayah 16.28-16.41 Oh, begitu dalam halangan itu tadi, terdapat dua halangan iaitu
halangan daripada murid, halangan daripada guru. Okay
bagaimana puan mengatasi halanga-halangan tersebut?
Pn.Normala 16.42-17.36 Untuk murid kita buat latih tubi dan kita buat kelas bimbingan
supaya murid ini menguasai asas dia. Pada guru pula kita buat
LDP atau latihan dalam perkihdmatan dan di situ juga kita buat
penerapan PLC dalam pdp guru maka kita berkongsilah macam
mana untuk mempertingkatkan padagogi guru untuk mengajar
matematik , itu sahajalah dari pandangan saya.
Hidayah 17.37-17.56 Oh begitu, setakat ini sahajalah temubual kita, terima kasih
puan atas kerjasama puan dalam membantu saya untuk
melakukan kajian ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi.
Pn.Normala 17.57-18.06 Saya juga inigin mencucapka terima kasih, semoga adik dapat
buat kerja ini dengan cemerlang. Okay

You might also like