Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Beasr semasa ketiadaan Guru Besar, Guru penolong
Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum
termasuk sidang petang.

1.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulm di sekolah.

1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk sidang petang.

2. 2.1 Senarai Tugas


2.1.1 Sukan dan Permainan
a. Merancang Takwim Kegiatan sukan dan permainan.
b. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.
c. Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
d. Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan
di luar sekolah.

2.1.2 Badan Berunifom


a. Merancang kegiatan Badan Berunifom.
b. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Badan Berunifom.
c. Menyelia kegiatan Badan Berunifom.
d. Menyelaras aktiviti-aktiviti Badan Berunifom di dalam dan di luar sekolah.

2.1.3 Persatuan dan Kelab


a. Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
b. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
c. Menyelai kegiatan persatuan dan kelab.
d. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.

2.2 Pentadbiran
2.2.1 Menyusun/ menyelaras kegiatan kokurikulum.
2.2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurursan kokurikulum.
2.2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam hal kokurikulum.
2.2.4 Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal
kokurikulum.
2.2.5 Bertanggnungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
2.2.6 Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
2.2.7 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam Badan Berunifom/
Persatuan/ Kelab dan sebagainya.
2.2.8 Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan kokurikulum
serta meningkatkan tahap pencapaian.
2.2.9 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
2.2.10 Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan.
2.2.11 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
berkaitan dengan kokurikulum.
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

1. Merancang program sukan sekolah secara am dengan memberi keutamaan kepada sukan
untuk semua tetapi tidak melupakan sukan untuk pertandingan.

2. Mentadbir dan mengururskan program sukan sekolah.

3. Menyelaras dan menyelia semua kegiatan sukan di sekolah.

4. Merancang perbelanjaan program sukan sekolah.

5. Menyelia dan memastikan segala kemudahan dan alat-alat sukan disenggarakan dengan
baik.

6. Menyenggara dan menyimpan stok alatan sukan.

7. Mewakili Guru Besar menghadiri mesyaurat-mesyuarat di peringkat daerah dan negeri bila
dan dimana perlu khasnya berkaitan dengan sukan.

8. Selalu melawat untuk mamastikan kegiatan-kegiatan sukan ada dijalankan.

9. Menasihat dan memberi panduan yang perlu kepada guru-guru sukan dan permainan.

10. Memastikan kebenaran secara bertulis daripada ibu-bapa/ penjaga untuk murid-murid
menyertai kegiatan-kegiatan sukan.

11. Memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan
sukan.

12. Menyediakan jadual bertugas bagi guru-guru dalam program sukan.

13. Menyedia dan menyenggarakan sebuah papan kenyataan untuk memberi maklumat
berkenaan dengan aktiviti-akvititi sukan yang dijalankan di sekolah setiap hari.

14. Menyimpan butir/ maklumat murid-murid yang menang dalan segala kejohanan sukan di
peringkat sekolah, MSSD, MSSS dan MSSM.

15. Menyimpan rekod tentang rekod-rekod baru yang dicipta dalam majlis kejohanan
olahraga di peringkat sekolah, MSSD, MSSS, dan MSSM.
TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN DAN KELAB
1. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan
persatuan-persatuan, kelab-kelab yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak.
2. Bertanggungjawab sebagai pergerak kepada persatuan-persatuan, kelab-kelab yang
berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
- melaksanakan projek-projek tertentu.
- menganjur/ menyertai peraduan-peraduan.
- mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang-bidang yang sesuai.
- menganjur ceramah-ceramah, seminar, forum.
- mengadakan lawatn sambil belajar.
- berbagai-bagai kegiatan lain.
3. Membimbing ahli-ahli jawatan kuasa dan ahli-ahli persatuan/ kelab dalam memahami
peraturan-peratuan berpersatuan, misalnya peratuan-peratuan mesyuarat dan sebagainya.
4. Membimbing ahli-ahli persatuan/ kelab mengadakan mesyuarat agung pada awal tahun.
5. Membimbing ahli-ahli persatuan/ kelab dalam hal memilih ahli-ahli jawatan kuasa
persatuan/ kelab pada mesyuarat agung.
6. Membimbing dan mengajar ahli-ahli jawatan kuasa persatuan/ kelab menyedia rekod-
rekod seperti minit mesyuarat, laporan aktiviti, rekod kewangan dan sebagainya.
7. Menyenggara dan menyimpan rekod keahlian persatuan/ kelab, fail-fail dan lain-lain butir/
maklumat yang berkaitan dengan persatuan/ kelab.
8. Mengurus pemilihan ahli daripada pelajar tahun 4 sebagai ahli tambahan kepada ahli-ahli
yang sedia ada.


1.

2.





3.

4.

5.

6.

7.

8.
TUGAS GURU PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM

1. AM
1.1 Bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan kemajuan pertubuhannya.

2. KEAHLIAN
2.1 Bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota-anggota pasukan daripada
pelajar-pelajar tahun 4 sebagai tambahan kepada anggota-anggota pasukan yang
sedia ada.
2.2 Merekod dan menyimpam satu daftar keahlian pertubuhan.

3. LATIHAN
3.1 Menjadi jurulatih pertubuhan.
3.2 Bertanggungjwab menguruskan latihan pasukannya sekali seminggu pada hari yang
diisytharkan oleh sekolah.
3.3 Mengatur latihan tambahan untuk anggota-anggota pasukannya.
3.4 Dengan persetujuan Guru Besar, menguruskan pengambilan jurulatih luar untuk
melatih anggota-anggota pasukannya.
3.5 Menentukan apa-apa juga keperluan/ peralatan yang dikehendaki bagi
pertubuhannya.
3.6 Menyelenggarakan simpanan dan rekod bagi keperluan / peralatan yang bukan hak
ahli-ahli persendirian.
3.7 Menyimpan fail-fail dan lain-lain butir/ maklumat dan sebagainya berkaitan dengan
pertubuhan berkenaan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

You might also like