Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Novel Darah Titik Di Semantan

Sinopsis Bab demi Bab

Bab Sinopsis
Bab 1 (Cemas) Menceritakan empat orang sahabat iaitu Aku, Samad, Rahman dan
Awang Muhamad telah menyedari perubahan sikap Datuk Bahaman
sejak pulang dari pulau tawar. Sikapnya suka memencilkan diri dan
sering termenung sendiri. Perubahan ini telah disedari oleh aku.
Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka berempat terhadap
perubahan sikap Datuk Bahaman dan yang paling memahami
perubahan sikap Datuk Bahaman ialah Rahman kerana pernah
bekerja sebagai jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman.
Pada suatu hari, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang
ramai di masjid. Turut hadir ialah Mat Lela, Datuk Panglima Raja
Awang Ishak, Iman Perang Weh. Datuk Bahaman telah memberi
amanat penting tentang kemaraan British. Datuk Bahaman juga
meminta penduduk bersedia sebelum melawan Inggeris.
Setelah selesai mereka berkumpul di masjid aku, Samad,
Rahman, dan Awang Muhamad telah sepakat untuk membuat kubu di
pangkal Merbau Berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Semasa
mereka sedang membina kubu tiba-tiba Mak Long Esah berlari dalam
ketakutan. Mak Long Esah mengatakan Inggeris akan sampai ke
Lubuk Terua dan meminta supaya disampaikan berita itu kepada
Datuk Bahaman yang masih berada di masjid.
Bab 2 (Lubuk Terua Aku menyedari Inggeris telah menceroboh Semantan dengan
Tergugat) melihat mereka membina kubu panjang ditepi tebing sungai. Datuk
Panglima Raja sangat marah dengan tindakan Inggeris itu. Pak Long
Abas meminta izin untuk mengamuk tetapi dihalang oleh Datuk
Bahaman. Datuk Bahaman menyatakan mereka akan melawan
Inggeris tetapi mengikut perancangan. Datuk Bahaman juga memuji
tindakan aku dan rakan-rakan membina kubu di tebing Lubuk
Sengarat kerana cukup sesuai.
Bab 3 (Mencari Dua minggu selepas Inggeris membina rumah pasung, aku dan
Penyelesaian) samad pergi ke kubu mereka di lubuk Sengarat hanya Rahman tidak
dapat ikut serta kerana telah mengikut ayahnya ke Johor. Pelbagai
andaian dibuat atas pemergian Datuk Bahaman ke Johor. Datuk
Bahaman pergi ke Johor mengikut jalan sungai yang lebih selamat.
Ketiadaan Rahman, aku dan rakan-rakan telah menukarkan cara
berkawal. Mereka telah bersetuju untuk meronda secara bersama-
sama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Mereka juga meronda
ke Mempatih untuk melihat persiapan disana.
Pada tengah hari, mereka terserempak dengan beberapa buah
perahu Inggeris. Mereka berniat untuk menyerang perahu Inggeris
tersebut tetapi telah membatalkan niat tersebut kerana memikirkan
Datuk Bahaman tiada di Semantan.
Bab 4 (Budi Seperti biasa aku, Samat dan Awang Muhamad meninjau sekitar
Kepadatan) kampung. Mereka telah pergi ke mempatih dan melihat pemuda-
pemuda Melayu berlatih membaling bambu runcing dan belajar
bersilat dengan Abang Lajis.
Aku diberitahu oleh dua orang pemuda Melayu Melayu yang tidak
dikenali pergi hilir. Apabila sampai disana, mereka menyelamatkan
Kak Minah iaitu isteri Lajis yang diganggu oleh pemuda yang tidak
dikenali. Mereka sebenarnya ialah pembanci yang diupah oleh Tuan
Owen (Inggeris). Pada masa yang sama, Datuk Bahaman muncul
dan meminta tali barut Inggeris itu pulang kepangkuan Inggeris.
Beliau juga mengingatkan kepada pemuda tersebut bahawa dia
masih berkuasa di Semantan.
Bab 5 (Inggeris Menceritakan situasi semakin genting apabila orang Inggeris yang di
Mencabar Lagi) ketuai oleh Syres sering datang ke Lubuk Terua. Kedatangan Syres
telah mengundang persoalan pada Aku, Samad, Rahman dan
Awang Muhamad. Lajis menjelaskan Datuk Bahaman telah membuat
perancangan untuk membuat bengkel membuat senapang dan
segala bahan telah diatur dengn teliti. Lajis juga telah ditugaskan
sebagai pengintip di Kuala Semantan untuk mengawasi gerak-geri
Inggeris.
Bab 6 (Kedatangan Penduduk Semantan berkumpul di masjid untuk bacaan Yassin dan
Mat Kilau) solat Mahgrib. Semasa berkumpul mereka telah didatangi oleh Mat
Kilau. Mat Kilau diutuskan oleh ayahandanya untuk menyampaikan
hasil mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar
di Pulau Tawar. Datuk Bahaman tidak dijemput ke mesyuarat itu.
Mat Kilau menyatakan Syres mengadu kepada sultan yang Datuk
Bahaman tidak memberi kerjasama untuk membina rumah pasung.
Selain itu, sultan dipaksa membuat membuat pengisytiharan yang
Datuk Bahaman telah menderhaka. Sultan telah diingat untuk
membuat pengisytiharan dan segala pangkat dan kuasa Datuk
Bahaman telah ditarik balik. Keadaan ini telah membuatkan Datuk
Bahaman semakin rasa tercabar.
Bab 7 (Retak Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu
Menanti Belah) mengail ikan di sungai Semantan telah mengundang pelbagai
persoalan. Kedatangan Lajis telah menjawab persoalan akan
kehilangan mereka. Rupa-rupanya mereka telah ditangkap oleh
Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa
rotan.
Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh
telah mengetuai usaha pembebasan Samad, Pak Long Abas dan Pak
Uda Ismail. Akhirnya mereka Berjaya dibebaskan dan Datuk
Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan Inggeris
memburunya nanti.
Bab 8 (Darah Titik Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh Datuk
di Semantan) Bahaman dan anak buahnya. Mereka telah menjual rotan manau di
Batu Hampar bagi mendapat sumber kewangan untuk membayar
besi laras senapang dan ubat bedil dari saudagar singapura.
Telah berlaku kejadian Pak Long Abas dan
Ismail telah ditahan oleh Desborough semasa membawa rotan untuk
dijual tanpa surat kebenaran. Desborough telah menyatakan akan
menangkap dan membunuh Datuk Bahaman. Mereka telah di tembak
oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long Abas Berjaya
menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk
Bahaman untuk memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada
kejadian tersebut Datuk Panglima Raja,Iman Perang Weh dan
penduduk semantan telah menjadi semakin bersemangat untuk
menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa menyokong
Datuk Bahaman. Datuk Bahaman telah mengingatkan anak buah
bersiap sedia untuk menentang Inggeris apabila mereka tiba di Lubuk
Terua.
Bab 9 (Ada Ubi Ada Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan
Batas) orang-orangnya untuk menghadapi pihak Inggeris yang akan
menyerang Semantan. Datuk Bahaman telah merentangi sungai
Semantan di Lubuk Sengarat dengan seutas rantai besi sebesar ibu
jari bagi menhalang kemaraan Inggeris.
Datuk Bahaman juga telah mengarahkan Tuk Muda Bidin dan
Imam Perang Weh mengumpul kekuatan untuk mengepung balai
polis serta mata-mata sikh di rumah pasung. Perintah Datuk
Bahaman lagi agar merampas senjata seperti senapang kopak,
peluru atau ubat bedil yang boleh digunakan untuk menentang mata-
mata Sikh yang lain. Secara tidak langsung Datuk Bahaman telah
mengistiharkan perang terhadap Inggeris.
Lajis datang ke kubu untuk memberitahu bahawa dia mendapat
tahu Desborough dengan lima puluh orang mata-mata Sikh sedang
berkayuh di hilir sungai Semantan. Lajis turut menyatakan dia melihat
Desborough turut membawa mayat Ismail menuju ke kubu untuk
menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup atau mati.
Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir lubuk untuk
menyerang Datuk Bahaman. Apabila perahu Desborough dan
perahu yang lain tiba di kawasan rantai Datuk Bahaman telah
merentap rantai itu sehingga perahu Desborough dan perahu lain
terbalik. Seterusnya Datuk Bahaman telah menyerang Desborough
dan mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan semua
mata-mata Sikh sehingga mereka memperolehi kemenangan.
Bab 10 (Inggeris Malam itu, Datuk Bahaman membuat satu mesyuarat. Beliau
Mesti Dikalahkan) mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh memimpin
enam puluh orang menyerang Bentung dengan mengepung pusat
kawalan lombong Inggeris. Beliau pula akan ke Temerloh bersama
Datuk Panglima Raja dan Mat Lela untuk mengambil mayat Ismail.
Mayat Ismail akan dikebumikan di Semantan.
Selain itu, Datuk Bahaman mahukan pertolongan Hassan Tahmid
untuk menguatkan semangat para pahlawan dan mengumpulkan
derma. Beliau juga menyampaikan pesan kepada Tuk Selampit, batin
orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka pandai
menyumpit.
Mereka juga bergerak ke hilir sungai Semantan melalui Batu
Hampar dan Pasir Rawa. Datuk Bahaman dan Mat Lela memimpin
pasukannya mengepung rumah pasung dan membunuh mata-mata
Sikh yang berada di situ. Setelah selesai , mereka berehat di tanjung
yang memisahkan sungai Semantan dengan sungai Pahang. Perang
akan meletus bila-bila masa sahaja.
Bab 11 Tengah hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh
(Desborough Datuk Bahaman dan satu lagi pasukan diketuai oleh Datuk Panglima
Datang Lagi) Raja. Setiap pasukan terdiri daripada 25 orang yang muda dan tahan
lasak.
Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya meronda di luar
kawasan Bandar Kuala Semantan. Apabila tiba di sebuah bukit
mereka terserempak dengan mata-mata Sikh dan berlakulah
pertempuran. Keesokannya, mereka menyambung perjalanan. Datuk
Panglima Raja mengarahkan pasukannya membuat helah untuk
membunuh mata-mata Sikh. Mereka membuat bubur ubi gadung
yang beracun. Apabila pasukan mata-mata Sikh seramai 40 orang
yang diketuai oleh Desborough tiba di kawasan tersebut dan mereka
makan bubur itu. Mereka mengalami kepanasan dan mabuk.
Akhirnya mereka mati kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke
sungai akibat kepanasan.
Setelah lima hari berada di kuala Semantan mereka bertemu
semula dengan pasukan Datuk Bahaman. Mereka mara ke Lubuk
Terua dengan perahu. Di sana, mereka disambut oleh Imam Perang
Weh.
Perjuangan mereka semakin mendapat sambutan. Rahman dan
Hassan mendapatkan nama beratus-ratus pejuang. Tuk Selampit
juga datang untuk menyertai perjuangan mereka menentang Inggeris.
Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur arwah Ismail untuk
membuat sedikit tahlil.
Bab 12 (Tipu Helah Tiga minggu selepas perang, _____________ kembali tenang. Mat
Inggeris) Lela menyediakan jadual bertugas bagi mengawal _____________.
Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan menembak
manakala Tuk Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan
khemah dan kubu di _____________________.
Keesokannya, semua perajurit Semantan dikumpulkan oleh Datuk
Bahaman. Beliau memerintahkan Datuk Panglima Raja menyertai
seratus orang ke ________________. Imam Perang Weh dan Tuk
Muda Bidin akan mengetuai dua ratus orang membuat kubu di
________________________. Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk
Selampit akan mengawal ________________________.
Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa
pertempuran ini akan lebih sulit dan besar. Mereka akan menghadapi
lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai oleh Desborough
manakala satu lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar
sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.
Beliau memutuskan sekiranya askar sultan bersama-sama dengan
askar Sikh, mereka akan berundur sahaja. Mereka tidak ingin
berbunuhan dengan askar sultan.
Mereka meneruskan perjalanan ke __________________. Apabila
sampai di sana, mereka membina kubu. Zahid dan Samad diarahkan
mengintip musuh di sebelah hilir. Zahid berpura-pura memancing
untuk memantau pergerakan musuh. Apabila terlihat tiga buah
perahu musuh, mereka segera melaporkan kepada pasukan.
Namun, Datuk Bahaman dan pasukan berada dalam dilema
apabila melihat askar sultan bercampur dengan mata-mata Sikh.
Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke ________________.
Di situ mereka membina kubu pertahanan.
Menjelang senja,perahu yang dinaiki Desborough tiba di
_________________. Perahu itu tidak membawa askar sultan. Datuk
Bahaman bertindak menebalikkan perahu mereka dengan
menggunakan rantai besi. Tuk Selampit menyumpit diselang-seli
dengan hujanan buluh bambu. Kejayaan mengiringi mereka.
Selang beberapa hari, Mat Kilau datang dari _________________.
Beliau memberitahu Datuk Bahaman bahawa Clifford tidak berpuas
hati dan akan melancarkan serangan besar-besaran.
Bab 13 (Sebuah
Beliau menyatakan satu perjanjian telah dibuat. Askar sultan
Perjanjian)
akan menembak ke udara semasa pertempuran nanti dan
pasukan Datuk Bahaman diminta melarikan diri. Ini untuk
mengaburi Rodger.

Berita kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan


keadaan mula kelam kabut. Datuk Bahaman membuat
keputusan untuk pergi ke Batu Hampar bagi menyiasat
dakwaan sama ada Rodger datang bersama dengan sultan.

Beliau risau akan keselamatan sultan ketika Tuk Selampit


menyumpit. Tindakan Datuk Bahaman menyebabkan Tuk
Selampit tidak berpuas hati. Pada sebelah malam, mereka
berpindah ke Darat Pasir Tuk Anjang.

Selepas empat hari, Datuk Bahaman kembali membawa


perkhabaran yang sultan turut serta bersama Rodger dalam
serangan terbaru itu. Tuk Selampit menawarkan kepakarannya
untuk menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh Datuk Bahaman.

Di situ, mereka akan berkubu untuk pertempuran. Datuk


Bahaman menggunakan ilmunya untuk berjumpa dengan
sultan.

Bab 14 (Jatuhnya Hari pertempuran telah tiba. Askar-askar sultan muka mengambil
Lubuk Terua) kedudukan dan menghalakan senapang ke udara. Kedua-kedua
pasukan mula berbalas tembakan ke udara.
Namun, tanpa disangka-sangka ______________ telah ditembak
oleh askar sultan yang belot. Begitu juga dengan ________________
_______________ yang ditembak di dada. Keadaan mula menjadi
cemas. ___________________ dan _________________________
datang memberi bantuan. Namun ____________________________
meninggal dunia.

____________________dan _____________________________
telah berselisih faham. ____________________________ yang
marah mula bertindak tetapi ditembak. _____________________ dan
_________________________ mengambil langkah menyerah diri
tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan. Menjelang zuhur, perajurit
Semantan mula berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan mula
bersorak di atas kemenangan mereka.
Pada suatu petang, __________________ datang ke Darat Kelubi
menemui _______________________. Beliau membawa satu
salinan surat pengampunan beramai-ramai kecuali pengampunan
untuk _____________________. ______________________
meminta _________________________ menghebahkan orang ramai
supaya pulang ke kampung masing-masing.
_____________________ memberitahu satu perancangan besar
untuk melawan Inggeris. Namun, rancangan itu gagal kerana Inggeris
berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya ___________________
mengambil keputusan untuk mudik ke sungai Tembeling dan bersatu
dengan ___________________ serta ____________________.

Sinopsis keseluruhan

Sinopsis keseluruhan
Mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di
Semantan. Perjuangan Datuk Bahaman turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja Awang
Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela. Mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang
sering bersama Datuk Bahaman di Semantan.
Disamping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah juga adalah penggerak kebangkitan rakyat
Pahang menentang Inggeris. Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah
watak-watak penjajah yang sering menggugat keamanan bumi Semantan.
Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan nada cabaran dan
dugaan. Ada kalangan yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka,
mengkianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan
menjadi semakin sukar.
Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dimahukan.
Termasuklah sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang dihajati oleh
mereka. Penglibatan sultan menimbulkan rasa serba salah buat penggerak kebangkitan
rakyat, Datuk Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan
yang nyata untuk seluruh generasi yang akan datang.

Tema

Tema Novel ini bertemakan semangat Patriotisme. Datuk Bahaman dan


orang-orangnya telah berjuang menentang Inggeris.

Persoalan

Persoalan Contoh
1. Kegigihan Mat Lela dan Datuk Panglima Raja gigih mengajar ilmu silat
kepada para perajurit Semantan.
2. Kecekalan Datuk Bahaman cekal menghadapi cabaran dan dugaan
sewaktu ancaman Inggeris.
3. Keberanian Mat Lela yang berusia 20 an berani menghadapi ancaman
musuh yang menapak di bumi Semantan.

You might also like