Petikan Akbar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ARKIB : 26/06/2008

Elak kecederaan semasa bersukan


Susunan SARI HERMAWATI MASRUL

Bermain dan bersukan merupakan salah satu daripada cara kanak-kanak


menerokai kehidupan keliling mereka di samping membina kemahiran bersosial di
kalangan rakan sebaya. Dengan bersukan mereka bukan saja dapat bergaul, bahkan
berkomunikasi dengan rakan-rakan sekali gus mampu meningkatkan keyakinan
diri.

Begitupun, bagi kebanyakan kanak-kanak yang aktif mereka lazim memilih


aktiviti atau sukan lasak yang mendedahkan mereka dengan kecederaan.
Kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak dan bersukan sedikit sebanyak akan
membataskan pergerakan kanak-kanak. Walaupun impaknya mungkin kecil,
namun kecederaan semasa bersukan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana
sesetengah keadaan ia mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak menderita
seumur hidup.

Di Amerika Syarikat contohnya lebih 30 juta kanak-kanak terbabit dalam


kejohanan sukan dan hampir 1.9 juta daripada mereka yang berumur di bawah 15
tahun telah dimasukkan ke wad kecemasan kerana kecederaan semasa bersukan.
Selalunya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang
menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kejang iaitu kecederaan sama
ada pada otot atau tendon.

Antara sukan yang biasanya boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-


kanak ialah bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya. Mereka mungkin
mengalami kecederaan pada wajah, kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan
yang tidak dapat dikawal semasa bermain. Semasa berada di padang, kanak-kanak
biasanya lincah melakukan pelbagai bentuk pergerakan. Ini sudah pastinya
membuatkan mereka terdedah dengan pelbagai kecederaan fizikal seperti calar
pada wajah, luka pada kaki dan terjatuh semasa bermain.

Cara paling selamat untuk bersukan ini ialah dengan memakai alat yang
boleh melindungi mata, siku, lutut dan mulut. Ia penting bagi mengelakkan
kecederaan terutama pada anggota tubuh yang sensitif. Pemakaian kasut yang
sesuai seperti kasut sukan boleh menanganinya.

Kecederaan semasa bermain bola sepak boleh mengakibatkan kecederaan


yang serius dari segi fizikal seperti kaki, kepala dan wajah. Kanak-kanak yang
meminati bola sepak mestilah peka kepada keadaan ini kerana kecederaan dalam
permainan bola sepak boleh menyebabkan lebam-lebam kepada kaki, wajah dan
mungkin peredaran darah dalam otak kerana kepala yang sering digunakan dalam
menanduk bola.

Permainan bola lisut pula boleh mengakibatkan kecederaan dalaman seperti


kecederaan tisu dan ligamen. Ia juga boleh menyebabkan tulang patah. Untuk
mengelakkan daripada kecederaan ini, pemakaian topi keselamatan, pad siku dan
mouth guard adalah wajib digunakan dalam permainan ini.

Gimnastik juga mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan sama ada


tergeliat atau ketegangan pada tisu. Pergerakan dan cara lenggokan badan yang
salah akan mengakibatkan kecederaan berlaku. Latihan senaman dan panduan
jurulatih yang betul mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan gimnastik.

Bagi melakukan aktiviti sukan tanpa kecederaan yang serius, kanak-kanak


haruslah peka dengan keadaan sekeliling. Selain itu, ibu bapa juga mestilah
sentiasa memantau perkembangan aktiviti sukan anak-anak mereka.
Tip kurangkan kecederaan:

*Pakai pakaian sesuai

*Patuhi peraturan

*Panaskan badan sebelum bersukan

*Tentukan tahu menggunakan peralatan sukan

*Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

You might also like