Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TANGKAK

1039-1040, JALAN HASSAN, 84900 TANGKAK, LEDANG

TEL : 06-9789497

20 November 2016

Kepada,

Ibu / Bapa / Penjaga,

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI PUSTAKAWAN TAHUN 2017

Tahniah di atas pelantikan ini. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil
perhatian oleh pihak tuan/puan berkenaan pelantikan ini.

1.1 Pakaian Lelaki : Kemeja berwarna kuning air berlengan panjang dan
seluar panjang biru tua.

1.2 Pakaian Perempuan : Baju kurung berwarna kuning air dan kain sarung
berwarna biru tua atau kemeja lengan panjang berwarna kuning air dan
kain potongan A berwarna biru tua.

1.3 Tali Leher : Disediakan dengan bayaran


RM12(jika lantikan baru)

1.4 Kasut : Kanvas berwarna hitam

1.5 Tudung bagi perempuan : Kuning air (sama seperti baju)

1.6 Vest : Warna coklat (sewa- pakai) RM 10


setahun

2. Jawatankuasa Badan Pengawas SKBT juga ingin memaklumkan bahawa:-

2.1 Segala perbelanjaan seperti penyediaan pakaian adalah ditanggung


sepenuhnya oleh ibu bapa murid itu sendiri.

2.2 Seorang Pustakawan adalah tertakluk kepada arahan dan bidang tugas
yang ditentukan oleh pihak sekolah dan mesti dipatuhi.

2.3 Justeru itu sekiranya anak jagaan tuan/puan didapati mengingkari


arahan dan bidang tugas yang diamanahkan, maka pihak sekolah akan
mengambil tindakan yang sewajarnya termasuklah melucutkan jawatan
tersebut.
2.4 Pustakawan hanya dibenarkan meletakkan jawatan setelah
permohonan secara rasmi dikemukakan dan mendapat persetujuan
daripada Badan Pengawas Sekolah.

3. Segala kerjasama dan keprihatianan daripada pihak tuan/puan kami dahulukan


dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

SELANGKAH KE PUSAT SUMBER SEJUTA MAKLUMAT

Saya yang menurut perintah,

(Potong disini)

Tarikh :..

Daripada :

Tuan,

PENERIMAAN PELANTIKAN PUSTAKAWAN SK BANDAR TANGKAK 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dengan ini saya Bersetuju/Tidak


Bersetuju bahawa anak di bawah jagaan saya yang bernama
..Tahun . Untuk dilantik menjadi
sebagai Pustakawan Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak Sesi 2017.

3 Saya juga dengan ini jelas dan memahami serta mempersetujui dengan segala
syarat dan peraturan yang telah dinyatakan.

4. Sekiranya anak saya didapati tidak mematuhi segala arahan dan


peraturan dan juga melanggar etika sebagai seorang pustakawan sekolah,
maka saya bersetuju dengan apa sahaja tindakan sekolah termasuklah perlucutan
jawatan.

Sekian, harap maklum.

Yang Benar,

..

You might also like