Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Paradoks Zeno merupakan sebuah paradoks yang terkenal dalam sejarah

Yunani dan juga Matematik. Paradoks Zeno ini dipelopori oleh ahli falsafah Greek
iaitu Zeno of Ela (490-430 SM). Zeno dilahirkan di Itali dan merupakan sahabat
serta pelajar kepada ahli falsafah Parmenides yang berusia 25 tahun lebih tua
darinya. Zeno disifatkan sebagai seorang ahli falsafah dan ahli logikal, bukannya
seorang ahli matematik. Pada awalnya Zeno telah menulis satu buku paradoks yang
yang menyokong falsafah Parmenide. Namun demikian, buku tersebut tidak dapat
bertahan dan lenyap begitu sahaja kerana idea-idea tersebut bukan berasal
daripada dirinya sendiri. Hal ini kerana selepas Zeno membuat penemuan ini, ahli
falsafah Greek iaitu Proclus dan Simplicius telah memberi komen dan kritikan
terhadap buku tersebut. Selepas itu, Zeno telah menulis bukunya yang bertajuk
Epicheiremata dan menyerang pihak-pihak yang tidak bersependapat dengan
gurunya Parmenides.

Zeno amat dikenali dengan paradoks-paradoksnya. Paradoks ialah perkara


yang dianggap benar atau betul tetapi sebenarnya salah dalam dunia realiti. Pada
asalnya terdapat sekurang-kurangnya 40 paradoks yang dihasilkan oleh Zeno tetapi
hanya lapan sahaja yang berkekalan. Zeno telah mencipta paradoks-paradoksnya
kerana ahli falsafah lain banyak mengemukakan paradoks yang bertentangan
dengan idea Parmenides. Kesemua idea yang dikemukan adalah untuk membela
idea-idea gurunya. Parmenides percaya bahawa dunia realiti hanyalah satu dan
tidak berubah. Pergerakan, perubahan, masa dan pluraliti semuanya dianggap
hanya sebagai ilusi. Kepercayaan ini telah membawa kepada banyak kritikan.

Oleh hal demikian, paradoks Zeno telah menunjukkan sisi yang


bertentangan yang menyatakan bahawa dunia realiti adalah banyak, bercanggah
dan tidak masuk akal. Terdapat empat paradoks utama yang dikemukakan. Antara
paradoks-paradoks tersebut ialah Paradoks Dikotomi, Paradoks Achilles dan Kura-
kura, Paradoks Anak Panah dan Paradoks Stadium.

Saya memilih Paradoks Anak Panah. Paradoks Anak Panah ini


memerihalkan perkaitan antara ruang pergerakan dengan masa. Zeno berpendapat
bahawa ruang dan masa adalah dua perkara yang berjalan seiringan dan tidak
boleh dipisahkan. Beliau menegaskan bahawa apabila terdapat satu objek yang
sedang terbang atau bergerak, objek tersebut selalunya menepati ruang yang sama
besarnya dengan objek tersebut. Zeno berpendirian bahawa pergerakan bagi
sesuatu objek itu adalah mustahil. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa semua
objek adalah pegun dan statik pada satu tempat. Contohnya, pada suatu ketika,
apabila ada satu anak panah sedang dilepaskan daripada busur dan terbang kearah
sasaran, ianya masih tidak dapat dibezakan dengan anak panah lain yang dalam
keadaan rehat atau statik pada kedudukan yang sama. Hal ini kerana masa anak
panah itu dalam keadaan terbang dipanggil waktu sekarang (moment of now).
Zeno tegas memberikan pendapat dalam paradoksnya bahawa anak panah yang
dilepaskan dari busur untuk menepati sasarannya adalah tidak bergerak. Anak
panah hanya berhenti setiap saat pada setiap kedudukannya. Zeno menyimpulkan
bahawa anak panah yang sedang terbang itu sebenarnya tidak bergerak melainkan
dalam keadaan diam pada setiap masa di setiap tempat anak panah itu berada.
Pergerakan yang dilihat hanyalah ilusi mata sahaja.

Rajah 1. Perjalanan antarasa masa dan jarak anak panah yang sedang terbang

Rajah 1 menunjukkan anak panah yang telah dilepaskan dari busur. P ialah
garis permulaan manakala Q adalah garisan penamat dimana sasaran diletakkan.
Secara logiknya, selepas anak panah dilepaskan ia akan terbang dari P ke Q.
Namun, Zeno menyatakan bahawa anak panah berada dalam keadaan berhenti di
setiap tempat anak panah itu berada. Merujuk kepada Rajah 1, masa A
menunjukkan tempat di mana anak panah bermula. Manakala, masa B pula
menunjukkan bahawa anak panah sedang berada pada kedudukan X dalam
keadaan pegun. Begitu juga dengan pada masa C, anak panah berada di
kedudukan Y dan pada masa D, anak panah berada di kedudukan Z. Akhir sekali,
pada masa E anak panah berada di Q, kesemuanya dalam keadaan pegun.

Idea Paradoks Anak Panah ini diterbitkan adalah untuk membantah


perkaitan antara ruang pergerakan dengan masa yang diterima umum sebagai
berasingan. Zeno yang bersetuju dengan pendapat gurunya, melihat bahawa ruang
pergerakan dengan masa adalah tidak boleh dipisahkan daripada satu sama lain.
Pada kepercayaan beliau, satu objek tidak boleh berada di dua tempat pada satu
masa yang sama. Jika anak panah itu sedang terbang, anak panah tersebut
mestilah berada pada satu tempat pada satu masa sahaja. Sekiranya anak panah
itu berada pada satu tempat, anak panah itu mestilah berada dalam keadaan pegun
atau tidak bergerak. Sesuatu objek yang dalam keadaan pegun mempunyai
kelajuan 0 m/s atau tiada kelajuan. Jadi tegas Zeno, secara logiknya, apabila anak
panah berada di satu tempat pada satu masa tertentu dalam keadaan pegun, maka
pergerakan itu tidak terjadi. Berdasarkan alasan ini, Zeno berpendapat bahawa
masa dan ruang itu adalah sama dan tidak boleh dipisahkan. Zeno turut
berpendapat bahawa masa itu adalah sesuatu yang hanya berlaku dalam fikiran
sahaja sebagai satu ilusi manusia. Banyak kajian telah dilakukan untuk mencari
kebenaran tentang Paradoks Anak Panah yang telah diperkenalkan oleh Zeno.
Kesemua mereka sebenarnya cuba untuk berfikir cara Zeno berfikir untuk mencari
logik mengapa Zeno menerbitkan idea paradoks ini. Justeru, terdapat beberapa
langkah pengiraan yang telah ditunjukkan bagi membuktikan kebenaran paradoks
ini.

s
Katakan purata kelajuan anak panah adalah t

Apabila s dikatakan sebagai jarak yang terhingga, melalui jangka masa

yang terhingga, maka tiada jarak yang dilalui semasa jangka masa ini. Oleh itu,

s 0
= atau 0. s=0. t
t 0
Dengan kata lain, nilai jarak tidak dapat diperolehi, kerana persamaan yang
ditunjukkan mempunyai penyelesaian yang unik. Jadi, itulah sebabnya Zeno
menyatakan bahawa anak panah itu sebenarnya berada dalam keadaan pegun di
setiap tempat dan tidak mempunyai jarak dan masa perjalanan dan ruang
pergerakan dan masa itu berjalan seiringan, tidak boleh dipisahkan.

Paradoks ialah satu idea yang dianggap benar secara logik namun tidak
secara realitinya. Pengaplikasian idea ini terhadap kehidupan sebenar boleh dibuat
berdasarkan hujah dan fakta idea yang membuktikan bahawa Paradoks Anak
Panah ini tidak benar. Hukum yang membuktikan bahawa pandangan Zeno
terhadap ruang pergerakan dan masa adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan
boleh disangkal melalui:

Distant ( d )=Velocity ( v ) x Time(t )

Realitinya, ruang dan masa adalah berasingan. Ini boleh dibuktikan melalui
pengiraan berikut:

Katakan anak panah yang terbang pada jarak, d = 20m dalam masa, t = 4s.

distant (d )
Halaju anak panah: velocity=
time(t)

20 m

4s

5 m/s
Anak panah yang sedang terbang pada masa 1 saat sebenarnya mempunyai jarak
yang boleh dikira.

Distant ( d )=Velocity ( v ) x Time ( t )


5 m/s x 1 s
5m

Melalui pengiraan yang ditunjukkan jarak anak panah dalam masa 1 saat
ialah 5 m. Ini sekali gus menyangkal pendapat zeno yang mengatakan anak panah
yang sedang terbang itu hanya diam pada setiap tempat anak panah itu berada dan
tidak mempunyai jarak. Fakta dalam dunia realiti adalah apabila sesuatu objek itu
bergerak, pastinya ada jarak, masa yang diambil juga kelajuan objek itu bergerak.
Pandangan Zeno terhadap ruang dan masa tidak boleh dipisahkan hanyalah
paradoks semata-mata. Hukum yang ditunjukkan adalah berkaitan dengan jarak,
kelajuan dan masa. Untuk mencari jarak sesuatu objek yang terbang atau bergerak,
kelajuan objek itu perlu didarabkan dengan masa yang diambil untuk objek itu
sampai ke destinasinya. Melalui hukum ini, jelas dibuktikan bahawa masa dan ruang
itu adalah dua benda yang terpisah. Kita perlu mencari sekurang-kurangnya dua
nilai untuk mendapatkan satu nilai yang dicari, seperti yang ditunjukkan dalam
contoh soalan yang diberikan. Pengaplikasian hukum ini membuktikan bahawa anak
panah bergerak menuju ke sasaran dalam jarak yang tertentu, dengan kelajuan dan
masa yang tertentu. Anak panah bukanlah memenuhi ruang pergerakan dan egun di
setiap tempat anak panah itu berada seperti dakwaan Zeno dalam paradoksnya.

Secara kesimpulannya, Paradoks Anak Panah ini tidak dapat diterima


kerana ianya tidak logik apabila dibandingkan dengan realiti.

You might also like