Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

0 Sejarah Penubuhan Bank Simpanan Nasional

Perkhidmatan Bank Simpanan Nasional pada akhir abad ke-19 apabila Bank
Simpanan yang pertama dibuka di Perak dan Selangor. Bank-bank ini kemudiannya menjadi
sebahagian daripada rangkaian Bank Simpanan Pejabat Pos yang berkembang untuk
menyediakan perkhidmatan kepada lebih 2.5 juta penyimpan menjelang tahun 1974 dengan
asset terkumpul bernilai lebih RM537 juta.

Apabila BSN ditubuhkan dengan rasminya pada 1hb Disember 1974, Akta Bank
Simpanan Nasional , 1974 dibentuk bagi membolehkan pemindahan kuasa pengurusan
daripada Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Lembaga Pengarah bank. Maka, BSN pun
dilancarkan secara rasminya pada 5hb Disember oleh YAB Tun Haji Abdul Razak Bin
Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Pada tahun pertama operasi sejak mengambil alih fungsi Bank Simpanan Pejabat
Pos pada 1hb Disember 1974, Bank Simpanan Nasional menumpukan usaha kepada
pengstrukturan semua dan memperkemas organisasnyai; memudahkan prosedur untuk
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada penyimpan bank.
Dalam melaksanakan objektif ini, pihak pengurusan merancang untuk mengagihkan kuasa
pusat pentadbiran dan kawalan aktiviti dengan menubuhkan pejabat cawangan bank sendiri
di bandar-bandar utama di seluruh negara. Di kawasan-kawasan di mana pejabat tidak
dapat dibuka, pejabat pos dan van pos dengan kemudahan bank simpanan terus digunakan
untuk memudahkan penabungan.

Objektif utama BSN, sejak dahulu lagi adalah menggalakkan perkembangan


simpanan dan pelaburan di kalangan warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.
Kini, kami meneruskan usaha kami dengan menawarkan lebih banyak produk dan
perkhidmatan yang memenuhi perubahan keperluan kehidupan moden. Dengan perubahan
yang sejajar mengikut arus pembangunan, kami berharap dapat menyediakan peluang yang
saksama kepada semua warga Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
1.1 Visi dan Misi Bank Simpanan Nasional

Visi

Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan

Di BSN, kami berhasrat untuk memberi semua warga Malaysia peluang untuk menikmati
kehidupan yang lebih baik dengan memungkinkan masa depan kewangan yang lebih baik
melalui rangkaian yang meluas dan perkhidmatan yang pelbagai.

Misi

Misi Bank Simpanan Nasional adalah membina perhubungan jangka panjang yang penuh
bermakna dengan setiap pelanggan kami bagi memastikan mereka akan terus mendapat
akses kepada kehidupan yang lebih baik dengan:

Menyediakan saluran untuk menyimpan dan melabur bagi orang awam dengan
menawarkan rangkaian perkhidmatan perbankan yang komprehensif.
Menggalakkan dan menggembleng simpanan, terutamanya daripada para penyimpan-
penyimpan kecil.
Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan.
Menggunakan dana Bank untuk pelaburan, termasuk membiayai pembangunan
ekonomi negara.

You might also like