Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Lampiran dialog sesi kaunseling

Sesi kaunseling (1)

Tarikh : 16 Februari 2017

Masa: 9.00 pagi hingga 9.30 pagi

Sesi kaunseling ini dijalankan semasa waktu ganti dan klien merujuk kepada
murid yang dipilih oleh saya untuk dijadikan klien dan guru merujuk kepada diri
saya sendiri. Sesi pertama dijalankan untuk membina repo bersama klien saya.

Guru : Apa khabar sudah makan hari ini?

Klien : Khabar baik cikgu . Saya dah makan cikgu.

Guru : Oh ye ke.. Baik duduk dengan selesa. Jangan takut cikgu bukan nak
marah kamu

Atau hantar kamu ke bilik displin tidak cikgu hanya nak berkenalan
dengan kamu.

Boleh cikgu berkenalan dengan kamu ?

Klien : Boleh cikgu.

Guru : Jangan risau perbualan ini adalah antara kita berdua dan tidak ada orang
lain yang

Berhak mengetahuinya.

Klien : Ok cikgu.

Guru : Boleh tak cikgu tahu pekerjaan ibu bapa kamu?

Klien : Ibu saya bekerja di sebuah kilang di Kuala lumpur dan ayah saya tidak
tinggal

bersama kami.

Guru : Jadi siapa yang jaga kamu di sini kalau ibu bekerja di Kuala Lumpur?

Klien : Kakak saudara saya cikgu.

Guru: Bila ibu kamu akan datang jumpa kamu dan siapakah yang menguruskan

harian kamu?
Lampiran dialog sesi kaunseling

Klien : Hummm.. cikgu sebenarnya ibu saya akan datang kadang-kadanga


sahaja untuk

berjumpa dengan saya dan perbelanjaan harian saya diuruskan oleh


kakak

saudara saya.

Guru : Berapakah bilangan adik beradik yang lahir bersama kamu ?

Klien : Saya seorang sahaja cikgu.

Guru: Oh ye ke...

Guru : Sudah berapa lama ayah kamu tinggalkan kamu?

Klien : Semasa saya berumur satu tahun cikgu.

Guru : Oh ye ke... Berapakah duit perbelanjaan anda untuk sehari?

Klien : Saya akan membawa seringgit cikgu itu pun kadang-kadang sahaja.

Guru : Selepas ini kalau kamu tiada duit jangan segan untuk minta pada saya ye.

Klien : Terima kasih cikgu.

Guru: Cikgu nak tanya alat-alat tulis kamu semua lengkap tak?

Klien : Tak cikgu. Saya langsung tidak mempunyai alat-alat tulis.

Guru : Kenapa?

Klien : Tiada siapa yang mahu belikan untuk saya cikgu.

Guru : Ye ke. Apakah yang kamu suka lakukan pada masa lapang?

Klien : Saya suka melukis cikgu.

Guru: Ye ke. Apakah yang kamu pandai lukis ?

Klien : Saya pandai lukis manusia,kereta dan rumah cikgu.

Guru : Nanti cikgu nak kamu lukiskan sesuatu untuk cikgu ye.

Klien : Tentu boleh cikgu. Cikgu boleh tak saya tahu kenapa cikgu tanya semua
ini kepada
Lampiran dialog sesi kaunseling

Saya?

Guru : Oh cikgu hanya nak kenal dan tolong kamu. Jangan risau apa-apa masalah

Selepas ini kamu jangan segan untuk berjumpa dengan saya ye. Cikgu
sedia

Untuk membantu kamu.

Klien : Terima kasih cikgu. Saya sayang cikgu.

Sesi pertama adalah bertujuan untuk membina hubungan yang baik dengan
klien saya. Untuk mencapai objektif dengan berkesan maka membina hubungan
di antara kaunselor dan klien adalah syarat penting. Proses membina hubungan
ini tidak wujud secara paksaan maka saya telah cuba untuk membina
kepercayaan terhadap diri saya dalam diri klien saya.

Sesi kaunseling (2)

Tarikh : 22 Februari 2017

Masa: 8.00 pagi hingga 8.40 pagi

Guru : Hai sihat tak hari ini?

Klien : Ya cikgu.

Guru : Kita ada lebih kurang lima puluh minit dari sekarang dan adakah anda
telah bersedia

Untuk bercerita hari ini?

Klien : Boleh cikgu.

Guru : Sejak kebelakangan ini cikgu sering menerima aduan tentang kamu.
Adakah kamu

suka mengambil alat-alat tulis dan buku rakan-rakan kamu?

Klien : Saya memang suka mengambil barang orang lain cikgu.

Guru : Mengapakah keadaan ini terjadi adakah mencuri barang orang lain bukan
satu
Lampiran dialog sesi kaunseling

kesalahan yang besar?

Klien : Salah cikgu tetapi tiada siapa yang hendak belikan alat-alat tulis untuk
saya jadi

Saya mengambil barang lain. Saya juga nak ada barangan yang mahal
seperti yang

mereka miliki. Sebab itu saya mencuri cikgu,

Guru: Jadi kamu mencuri barangan orang lain kerana kamu ingin memiliki
barang-barang

yang mahal seperti mereka.

Klien : Ya cikgu. Saya berasa sedih setiap kali saya diejek oleh rakan-rakan saya
kerana

tidak memiliki alat tulis. Kalau saya nak pinjam dia orang tak bagi. Jadi
saya

bertindak mencuri barangan mereka cikgu.

Guru: Siapakah yang suka mengejek kamu di kelas?

Klien : Ada cikgu segelintir pelajar yang suka mengejek dan buli saya sehingga
saya takut

untuk datang ke sekolah.

Guru: Jadi kamu berasa sedih sedih dan takut untuk datang ke sekolah kerana
takut

diejek oleh rakan-rakan.

Klien : Ya cikgu saya berasa sedih untuk datang ke sekolah kerana kawan-kawan

sering pulaukan saya kerana saya bukan anak orang kaya dan tidak
memiliki

barang-barang yang mahal seperti mereka.

Guru : Anda berasa sedih sangat apabila kawan-kawan anda memulaukan kamu?
Lampiran dialog sesi kaunseling

Klien : Ya cikgu.

Guru : Terangkan lagi kepada cikgu mengenai perasaan kamu setiap kali

datang ke sekolah.

Klien : Saya berasa sedih cikgu kerana cikgu-cikgu juga tidak menghiraukan saya
dan selalu

marah saya kerana saya suka mencuri dan tidak tahu membaca. Apabila
saya

hendak kertas dan sebagainya mereka selalu tak bagi dan selalu tidak
menghiraukan

kewujudan saya cikgu.

Guru : Baik janji kepada cikgu kalau cikgu belikan alat-alat tulis yang lengkap
kepada kamu

akan berhenti mencuri dan akan cuba sedaya upaya untuk belajar dengan
baik.

Klien : senyap seketika

Guru : Saya berasa hairan mengapa kamu senyap.

Klien : Boleh cikgu saya akan cuba sedaya upaya untuk mengubah diri saya.

Guru : Selepas ini jadi budak yang baik tumpukan perhatian kepada pelajaran

dan menunjukkan kepada cikgu-cikgu tertentu bahawa kamu juga boleh


menjadi

budak yang baik dan sentiasa menghormati guru kamu. Boleh tak?

Klien : Cikgu selepas ini saya berazam untuk berubah dan saya berjanji tidak
akan mencuri

barang-barang rakan saya. Saya akan cuba untuk melibatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru saya.


Lampiran dialog sesi kaunseling

Guru : Cikgu berasa yakin dan gembira dengan jawapan kamu. Cikgu berharap
besar agar

Kamu akan berubah dan akan menjadi budak yang baik.

Klien : Terima kasih cikgu kerana sudi mendengar masalah saya dan cikgu
merupakan

pertama yang mendekati saya cuba untuk menyelesaikan masalah saya.

Guru : Setiap kali kamu ada masalah kamu boleh berjumpa dengan saya sedia
untuk

membantu kamu. Saya akan belikan kamu alat-alat tulis yang banyak
dan akan

sentiasa membantu kamu dalam pelajaran. Jangan berasa segan untuk


kongsi

masalah kamu dengan saya.

Klien : Terima kasih cikgu. Saya pergi ke kelas dulu ye cikgu.

Guru : Baiklah. Jumpa kamu lagi pada masa akan datang.

Pada sesi kedua ini, saya dan klien sudah boleh berbual panjang dan klien
kelihatan sangat selesa bersama kaunselor. Oleh itu murid boleh berkongsi
masalahnya bersama kaunselor dan memudahkan kaunselor untuk membantu
klien. Selepas ini saya harus merancang cara-cara untuk membantu murid itu
dan menyakinkan dia untuk datang ke sekolah setiap hari dengan ceria dan
gembira.
Lampiran dialog sesi kaunseling

You might also like