Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN LAWATAN KE RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AGATHIANS

SHELTER

SEBELUM
Lawatan ke rumah kebajikan anak-anak yatim Agathians Shelter merupakan salah
satu aktiviti yang dilaksanakan oleh guru pelatih bukan muslim daripada kumpulan
PISMP semester 4 pada 24 Februari 2017 pada pukul 11.30 pagi hingga 5.00
petang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral sebagai
salah satu aktiviti dalam kerja kursus Moral. Program ini diketuai oleh Cik Krishna
Kumary A/P Juval. Sebanyak 38 guru pelatih terlibat dalam lawatan ini. Setiausaha
lawatan juga menyediakan kertas kerja bagi menjalankan lawatan ini.

Permulaannya, pada waktu kuliah moral iaitu hari rabu, kami mengadakan
mesyuarat bersama kelas 4A1, 4A2 dan 4A4 serta dibimbing oleh Cik Krishna
Kumary A/L Juval untuk memilih ahli jawatankuasa bagi lawatan ke Rumah
Kebajikan Anak-anak Yatim Agathians Shelter. Kami juga bincang tentang aktiviti-
aktiviti yang boleh dilaksanakan di Rumah Kebajikan tersebut. Pada masa yang
sama, kami mengambil keputusan untuk melukis mural dan melaksanakan aktiviti
permainan berkaitan ilmu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi melaksanakan
aktiviti tersebut, kami dibahagikan kepada 9 kumpulan, 8 kumpulan untuk
melaksanakan aktiviti satu kumpulan bagi aktiviti mural. Setiap kumpulan terdiri
daripada 4 hingga 5 kumpulan.

Selepas mesyuarat kami sekumpulan bincang tentang aktiviti yang boleh


dilaksanakan di rumah kebajikan anak-anak yatim. Selepas perbincangan, kumpulan
kami memilih aktiviti bertajuk melihat dan lukis. Kami sediakan slaid powerpoint
bagi aktiviti tersebut untuk membentangkan dalam kelas moral. Sebelum
membentang kumpulan kami mendapat info dari kumpulan lain bahawa aktiviti yang
kami pilih sama dengan kumpulan lain. Oleh itu, pada masa terakhir kami tukar
aktiviti tersebut kepada aktiviti lain yang bertajuk Pelakon Hebat dan kami buat slaid
powerpoint semula dan bentang di kelas 4A2. Setiap kumpulan membentang aktiviti
permainan masing-masing yang akan dilaksanakan semasa berada di Agathians
Shelter. Selepas itu, Dr. Roslina memberi pandangan terhadap perkara-perkara yang
telah dibentangkan oleh kami dan kami membuat penambahbaikan terhadap aktiviti
kami berdasarkan komen Dr. Roslina. Kumpulan mural juga membentang hasil
mereka tapi mereka belum pilih lagi gambar apa yang akan dilukis. Bagi itu, kami
memberi cadangan bahawa boleh melukis gambar yang menggambarkan ikan-ikan
berada dalam laut sebab ia lebih sesuai untuk melukis pada dinding yang lebarnya
panjang dan tingginya pendek. Selepas pembentangan, setiap kumpulan
menyediakan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti permainan.

Di samping itu, ahli jawatankuasa dapat melaksanakan tugasan mereka


dengan baik. Pada hari mesyuarat terakhir ahli jawatan kuasa dapat menjelaskan
tugas-tugas yang akan dilaksanakan oleh mereka kepada pengerusi lawatan ini.
Semua tugas dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Memandangkan kita
tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan lawatan tetapi kita
mempunyai jawatankuasa yang sangat cepat dalam menguruskan tugas masing-
masing dalam masa yang singkat.

SEMASA

Pada hari yang berlangsungnya lawatan ke rumah kebajikan anak-anak yatim, kami
berkumpul dekat air pancut IPGKBM pada pukul 11.15. Pada pukul 9.00 pagi, Cik
Krishna Kumary A/P Juval menghantar pelajar yang terlibat dalam aktiviti mural ke
Agathians Shelter sebab aktiviti lukisan dan berwarna akan ambil masa yang
berlebihan untuk menyiapkan. Pada pukul 11.20, bas sampai dan kami bertolak dari
IPGKBM ke Agathians Shelter. Tepat pada pukul 11.40 kami sampai di rumah
kebajikan anak anak yatim. Kami membincang dengan ketua Agathians Shelter
untuk mendapatkan maklumat yang berkesan daripada beliau tentang kehidupan
anak-anak yatim.

Seterusnya, kami juga

SELEPAS

Setelah selesai semua kerja amal, semua peserta lawatan ini berkumpul di kelas
4A2 bagi mengadakan perjumpaan terakhir bersama Cik Krishna Kumary A/P Juval
untuk membuat post-mortem lawatan. Ahli jawatankuasa melaporkan tentang
tugasan mereka. AJK Bendahari juga melaporkan kos perbelanjaan yang digunakan
sepanjang program ini. Guru pelatih juga memberi peluang untuk memberi
pandangan terhadap program moral yang telah dijalankan dari aspek kelebihan,
kelemahan dan cadangan penambahbaikan. Selepas itu, Cik Krishna Kumary A/P
Juval penyelaras program ini, memberikan pandangan terhadap program moral yang
telah dilakukan oleh para guru pelatih dan juga memberi komen yang baik terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh kami. Beliau juga memberi pujian terhadap sahsiah dan
perlakuan kami sepanjang program ini.

You might also like