Tugasan 2

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Senarai Kandungan

Tugasan 2..............................................................................................................................1

Pelaporan Pengurusan Kes...............................................................................................1

Pengenalan........................................................................................................................1

Pemilihan kanak-kanak bermasalah pembelajaran...............................................................2

Kaedah terapi yang sesuai....................................................................................................4

Integrasi aktiviti terapi bermain dalam perancangan pdp......................................................6


Tugasan 2

Pelaporan Pengurusan Kes

Pengenalan

Perkataan Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang


bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata
kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon" .

Aktiviti terapi merupakan salah satu elemen penting dalam Pendidikan Khas.
Menurut kamus perubatan Mosley, 2001 terapi merupakan satu rawatan pemulihan ke
atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan yang bertujuan menyebabkab kefungsian badan baik secara normal. Dalam
konteks pendidikan khas terapi merupakan satu kaedah bagi membantu individu yang
mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif , emosi, sosial dan
psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Aktiviti terapi ini dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran
dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Kebanyakan murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah yang boleh


melibatkan gangguan kepada emosi dan tingkah laku. Justeru itu terapi adalah merupakan
elemen penting bagi membantu mereka melalui perkembangan mental, kestabilan emosi,
integrasi sosial dan kemahiran motor mereka untuk mencapai potensi yang maksimum.

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran ataupun pada masa kini lebih dikenali sebagai
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Murid berkeperluan khas
mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk
mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psiko motor. Sehubungan
dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan tersebut di atas.
Pemilihan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Untuk menjalankan kajian kes kanak-kanak ini, saya telah pergi ke sekolah semasa
melaksanakan tugasan PBS iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sekolah yang telah
saya pilih adalah SK Seri Indah, Kuala Lumpur. Saya telah memilih sekolah ini kerana di
dalam sekolah ini terdapat Program Sekolah Integrasi Pendidikan Khas. Dalam kajian
yang saya jalankan ini, terdapat beberapa kaedah yang telah kami gunakan. Kaedah-
kaedah ini dapat membantu kami dalam menjalankan kajian serta melengkapkan laporan
kajian kes ini. Di sini saya telah menggunakan 2 kaedah iaitu,yang pertama ialah kaedah
temubual. Saya telah menubual beberapa orang guru Pendidikan Khas dan juga
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sini, dan juga bagi mendapatkan
maklumat yang diperlukan untuk saya memilih murid untuk dijadikan sebagai kajian kes.
Hal ini kerana saya mreasakn guru-guru lebih mnegetahui masalah murid tersebut.
Tambahan pula guru mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang Pendidikan
Khas ini. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami dapati banyak maklumat yang
diperoleh dan mudah untuk difahami.

Selain daripada kaedah temubual saya juga telah menggunakan kaedah


pemerhatian kepada murid-murid di sekolah tersebut untuk memilih subjek kajian kes kali
ini. Hasil daripada temubual dan pemerhatian itu, saya telah memilih seorang murid
bermasalah pembelajaran iaitu, Ku Nur Vanidha Bt Ku Mohd Hafiz, ataupun lebih dikenali
di situ sebagai Nidha. Beliau adalah anak sulug daripada dua orang adik beradik dan
beliau berasal daripada Kuala Lumpur. Masalah yang dihadapi oleh Ku Vanidha adalah
Spastic Diplegia Bilateral Ankle. Spastic diplegia merupakan salah satu bentuk cerebral
palsy, yang melibatkan bahagian dua anggota gerak. Bedasarkan pemerhatian dan
temubual yang dijalankan, masalah yang dihadapi oleh Ku vanidha adalah, masalah dari
segi motor kasar dan juga psiko motor, iaitu gangguan dalam pergerakan, perpindahan
tempat dan berjalan. Selain itu, beliau juga mempunyai sedikit masalah sensori, iaitu
kemampuan untuk mengesan pergerakan dan juga taktil-kinestetik. Namun begitu,
berdasarkan kepada keputusan peperiksaan beliau yang lepas, beliau dilihat tidak
mempunyai masalah yang teruk dari segi kognitif kerana beliau dapat menjawab soalan
dengan baik dan betul.

Masalah utama yang di hadapi oleh Ku Vanidha adalah masalah untuk bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini kerana masalah yang dihadapi oleh beliau
iaitu Spastic Diplegia.Perkara ini akan menyukarkan Ku Vanidha semasa mengikat tali
kasut, memakai kasut, dan juga semasa berjalan. Beliau akan mengambil masa yang
lebih lama daripad kawan-kawan beliau untuk bersiap sedia. Selain itu juga, semasa
berjalan Ku Vanidha mempunyai kecenderungan untuk mengheret kakinya semasa
berjalan, perkara ini boleh menyebabkan kecederaan yang teruk kepada kakinya, oleh itu
Ku Vanidha harus dilatih agar mengurangkan kecenderungan beliau untuk mengheret
kakinya semasa berjalan.

Daripada segi sosial pula, berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh guru beliau,
Ku Vanidha adalah seorang yang pemalu dan beliau hanya rapat dengan seorang kawan
perempuannya sahaja. Beliau sangat kurang bercakap dengan kawan-kawannya yang lain
melainkan kawannya yang rapat itu sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya
memerhatikan semasa mereka membuat latihan sukan, ataupun pendidikan jasmani, Ku
Vanidha hanya berbual dengan seorang kawan perempuannya sahaja. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kerana Ku Vanidha berasa kurang yakin diri akibat keadaan dirinya, dan
perkara ini menyebabkan beliau terlalu merendah diri dan tidak berani untuk berkawan
dengan orang lain, selain daripada kawan perempuannya itu. Dari segi kognitif, Ku
Vanidha tidak mempunyai masalah dalam aspek ini, kerana beliau mampu untuk
memahami arahan dengan baik dan beliau mampu memahami pembelajaran dengan
sangat baik. Hal ini bermakna, Ku Vanidha hanya mempunyai masalah daripada segi
fizikal sahaja.
Kaedah terapi yang sesuai

Hasil daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan di sekolah tersebut, saya
telah memilih satu terapi yang dirasakan sesuai untuk membantu Ku Vanidha, dan terapi
yang saya rasakan sesuai ialah terapi bermain. Sebelum saya menerangkan bagaimana
terapi bermain ini sesuai dengan Ku Vanidha, adalah lebih molek jika saya menceritakan
apakah itu terapi bermain, Menurut Kraus (1990), bermain secara amnya boleh
didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang membawa kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa mempertimbangkan apakah hasil aktiviti itu, Carr pula dalam
teorinya mengatakan bahawa bermain adalah penting kepada kanak-kanak untuk
meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi bermain memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang
dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Sebenarnya tujuan utama terapi bermain dijalankan pada kanak-kanak bermasalah


pembelajaran adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku yang sudah sinonim
dengan kanak-kanak maslah pembelajaran. Seterusnya adalah untuk meningkatkan
komunikasi mereka yang sudah tentunya bermasalah, kerana mereka amat kurang
berkomunikasi jika dibiarkan begitu sahaja. Komunikasi mereka bersama rakan-rakan
mereka juga akan menjadi lebih baik, dan ini akan dapat membantu mereka untuk lebih
berdikari pada masa hadpan, dan ini adalah lebih penting kerana mereka akan dapat terus
hidup dalam keadaan yang optimum sepertimana insan normal yang lain, meskipun
mereka agak istimewa dalam perkara ini. Selain itu, mereka juga akan dapat menilai diri
mereka sendiri semasa bermain, dan semasa bermain juga mereka akan dapat
meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri mereka, iaitu seperti menerima kekalahan
dengan baik, dan dapat merasakan kemenangan. Dengan ini mereka akan dapat
meningkatkan sifat persaingan yang sihat dalam diri mereka dan sudah tentu dengan
pengulangan terapi ini akan dapat membantu mereka menjadi modal insan kelas pertama
dalam liga mereka yang tersendiri. Seterusnya dengan terapi bermain juga mereka akan
dapat meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang, ataupun rakan-rakan mereka.
Mempercayai dan terlalu begantung harap kepada seseorang adalh perkara yang sangat
berbeza, hal ini akan dapat mengelakkan mereka daripada terus bergantung kepada
orang lain dan mereka akan dapat belajar untuk berdikari dengan lebih baik.

Terdapat banyak cara untuk melaksanakan terapi bermain ini, antaranya ialah jika
terdapat bilik terapi bermain di sekolah, ia akan mempunyai kelengkapan yang
bersesuaian dengan murid-murid tersebut. Seperti bahan-bahan resos, alatan asas seperti
rak buku, cermin, almari dan dilengkapi dengan pelbagai permainan yang boleh
membantu mereka meningkatkan perkembangan diri kanak-kanak mereka.

Seterusnya adalah melalui media mainan, perkara ini akan mendorong ekspresi
pemikiran dan juga perasaan kanak-kanak. Dengan adanya media mainan ini, ia akan
menguji realiti seseorang kanak-kanak itu. Ia juga akan membekalkan kanak-kanak
dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini.
Pemilihan media mainan amatlah penting, sebagai contohnya ia mudah dimanipulasi oleh
kanak-kanak.

Antara contoh-contoh kategori mainan adalah, yang pertama adalah mainan yang
mencirikan kehidupan realiti sebenar, iaitu seperti set permainan pekerjaan seperti polis,
doktor, dan tukang masak ataupun set item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon.
Yang kedua adalah mainan yang bercirikan luahan perasaa agresif seperti penukul,
peralatan militari dan topeng. Selain itu, terdapat juga mainan yang bercirikan luahan
perasaan dan kreativiti kanak-kanak seperti crayon, playdoh, kad, dan juga boneka bekas
air.
Integrasi aktiviti terapi bermain dalam perancangan pdp

Dalam sub topik ini saya akan membincang kan bagaimana untuk
mengintegrasikan aktiviti terapi bermain tadi dapat membantu Ku Vanidha dalam pdp
ataupun pada masa kini disebut sebagai PdPc.

Berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Ku Vanidha iaitu masalah untul


beliau berjalan dengan lebih selamat dan baik, saya telah meminta izin dengan guru
beliau untuk membuat sedikit kajian terapi tehadap Ku Vanidha. Saya telah pun
menggunakan kaedah terapi bermain kepada Ku Vanidha ini. Sebagai pengetahuan
semua terapi bermain adalah sebahagian daripada rawatan untuk kanak-kanak yang
merupakan antara salah satu intervensi awal yang berkesan kepada kanak-kanak.

Saya telah melaksanakan terapi bermain kepada Ku Vanidha selamat 2 hari. Dan
aspek yang saya tumpukan adalah aspek motor kasar dan juga kemahiran komunikasi
beliau serta sosio-emosi beliau. Untuk melatih beliau berjalan dengan lebih selamat dan
baik, saya telah menggunakan laluan yang berbentuk seperti tangga tali, dan beliau akan
cuba berjalan tanpa mengheret kakinya di atas laluan tersebut. Aktiviti ini mampu melatih
Ku Vanidha untuk mengangkat kakinya sedikit demi sedikit untuk keselamatan beliau
semasa berjalan kemana-mana. Apabila melakukan aktiviti ini dapat dilihat bahawa Ku
Vanidha dapat melakukan aktiviti ini dengan baik dan beliau sebenarnya boleh berjalan
dengan tanpa mengheret kaki beliau.

Setelah melakukan aktiviti itu, saya juga meletakkan sedikit aktiviti bermain yang
dapat membantu dalam kognitif beliau. Iaitu aktiviti menyuaipadankan huruf dan nombor.
Iaitu Ku Vanidha perlu memasangkan huruf dan nombor dalam span yang disediakan
mengikut saiz dan tempat yang betul. Dalam perkara ini dilihat Ku Vanidha tidak
mempunyai masalah kerana kognitif beliau sejak awak lagi adalah tidak bermasalah.
Namun perkara ini perlu juga dilakukan agar PdPc seseorang guru itu tidak menjadi terlalu
rigid dan bosan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Secara tidak langsung
saya dapat melihat senyuman daripada Ku Vanidha apabila beliau berjaya menyusun
huruf dan nombor tersebut dengan baik dan betul.

Seterusnya, aspek yang saya cuba ketengahkan dalam terapi bermain ini adalah
aspek sosio-emosi, komunikasi dan sosial Ku Vanidha. Dapat dilihat semasa melakukan
aktiviti ini, Ku Vanidha adalah seorang murid yang dikenali oleh hampir semua murid.
Semasa beliau melalui jalan bertali tersebut, rakan-rakan beliau memberikan semangat
yang padu kepada beliau agar dapat melalui halangan tersebut dengan baik dan mantap.
Aktiviti ini sebenarnya dijalankan secara berkumpulan dan kumpulan Ku Vanidha
memberikan kerjasama yang baik kepada Ku Vanidha. Rakan-rakan yang lain
membiarkan Ku Vanidha berdikari semasa melakukan aktiviti ini agar beliau tidak terlalu
bergantung harap kepada orang lain. Selain itu, dapat saya lihat semasa memerhatikan
aktiviti ini dijalankan, Ku Vanidha boleh bergaul dengan orang lain selain kawan rapatnya
itu, namun begitu beliau masih lagi malu dengan orang-orang yang baru seperti kami. Hal
ini kerana kanak-kanak seperti ini akan berasa malu apabila berjumpa dengan orang yang
mereka tidak pernah nampak atau kenali. Walauapapun, saya gembira dapat melihat
perkembangan komunikasi, sosio-emosi Ku Vanidha apabila beliau kelihatan sangat
gembira semasa melakukan aktiviti ini bersama rakan-rakan beliau. Di bawah ini saya
sertakan gambar-gambar Ku Vanidha semasa menjalankan aktiviti terapi bermain itu.
Saya juga akan sertakan Rancangan Pengajaran Individu yang dilakukan untuk Ku
Vanidha.

You might also like