Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

SKRIP TEMUBUAL

Pelatih Guru: Assalamualaikum, cikgu. Kami dari IPG Kampus Darulaman ingin
menemu ramah cikgu dalam melaksanakan tugasan kami bagi
subjek EDU3108. Harapnya cikgu tak keberatan untuk ditemu
ramah.

Cikgu Farhan: Waalaikumussalam. Silakan duduk. Saya sedia memberikan


kerjasama bagi menyelesaikan tugasan kalian.

Pelatih Guru: Terima kasih, cikgu.

Pelatih Guru: Sekiranya tidak keberatan, boleh cikgu ceritakan serba-sedikit


tentang latar belakang cikgu?

Cikgu Farhan: Ya. Saya dilahirkan di Ipoh pada tahun 1981. Saya mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lasah di Sungai Siput,
Perak. Sekolah ini terletak dalam perkampungan orang asli. Pada
zaman persekolahan rendah saya, keluarga saya sering berpindah
randah. Saya meneruskan pengajian di sebuah sekolah rendah di
SungaiLayar dan akhir sekali, saya menduduki peperiksaan UPSR
di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau.

Pelatih Guru: Wah, tentu banyak kenangan cikgu semasa zaman persekolahan!
Bagaimana pula dengan sekolah menengah,cikgu?

Cikgu Farhan: Saya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah


Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani. Minat dan kebolehan
saya sebagai seorang guru semakin terserlah apabila saya sering
dirujuk oleh kawan-kawan saya semasa dalam tingkatan tiga dan
empat dalam subjek Matematik. Kata mereka, saya memang layak
menjadi seorang guru Matematik.
Pelatih Guru: Benar. Ketokohan cikgu sangat terserlah sebagai seorang pendidik.
Cikgu, adakah cikgu sememangnya bercita-cita untuk menjadi
seorang guru sejak kecil?

Cikgu Farhan: Tidak. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang tentera sebagai
mana ayah, datuk dan bapa-bapa saudara saya. Namun menurut
emak saya, beliau sangat mengharapkan saya menjadi seorang
guru demi menyambung cita-citanya yang tidak kesampaian. Pada
zaman dahulu, universiti adalah tempat bagi pelajar pintar
sedangkan maktab perguruan adalah tempat bagi pelajar
sederhana. Emak saya dapat menempatkan di universiti, jadi bagi
tidak menghampakan beliau, di sinilah saya sekarang.

Pelatih Guru: Beruntung emak cikgu kerana mempunyai anak seperti cikgu.
Bagaimana pula dengan peringkat pendidikan cikgu yang
seterusnya?

Cikgu Farhan: Ya. Saya tamat pendidikan menengah pada tahun 1998. Pada
tahun 1999 saya telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian
perguruan di Institut Perguruan Darulaman yang sekarang dikenali
sebagai IPG Kampus Darulaman, tempat kalian belajar sekarang.
Saya mendapat opsyen Matematik dan Pendidikan Jasmani dan
menamatkan pengajian saya di IPDA pada tahun 2002, 1 Julai.

Pelatih Guru: Oh, jadi di manakah cikgu ditempatkan selepas itu?

Cikgu Farhan: Saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1 pada


tahun 2003 hingga tahun 2007. Selama di sana, saya telah dilantik
sebagai Setiausaha Sukan dan Guru SPBT. Pada tahun kedua
perkhidmatan pula, saya dilantik sebagai Guru Disiplin sekolah.

Pelatih Guru: Pasti banyak sekali pengalaman cikgu di sana. Bila pula cikgu
ditukarkan kembali ke Kedah?
Cikgu Farhan: Ya, banyak sekali pengalaman yang saya kutip sepanjang saya
berada di sana. Saya ditukarkan ke negeri Kedah ini pada 1
Januari 2008 di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma. Seterusnya,
pada 1 Mac 2010, saya ditukarkan pula ke Sekolah Kebangsaan
Kepala Batas dan telah dilantik sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum.

Pelatih Guru: Hebatnya, cikgu! Muda-muda lagi sudah dilantik sebagai Penolong
Kanan. Pasti sekali cikgu mempunyai bakat kepimpinan yang amat
luar biasa. Sejak bilakah pula cikgu berkhidmat di Sekolah
Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera ini?

Cikgu Farhan: Jangan terlalu memuji. Saya mengasah bakat kepimpinan saya
melalui pembelajaran, pemerhatian dan pembacaan. Oh ya, saya
ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera
ini pada akhir tahun 2011 dan dinaikkan pangkat sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Pelatih Guru: Pada pendapat cikgu, apakah asas kepimpinan yang perlu
diterapkan dalam kalangan guru bagi meningkatkan
profesionalisme keguruan?

Cikgu Farhan: Pada pandangan saya, seseorang pemimpin itu dapat dilihat
daripada dua aspek. Pertama, dari segi bakatnya dan yang kedua,
dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Seorang pengurus atau
pentadbir ini adalah berbeza dari sudut peranannya kerana
seorang pengurus perlu mengurus dan memimpin untuk mencapai
sesuatu matlamat manakala seorang pemimpin pula perlu
mengambil kira semua aspek untuk mencapai sesuatu matlamat,
jika tidak ianya akan menjadi pentadbir yang digelar kuku besi atau
autokratif. Pemimpin biasanya perlu mengamalkan demokrasi yang
mengambil pendapat majoriti berbanding autokratif yang meminta
pandangan sahaja tetapi di tentukan oleh pemimpin. Seperti saya,
sebagai seorang Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid, lharuslah
bersikap demokratif seperti PK Kokurikulum. Kepimpinan
autokratif, biasanya digunakan oleh Guru Besar (GB) dan PK
Pentadbiran. Hal ini kerana GB mengambil pandangan guru tetapi
berlandaskan pekeliling dan peraturan sekolah. Selain itu, asas
kepimpinan yang biasa kita tahu adalah mempunyai kemahiran
mentadbir dan pengurusan. Kerjasama juga adalah asas
kepimpinan yang penting. Sebagai seorang PK HEM, saya
haruslah sentiasa bekerjasama dengan guru. Secara tidak
langsung kemahiran interpersonal dan penampilan diri perlu baik.
Tambahan pula, saya juga perlu mempunyai sifat sensitif seperti
sensitiviti terhadap kaum dan agama. Sesetengah guru juga ada
sensitiviti masing-masing, jadi saya perlu tahu bagi memudahkan
kerja-kerja saya. Yang paling penting sekali adalah emosi dan
kesabaran. Dimana perlu sentiasa beristighfar dan bertakwa. Yang
paling penting juga adalah pemimpin perlu mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah dan memudah cara. Bukan itu sahaja, kita
juga perlu menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan masalah.
Seperti contohnya, di sekolah ini yang paling jelas adalah PK
Kokurikulum sepertimana hari sukan baru-baru ini, jika tiada
khemah, beliau sendiri yang akan mencari seterusnya masalah ini
selesai. Ini menunjukkan pemimpin perlu leise fair iaitu pemimpin
perlu bebas tidak hanya mengarah dan menyuruh sahaja. PK
Kokurikulum sekolah kita menjadi role model kepada guru yang lain
terutamanaya apabila menjadi seperti wakil rakyat turun padang.
Seperti saya, saya lebih kepada murid di mana jika sebarang
kemalangan berlaku ke atas murid, saya harus bertanggunjawab
untuk turun dan berjumpa dengan ibu bapa mereka. Seterusnya
adalah merancang strategi, di mana pemimpin perlu pandai
merancang strategi dan paling terakhir adalah kerja berpasukan.
Pada pendapat cikgu-cikgu, apakah beza bekerja secara
berkumpulan atau bekerja secara berpasukan.?

Pelatih Guru: Pada pendapat saya, kerja berpasukan adalah lebih rapat dan
mempunyai semangat yang lebih tinggi berbanding kerja
berkumpulan.

Cikgu Farhan: Saya amat bersetuju dengan pendapat cikgu sebentar tadi. Kerja
berpasukan adalah mereka yang bekerjasama antara satu sama
lain bagi mencapai objektif dan matlamat yang dapat dikongsi
bersama. Manakala, kerja berkumpulan adalah setiap ahli
mempunyai kerja masing-masing bagi mencapai matlamat dan
objektif tertentu.

Pelatih Guru: Berdasarkan asas-asas kepimpinan yang diutarakan sebentar tadi,


bolehkah cikgu kongsikan beberapa jenis kepimpinan yang
terdapat dalam bidang keguruan?

Cikgu Farhan: Seperti yang saya katakan tadi, terdapat pemimpin yang
dilahirkan secara semulajadi, tetapi ada juga pemimpin yang
dihasilkan kerana kehendak pekerjaan atau dengan kata lain
birokratif . Sebagai contoh, seorang guru yang mempunyai DG29,
beliau telah dinaikan pangkat seperti PK Kokurikulum, jadi secara
tidak langsung dia perlu menjadi pemimpin dan menjalankan
tanggungjawab tersebut. Beliau juga akan melantik pemimpin-
pemimpin lain dibawahnya iaitu unit agihan. Seperti saya, unit
agihan adalah SPBT, RMT, KWAMP dan banyak lagi. Selain dari
saya menjalankankan tugas, saya menjadi pendorong supaya
mewujudkan kepimpinan dalam kalangan cikgu-cikgu. Tanpa
pemimpin, kita tidak boleh membuat kerja berpasukan. Seorang
pemimpin perlu ada ciri-ciri kepimpinan. Sejak dari sekolah lagi kita
telah dipupuk menjadi pemimpin seperti pengawas, ketua darjah
dan sebagainya. Antara ciri kepimpinan yang perlu ada adalah
mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi. Yang paling saya
suka adalah integriti, di mana setiap kerja perlu ada integriti seperti
amanah, jujur dan bertanggunjawab. Seorang cikgu perlu
mempuyai integriti. Seorang guru juga perlu mempunyai
kebolehan, kemahiran dan kepercayaan. Dimana guru perlu
mempuyai kemahiran serta kebolehan bagi menangani masalah.
Tidak hairanlah jika terdapat guru yang perlu dihantar pergi kursus
dan ceramah. Seterusnya, pemimpin perlu mempunyai sikap
bertolak ansur dan bertimbang rasa. Dengan kata yang lain adalah
pemimpin perlu mempunyai budi bicara. Dan yang terakhir adalah
saya tidak sesekali memandang rendah kepada rang lain. Setiap
orang mempunyai kemahiran tersendiri seperti guru Matematik
mempunyai kemahiran dalam mengajar Matematik manakala guru
bahasa mempunyai kemahiran dalam mengajar Bahasa Melayu.

Pelatih Guru: Apakah cabaran-cabaran kepimpinan yang telah cikgu hadapi


sepanjang berada dalam profesion keguruan?

Cikgu Farhan: Secara profesionalnya, cabaran-cabaran kepimpinan boleh dilihat


dari aspek skop kerja cikgu itu sendiri. Yakni cabaran dalam
profesion guru itu sendiri. Yang pertama saya ingin jadikan sebuah
sekolah yang berkualiti. Cabaran bagi saya adalah untuk
menaikkan unit saya iaitu di sekolah ini saya sebagai Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Saya perlu memastikan disiplin,
keselamatan, kebajikan murid berada di tahap sekolah yang
berkualiti. Alhamdulillah. Sepanjang penilaian saya terhadap
kesemua aspek yang saya sebutkan tadi, saya lihat peningkatan
kualiti ke arah yang lebih baik. Apa yang saya maksudkan adalah
sebelum ini disiplin murid berada di tahap yang membimbangkan.
Terdapat kes disiplin murid sebelum ini melibatkan kes polis dan
sebagainya. Namun, sekarang ini mungkin disebabkan faktor
kematangan murid dengan dunia di sekeliling mereka, kes-kes
disiplin yang teruk terutamanya kes yang melibatkan polis sudah
semakin berkurangan dan sifar kes polis. untuk meningkatkan
tahap disipin dan pengurangan kes disiplin yang sering terjadi
seperti mencuri, saya telah mewajibkan semua murid tidak
dibenarkan berada di dalam kelas apabila pengajaran dan
pembelajaran tidak berlaku. Saya baru laksanakan pendekatan ini
pada tahun ini sahaja. Alhamdulillah, saya dapati ia berkesan
dalam mencegah salah laku murid yang tidak diingini. Kalau cikgu
perasan, waktu rehat murid-murid berlegar di kawasan rehat, kantin
dan pondok bacaan dan terdapat pengawas bertugas yang
menjaga setiap kelas. Semua kelas ditutup rapat dan murid tidak
dibenarkan masuk. Pengawas yang bertugas ini akan menulis
nama-nama murid yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam hal ini, saya perlu tegas dengan peraturan yang ditetapkan.
di situ lah saya gunakan strategi dan pendekatan yang sesuai yang
telah kita pelajari seperti kognitif, behavioris terhadap murid-murid
sekolah. Saya pula apabila mendapat surat pekeliling yang
membenarkan PK Hem merotan murid yang terlibat dalam kes
disiplin, saya menggunakan pendekatan yang paling berkesan dari
zaman berzaman iaitu rotan. Saya bukanlah merotan seperti mana
pegawai penjara, tapi saya telah menetapkan diri saya agar rotan
diangkat tidak melebihi bahu, dan meletakkan buku dicelah ketiak
agar saya tidak membuka/ mengangkat rotan lebih tinggi. Pada
pengetahuan cikgu-cikgu semua, setakat ini iaitu selepas saya
mendapat kebenaran pekeliling untuk merotan murid, saya hanya
merotan seorang sahaja murid di sekolah ini iaitu murid tahun 6
kerana tidak hadir ke sekolah. Saya anggap anak-anak murid saya
sebagai anak saya. Jadi, saya berpendapat bahawa perlu kah saya
bagi murid tersebut sakit sebab sakit bukan penyebab dia akan
meninggalkan masalah disiplin yang dilakukan. Tetapi terdapat dua
faktor murid tersebut tidak lakukan perbuatan itu lagi iaitu takut
atau insaf. Oleh sebab itu, saya suka gempaq murid. Saya ada
simpan semua rekod dan fail peribadi murid tentang keluarga,
pekerjaan ayah, pendapatan ayah dan surat beranak murid-murid
itu sendiri. saya guna pendekatan ini agar ibu bapa dan murid tahu
yang saya ada rekod peribadi mereka

Cikgu Farhan: Cabaran yang kedua bagi saya adalah perubahan pengurusan. Hal
ini jelas apabila sekarang ini banyak maklumat dan sistem yang
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK) atau IT.
Untuk pengetahuan cikgu-cikgu semua, kedatangan murid
menggunakan buku kedatangan berakhir pada tahun ini iaitu tahun
2013. Masa akan datang iaitu pada tahun 2014, guru sekolah
hanya akan membawa smart phone atau tablet ke dalam kelas
untuk menanda kehadiran murid. Program baru ini dinamakan
sebagai Program Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
Alhamdulillah. Guru besar sekolah ini telah memberikan
kepercayaan kepada saya sebagai admin bagi program SPS ini.
Sepatutnya Penolong Kanan 1 yang memegang program ini
sebagai admin, namun begitu disebabkan oleh saya mempunyai
kelebihan sedikit dari segi IT, PK 1 sedia melepaskan
tanggungjawab itu kepada saya. Perubahan-perubahan
pengurusan lain seperti surat-surat pekeliling yang dihantar tidak
membenarkan sentuhan fizikal dilakukan kepada murid malah guru
langsung tidak dibenarkan menjeling ke arah murid. Pada
pembelajaran dahulu, guru-guru perlu garang agar murid-murid
mudah mempelajari ilmu. Namun, apabila saya sendiri sudah
menjadi seorang ayah, saya dapati ada cara lain lagi untuk
membentuk peribadi murid iaitu dengan memberi kasih sayang dan
perhatian penuh kepada murid. Jika di sekolah diwujudkan sekolah
penyayang di bawah seliaan PK Hem. Dengan menggunakan
pendekatan sekolah penyayang ini, murid-murid lebih dihargai dan
secara psikologinya dapat merangsang motivasi murid untuk terus
belajar dan berusaha.

Cikgu Farhan: Cabaran ketiga pula ialah perubahan pendidikan. Dalam aspek ini,
guru-guru dewasa ini perlu memantapkan minda dengan ilmu-ilmu
lain selain daripada ilmu mengajar seperti ilmu pendidikan dan ilmu
pentadbiran agar guru mampu melaksanakan segala
tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah. Guru-guru sekarang
ini perlu maju ke depan seiring dengan perkembangan teknologi
kerana semua maklumat sekolah perlu dimasukkan ke dalam
komputer terus secara online. Maklumat-maklumat murid seperti
markah peperiksaan boleh dilihat terus di internet oleh ibu bapa
tanpa penghantaran surat seperti sebelumnya. Selain itu, guru juga
perlu mempertingkatkan ilmu-ilmu pengetahuan dalam pendidikan
seperti menyambung pengajian ke lebih tinggi. Contonhya seperti
saya sendiri yang mempunyai diploma ikhtisas menyahut cabaran
untuk menyambung pelajaran ke dalam program pensiswazahan

Cikgu Farhan: Cabaran seterusnya ialah Pembestarian Pendidikan. Sekolah tidak


lagi boleh menggunakan kaedah yang lama dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Contohnya seperti, chalk and talk,
penggunaan OHP dan sebagainya.. sekarang ini pendedahan
terhadap pembelajaran di dalam kelas sudah mulai berubah. Murid-
murid hanya perlu klik dan pembelajaran pun terus berlaku
mengunakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang kian
canggih. Guru dalam Alaf Baru juga seperti yang telah saya
nyatakan tadi bahawa guru-guru zaman sekarang perlu update
dengan perkembangan semasa dan berkemahiran dalam
menggunakan teknologi maklumat kerana penggunaan ICT dalam
pembelajaran lebih dekat dengan murid alaf baru yang membesar
dalam perkembangan arus teknologi yang mewah. Oleh itu,
kesemua factor yang telah saya sebutkan ini merupakan cabaran
bagi saya dan guru-guru dalam melaksanakan kepimpinan yang
berkualiti di sekolah mahupun di dalam kelas. Pendekatan yang
sesuai dan dekat dengan jiwa murid-murid secara tidak langsung
dapat membantu saya dalam melaksanakan kepimpinanan dengan
baik di sekolah.

Pelatih Guru: Sebagai seorang guru, apakah aspek akauntabiliti yang cikgu
pegangi bagi menjamin kredibiliti profesion keguruan?

Cikgu Farhan: Antara aspek akauntabiliti yang perlu saya ada sebagai seorang
pemimpin adalah setiap guru itu perlu ada etikanya. Dia perlu
menjadi role model kepada semua masyarakat di sekelilingnya
merangkumi aspek sikapnya, keperibadiannya, pandangannya dan
sebagainya lagi. Bagi saya, seorang guru yang mampu menjaga
kod etika perguruan, ia sudah mampu menjadi seorang guru yang
sempurna. Semenjak dahulu lagi, seorang guru itu sangat di segani
dan dipercayai oleh masyarakat kerana dia mempunyai kod etika
yang di sanjung. Walau pun terdapat segelintir yang membuat onar
di luar sana, namun seorang guru itu masih perlu berpegang pada
etika keguruan yang menjadi pegangan dan panduan profesion ini.
Dalam perguruan ini, kita ada pekeliling yang di edarkan pada
setiap sekolah. Selepas beberapa kes yang telah berlaku sebelum
ini menyedarkan saya bahawa pekeliling ini sangat penting dan kita
perlu ambil berat terhadapnya. Dalam aspek tanggungjawab
terhadap pelajar ini, saya perlu menjaga keselamatan dan
kebajikan terhadap murid. Saya perlu bersikap adil terhadap semua
murid tanpa mengira kaum, jantina dan agama serta mana-mana
murid yang datang berjumpa saya harus dirahsiakan kerana ia
mampu menjatuhkan maruahnya. Seterusnya adalah
tanggungjawab terhadap ibu bapa. Sebagai PK HEM saya perlu
menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa kerana banyak
urusan yang perlu melibatkan mereka seperti urusan wang pelajar
dan sebagainya. Saya juga perlu jujur dengan mereka seperti
memaklumkan apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak
mereka di sekolah. Yang ketiga adalah tanggungjawab terhadap
masyarakat. Seperti semua sedia maklum, semua guru tidak boleh
menyebarkan ajaran yang merosakkan murid namun mereka perlu
menjadi role model kepada murid. Saya juga menggalakkan guru-
guru untuk menhormati masyarakat di sini kerana di sini terdapat
pelbagai kaum seperti kaum Siam, Iban dan sebagainya. Akhir
sekali tanggungjawab terhadap rakan sejawat. Seorang guru tidak
seharusnya memburuk-burukkan rakan sejawatnya yang lain
kerana kita berada dalam satu kapal yang sama. Oleh itu, kita perlu
saling menegur dan memperingati dan sekali lagi saya ingatkan
bahawa seorang pemimpin sangat memerlukan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman.

Pelatih Guru: Dalam bidang perguruan, bagaimanakah cikgu mampu


mengekalkan aspek akauntabiliti ini?

Cikgu Farhan: Seperti yang saya terangkan tadi, seorang guru itu perlu memenuhi
empat aspek yang telah saya jelaskan sebelum ini iaitu
tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan rakan
sejawat. Apa yang penting ialah setiap aspek ini hendaklah kita
pegang sebaik mungkin dan insyaallah kita akan mampu untuk
mengekalkan tanggungjawab ini dengan baik. Sebelum saya
terlupa, sebagai seorang Islam kita perlu mengamalkan sikap
bersabar. Bersikap sabar akan membuatkan kita mampu
mengatasi apa jua masalah yang datang.

Pelatih Guru: Bagaimana pula cikgu memainkan peranan atau tugas sebagai
pemimpin dan pendidik di sekolah?

Cikgu Farhan: Peranan saya sebagai pemimpin, saya perlu mengekalkan apa
yang ada dalam profesion keguruan ini dan saya juga perlu
bersandar kepada Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Seperti yang kita belajar sebelum ini, kita
telah di dedahkan dengan pelbagai aspek dalam falsafah, namun
tugas seorang guru itu belum cukup lengkap lagi kerana tugas
seorang guru itu bukan sahaja menyampaikan isi pelajaran, namun
guru juga perlu menyediakan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini
perlu di pamerkan agar ia mampu menjadi ikutan dan tauladan
kepada murid.

Pelatih Guru: Saya amat kagum dengan kepimpinan yang telah cikgu tonjolkan
dalam usia yang begitu muda. Boleh cikgu ceritakan bagaimanakah
perjalanan karier cikgu sebagai seorang guru bermula daripada
seorang guru biasa sehinggalah menjadi salah seorang pentadbir
sekolah?

Cikgu Farhan: Secara jujurnya, saya akui bahawa tugas sebagai salah seorang
pentadbir sekolah bukanlah satu kerja yang mudah. Ianya
memerlukan komitmen yang sangat tinggi di samping kerjasama
yang baik daripada orang bawahan kita. Saya memulakan tugas
sebagai seorang guru permulaan dengan memegang diploma
perguruan sebaik sahaja menamatkan kursus perguruan di maktab
perguruan di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1. Sepanjang
menjadi guru permulaan di sekolah tersebut, saya sentiasa mencari
peluang untuk belajar menimba ilmu daripada guru-guru yang
berpengalaman di sekolah tersebut. Kebetulan, saya telah diberi
kepercayaan oleh guru besar untuk memegang jawatan sebagai
guru SPBT dan setiausaha sukan. Peluang ini saya gunakan
dengan sebaiknya untuk menimba pengalaman dan pengetahuan.
Pada tahun berikutnya, saya diberi pula kepercayaan untuk
menjadi guru disiplin. Sepanjang menjalankan tugas sebagai guru
disiplin, saya banyak belajar tentang hal ehwal murid daripada
Penolong Kanan di sekolah itu. Alhamdulillah, beliau merupakan
seorang yang sangat mudah urusannya dan tidak pernah lokek
ilmunya.

Pelatih Guru: Oh begitu, nampaknya cikgu memang benar-benar seorang yang


sangat komited dalam tugas sehingga diberi kepercayaan oleh
pentadbir sekolah untuk memegang pelbagai jawatan penting di
sekolah. Bagaimana pula cikgu dinaikkan pangkat sebagai
penolong kanan?

Cikgu Farhan: Kemudian, saya dipindahkan ke Kedah. Sepanjang di negeri


Darulaman ini, saya masih meneruskan prinsip saya iaitu
bersungguh-sungguh dalam menjalankan segala amanah yang
diberi. Semasa di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, saya telah
dilantik oleh guru besar untuk menjadi Penolong Kanan
Kokurikulum. Berbekalkan pengalaman menjadi Setiausaha Sukan
terdahulu, saya gunakan dalam menjalankan amanah sebagai
penolong kanan. Alhamdulillah, pentadbir dan semua kakitangan
sekolah berpuas hati dengan mutu kerja saya. Justeru, saya telah
dicadangkan cemerlang pada tahun tersebut. Setelah itu, saya
terus ditukarkan ke sekolah ini dan dinaikkan pangkat untuk
mengisi jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Begitulah serba sedikit perjalanan karier saya daripada seorang
guru biasa kepada salah seorang pentadbir. Pucuk pangkalnya,
segala amanah yang diberikan, telah saya laksanakan dengan
sebaiknya. Mungkin inilah yang menyebabkan segala kerja saya
mendapat perhatian daripada para pentadbir sebelum ini.

Pelatih Guru: Sebagai seorang guru yang berketrampilan dan up-to-date,


bagaimanakah cikgu meningkatkan kredibiliti dan kualiti diri dalam
kerjaya cikgu?

Cikgu Farhan: Seperti yang kita ketahui, pihak kerajaan sering memberikan
peluang kepada para guru dalam usaha meningkatkan kredibiliti
seorang guru. Antaranya, termasuklah kursus-kursus yang banyak
dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, mahupun di peringkat
negeri. Namun, terpulanglah bagi seseorang guru itu untuk memilih
sama ada dia mahu meningkatkan kualiti dirinya atau masih mahu
berada di takuk yang lama. Bagi meningkatkan kualiti yang ada
dalam diri saya sebagai seorang guru, saya telah mengambil
peluang keemasan untuk menyambung pelajaran di peringkat
ijazah sarjana muda memandangkan semasa saya tamat pengajian
sebelum ini hanyalah di peringkat diploma perguruan sahaja. Kini,
saya masih lagi, menyambung pengajian tersebut di IPG Kampus
Darulaman dalam pengkhususan Matematik. InsyaAllah, saya
bakal menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam masa dua
tahun dari sekarang.

Pelatih Guru: Wah, nampaknya cikgu seorang yang sangat bersemangat.


Benarlah kata pepatah Arab yang mengatakan, tuntutlah ilmu
daripada buaian hingga ke liang lahad. Selain menyambung
pengajian, apakah cara lain yang cikgu gunakan untuk
meningkatkan kualiti dan kemahiran diri?

Cikgu Farhan: Selain itu, saya juga telah ditawarkan untuk mengikuti kursus
KSSR bagi subjek Sejarah memandangkan subjek tersebut bakal
dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran teras mulai tahun
hadapan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kebetulan
pula, saya sememangnya meminati subjek Sejarah sejak kecil lagi.
Bukan itu sahaja, sebagai salah seorang pentadbir, saya juga
sering mengadakan lawatan di sekolah-sekolah terdekat untuk
berbincang dan berkongsi idea dengan para pentadbir di sekolah
tersebut untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman berkaitan
pentadbiran selain mengamalkan budaya membaca dalam
kehidupan seharian.
Pelatih Guru: Umum mengetahui bahawa, dunia pendidikan sentiasa mengalami
perubahan seiring dengan arus pembangunan dan perkembangan
dunia masa kini. Sebagai seorang guru, apakah jangkaan masa
akan datang yang diharapkan/diinginkan untuk kekal berada dalam
arena pendidikan seiring dengan perubahan yang dialami?

Cikgu Farhan: Dalam masa terdekat ini, saya telah bermohon untuk menjadi staf
di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Tetapi setelah berfikir, saya
berpendapat prosesnya agak sukar untuk ke PPD. Jadi, saya
mengintai peluang untuk ke bahagian Pusat Kegiatan Guru (PKG).
Permohonan saya diterima dan saya ditawarkan untuk menjawat
jawatan sebagai ketua. Namun, saya terpaksa menolak kerana
saya bukanlah ingin merendah-rendahkan jawatan tersebut tetapi
hakikatnya saya lebih suka bekerja di peringkat bawah.
Memandangkan sekarang saya masih lagi dalam proses
menyambung pelajaran, saya mengharapkan dapat
menyempurnakan ijazah sarjana dalam bidang Matematik Sekolah
Rendah. Jadi, saya akan berusaha untuk mendapat pointer/gred
yang sebaiknya dengan mensasarkan sekurang-kurangngnya 3.7
ke atas. InsyaAllah ada rezeki saya juga berharap agar diberi
peluang dan ruang untuk belajar ke tahap yang lebih tinggi
sehingga ke peringkat MASTER dan seterusnya PHD.

Pelatih Guru: Pada pandangan cikgu, sejauh manakah (jangkaan masa akan
datang yang telah dinyatakan) dapat membentuk murid
menjadi insan yang berguna kepada masa depan Negara
kita?

Cikgu Farhan: Pada pandangan saya, saya ingin menyentuh aspek jangka masa
panjang bagi seorang murid. Hal ini kerana, setiap guru mahu
melihat anak didiknya berjaya. Sebagai contoh, katakan seorang
ayah yang gagal mendidik anaknya, maksudnya jika anaknya tidak
berjaya atau pandai dalam sesuatu maka orang tidak akan
mempertikaikannya. Tetapi, jika guru yang gagal mendidik anak-
anak murid, sudah pasti orang akan mempertikaikan. Jadi di sini
jelas menunjukkan bahawa, guru sebenarnya mempunyai
komitmen untuk anak muridnya. Ini kerana, anak murid yang dididik
inilah yang akan menjadi pemimpin atau tenaga kerja dalam
sesuatu organisasi. Jika diperhalusi lagi, ianya memberi kesan
impak terhadap pucuk kepimpinan dan pentadbiran negara.

Pelatih Guru: Apakah ciri-ciri seorang guru yang diperlukan untuk memastikan
(jangkaan masa akan datang yang telah dinyatakan)
tercapai dan terlaksana?

Cikgu Farhan: Banyak ciri yang diperlukan bagi seseorang yang bergelar guru
khususnya dalam memastikan harapan yang diinginkan tercapai.
Jadi, pada saya guru perlu berusaha untuk membimbing dan
membina insan peribadi dalam diri murid tersebut. Di samping itu,
guru juga perlu sentiasa membuat refleksi diri atau muhasabah diri
agar dapat membaiki kelemahan sekaligus dapat
mempertingkatkan keyakinan diri. Pada masa yang sama, guru
mesti peka dengan perubahan semasa kerana sekolah bertindak
sebagai agensi perubahan. Seperti yang sedia maklum, kita tahu
bahawa guru merupakan peganti ibu bapa bagi murid-murid
apabila berada di sekolah. Jadi, dalam hal ini, guru bertindak
dengan menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan
pembelajaran murid agar kebajikan mereka dalam setiap aspek
terjaga dan terlaksana. Di sini, saya juga ingin berkongsi beberapa
moto sebagai panduan dan pedoman untuk bergelar seorang
guru yang berjaya. Pada saya, setiap guru perlu mempunyai
moto kerana guru akan menghadapi pelbagai cabaran untuk
mendidik anak-anak murid.
Semakin tercabar kita, semakin kita kuat
Meluaskan peluang dalam kegawatan
Usaha bersungguh-sungguh
Dengar pendapat orang lain
Sentiasa mencari jalan untuk perbaiki diri
Sentiasa bangun selepas kita jatuh
Sebelum itu, saya juga ingin berkongsi tips atau pendekatan untuk
membina hubungan dengan guru-guru di sini. Pertamanya,sentiasa
mengamalkan sikap suka senyum. Kemudian, sentiasa berusaha
untuk membantu dan menolong sesiapa sahaja. Saya sangat
suka menolong kerana pada saya, itu adalah satu kepuasan
apabila orang yang ditolong tersebut memberi respon yang positif
terhadap kita. Baiklah, itu sahaja dari saya.Terima Kasih.

Pelatih Guru: Alhamdulillah, selesai sudah temuramah bersama cikgu. Saya


harap segala apa yang diperkatakan ini sedikit sebanyak dapat
membantu diri saya dan rakan-rakan lain untuk menjadi seorang
guru yang berintegriti, berdaya saing dan bersungguh-sungguh
dalam mendepani cabaran semasa. Terima kasih saya ucapkan
atas kesudian cikgu untuk ditemuramah. Semoga Allah memberi
kekuatan kepada cikgu untuk melaksanakan segala yang telah
dirancang.

Cikgu Farhan: Sama-sama. InsyaAllah.

Pelatih Guru: Saya mewakili rakan-rakan memohon maaf jika ada tersalah bicara
sepanjang temu bual dijalankan. Assalamualaikum.

Cikgu Farhan: Waalaikumussalam.

You might also like