Professional Documents
Culture Documents
Proses Eksperimen Yang Dijalankan Oleh Skinner
Proses Eksperimen Yang Dijalankan Oleh Skinner
Proses Eksperimen Yang Dijalankan Oleh Skinner
Eksperimen Skinner
Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.
Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen
ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.
Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran.
Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.
Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga
menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah
penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang
baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan
dengan hukuman atau denda.
A) PENEGUHAN
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan
kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.
Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis,
iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan
positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
i. Pengukuhan Positif
Peneguhan Positif
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang
bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah
laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika
memberi peneguhan.
Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah
i. Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh
guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan
kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada
rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).
Peneguhan Negatif
Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual
peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini.
Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan
berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah
berubah.
B) DENDAAN
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan
negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku
tersebut.
Dendaan
Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan
persembahan dan dendaan penyingkiran
C) PRINSIP PREMACK
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang
kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang
berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan
sayur-sayuran ini.
Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang
kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran
murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain
komputer akan diadakan.
D) PELUPUSAN
1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan
secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik
itu dapat dikukuh dan dikekalkan.
2. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan
untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya
menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau
negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang
diingini.
3. Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses
pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.