Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

PENTERNAKAN KAMBING BOER

SECARA SEPARA INTENSIF DI SEMBRONG, JOHOR

RANCANGAN PERNIAGAAN

Januari 2006

Untuk
Pinjaman Bank Pertanian Malaysia

Disediakan oleh;
Syed Zulizam Syed Husin
Pengarah Urusan

Dodon Farming Enterprise.


+NO. PENDAFTARAN 000987654-Q
No 1569, jalan batu 8, Taman Sembrong,
86009, Kluang Johor
Tel/Fax : 607 759 9999
e-mail dodon@dodon.org
Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN
Bab Kandungan Mukasurat

1 Pengenalan 3
Ringkasan eksekutif 4

2 Tujuan Kertas Kerja 5

3 Latar belakang perniagaan 6

4 Latar belakang rakan kongsi/pemegang saham 7

5 Kedudukan Projek 8

6 Objektif Projek 9

7 Rancangan Pentadbiran 10
Pentadbiran
Carta organisasi

8 Rancangan Operasi 11
Baka kambing
Matlamat dan tanggungjawab
Sumber input ladang
Rancangan operasi sistem pemeliharaan ternakan
Rancangan operasi sistem pengurusan pemakanan
Rancangan operasi pengurusan kesihatan ternakan
Rancangan pelan pembangunan dan pengurusan ladang

9 Rancangan Pemasaran 23

10 Rancangan Kewangan 25

11 Kesimpulan 30

12 Lampiran 31

Kertas Kerja Projek Kambing 2


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PENTERNAKAN KAMBING BOER


SECARA SEPARA INTENSIF & MEMASARKAN HASIL
TERNAKAN

Dodon Farming Enterprise.

1.0 PENGENALAN

Keperluan daging kambing negara.

Prospek industri kambing di negara ini adalah amat cerah memandangkan


permintaan terhadap komoditi ini terus meningkat dari tahun ke setahun,
sungguhpun demikian pembekalan terhadap komoditi ini masih tidak dapat
memenuhi permintaan sepertimana yang ditunjukkan oleh data berikut:

Jadual 1: Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

Tahun 2003 2005 2010


Pengeluaran (m.t) 1.30 1.50 4.30
Permintaan (m.t) 15.60 16.80 21.30
KSD(%) 8.33 8.93 10.23
(Sumber: Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Kerajaan dalam RMK9 juga telah menekankan bidang pertanian sebagai 3rd engine of
growth dan menjadi sumber pendapatan negara. Untuk mencapai matlamat ini
kerajaan telah menggalakkan rakyat untuk menceburi bidang penternakan dengan
pelbagai insentif dan sokongan prasarana. Berdasarkan kepada senario ini kami
berpendapat bidang penternakan kambing ini amat berpontensi untuk diceburi.

Syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang
penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan dan
membantu memenuhi permintaan terhadap daging kambing di Malaysia.

Kertas Kerja Projek Kambing 3


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

Ringkasan Eksekutif

Nama Syarikat : Dodon Farming Enterprise.

Bidang Usaha : Ternakan

Jenis Perniagaan : Penternakan Kambing dan Memasarkan Hasil Ternakan

Lokasi Projek : Tanah milik En. Abel Azman b. Abel Joko (Penyelia ladang)
di Jalan batu 8, Sembrong, 86009, Kluang Johor

Status/Saiz Projek : Projek permulaan ternakan kambing sehingga 50 ekor


Induk betina dan 4 ekor penjantan.

Produk : Pejualan anak sebagai baka dan semua hasil pengeluaran


ternakan kambing.

Peluang : Tapak projek amat strategik dan berpotensi kerana bebas dari
persaingan serta mempunyai kemudahan yang baik.

Pentadbiran: Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi


berkemahiran dan berpengalaman. Segala kerja-kerja dan
tanggungjawab akan dapat dilaksanakan dalam satu
pasukan.

Pemasaran : Kedudukan tapak projek yang berhampiran dengan


kemudahan pemasaran dan kawasan perumahan

Perancangan : Bagi tahun pertama permulaan projek, syarikat akan


memulakan projek dengan pembelian sejumlah 54 induk.

Masa Depan : Dari analisa yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan
yang baik dan berpotensi untuk dimajukan. Galakan dari
kerajaan serta kemudahan kredit yang ditawarkan oleh
institusi kewangan, menjadi faktor penting kepada
perkembangan industri ini di masa hadapan.

Anggaran Kos Projek : RM 100, 000.00

Kertas Kerja Projek Kambing 4


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut:

i. Membuat permohonan pinjaman sebanyak RM50,000.00 bagi


memulakan projek menternak ternakan kambing.

Tujuan pembiayaan adalah :


i. Pembelian induk ternakan
ii. Pembelian makanan ternakan
iii. Pembelian peralatan dan lain-lain kemudahan
iv. Pembinaan kandang dan stor .
v. Penyediaan tanah dan penanaman rumput
vi. Modal pusingan projek

Kegunaan tanah adalah :


i. Menternak 54 ekor induk kambing

ii. Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri


ternakan seperti pengeluaran baka, pengeluaran daging kambing.

iii. Projek tanaman sayur-sayuran dimana baja organik di gunakan


untuk projek tersebut.

iv. Garis panduan pengurusan ladang merangkumi perkara-perkara


berikut:
a. Rancangan pentadbiran
b. Rancangan operasi
c. Rancangan kewangan

Kertas Kerja Projek Kambing 5


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Syarikat : Dodon Farming Enterprise.


Alamat : 520, Jalan Batu Pahat, Taman
Sembrong, 81200, Kluang, JOHOR

No. Telefon : 016 xxx8394

Tarikh Pendaftaran : 10 april 2006


Nombor Pendaftaran Syarikat: 000987654-Q

Nama Bank: Bank Pertanian Malaysia Bhd.


Jenis Akaun Perniagaan : Current account.

4.0 LATARBELAKANG RAKAN KONGSI/PEMEGANG SAHAM

1. Nama Penuh : Syed Zulizam Syed Husin (Pengarah Syarikat)


No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1952
Umur : 53 tahun
Jantina : lelaki
Alamat Tetap : Kuala Lumpur
No. Telefon : 012 3456789
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Kursus Penternakan Kambing
Kemahiran : Pengurusan Perniagaan

2. Nama Penuh : Abel Azman b. Abel Joko


(Pemegang saham dan penyelia ladang)
No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1960
Umur : 47 tahun
Jantina : lelaki
Alamat Tetap : Kuala Lumpur
No. Telefon : 019 3456789
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Kursus Pengurusan bebiri
Kemahiran : Pengurusan Ternakan

Kertas Kerja Projek Kambing 6


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

3. Nama Penuh : Shima binti khairuddin (Pemegang saham)


No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1967
Umur : 40tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : Johor Bahru
No. Telefon : 016 666999
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Tiada
Kemahiran : Pemasaran

4. Nama Penuh : Leonard a/l Menon (Pemegang saham)


No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1960
Umur : 47 tahun
Jantina : lelaki
Alamat Tetap : Kluang
No. Telefon : 07-7294702
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Kursus pengurusan kambing
Kemahiran : Rawatan Penyakit haiwan

5. Nama Penuh : Ramesamy a/p Periasamy (Pemegang saham)


No. Kad Pengenalan : 123456-78-9999
Tarikh Lahir : 03/03/1960
Umur : 47 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : Kluang
No. Telefon : 03 8884779
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Di hadiri : Tiada
Kemahiran : Pengurusan Ternakan

Kertas Kerja Projek Kambing 7


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

5.0 KEDUDUKAN PROJEK

Tapak : Tanah milik En. Abel Azman b. Abel Joko (Penyelia ladang)
Keluasan Tapak: 10 ekar
Pemilihan Tapak : Tapak di pilih kerana berhampiran dengan
kemudahan awam dan bersesuaian dengan aktiviti
penternakan.

Lokasi Tapak Projek: Jalan batu 8, Sembrong,


86009, Kluang Johor

Ke jalan besar
kluang-ayer itam

Jalan felda 1

Felda
Sembrong Dodon
Sungai Farming
Sembrong Enterprise

Kertas Kerja Projek Kambing 8


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

6.0 OBJEKTIF PROJEK

Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan kambing baka bagi
pasaran tempatan dalam keadaan bersih terkawal dari sebarang penyakit dan
mengamalkan pengurusan ternakan yang baik serta cekap.

6.1 Projek permulaan ini adalah mendapatkan 54 kambing induk (4 penjantan


dan 50 betina)

6.2 Anak-anak kambing jantan muda dijual sebagai pembiakbaka pejantan dan
yang tidak terpilih dijual sebagai pedaging.

6.3 Kambing tua serta tidak produktif akan dijual sebagai pedaging.

6.4 Kambing dara pula akan dijadikan gantian induk dan dijual sebagai baka.

6.5 Mewujudkan peluang pekerjaan.

6.6 Kajian dan penilaian prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa
dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kertas Kerja Projek Kambing 9


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

7.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

7.1 Pentadbiran

Sekiranya ladang tersebut beroperasi sepenuhnya, ia akan dikendalikan


oleh kakitangan seperti dinyatakan di bawah:-

Pengurus : 1 Orang
Pekerja Ladang : 2 Orang

7.2 Carta Organisasi

Pengurus (Penyelia)

Pekerja Ladang 1 Pekerja ladang 2

Kertas Kerja Projek Kambing 10


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.0 RANCANGAN OPERASI

8.1 Baka Kambing

Baka kambing yang dipilih ialah kambing BOER. Baka ini mempunyai
kebaikan seperti berikut:-

a. Pengeluaran ternakan kambing yang tinggi


b. Jarak beranak dalam tempoh 6 bulan
c. Mudah dikendalikan
d. Tahan cuaca panas
e. Bentuk badan yang baik

8.2 Matlamat dan tanggungjawab.

Bagi memastikan kejayaan projek ini, pengusaha akan menghantar


pekerja-pekerja mengikuti kursus-kursus kemahiran teknikal.

Beberapa institusi telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut antaranya:-

i. Institut Haiwan Kluang


ii. Ladang penternakan yang telah berjaya

Kursus-kursus yang diikuti adalah bagi memastikan perjalanan projek


berjalan dengan lancar dan cekap.

8.3 Sumber input ladang

Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar


dan bandar yang berhampiran.

8.3.1 Hampas kelapa Sawit (PKC)

Pembekal yang dikenal pasti adalah:-

a. Syarikat Lazuli Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor


b. Kilang Sawit Felda Pasir Gudang, Johor

Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut


kuantiti yang diperlukan.

Kertas Kerja Projek Kambing 11


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.3.2 Rumput
80% tanah yang diperuntukkan akan ditanam dengan rumput.
Jenis rumput yang akan ditanam adalah dari jenis Napier
sebagai rumput potong dan 20% guinea sebagai rumput ragut.

8.3.3 Sumber Ternakan


Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan
swasta. Pada masa ini pembekal utama yang membekal induk
kambing ialah.

1. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia


2. Agensi / Pembekal Swasta
3. PEMBEKAL DARI AUSTRALIA

8.3.4 Sumber Tenaga Buruh


Dalam menjalankan projek ini tenaga pekerja terlatih dan tidak
mahir diperlukan. Tenaga pekerja boleh diperolehi dari sumber
berikut:-

a. Tenaga kerja tidak mahir diperolehi dari penduduk sekitar


lokasi projek dan tenaga buruh impot Indonesia. Tenaga
buruh yang tidak mahir akan dilatih untuk tugas-tugas
memberi makanan, membersihkan kandang dan memerah
susu ternakan kambing.

8.3.5 Khidmat nasihat dan Perkhidmatan Veterinar


Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor dan Institut Haiwan Kluang.
Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang diperlukan
adalah:-

a. Khidmat nasihat dan bimbingan


b. Perkhidmatan Rawatan dan Kesihatan Ternakan
c. Khidmat nasihat pemakanan
d. Khidmat kawalan mutu ternakan kambing
e. Pemasaran ternakan kambing

8.3.6 Kawalan Mutu Ternakan kambing


Kawalan mutu ternakan kambing akan dibantu oleh JPH negeri .

Ternakan kambing yang tidak mencapai piawaian akan


disingkirkan. Dengan kawalan mutu yang ketat ini kualiti
ternakan kambing dan daging kambing yang dikeluarkan adalah
dijamin memuaskan.

Kertas Kerja Projek Kambing 12


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.4 Rancangan Operasi Sistem Pemeliharaan Ternakan

8.4.1 Ternakan kambing

i. Ternakan kambing diberi pemerhatian secara individu terutama


dari aspek pemakanan, kesihatan dan keadaan fizikal bagi
memastikan pengeluaran pada tahap maksima.
ii. Kerja-kerja harian seperti, pemberian makanan dan program
kesihatan dilakukan mengikut jadual.
iii. Kandang dan kawasan sentiasa bersih bagi mengurangkan
masalah penyakit dan pencemaran.
iv. Ternakan kambing dilepaskan ke dalam padok. Semasa ternakan
meragut kerja-kerja seperti berikut boleh dilkukan.

a. Pembersihan dan pencucian kandang.


b. Pengisian makanan (rumput dan konsentrat) dalam
palung makanan.

v. Jumlah pemberian makanan tambahan bergantung saiz


ternakan kambing.

8.4.2 Kambing Bunting Berat (4- 5 bulan)

i. Kambing-kambing dimasukan ke dalam kandang khas.


ii. Kambing-kambing yang menunjukkan tanda-tanda hendak
beranak akan dimasukkan ke dalam kandang beranak sehingga
melahirkan anak.
iii. Rumput segar dan konsentrat diberi setiap hari dan dimasukkan
ke dalam palung makanan.

8.4.3 Anak Kambing

i. Anak-anak kambing yang baru lahir dibiarkan bersama ibu


selama 8 12 jam untuk penyusuan kolostrum.
ii. Anak yang telah mendapat kolostrum diasingkan dari ibunya dan
disimpan dipetak khas.
iii. Anak kambing berumur tiga bulan akan menjalani proses cerai
susu dan dibiarkan meragut didalam pedok.

Kertas Kerja Projek Kambing 13


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.4.4 Kambing Dara

i. Kambing-kambing dibiarkan meragut didalam pedok.


ii. Kambing-kambing dibawa balik ke kandang untuk tujuan
pemberian makanan tambahan (konsentrat), pemeriksaan dan
rawatan.
iii. Dilepas semula ke dalam pedok selepas selesai pengambilan
konsentrat.

8.5 Rancangan operasi sistem pemakanan

8.5.1 Sistem Pemakanan

a. Pemakanan Ibu

Ibu yang menyusukan anak akan diberi makan mengikut kadar


pemakanan yang ditetapkan. Jenis makanan yang diberi adalah dari
jenis makanan campuran dedak.

Makanan campuran diberi kepada ibu kambing


i. Rumput akan diberi didalam palung diluar kandang 2 kali sehari
pagi dan petang.
ii. Rumput Napier digunakan sebagai foder dan guinea sebagai
ragutan.

b. Pemakanan Anak

Anak kambing dibahagikan kepada 3 peringkat:-

i. Peringkat umur 1 hari hingga 3 bulan


Pada peringkat awal 3 - 5 hari, anak kambing diberi minum
kolostrum. Dari 6 hari hingga 3 bulan anak kambing diajar makan
dedak dan rumput secara berperingkat-peringkat.
ii. Peringkat 3 bulan hingga 6 bulan
Pada peringkat ini kambing telah biasa makan makanan
dedak dan rumput. Mereka mula dilepas ke kawasan ragutan.

iii. 6 bulan keatas


Pada masa ini anak kambing diberi makan hampas Kelapa
Sawit, air dan rumput. Disamping itu pemilihan anak kambing
untuk stok gantian dijalankan. Anak yang kurang bermutu dijual
atau diasingkan untuk dijadikan kambing pedaging.
Anak-anak kambing yang terpilih akan dipelihara dan dibiarkan
meragut di dalam padok.
Dijual setelah mencapai umur 8-12 bulan.

Kertas Kerja Projek Kambing 14


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.6 Rancangan operasi pengurusan kesihatan ternakan.

8.6.1 Pengurusan Kesihatan Harian


Kesihatan merupakan salah satu faktor penting dalam
penternakan ternakan kambing. Penjagaan kesihatan
dilaksanakan dengan kaedah rawatan dan pencegahan. Kambing
yang sihat akan menghasilkan anak yang sihat dan cepat
membesar.

8.6.2 Program Kesihatan Gerompok


Pengambilan sampel darah akan dijalankan 1 tahun sekali bagi
mengesan penyakit Brucellosis, CLA dan Melioidosis. Penyakit-
penyakit ini boleh menyebabkan keguguran dan boleh berjangkit
kepada manusia.

8.6.3 Jenis-jenis Penyakit


Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang ternakan kambing
ialah:-
a. Anorexia
b. luka
c. Cacing
d. Foot rot

Kaedah pencegahan amat perlu dilakukan seperti pemberian


makanan yang cukup dan seimbang serta meningkatkan tahap
kebersihan kandang dan kawasan sekeliling serta mengawasi
program kesihatan.

Penyakit-penyakit yang biasa menyerang anak kambing adalah:-


a. Joint ill / Arthritis
b. Pneumonia
c. Malnutrian
d. Cirit Birit

Penyakit diatas boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, vitamin


dan mineral. Selain itu tahap kebersihan kandang dan kawasan
sekeliling perlu ditingkatkan.

Kertas Kerja Projek Kambing 15


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.7 Rancangan pelan pengurusan dan pembangunan ladang.

8.7.1 Pertimbangan

i. Kawalan sisa dari ladang dengan sistem zero discharge perlu


dilakukan dengan mengambil kira kuantiti pengeluaran sisa, saiz dan
sistem kolam rawatan yang dibina dan penggunaan semula sisa
diproses.

ii. Seelok-eloknya bahan binaan menggunakan bahan-bahan tempatan


bagi mengurangkan kos.

iii. Bangunan pejabat, kediaman, stor dan sebagainya akan dibuat


Berdasarkan kriteria semasa dari segi keluasan dan senireka
bangunan tempatan akan diutamakan.

iv. Ciri asas bangunan-bangunan ini termasuklah kemudahan urusan


dalaman, kepelbagai gunaan dan selesa dengan kos penyelenggaraan
yang minima.

8.7.2 Kawalan Sisa Dari Ladang

i. Sistem kawalan sisa ladang akan dibangunkan dengan saiz dan kos
yang paling munasabah.

ii. Penggunaan air di dalam aktiviti harian seperti pembasuhan lantai


kandang diminimakan.

iii. Pembersihan kandang diunit-unit dilakukan dengan menggunakan


scraper untuk mengurangkan sisa cecair yang akan keluar ke
kawasan takungan, pada masa yang sama menjimatkan
penggunaan air.

8.7.3 Kandang beranak/kidding

i. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak


diasingkan daripada kumpulan bunting ke kandang beranak.

ii. Kandang ini dibina untuk mempastikan pengawasan beranak


yang teliti dan memastikan anak dilahirkan di dalam kandang
yang bersih serta mendapat kolostrum yang cukup.

Kertas Kerja Projek Kambing 16


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

iii. Ia juga akan menyenangkan pengawalan dan tindakan terhadap


kes-kes kesukaran beranak (dystocia). Selepas beranak, anak
akan diasingkan diunit anak.

iv. Kandang individu yang dibina digunakan untuk ternakan yang


menunjukkan tanda-tanda akan beranak.

v. Ia perlu dialaskan (bedding) dengan bahan kering yang tidak


kesat dan tidak terlalu licin serta senang dicuci. Lantai diperbuat
daripada konkrit seperti juga kandang-kandang lain.

vi. Air minuman yang bersih akan dibekalkan setiap masa.

vii. Kumpulan ini akan diberi konsentrat dan rumput foder.

8.7.4 Aliran Ternakan

a. Kedudukan unit-unit di dalam ladang berkait rapat dengan aliran


pergerakan ternakan yang akan memudahkan pengurusan
ternakan dan pastura.

b. Ternakan yang akan beranak dipindahkan kekandang beranak.

c. Anak akan ditempatkan bersama ibu tiga 3 hingga 6 bulan dan


selepas cerai susu ia akan dipindahkan ke unit weaner. Kambing
jantan dan betina diasingkan.

d. Kambing jantan akan dijual atau dijadikan fidlot dan sebahagian


kecil yang terpilih akan dikekalkan di dalam ladang untuk tujuan
pembiakan. Kambing betina kemudiannya dipindahkan ke unit
dara dan kemudiannya ke unit pembiakan apabila mencapai
umur untuk dibiakkan.

e. Ternakan yang tidak memberikan prestasi yang baik akan


diasingkan dan dipindahkan ke unit singkiran kemudian dijual.

Kertas Kerja Projek Kambing 17


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.7.5 Carta Aliran Ternakan

Ternakan yang telah beranak

Dibiakkan

. Bunting

Tidak bunting
Dipindahkan kekandang
beranak

Anak bersama ibu


selama tiga (3) 6 bulan Ibu

Masalah pembiakan

dipindahkan ke unit
weaner
Tua

Asingkan kambing jantan Asingkan betina


dipindahkan ke unit jantan dipindahkan ke unit
kambing dara.

Kambing jantan akan dijual


atau ke fidlot. Kambing dara di biakkan
sebagai gantian stok

JUAL Kambing betina akan dijual


a. Baka (dara) untuk baka.
b. Baka penjantan
c. Singkiran

Kertas Kerja Projek Kambing 18


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.7.6 Operasi harian Ternakan

Ternakan kambing akan dilepaskan untuk meragut di dalam pedok dan


dibawa balik kekandang bagi tujuan pemberian konsentrat, pembiakan
dan rawatan. Pemberian konsentrat bergantung kepada tahap
pengeluaran ternakan kambing dan diberi sebanyak dua kali sehari.

1. Anak kambing dibiarkan bersama ibu selama 3 bulan.

2. Anak kambing selepas cerai (3 bulan) hingga matang akan


dilepaskan ke pedok untuk tujuan ragutan.

3. Pembiakan dilakukan secara tabii.

4. Pihak pengurusan akan sentiasa memastikan tahap pengurusan


kekal pada tahap optima dengan mengikuti program kesihatan,
mengawasi rekod kelahiran, kematian, penyelarasan berat badan,
pengambilan makanan, fertiliti dan hal-hal lain yang ada kaitan
dengan prestasi ternakan.

5. Program pemilihan akan dilakukan secara lebih teliti dan sistematik


bagi memastikan hanya ternakan yang bermutu sahaja dipelihara.

8.7.7 Bangunan Untuk Ternakan

a. Setiap bangunan untuk kegunaan teduhan ternakan perlu sejuk


dan selesa. Oleh itu jenis dan bahan bumbung yang sesuai
akan digunakan.

b. Pembinaan kandang ini juga perlu mengambil kira ruang yang


diperlukan sekiranya jentera digunakan di dalam aktiviti
pembersihan kandang.

c. Bangsal teduhan perlu dibina dalam petak ragutan. Bagi


memudahkan pengurusan dan penjimatan kos, satu bangsal
teduhan akan dibina di bahagian tengah bagi empat atau tiga
petak ragutan. Bangsal teduhan ternakan juga perlulah
disediakan alat penangkap kilat.

Kertas Kerja Projek Kambing 19


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.7.8 Kandang

a. Kandang
Kandang yang sesuai dibina dan dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti petak beranak, petak anak, petak sakit dan lain-
lain.

b. Stor
Stor dibina untuk menyimpan makanan, barang-barang am dan
peralatan-peralatan ladangl.

c. Control Yard, Loading ramp dan travis


Untuk anak kambing, saiz lebih kecil di mana jarak antara
palang/pagar railing lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz.

d. Spraying race
Satu kawasan akan dibina untuk tujuan penyahkutu, bersebelahan
dan bersambung dengan control yard.

e. Bangsal Teduhan
Di dalam bangsal teduhan diletakkan bekas minuman ternakan dan
palung makanan. Kemudahan ini perlulah menepati keperluan
anak yang masih menyusu dan bersaiz kecil.

Kertas Kerja Projek Kambing 20


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

8.7.9 Pastura

Pembangunan Pastura

Napier dan rumput kuda (Guinea) akan ditanam.

80% daripada keluasan ladang akan dibangunkan sebagai kawasan


padang ragut dan 20% lagi untuk menempatkan bangunan, kandang,
stor, parit, kolam kumbahan dan pagar.

Spesies Rumput Peratus

1. Napier 70%
2. Guinea 30%

Jumlah 100%

8.7.10 Pembinaan Infrastruktur

Jalan
Ukuran saiz jalan akan menggunakan pelan piawaian sesuai dengan
kegunaannya.

Jalan sempadan seluas 8 kaki akan dibina di sepanjang sempadan bagi


memudahkan rondaan dan kawalan ternakan.

Kolam dan perparitan

Kolam tiga peringkat akan dibangunkan untuk tujuan rawatan sisa


buangan (najis) yang dihasilkan. Sistem perparitan yang sistematik juga
akan dibina bagi memudahkan penyaliran air kumbahan serta air hujan
ke dalam kolam takungan.

CULVET
sekiranya perlu Culvet akan digunakan di kawasan alur parit yang
merentasi jalan.

Kertas Kerja Projek Kambing 21


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

Pagar

Pagar Sempadan
Pagar sempadan akan dibina dengan menggunakan pagar cyclone

Pagar Petak Ragutan


Semua pagar petak ragutan akan menggunakan pagar letrik.

Pintu Pagar
Pintu pagar petak ragutan berukuran 10 kaki lebar dan 4.5 kaki
Tinggi dengan menggunakan tiang paip G.I bersaiz 3 inci.

Pintu Pagar Sempadan


Pintu pagar sempadan akan menggunakan cyclone dengan tiang paip
G.I bersaiz 3 inci. Pintu pagar menggunakan cyclone akan dibina
sebanyak 4 unit iaitu pintu masuk utama, pintu masuk ke kompleks
pejabat dan stor, pintu sempadan timur laut dan pintu sempadan
tenggara.

Kertas Kerja Projek Kambing 22


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

9.0 RANCANGAN PEMASARAN

Dalam menjalankan projek ini pemasaran adalah penting. Projek ini


menghasilkan 4 jenis produk iaitu:

i. Kambing singkiran untuk daging kambing


ii. Kambing jantan sebagai fidlot
iii. Kambing dara untuk jualan baka
iv. Jualan Tinja sebagai baja organik

9.1 Carta aliran stategi rancangan pemasaran.

LADANG

HASIL LADANG

KAMBING DARA ANAK JANTAN KAMBING TINJA


SINGKIRAN

STOK GANTIAN Unit FIDLOT JUALAN


LADANG LADANG KAMBING
PEDAGING

JUALAN BAKA KEPADA PENGUSAHA JUALAN BAJA


KAMBING ORGANIK

Kertas Kerja Projek Kambing 23


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

9.2 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing dara (baka)

Anak-anak kambing dara dijual kepada penternak kambing dengan


harga RM 800 /ekor.

9.3 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing pejantan muda


(baka)

Kambing pejantan muda dijual kepada penternak kambing dengan


harga RM 800 /ekor.

9.4 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing singkiran.

a. Menjual kambing bermasalah, tua dan tidak produktif secara terus


kepada pembeli.

b. Menjual daging kambing pada musim-musim tertentu.

c. Menjual untuk acara keagamaan seperti aqiqah dan korban dengan


harga RM 10 /kg betina dan RM 12 /kg untuk jantan

9.5 Strategi Rancangan Pemasaran Kambing feeder jantan untuk


penggemukan.

a. Anak-anak kambing jantan dijual kepada penternak fidlot pada


harga RM 12.00 /kg dan dianggarkan ternakan dijual dengan
berat 20 kg.

b. Anak jantan yang disingkirkan akan di ternak secara fidlot dan


dijual pada berat 40-45 kg dengan harga antara RM11.00/kg. -
RM12.00/kg

9.6 Strategi Rancangan Pemasaran Baja organik

Najis ternakan dikumpulkan dan diolah menjadi baja kompos kemudian


dijual sebagai baja organik dengan kadar harga RM 2.50 per beg (2kg).
dijual kepada pengusaha tanaman yang berdekatan.

9.7 Pengangkutan ternakan

Pembeli membeli dan mengangkut terus daripada ladang.

Kertas Kerja Projek Kambing 24


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

10.1 Kos Perlaksanaan

DodonFarming Enterprise menganggarkan kos perlaksanaan sebanyak


RM85,512.80 Perbelanjaan tersebut adalah terdiri dari perbelanjaan modal
iaitu penyediaan prasarana dan pembelian jenteran serta perbelanjaan modal
pusingan. Pecahan perbelanjaan adalah seperti berikut

A. Perbelanjaan Aset tetap Kos (RM)


(Prasarana) Tahun 0 Tahun 1
1.Penyediaan Tanah 500.00
2.Tanam rumput 500.00
3. Pembelian induk
Jantan (RM1000/ekor) 4,000.00
Betina (RM800/ekor) 40,000.00
4.Kandang dan stor 5,000.00
5. Pagar keliling 1,000.00
6. Jalan dan Parit 750.00
7. Bekalan air dan elektrik 750.00
8. Control yard 500.00
9. Tangki air & perpaipan 1000.00

Jumlah 54,000

B. Perbelanjaan Aset tetap Kos (RM)


(Jentera) Tahun 0 Tahun 1
1. Motosikal 4,500.00
3. Lain-lain peralatan 500.00
Jumlah 5,000.00

Jumlah kos Aset tetap (A + B) 59,000.00

Kertas Kerja Projek Kambing 25


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

C. Kos Kendalian Induk &


Anak setahun Parameter Kos (RM)
1.Kos Belanja makanan
Kos rumput 1sen/kg 54 x 12bln x 1sen x 874.80
Untuk induk (4.5kg/hari) 135kg
Kos rumput 1sen/kg 34 x 12 x 1sen x75kg 306.00
Untuk anak (2.5kg/hari)
2. Garam & vitamin 84 x RM 2 x 12 2,016.00
3. Ubatan 84 x RM 2 x 12 2,016.00
4. Upah pengurus RM 1000 x 12 12, 000.00
4. Upah pekerja RM 400 x 12 4,800.00
5. Penyelenggaran 1,000.00
6. Utiliti dan bahan api 500.00
7. Cukai tanah 0.00
8. Baja dan racun 1000.00
9. Belanja pengurusan 1000.00
10. Pelbagai 500.00

Jumlah 26,o12.80

Jumlah kos tetap dan kos kendalian tahun 0 dan tahun 1 adalah RM 85,512.80
# Lebihan wang pinjaman sebanyak RM14,4 87.20 akan dimasukkan kedalam modal pusingan
syarikat.

Kertas Kerja Projek Kambing 26


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

10.2 Struktur modal adalah seperti berikut:

1. Modal syarikat = RM 50,000.00


(terkumpul daripada pemegang saham 5 x 10,000.00)

2. Pinjaman = RM 50,000.00

JUMLAH = RM 100, 000.00

10.3 Bayaran Pinjaman

Jika pinjaman :RM 50,000.00


Kadar faedah : 4 %
Nilai Kadar faedah : RM 10,000.00
Jumlah pinjaman perlu bayar : RM 60,000.00
Jangka masa 5 tahun
Jumlah bayaran balik setahun: RM 12,000.00
Jumlah bayaran balik sebulan: RM 1000.00

10.4 Anggaran Aliran Kewangan dan Keuntungan

Rujuk jadual di mukasurat 28

Kertas Kerja Projek Kambing 27


Anggaran Aliran Kewangan dan Keuntungan untuk 6 tahun pertama
Syarikat Dodon Farming Enterprise

Anggaran
a. Kelahiran 80%
b. Kematian Induk betina 10%
c. Kematian Induk jantan 25%
d. Kematian anak 15%
e. Harga jualan anak baka RM800/ekor
f. Dua kali kelahiran setahun kecuali tahun pertama

Anggaran Aliran Kewangan dan Keuntungan

Tahun Unit 1 2 3 4 5 6
Separuh tahun ke I & ke II I II I II I II I II I II
PERKARA
A. Kambing induk
Betina ekor 50 50 50 50 50 50 50 50 50 50 50
Jantan ekor 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4
Jumlah ekor 54 54 54 54 54 54 54 54 54 54 54

B. kelahiran anak 80%** ekor 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40


Kematian anak dan singkiran 15% ekor 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6
Baki anak hidup ekor 34 34 34 34 34 34 34 34 34 34 34

C. Hasil
Jualan Anak Baka RM 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00 27,200.00

D. Kos Tetap
Prasarana RM 54,000.00 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jentera RM 5,500.00 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

E. Kos Kendalian setahun RM 26,012.80 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40

Jumlah Kos D+E 85,512.80 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40 13,006.40

Pendapatan Kasar selepas jualan RM -58,312.80 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60 14,193.60

Bayaran balik pinjaman bank RM 12,000.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 0.00 0.00

Pendapatan bersih RM -70,312.80 8,193.60 8,193.60 8,193.60 8,193.60 8,193.60 8,193.60 8,193.60 8,193.60 14,193.60 14,193.60

Pendapatan bersih sebulan RM -5,859.40 1,365.60 1,365.60 1,365.60 1,365.60 1,365.60 1,365.60 1,365.60 1,365.60 2,365.60 2,365.60

** dua kali kelahiran setahun kecuali tahun pertama


Merujuk kepada jadual aliran kewangan dan anggaran pendapatan dapat dilihat
bahawa pada tahun pertama operasi syarikat tidak mendapat sebarang
keuntungan, tetapi bermula pada setengah tahun pertama pada tahun kedua
syarikat menunjukkan keuntungan sehinggalah pada tahun-tahun berikutnya.
Pada tahun ke enam pendapatan bersih sebulan meningkat kerana pinjaman
telah habis dibayar.

Berdasarkan kepada pendapatan bersih yang tinggi setiap tahun (bermula tahun
ke-2) kami berpendapat bahawa projek yang dijalankan ini akan mendatangkan
keuntungan yang lumayan.
Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

11.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada dasar baru kerajaan dalam DPN3 yang mahu


menjadikan bidang pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi
negara, prospek penternakan khususnya industri kambing mempunyai
masa hadapan yang cerah.

Kemudahan kredit yang diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan


menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain itu
kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan
kemajuan industri kambing di negara kita.

Harga daging kambing segar telah meningkat bukan sahaja di negara kita
malah diluar negara. Keadaan ini berlaku kerana polisi perdagangan yang
liberal, peningkatan kepada kos pengeluaran serta permintaan yang
meningkat. Hari ini pengeluaran daging kambing segar menjadi satu
industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah
menjadi hasil komersial. Pertambahan populasi penduduk dan
peningkatan pendapatan rakyat menyebabkan permintaan kepada daging
kambing segar semakin meningkat dari masa ke semasa.

Sekiranya pemasaran dan penjualan daging kambing dibuat dengan


teratur dan sistematik, kami percaya dan yakin bahawa projek yang telah
dirancang ini akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada
kami.

Kertas Kerja Projek Kambing 30


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

12.0 LAMPIRAN

Sijil-sijil berkaitan
Pendaftaran Syarikat
Sijil menhadiri kursus
Surat akuan pemilikan/pajakan tanah
Surat-surat sokongan
Sijil-sijil akademik pemegang saham
dan lain lain

Kertas Kerja Projek Kambing 31


Dodon Farming
Enterprise
______________________________________________________________________________________

Contoh Kertas Kerja Penternakan Kambing &


Memasarkan Hasil Ternakan

Dodon 2007. Hakcipta Terpelihara


Tiada bahagian daripada panduan ini boleh ditiru atau dicetak dalam
apa jua bentuk dan cara tanpa kebenaran dari penerbit terlebih
dahulu.

Amaran:
Panduan ini tidak boleh diulang jual oleh sesiapa pun.

Kertas Kerja Projek Kambing 32

You might also like