Kata Bantu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KATA BANTU

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari
segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat
dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.
(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama
ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu
aspek yang dominan dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu
ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.
Kata Bantu Aspek
Masa lampau Masa ini (kini) Masa hadapan
telah sedang akan
sudah tengah belum
pernah masih
selalu

(ii) Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan


ragam atau suasana perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang
dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim diungkapkan dalam kalangan
pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh,
dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.

Kata Bantu Ragam


Mesti melakukan Hendak Berkeupayaan Pengizinan
(sesuatu melakukan melakukan melakukan
perbuatan) (sesuatu (sesuatu (sesuatu
perbuatan) perbuatan) perbuatan)
harus
Mesti hendak
perlu dapat boleh
wajib mahu

Kata Bantu Ragam


Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) Mahu atau tidak mahu melakukan
(sesuatu perkara)
enggan mungkin

You might also like