Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pengenalan Kepada Perniagaan

Definisi Perniagaan

aktiviti jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan
pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan
pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan.
Empat Konsep Asas Perniagaan
1. Barangan dan perkhidmatan
2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
3. Pertukaran nilai
4. Keuntungan perniagaan

Kepentingan aktiviti perniagaan terhadap ekonomi:

Mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran.


Memberi pendapatan kepada negara-melalui sebarang cukai perniagaan.
Mewujudkan dan mengembangkan industri sokongan.
Mewujudkan penempatan baru atau Bandar baru.
Menstabilkan harga barang.
Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur, pengangkutan dan
perhubungan.

Peranan perniagaan terhadap masyarakat;


Menyediakan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak masyarakat.
Memberi pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan
menyediakan peluang pekerjaan.
Melibatkan dalam aktiviti sosial seperti derma , penajaan dsb.
Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, perhubungan,
taman rekreasi dsb.
Menjaga alam sekitar daripada terjejas akibat aktiviti perniagaan.
Kepentingan perniagaan kepada kerajaan.
Mendapat cukai-aktiviti pembangunan negara.
Peluang pekerjaan dan mengurangkan pengganguran.
Menyediakan barangan dan perkhidmatan kpd kerajaan-kenderaan.
Menstabilkan dan meningkatkan ekonomi negara.
Membina imej dan daya saing negara-aktiviti ekspot, barangan berkualiti.

Faktor Pengeluaran

Tanah- digunakan untuk tapak perniagaan dan mendapatkan bahan mentah.


Buruh-individu yang menyumbangkan masa,tenaga dan kemahiran dalam
aktiviti perniagaan..
Modal- sebarang bentuk kekayaan yang digunakan untuk menambahkan
kekayaan dalam aktiviti perniagaan.(wang atau aset).
Keusahawanan-individu yang berani mengambil risiko dan berpandangan
jauh dalam perniagaan.
Teknologi-kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan
semasa.

PROSES PERNIAGAAN
adalah aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi terhadap input-
input pengeluaran bagi menghasilkan output untuk diagihkan di pasaran
dengan tujuan mendapatkan keuntungan.
Input -faktor-faktor pengeluran yang akan digunakan oleh kilang untuk
mengeluarkan barangan.
Proses tranformasi- proses pertukaran dan tambah nilai input organisasi
dengan menggunakan pengurusan dan teknologi bagi menghasilkan output.
Output -barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan/hasil akhir organisasi.

Peringkat dalam Proses Perniagaan

1. Membangunkan keluaran
mengenalpasti terhadap keluaran yang akan dikeluarkan.
hendaklah mengambil kira kepuasan dan keperluan pengguna.
Inovasi atau penciptaan baru
2. Menguruskan permintaan
menarik minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli keluaran.
mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru dan mengekalkan
permintaan keluaran sedia ada.
3. Memenuhi pesanan
untuk memastikan pembeli mendapat barangan yang dipesan tepat
pada masa dan kuantiti serta kualiti yang dijanjikan.
Merangkumi aktiviti mendapatkan bahan mentah, mengendalikan
proses pengeluaran, pemasangan,penyimpanan dan penghantaran
barang ke pengguna.
Penjadualan pengeluaran tepat supaya pesanan tak tergendala.
Khidmat selepas jualan perlu disediakan.

PERSEKITARAN PERNIAGAAN (Persekitaran Umum/Tidak Langsung)

1. Ekonomi
keadaan/persekitaran ekonomi-melambung atau meleset, kuasa beli,
harga barangan.
kadar pertukaran mata wang menarik
sistem kewangan dan perbankan yang efisien
peniaga yang beretika.
2. Sosiobudaya
Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat.
Budaya unik-kepelbagaian agama, adapt resam, perayaan ,
makanan,pakaian dsb.
Perubahan gaya hidup-gaya hidup moden dan nilai tradisional.
Perubahan dan peningkatan nilai sosial-penjagaan kesihatan, hak-hak
pengguna,alam sekitar dsb.
3. Politik dan perundangan
tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan serta
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan.
Keselamatan dan keadilan sistem perundangan
Kestabilan politik akan menjamin kestabilan ekonomi.
4. Teknologi
kaedah dalam proses penukaran input kepada output.
Penggunaan teknologi dapat meningkatkan pengurusan
operasi,produktiviti, kecekapan dan maklum balas pelanggan.
5. Persaingan dan jaringan
Persaingan-ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang
mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada pasaran yang
sama dengan produk usahawan.
Jaringan perniagaan-pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaan
dengan pembekal,pengilang atau pengedar untuk menghasilkan roduk
atau memasarkanya di pasaran.

PERSEKITARAN TUGAS/LANGSUNG
1. Pelanggan
2. Pembekal
3. Pembiaya dan pemodal
4. Kerajaan
5. Pekerja
6. Pesaing
ENTITI PERNIAGAAN
1. Pemilikan tunggal
- sebuah organisasi perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik/seorang
individu sahaja.

Kelebihan pemilikan tunggal:


1.Perniagaan mudah ditubuh dan dibubarkan.
2.Perniagaan mudah diurus.
3.Pemilik bebas mengurus dan mengawal syarikat.
4.Pemilik bebas membuat keputusan dan perlaksanaan.
5.Keuntungan adalah kepunyaan pemilik sepenuhnya.

Kelemahan pemilikan tunggal


1.Kesukaran untuk mendapat modal yang besar.
2.Sukar mendapat kredit atau pinjaman.
3.Modal yang terhad menghalang perkembangan perniagaan.
4.Menanggung beban yang banyak dalam menguruskan perniagaan.
5.Kemahiran pemilik terhad dalam mengurus perniagaan.
6.Jangka hayat perniagaan pendek/tiada jaminan akan berterusan.

2. PERKONGSIAN
-entiti perniagaan yang dimiliki sekurang-kurangnya dua individu dan tidak melebihi
20 orang pemilik.
Perkongsian biasa
-menguruskan perniagaan.
-bertanggungjawab terhadap semua tanggungan perniagaan
-liabiliti syarikat secara tidak terhad/menjelaskan hutang kepada perniagaan.
Perkongsian terhad
-melaburkan modal dan mendapatkan pulangan ke atas modal.
-tidak terlibat dalam pengurusan dan operasi perniagaan.
-liabiliti adalah terhad/tanggung kerugian terhadap modal yang dilaburkan saja.

Kelebihan perkongsian
Prosedur penubuhan agak mudah/tidak memerlukan prosedur yang rumit.
Sumber modal lebih baik kerana sumbangan daripada ahli-ahli.
Lebih mudah untuk mendapat kredit/pinjaman.
Risiko perniagaan dapat disebarkan di kalangan ahli-ahli.
Dapat berkongsi kepakaran,pengetahuan ,idea dan kebolehan ahli-ahli.

Kelemahan perkongsian
Tanggungan tidak terhad (kecuali ahli terhad) dan melibatkan harta peribadi.
Kemungkinan berlaku salah faham dan pertelingkahan antara ahli.
Persetujuan semua rakan kongsi perlu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan
kongsi.
Jangka hayat perniagaan pendek kerana kematian,bankrap,tak siuman ahli-
perkongsian terbubar.
3. SYARIKAT BERHAD

-mempunyai tanggungan terhad,jika berlaku kerugian segala tanggungan hanya ke


atas jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan.
-terdapat 2 jenis syarikat:

1. Syarikat sendirian berhad-sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh


kumpulan individu yang mempunyai ahli antara dua hingga 50 orang.

2. Syarikat awam berhad- sebuah syarikat berhad yang dimiliki oleh masyarakat
awam dan mempunyai dua atau lebih ahli yang memegang saham-saham syarikat.

Kelebihan syarikat berhad


Modal dapat dikumpul dengan mudah dan lebih besar.
Liabiliti adalah terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja dan tidak
melibatkan harta peribadi.
Syarikat dan pemegang saham adalah entiti berasingan,pemegang saham
dilindungi undang-undang.
Kewujudan syarikat secara relatifnya berterusan,walaupun pemegang saham
meninggal dunia,muflis,menarik diri,sakit dsb.
Pengurusan lebih cekap-wakil yang berkelulusan dan berkemahiran dalam
bidang perniagaan.

Kelemahan syarikat berhad


Penubuhan dan pembubaran syarikat agak rumit dengan peraturan yang
ditetapkan oleh pihak pendaftar syarikat.
Melibatkan kos dan masa dalam proses penubuhan.
Syarikat dikenakan cukai yang tinggi.
Bebanan prosedur,laporan dan penyata kewangan perlu disediakan dan
diserahkan kepada suruhanjaya syarikat.
Pemegang saham syarikat yang peratus saham yang sedikit tidak dapat
membuat keputusan untuk syarikat.

4. KOPERASI

-sebuah organisasi sosioekonomi yang dianggotai oleh sekumpulan individu secara


sukarela bertujuan untuk memberi kebajikan dan melindungi kepentingan ahli-
ahlinya.

Kelebihan koperasi:
Keuntungan dan kebajikan kepada ahli koperasi.
Liabiliti kepada ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan.
Koperasi mempunyai pelanggan tetap yang terdiri daripada ahlinya.
Mewujudkan semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli.
Bersifat lebih demokratik.

Kelemahan koperasi:
Diuruskan oleh ahli yang mungkin kurang pengalaman. kurang profesinal dan
bermasalah.
Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam
koperasi.
Sebahagian kecil sahaja ahli yang aktif.
Modal bergantung sepenuhnya kepada yuran dan keuntungan yang kecil.
Kurang daya saing kerana ditadbir oleh bukan profesional dan modal terhad.
Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh Jabatan
Pembangunan Koperasi.
1. Definisi Usahawan

Usahawan ialah seseorang yang memulakan sesuatu, pandai mencuba atau


mencipta sesuatu yang baru.
Dengan itu usahawan mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovasi untuk
menghasilkan yang baru.
Selain itu usahawan boleh mengubahsuai serta membuat pembaharuan
(inovatif), mengatur serta mewujudkan pasaran, sanggup menghadapi risiko
dan berusaha untuk menjayakan sesebuah perniagaan.
Peranan usahawan kepada masyarakat
Soalan lepas
Dilahirkan
(a) Ciri-ciri personaliti
Usahawan boleh dilahirkan dengan memiliki ciri-ciri personaliti semulajadi seperti
berinisiatif, lokus kawalan dalaman dan lain-lain. Faktor ini merupakan penentu
potensi perkembangan seseorang untuk menjadi seorang usahawan

Dilatih: Seseorang usahawan juga boleh dilatih melalui:

(a) Sistem pendidikan sekolah


Penekanan dan perhatian dalam bidang keusahawanan sebagai alternatif pilihan
kerjaya dapat memupuk minat individu terhadap keusahawanan. Ciri-ciri
keusahawanan seperti kreatif dan inovatif yang dipupuk dapat mendorong individu
menjadi usahawan

(b) Galakan kerajaan.


Kerajaan dan pihak swasta menjalankan banyak program pembangunan
keusahawanan untuk mendedahkan cara pengurusan perniagaan kepada bakal
usahawan . Bantuan ini menggalakkan penglibatan lebih ramai bakal usahawan
terlibat dalam bidang keusahawanan

(c) Dorongan tentang keusahawanan.


Dorongan keluarga akibat kerjaya keluarga yang berkaitan dengan keusahawanan
menentukan pilihan kerjaya individu sebagai usahawan ? Se lain itu, dorongan
daripada mentor melalui cara menanam rasa keyakinan juga mendorong seseorang
menjadi usahawan

CIRI-CIRI USAHAWAN
1. Inisiatif yang tinggi
Usahawan bersikap proaktif dalam melakukan sesuatu tanpa diarah. Dia sendiri akan
menyelesaikan masalah .Selain itu, dia akan menentukan matlamat dan mencapai matlamat
tersebut melalui usaha sendiri
2. Berani menghadapi risiko.
Usahawan menghadapi ketidaktentuan masa depan perniagaan kerana mungkin terpaksa
menanggung kerugian. Namun, dia menganggap risiko sebagai cabaran. Dia akan
memastikan risiko adalah munasabah dengan pulangan yang dijangka
3. Sanggup berkorban .
Pelaburan masa usahawan dalam perniagaan adalah tinggi. Dia melibatkan diri secara
sepenuhnya dalam tugas. Dengan itu, dia mungkin tidak mempunyai cuti dan terpaksa
bekerja untuk jangka waktu yang panjang
4. Lokus kawalan dalaman
Usahawan bertekad (tidak mudah putus asa) dalam menguruskan perniagaannya . Dia
mempunyai target pencapaian tinggi yang telah ditetapkan. Dia juga tidak akan dipengaruhi
oleh faktor-faktor luaran.
5. Tahap tenaga yang tinggi .
Kerja usahawan melibatkan penggunaan mental dan mungkin fizikal Dia mampu bertahan
untuk jangka waktu yang panjang dari segi mental dan fizikal. Dengan itu, dia mampu
menangani masalah yang bakal dihadapi dengan penuh matang.
6. Berani memikul tanggungjawab .
Usahawan sentiasa membuat keputusan secara sendiri. Dengan itu, dia akan
bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat apabila berlaku kegagalan
7. Berwawasan.
Usahawan merupakan seorang yang sentiasa memandang ke hadapan . Dia mempunyai
cita-cita yang tinggi Dia juga bersikap positif terhadap segala kemungkinan masa depan
8. Kreatif dan inovatif .
Usahawan mampu melahirkan idea yang baru . Dia akan melakukan inovasi dalam
perniagaannya .
9. Berkeyakinan
Usahawan sentiasa yakin dengan kebolehan diri Dengan itu, dia bersikap positif dalam
segala hal perniagaannya mendorong Sikap ini membolehkannya membuat keputusan
dengan lebih tepat .
10. Sanggup belajar dari kesilapan.
Usahawan tidak takut kepada kegagalan dan sanggup belajar daripada kegagalan.
Sekiranya berlaku kegagalan, dia akan memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi. Dia
akan cubamemperbaiki kelemahan sendiri untuk mencapai kejayaan
11. Keupayaan memimpin.
Usahawan sentiasa menentukan matlamat yang ingin dicapai. Dia akan mengawasi dan
mentadbir aktiviti perniagaan dengan baik. Selain itu, dia juga akan memotivasi pekerja
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan
12. Bijak merebut peluang.
Usahawan merupakan seorang yang sensitif terhadap perubahan persekitaran. Dia
mempunyai keupayaan melihat masalah sebagai peluang untuk mendapat keuntungan
13. Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh
Kecenderungan unutk memikirkan strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu
helah dalam mencapai matlamat perniagaan.
i. Berusaha untuk mewujudkan rakan perniagaan ( business contacts)
ii. Menggunakan pengaruh orang lain sebagai agen untuk mencapai matlamat.
iii. Mengawal maklumat yang diberikan kepada orang lain.
iv. Menggunakan strategi tertentu untuk mempengaruhi dn memujuk orang lain.
Cara mengurangkan risiko
Cabaran n risiko usahawan

You might also like