Analisis Kecenderungan Kerjaya Murid - Azrul Nizam Yucque Bin Azral

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SENARAI KANDUNGAN

PENULISAN AKADEMIK.............................................2
ANALISIS KECENDERUNGAN KERJAYA MURID..........5
LAMPIRAN...............................................................8
RUJUKAN.................................................................9

1
PENULISAN AKADEMIK
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1996), kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau
kemajuan seseorang dalam satu lapangan kehidupan untuk dijadikan bidang profesional atau
pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari nafkah. Pemilihan kerjaya merupakan satu
permasalahan terbesar yang sering dikemukakan oleh pelajar (Dr Ahmad Che Yaacob & Abdul
Halim Ramli, 2001). Oleh sebab itu, guru-guru terutamanya guru kaunseling memainkan
peranan yang besar di dalam membantu pelajar-pelajar memilih kerjaya yang sesuai untuk
mereka. Pelajar-pelajar perlulah memilih kerjaya yang sesuai atau selaras dengan minat, sifat
serta keinginan mereka. Menurut Dr Ahmad Che Yaacob & Abdul Halim Ramli, 2001 pemilihan
kerjaya yang selaras akan dapat mengurang dan mengelakkan daripada berlakunya pertukaran
kerja atau pertukaran bidang pengajian dalam masa yang singkat. Pertukaran kerja dan
pertukaran bidang pengajian dalam masa yang singkat seharusnya dielakkan kerana ianya
akan memakan masa serta kos yang lebih tinggi.

Pemilihan kerjaya merupakan satu isu yang amat penting pada masa ini. Oleh sebab itu,
pelbagai teori pemilihan kerjaya telah dibina bagi melihat kecenderungan pemilihan kerjaya
manusia dari pelbagai peringkat umur yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kebanyakan teori-
teori pemilihan kerjaya ini lahir di negara-negara Barat. Para pengkaji gelagat pemilihan kerjaya
Barat telah membangunkan satu piawaian bagi mengukur minat dan sikap individu terhadap
kerjaya bagi menentukan kerjaya yang dipilih bertepatan dengan minat dan aspirasi seseorang
(Dr Ahmad Che Yaacob & Abdul Halim Ramli, 2001). Di negara Malaysia, pentaksiran
psikometrik dijalankan kepada pelajar-pelajar bagi melihat ciri-ciri psikologi mereka dan
mengukur tingkah laku yang boleh dilihat dan sebahagian personaliti mereka. Hasil daripada
pentaksiran psikometrik ini dapat digunakan untuk melihat kecenderungan personaliti pelajar
dan seterusnya membantu mereka di dalam membuat keputusan mengenai pemilihan kerjaya
yang tepat dan sesuai untuk mereka.

Sistem pendidikan di Malaysia memberi fokus kepada pembangunan modal insan


seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, individu perlu
berkembang secara Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Pencapaian akademik
tidak dilihat sebagai satu-satunya aspek penting dalam pendidikan manusia. Oleh sebab itu,
Pentaksiran Psikometri (PPsi) telah diperkenalkan bagi mengukur tret psikologi dalam kalangan
pelajar. Pentaksiran ini merupakan salah satu cabang daripada sistem Pentaksiran Berasaskan

2
Sekolah (PBS) yang dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan utama ujian
psikometrik adalah untuk mengukur kebolehan murid, mendapatkan diskripsi lengkap mengenai
individu, membantu membuat keputusan yang praktikal, memahami secara lebih mendalam;
keadaan semula jadi dan perbezaan individu dan akhir sekali memberi pendedahan maklumat
kerjaya yang lebih luas dan tepat.

Terdapat 2 komponen utama ujian psikometrik yang dijalankan di sekolah iaitu aptitud
dan personaliti. Komponen aptitud dibahagikan kepada dua bahagian iaitu aptitud am dan
aptitud khusus. Seterusnya, komponen personaliti pula dibahagikan kepada dua iaitu inventori
Tret Personaliti dan inventori Minat Kerjaya. Kedua-dua komponen ini digunakan untuk menilai
ciri-ciri murid dan seterusnya membantu mereka di dalam membuat pilihan mengenai kerjaya
yang tepat dan sesuai untuk mereka.

Data Inventori Minat Kerjaya membahagikan minat murid kepada 6 konstruk yang
berbeza. 6 konstruk tersebut adalah Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan
Konvensional. Jadual di bawah menerangkan dengan jelas setiap konstruk yang terdapat pada
Inventori Minat Kerjaya.

PENERANGAN

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal.


Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai
REALISTIK

kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau
haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh.

Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual,


INVESTIGATIF

analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari


sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah.
Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan
intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

3
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original,
bebas,kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang
ARTISTIK

berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi
dan menghargai hasil seni kreatif.

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling


membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai
SOSIAL

kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti
membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikanmasalah sosial.

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan


ENTERPRISING

dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah,


memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat
akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan
ekonomi.

Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan
KONVENSIONAL

kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan


arahan.

4
ANALISIS KECENDERUNGAN KERJAYA
MURID
Data Pentaksiran Psikometrik yang telah saya ambil adalah daripada Sekolah
Menengah Kebangsaan St Paul, Beaufort, Sabah. Pentaksiran Psikometrik telah dijalankan
kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Saya telah mengambil data Inventori Minat Kerjaya (IMK)
daripada kelas 3B. Terdapat seramai 29 orang pelajar di dalam kelas 3B di mana pelajar lelaki
adalah seramai 15 orang pelajar pelajar perempuan seramai 14 orang. Graf di bawah
merupakan hasil daripada ujian psikometri Inventori Minat Kerjaya yang telah diberikan kepada
murid-murid.
Peratus

40.00

2.00 4.00
35.00
6.00
30.00 5.00
3.00

25.00 1.00

20.00
34.50 34.10
15.00 27.40 27.50 28.70
23.90
10.00

5.00

0.00
1 2 3 4 5 6

Petunjuk; 1. Realistik, 2. Investigatif, 3. Artistik, 4. Sosial, 5. Enterprising, 6. Konvensional

Berdasarkan kepada hasil data IMK yang diatas, pelajar-pelajar 3B lebih cenderung
untuk memilih kerjaya Investigatif dan Sosial. Kerjaya Investigatif merupakan kerjaya yang
terlibat dengan sains dan matematik terutamanya. Persekitaran pekerjaan ini memerlukan

5
kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan ketepatan. Antara contoh pekerjaan
yang terlibat dengan Investigatif adalah doktor dan saintis. Di samping itu, kerjaya sosial pula
adalah pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan kemahiran berinteraksi dan bersosial dengan
orang lain. Antara contoh pekerjaan Sosial adalah Guru dan Wakil Rakyat.

Murid-murid cenderung untuk memilih kedua-dua kerjaya ini kerana faktor baka dan
kebolehan individu sendiri. Baka mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan, sikap dan
personaliti individu yang akhirnya akan mempengaruhi kerjaya belia. Personaliti individu di sini
merujuk kepada kebolehan yang ditonjolkan oleh setiap individu secara sendiri pada satu
jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang yakin dengan kebolehan
diri mereka sendiri akan memilih kerjaya-kerjaya di bawah elemen Investigatif dan Kebolehan
Individu. Faktor ini dipersetujui oleh teori pemilihan kerjaya yang tertua di dunia iaitu Teori Tret
dan Faktor (Osipow,1973). Teori ini menerangkan bahawa proses pemilihan kerjaya adalah
berasaskan kepada perbezaan peribadi individu.

Faktor kedua yang mempengaruhi murid-murid untuk memilih kedua-dua kerjaya ini
adalah persekitaran. Persekitaran di sini boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu
persekitaran kerja dan persekitaran kehidupan pelajar. Hubungan antara individu dan
persekitaran kerja akan mewujudkan satu keselarasan. Menurut Zool Hilmi et al (2014),
semakin sama individu dengan persekitaran maka semakin selaras hubungan tersebut.
Pernyataan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar cenderung untuk memilih kedua-dua
kerjaya ini kerana mereka berasa bahawa pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah sesuai dengan
jiwa mereka. Perkara ini penting bagi memastikan mereka berasa selesa dengan kerja dan
tidak berasa tertekan atau tidak selesa ketika bekerja di masa hadapan. Seterusnya, murid-
murid didorong oleh orang-orang di sekeliling untuk lebih cenderung memilih kedua-dua kerjaya
tersebut. Perkara ini melibatkan persekitaran kehidupan pelajar. Kita sedia maklum bahawa
terdapat sesetengah ibu bapa yang melihat kerjaya doktor mahupun guru sebagai kerja yang
sangat-sangat baik dan stabil sehingga menggalakkan atau menanam cita-cita sebagai kedua-
duanya di dalam jiwa pelajar. Oleh sebab itu, pelajar sentiasa mempunyai minat yang tinggi
kepada kerjaya yang melibatkan Investigatif dan Sosial.

Faktor ketiga yang mempengaruhi kecenderungan pemilihan kerjaya dalam kalangan


murid adalah pengalaman belajar mereka sendiri. Perkara ini selaras dengan Teori Kerjaya
Super (Isaacson & Brown, 1993) yang mementingkan konsep kendiri dalam menentukan arah
tuju individu dalam bidang pekerjaan. Menurut teori ini, konsep kendiri ini berkembang melalui
pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap perkerjaan, hubungan dengan orang

6
dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman. Pengalaman belajar meliputi alat-alat
yang telah pelajar-pelajar gunakan di sepanjang proses pembelajaran mereka. Sebagai
contohnya, pelajar-pelajar telah menggunakan mikroskop, tabung uji kaji dan pelbagai alatan
sains di makmal sains sehingga menyebabkan mereka ingin menjadi seorang pengkaji atau
seorang saintis. Ini memberi justifikasi terhadap pemilihan kerjaya yang melibatkan Investigatif.
Di samping itu, pelajar-pelajar juga banyak melakukan pembentangan di dalam pembelajaran
serta menggunakan pelbagai cara untuk membentangkan tajuk yang diberikan kepada mereka.
Secara tidak langsung, perkara ini telah membawa kepada murid-murid yang berminat terhadap
pengucapan awam dan seterusnya ingin memilih kerjaya yang melibatkan sosial seperti guru
dan wakil rakyat. Justeru itu, kita dapat mengesan bahawa pengalaman belajar yang dialami
oleh pelajar-pelajar amat mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.

Faktor terakhir yang mempengaruhi pelajar dalam kecenderungan pemilihan kerjaya


adalah kemahiran mereka menjalankan tugas. Faktor ini adalah sama seperti faktor
kebolehan individu. Faktor ini disokong sekali lagi oleh Teori Anne Roe. Teori ini
mengintegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pelajar
cenderung untuk menjalankan tugas yang lebih dekat dengan diri atau personaliti mereka.
Sebagai contohnya. apabila suatu tugas itu lebih dekat dengan jiwa pelajar, mereka akan
mempunyai kemahiran yang lebih tinggi di dalam tugas tersebut. Hal ini berkait rapat dengan
personaliti mereka sendiri yang lebih sanggup untuk meningkatkan nilai diri di dalam perkara
yang mereka sukai. Justeru itu, murid-murid cenderung untuk memilih kerjaya Investigatif dan
Sosial kerana mereka merasakan bahawa mereka lebih mahir di dalam kedua-dua tugas ini.

Kesimpulannya, pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkait rapat
dengan keadaan sekeliling pelajar. Oleh sebab itu, guru-guru perlulah memainkan peranan dan
sentiasa cakna di samping memberikan pendedahan kerjaya yang tinggi kepada pelajar-pelajar
sekolah agar mereka tidak hilang arah setelah mempunyai cita-cita yang realistik dan sesuai.

7
LAMPIRAN

8
9
RUJUKAN
Haslina Zakaria (2013) Faktor Individu dan Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi
Pemindahan Latihan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan
Elektrik Utem. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn,
Malaysia.

Mohd Yazid Buntal (199&) Kematangan Kerjaya di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah


Menengah Atas. Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Putra Malaysia

Nor Shafrin Ahmad & Ahmad Amin Mohamad Sulaiman (2010) Pendedahan Maklumat Kerjaya
dalam Kalangan Pelajar Sekolah di Kawasan Luar Bandar. Bimbingan dan Kaunseling. DP. Jilid
10, Bil 1/2010

Ahmad Che Yaacob & Abdul Halim Ramli (2001). Teori Pemilihan Kerjaya dan Faktor-Faktor
yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya.Universiti Teknologi Mara, Cawangan Johor.

Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Noridah Binti Rahmat. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

PBS Psikometrik. Pentaksiran Psikometrik: Mengenal Pasti Minat dan Kecenderungan Murid.
BNPdesignstudio.

10

You might also like