Professional Documents
Culture Documents
Rawatanair 120815202309 Phpapp01
Rawatanair 120815202309 Phpapp01
1.0 Pengenalan
Air merupakan satu daripada sumber semulajadi yang memainkan peranan yang
sangat penting dalam kehidupan manusia. Bekalan air adalah kritikal untuk kehidupan
dimana fungsi asas masyarakat juga memerlukan air contohnya untuk kebersihan iaitu
kesihatan awam. Jumlah air di bumi mengikut kajian ialah 1.4 x 10km. pada 93
permukaan bumi 92.7% adalah air laut, 2.05% adalah air ais dan 0.65% ialah air
permukaan. Walaupun boleh dikatakan bekalan air mencukupi untuk semua negara di
dunia pada masa sekarang tetapi kita perlu memikirkan risiko kekurangan sumber air
untuk satu orang ialah 225liter/seorang/sehari. Kadar ini bergantung kepada waktu dan
tempat. Air digunakan untuk pelbagai jenis kegunaan yang boleh dikelaskan kepada
beberapa kategori utama iaitu kegunaan aktiviti harian oleh orang awam domestik,
kegunaan industri dan perbandaran, kegunaan bomba dan kehilangan dan pembaziran
air juga harus diambil kira. Dua sektor utama dalam pengunaan air ialah kegunaan isi
Dalam industri, air memainkan peranan penting dalam pelbagai kegunaan dan
peringkat. Industri merupakan pengguna air yang dominan serta terbesar di dunia
selain kegunaan domestik. Dalam industri, air digunakan dalam proses seperti air
dandang, air penyejuk, air untuk campuran konkrit, air untuk proses kimia seperti
Industri yang kedua terbesar penggunaan airnya ialah industri kimia yang
menggunakan lebih kurang 25 peratus daripada jumlah air yang digunakan dalam
industri pemprosesan. Lebih kurang 50% untuk kimia organik, 19% untuk kimia tak
organik, 14% untuk bahan plastik dan 7% untuk kimia untuk pertanian. Penggunaan
semula air dapat mengurangkan penggunaan bekalan air dalam industri ini dari 13.5
bgd kepada 5.2 bgd manakala keperluan bekalan air akan meningkat 300% dari 1.3
konteks di atas bermaksud kuantiti dan kualiti air bekalan (sebelum digunakan dalam
proses) dan kuantiti serta kualiti air pelepasan atau effluen (air yang dilepaskan selepas
digunakan dalam proses) perlu dipastikan seimbang. Maklumat mengenai air bekalan
dan effluen adalah sangat penting dalam merekabentuk loji rawatan air sisa dan
memilih cara rawatan air yang paling sesuai dan paling ekonomik dengan keadaan air
Selain effluen perlu diuji kualiti dan kuantitinya sebelum dilepaskan untuk
mematuhi syarat pelepasan yang telah disediakan. Selepas mengetahui jenis air sisa
yang dilepaskan dan berapa peratus pemulihan yang perlu dilakukan pada air maka
satu sistem tertentu dapat dipilih. Apabila sesuatu industri memilih teknologi yang paling
sesuai dengan air sisa yang dilepaskan dari proses dalam industri itu maka kadar
penggunaan semula dapat ditingkatkan seterusnya kuantiti bekalan air yang diperlukan
air seperti osmosis balikan yang paling bermanfaat untuk industri serta pengozonan,
teknologi ini, kaitannya atau cara penggunaannya dalam merawat air sisa industri juga
akan dibincangkan. Teori- teori rawatan ini bukan sahaja merawat air sisa malahan
membolehkan air sisa tersebut digunakan semula untuk pelbagai kegunaan dalam
industri. Dengan cara ini penggunaan air dalam industri dapat dikurangkan seterusnya
dapat mengawal dan mengurangkan pelepasan effluen kumbahan atau air sisa industri
Penggunaan proses membrane atau selaput dalam pengasingan air daripada air
sisa adalah merupakan satu teknologi yang telah lama digunakan dalam industri.
Sebagai contohnya, kandungan mineral yang terlalu tinggi dalam air bekalan dari
Jabatan Bekalan Air tidak sesuai digunakan dalam industri semikonduktor. Maka
industri ini akan merawat air bekalan tersebut dengan proses membrane atau selaput
Pengertian bagi konsep membrane atau selaput ialah teknologi ini merupakan
satu kaedah pemisahan air, ion-ion dan molekul-molekul yang kecil yang dibiarkan
mengalir melalui selaput separuh telap. Pada lazimnya proses ini tidak berfungsi
sebagai kaedah penurasan. Selalunya larutan yang perlu diasingkan dialirkan selari
ultra, penurasan mikro dan penurasan nano tertakluk dibawah teknologi membrane.
Setiap proses mempunyai kaedah operasi yang berlainan serta menggunakan jenis
air) daripada sesuatu bahan larut (contohnya garam). Selaput separuh telap digunakan
untuk memisahkan pelarut yang dibenarkan mengalir melalui selaput tersebut dari
bahan larut yang mempunyai berat molekul yang rendah dengan syarat tekanan yang
melalui tiga fasa. Larutan yang hendak dipisahkan akan menjalani proses pra-rawatan
selaput dari tersumbat atau tercemar. Selepas pra-rawatan air suapan akan dikenakan
tekanan yang tinggi dan dimasukkan ke dalam modul osmosis balikan. Hasil yang tulen
(yang mengandungi hanya sedikit sekali bahan larut) akan meresap melalui selaput ke
dalam saluran pengumpulan yang bertekanan rendah, untuk menghasilkan fluks yang
mencukupi, tekanan yang dikenakan mestilah tinggi daripada tekanan osmosis bahan
larutan. Hasil daripada pengkalan osmosis balikan akan dihantar ke satu lagi unit untuk
menjalani proses pascarawatan supaya ianya bersih dari bahan-bahan dan keadaan
sifat yang dimiliki oleh selaput separuh telap. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk
selaput. Selalunya ianya dibuat daripada cellulose acetate dan kadang kala dalam
hollow fine fiber system menggunakan jenis nylon polimer. Diantara sifat-sifat yang
baik yang perlu ada pada selaput tersebut adalah seperti berikut
a. Kebolehtelapan yang tinggi untuk pelarut & penolakan yang tinggi untuk
bahan larut.
b. Rintangan yang tinggi kepada pemadatan yang disebabkan oleh tekanan
Selain sifat selaput, pengkalan osmosis balikan mesti mempunyai kekuatan yang
cukup untuk menampung tekanan yang tinggi. Ia juga mesti mempunyai keupayaan
Biasanya kaedah pemisahan ini dapat mengasingkan 95-99% galian telarut, 95-
97% bahan organik terlarut dan lebih dari 98% bahan biologi dan koloid dalam air. Kos
pemisahan secara penyulingan atau penyejatan dimana tenaga yang diperlukan adalah
rendah. Osmosis balikan merupakan satu operasi unit yang begitu banyak sekali
digunakan dalam industri. Terdapat pelbagai kegunaannya dalam industri. Teknologi ini
perlu dioptimumkan penggunaannya dalam rawatan air sisa industri kerana lebih
daripada 60% effluen yang telah dirawat dengan cara ini dapat digunakan semula untuk
kegunaan lain. Dengan cara ini penggunaan semula dapat ditingkatkan malahan
Teknologi ini mengasingkan sisa daripada airsisa melalui aspek-aspek saiz molekul dan
bentuk molekul. Air sisa di alirkan melalui modul selaput dimana perbezaan tekanan
pada selaput dikekalkan. Air dan molekul yang lebih kecil akan bergerak ke kawasan
yang mempunyai tekanan yang lebih rendah, manakala molekul-molekul yang lebih
Untuk mengelakkan keadaan yang kotor, larutan dialirkan melalui selaput pada
halaju yang tinggi dan perkara ini menyebabkan ketepatan pengasingan yang rendah.
Untuk meningkat kualiti hasil aliran dialirkan melali selaput secara berulang- ulang
hingga 500 000 boleh diasingkan. Larutan dengan molekul yang melebihi had ini tidak
dapat diasingkan oleh penurasan ultra manakala molekul yang mempunyai ketumpatan
yang kurang daripada 500 pula diasingkan dan bergantung pada saiz liang selaput
yang digunakan.
lebih rendah berbanding tekanan yang digunakan dalam proses osmosis balikan iaitu
daripada air dengan menggunakan arus elektrik. Selaput yang digunakan dalam proses
membrane). Melalui pemilihan selaput penggantian kation dan anion diantara dua
elektrod dalam larutan elektrolit yang berarus melalui penyekat poros dengan
menggunakan asid kuat sebagai kation dan bes kuat sebagai anion pengasingan akan
berlaku. Alat ini berfungsi pada tekanan rendah serta ianya murah dan senang
digunakan.
3.3 Electrowinning
daripada air sisa dan air sisa ini dapat dilepaskan pada tahap yang selamat. Dalam
teknologi ini pengumpulan logam dilakukan melalui kaedah elektrolisis. Elektrod dicelup
pada larutan dan apabila arus mengalir, logam akan terkumpul dan mengenap di katod.
sisa dan mengasingkan air sisa ke reaktor berlainan untuk proses-proses kogulasi dan
flokulasi. Buih gas yang dihasilkan melalui elektrolitik akan mengasingkan sisa-sisa
yang terampai pada permukaan air dalam tangki manakala effluen yang telah dirawat
Proses ini sesuai digunakan dalam industri kerana, air sisa industri mempunyai
kepelbagaian dari segi kandungan. Proses ini boleh diaplikasikan dalam industri-industri
seperti industri elektrosaduran (electroplating) , pengecatan dan industri logam. Air sisa
dari industri logam mengandungi pelbagai jenis logam berat dan mineral yang perlu
diasingkan daripada minyak atau gris yang terhasil daripada aktiviti pemprosesan.
kation logam, anion bukan organik, asid organik dan amina organik yang tidak
dihendaki daripada airsisa. Teknologi ini merupakan proses kimia tahap dua, dimana
bahan pejal atau petukar ion mengumpulkan ion-ion tertentu apabila dialirkan melalui
larutan elektrolit. Penyingkiran berlaku akibat pengasingan elektrostatik oleh ion relatif
ion positif dan anion jika ia menukarganti ion negatif. Terdapat 5 jenis damar pertukaran
ion.
dalam air sisa penyaduran. Unit penukaran ion menyingkirkan kromium hexavalen dan
air yang diperolehi boleh digunakan dalam pembasuhan plat. Satu lagi kegunaannya
Selain itu, teknologi ini yang merupakan satu daripada rawatan fisiokimia bagi air
sisa juga efektif dalam penyingkiran ammonia-N. teknologi ini sesuai untuk merawat air
sisa yang mempunyai ciri-ciri seperti jumlah pepejal terampai dan kepekatan nitrogen
adalah rendah.
kuman yang kini sedang meningkat penggunaanya. Ozon merupakan gas dimana
dalam ozon ialah agen pengoksidaan yang kuat yang bertindakbalas dengan bahan
organik mahupun bahan bukan organic yang diurai untuk menghasilkan oksigen yang
mesra alam atau tidak mencemar atau memberi kesan terhadap alam sekitar. Ia
mempunyai kuasa pembasmian kuman yang tinggi. Berbanding dengan klorin, ozon
mempunyai 3000 kali lebih kuasa pembasmian kuman dan bertidak 50% lebih kuat
Ozon juga merupakan salah satu teknologi yang kian meningkat penggunaannya
didalam industri. Didalam rawatan air sisa, ozon banyak digunakan dan diaplikasikan
electroplating
ii. Menghapuskan phenol
iii. Mengoksidakan logam-logam yang terlarut seperti besi & mangan
iv. Merawat air sisa dari industri kain, cat dan industri pencelupan (dye)
v. Mengurangkan BOD, COD, TDS air sisa secara mendadak
3.6.2 Radiasi
Satu lagi teknologi terbaru dalam pembasmian kuman ialah penggunaan radiasi
seperti ultraviolet(UV) dan gamma. Teknologi ini belum lagi diapplikasikan secara
difahami bahawa asid nuklik dalam sel bakteria akan menyerap sinar ini dan akan
kekeruhan air sisa, alga, warna air sisa dan pepejal terampai menhalang laluan sinar
Radiasi gamma pula ialah produk daripada kemerosotan radioaktif. Cara ini
sangat efektif kerana radiasi mampu menyusupi ke dalam air sisa dan efektif dalam
pembasmian kuman dan pelbagai jenis virus. Teknologi ada digunakan dalam industri
sangat tinggi dan memerlukan kepakaran pemulihan menjadikannya tidak sesuai untuk
teknologi membrane yang dikenali sebagai sistem EnChem dikenalpasti. Sebab utama
pemilihan sistem ini oleh Microbar Incorporated adalah kerana penghasilan air sisa
yang telah dirawat dengan jumlah pepejal terampai dan kandungan logam yang rendah.
Selain itu didapati bahawa sistem ini sangat sesuai untuk merawat air proses serta air
sisa yang hendak diguna semula. Dalam sistem ini , bahan pencemar dalam air sisa
disingkirkan melalui reaksi kimia yang dikawal iaitu dengan menggunakan polimer untuk
membrane.
Dalam sistem ini, polimer yang hendak digunakan harus dipilih dengan teliti
mengikut spesifikasi dan ciri- ciri air sisa manakala membrane atau selaput yang
hendak digunakan tidak mempunyai syarat yang khas. Reaksi kimia dalam sistem ini
dapat dikesan serta dapat diulangi untuk pengasingan membrane. Pra rawatan polimer
akan mengurangkan pepejal terampai dalam air sisa, dan menghasilkan partikel yang
bersaiz 50 mikron. Seterusnya partikel akan membentuk cake atau gumpalan pepejal
didalam penuras membrane. Penuras ini akan mengekalkan penurasan dan pada masa
yang sama membenarkan aliran berkadar alir tinggi serta perbezaan tekanan yang
rendah.
Sistem EnChem telah diuji dalam industri semikonduktor selama beberapa tahun
dan didapati air sisa yang telah dirawat mempunyai kualiti yang sangat baik dimana ia
dapat dialirkan keluar secara terus atau diguna semula sebagai air suapan dalam
maka dapat merawat air sisa daripada pelbagai jenis industri. Sistem ini dapat
aliran air sisa keluar dari kawasan alat penurasan atau proses lanjutan.
Sistem ini boleh mengendalikan kadar alir yang tinggi iaitu melebihi 1500 gpm
Proses-proses dalam sistem ini dikawal 100 peratus oleh alat kawalan logik
yang diprogram (programmable logic controllers, PLC) dan dengan cara ini kos
organik dengan berat molekul yang lebih rendah. Prosesnya pula adalah lebih kurang
sama seperti proses penyingkiran silika dan florida. Tambahan pula reaksi adalah
fleksibel walaupunterdapat gabungan pelbagai jenis air sisa. Contohnya seperti air sisa
yang mengandungi tungsten, alumina dan besi juga boleh dirawat dengan proses yang
sama.
nilai pH harus ditingkatkan kepada 6.5-7.0. kolam ini direkabentuk untuk masa
90 peratus dan BOD air sisa selepas rawatan ialah 500 mg/l sahaja.
Sebelum rawatan dalam kolam anaerobik penapisan yang baik adalah perlu
untuk mengurangkan pepejal terampai atau bendasing yang memasuki kolam ini.
Air sisa dirawat dengan rawatan aerobik berikutan rawatan dalam kolam
oksigen yang diperlukan. Dengan rawatan ini selepas 24 hingga 36 jam kandungan
BOD dalam air sisa akan berkurang menjadi < 60 mg/l. akhirnya air sisa disimpan
Air sisa ini dapat dikitar semula untuk kegunaan dalam aktiviti-aktiviti seperti
pembersihan, pemotongan dan penyediaan buah nenas. Selain itu, air sisa tersebut
juga boleh dikitar semula sebagai air suapan menara penyejuk dan untuk kegunaan
pembersihan.