Teknik Pfa Revised

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

NOTA PANDUAN SESI PRAKTIKAL PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT)

FOR PSYCHOLOGICAL FIRST AID

1. TEKNIK PERNAFASAN DALAM

Tujuan:

Salah satu cara yang digunakan untuk mengawal perasaan supaya klien dapat bertenang

Kaedah perlaksanaan: Individu atau berkumpulan

Masa/ Tempoh: 30 minit

Tatacara:

1. Minta klien duduk atau baring mengikut keselesaan


2. Minta klien letakkan satu tangan di dada dan satu tangan lagi di perut
3. Minta klien menarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan perhatikan tangan di
bahagian perut bergerak naik semasa menarik nafas. Pergerakan tangan di bahagian dada
sepatutnya bergerak sedikit sahaja.
4. Minta klien menahan nafas seketika.
5. Hembus nafas melalui mulut secara perlahan-lahan, keluarkan sebanyak mungkin udara dengan
mengempiskan perut. Perhatikan tangan di bahagian perut bergerak turun dan pergerakan
tangan di bahagian dada sepatutnya bergerak sedikit sahaja.
6. Di akhir hembusan ucapkan istighfar atau tenang
7. Ulangi kaedah pernafasan dalam 5 kali sehingga tenang

Tips untuk fasilitator:

1. Pastikan klien mengikut arahan secara teliti.


2. Fasilitator digalakkan melakukan demonstrasi terlebih dahulu sebelum mempraktikkan ke atas
klien.
3. Sekiranya klien masih terlalu resah atau bertindak agresif, sila dapatkan rujukan professional.
2. TEKNIK RELAKSASI OTOT

Tujuan: Antara kaedah yang digunakan untuk menenangkan diri berdasarkan prinsip regangan dan
relaksasi otot dengan sistematik.

Kaedah perlaksanaan: Individu atau berkumpulan

Masa/ Tempoh: 15 hingga 30 minit

Tatacara:

1. Minta klien duduk atau baring mengikut keselesaan


2. Minta klien longgarkan sendi tangan dan kaki
3. Minta klien dongakkan kepala dan lepas perlahan-lahan.
4. Kerutkan dahi sebanyak mungkin dan lepas perlahan-lahan
5. Minta klien pejam mata rapat-rapat dan buka mata perlahan-lahan
6. Minta klien kancing atau ketap gigi kuat-kuat dan lepas perlahan-lahan
7. Minta klien genggam tangan kuat-kuat dan lepas perlahan-lahan
8. Minta klien kempiskan perut sedalam mungkin dan lepas perlahan-lahan
9. Minta klien pijak kaki ke tanah atau lantai sekuat mungkin dan lepas perlahan-lahan (kalau
duduk di kerusi)
10. Minta klien luruskan lutut dan menolak tapak kaki ke bawah kemudian lepas perlahan-lahan
11. Minta klien naikkan tapak kaki ke atas sekuat mungkin dan lepas perlahan-lahan
12. Minta klien merasai perubahan selepas regangan dilakukan.

Tips untuk fasilitator:

1. Pastikan klien berada dalam keadaan tenang sebelum melakukan regangan.


2. Pastikan klien melakukan teknik ini secara bersungguh-sungguh untuk mendapat kesan yang
optima.
3. TEKNIK GROUNDING

Tujuan:

Teknik ini merupakan satu kaedah untuk membawa seseorang yang mengalami perasaan takut dan
sukar mengawal diri kembali kepada realiti.

Kaedah perlaksanaan: Individu atau berkumpulan

Masa/ Tempoh: 30 minit

Tatacara:

1. Bawa klien ke tempat yang lebih selamat dan senyap


2. Minta klien duduk dengan selesa dan pandang ke arah terapis
3. Minta klien ikut arahan yang akan diberikan
4. Minta klien bernafas secara teknik pernafasan dalam sehingga klien boleh mengikut arahan.
Ulangi teknik pernafasan ini sehingga klien lebih tenang dan dapat mengikut arahan.
5. Minta klien lihat sekeliling dan namakan 5 benda/ warna/ bunyi yang berhampiran yang tidak
mendatangkan ketakutan
6. Ulangi pernafasan dalam sekiranya klien nampak masih resah
7. Tanyakan sekiranya klien lebih tenang sekarang
8. Berikan masa untuk klien luahkan perasaan

Tips untuk fasilitator:

1. Pastikan hanya seorang yang bercakap pada satu-satu masa


2. Elakkan daripada bertanya atau memaksa klien menceritakan tentang insiden yang berlaku,
kecuali klien bersedia untuk bercerita.
3. Sekiranya klien masih terlalu resah atau bertindak agresif, sila dapatkan rujukan professional.
4. TEKNIK MENGALIHKAN PERHATIAN

Tujuan:

Teknik ini bagi mengalih perhatian seseorang yang terlampau memikirkan perkara-perkara yang
menakutkan.

Kaedah perlaksanaan: Individu atau berkumpulan

Masa/ Tempoh: 15 hingga 30 minit

Tatacara:

1. Minta klien duduk dengan tenang dan lakukan pernafasan dalam


2. Tanya apa yang klien fikirkan sekarang
3. Minta klien tutup mata dan cuba bayangkan suasana yang tenang seperti di tepi pantai
4. Cuba bayangkan seperti bunyi deruan ombak, angin bertiup dan sebagainya
5. Minta klien buka mata dan lihat sekeliling
6. Fokuskan kepada satu benda yang tidak berkaitan dengan perkara yang menakutkan tadi
7. Cuba teliti benda tersebut dari segi bentuknya, warnanya atau rasanya

Tips untuk fasilitator:

1. Aktiviti mewarna dan bercerita juga boleh digunakan untuk alih perhatian (untuk kanak-kanak)
5. TEKNIK MENYESUAIKAN DIRI DALAM MENANGANI STRES

Tujuan:

Teknik ini bagi meggalakkan individu menggunakan amalan yang baik dan positif bagi menyesuaikan diri
dalam menangani tekanan atau krisis

Kaedah perlaksanaan: Individu atau berkumpulan

Masa/ Tempoh: 15 hingga 30 minit

Contoh teknik:

1. Keluar dari suasana yang tidak menyenangkan


2. Ambil masa untuk berehat seketika
3. Kongsi perasaan dengan orang yang dipercayai
4. Melakukan senaman ringan
5. Bermunajat, tafakur, berdoa mengikut amalan masing-masing
6. Berfikir positif
7. Amalkan teknik relaksasi dan pernafasan dalam
8. Elakkan penyesuaian yang negatif seperti pengambilan dadah merbahaya atau melakukan
sesuatu yang membahayakan diri

Tips untuk fasilitator:

1. Fasilitator boleh bertanya kepada klien tentang teknik penyesuaian yang biasa digunakan untuk
menangani tekanan

You might also like