Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru geografi saya iaitu Pn Razilah Binti Othman yang telah meluangkan masanya
menunujuk ajar dan membimbing saya semasa menjalankan Kajian Geografi Tempatan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua sekolah iaiti
Pn Haznah Binti Hamzah yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan
kajian ini.

Seterusnya, saya juga merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan
bapa saya yang sudi memberikan dorongan dan sokongan untuk saya menjalankan kajian ini dan
pada akhir dapat menyiapkannya kertas kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih kepada penduduk-penduduk Bandar Bukit Tinggi yang telah terlibat secara
langsung dalam membantu dan memberikan kerjasama mereka dengan meluangkan sedikit masa
untuk mengisi borang soal selidik yang telah saya disediakan. Tanpa kajian selidik ini, maka
sukarlah saya untuk menyiapkan kertas kerja kursus geografi ini dengan baik.

Akhirnya, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah bersama-sama berbincang dan
berkongsi maklumat untuk membuat kerja kursus ini. Sekali lagi kepada semua yang terlibat
terima kasih sekalung budi.
1.0 PENGENALAN

Migrasi dalaman merujuk kepada perpindahan dari sesuatu tempat ke satu tempat ke lain di
dalam sesebuah Negara.Perpindahan penduduk di antara kawasan dalam sesebuah Negara boleh
meninggalkan berbagai-bagai kesan ke atas kawasan yang ditinggalkan dan kawasan yang
didatangi.Kesan positif migrasi ialah perpindahan telah dapat mengimbangi taburan penduduk
antara kawasan-kawasan di dalam negeri.

Misalnya perpindahan penduduk Selangor ke Pahang keranan program-program


pembangunan.Seterusnya , penduduk di Bandar utama dipindahkan ke Bandar-bandar baru di
luar Bandar utama dipindahkan ke bandar-bandar baru di luar Bandar bagi mengurangkan
kesesakan memajukan kawasan yang sebelumnya mundur .Migrasi menyediakan bekalan tenaga
kerja yang mencukupi untuk memajukan dan memanfaatkan sumber-sumber ekonomi yang
ada .Aspek negatif kesan migrasi ialah kawasan asal kehilangan sebahagian besar tenaga muda
yang umumnya lebih produktifiti dan mahir.

Akibatnya banyak tanah pertanian terbiar.Perpindahan juga menyebabkan wujudnya masalah


sosial sekiranya penduduk yang berhijrah tidak bersedia iaitu tidak bepelajaran atau
berpengalaman untuk bekerja di Bandar.Masalah social sekiranya penduduk yang berhijrah tidak
bersedia iaitu tidak berpelajaran atau berpengalaman untuk bekerja di Bandar.Masalah seperti
pengangguran , kemiskinan kawasan setinggan , jenayah dan sebagai akan berlaku.

Akhirnya , perpindahan ke Bandar besar juga menyebabkan kesesakan di Bandar.Kemasukan


penduduk pada jumlah yang ramai menyebabkan wujud keadaan bilangan penduduk tidak
seimbang dengan kemudahan kemudahan yang disediakan .Misalnya pertambahan bilangan
kenderaan sejajar dengan pertambahan penduduk tanpa diiikuti dengan penyediakan jalan raya
yang lebar dan panjang menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

A Mendefinisikan dan menghuraikan konsep migrasi penduduk Bandar Bukit Tinggi.

B. Mengkaji dan menghuraikan pola migrasi penduduk Bandar Bukit Tinggi.

C. Mengkaji dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk


Bandar Bukit Tinggi.

D. Mengkaji dan menghuraikan kesan migrasi kepada penduduk Bandar Bukit Tinggi.

E. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi dalaman pendudk Bandar


Bukit Tinggi.

F. Membuat rumusan keseluruhan termasuk penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan
kajian.

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN


Kawasan kajian Bandar Bukit Tinggi dibina pada tahun 1997. Kawasan ini asalnya ialah sebuah
kawasan kelapa yang telah ditebus guna menjadi kawasan petempatan. Lokasi kawasn kajian
ialah di barat laut bandar bukit tinggi. Jarak di antara kawasan kajian saya dengan bandar klang
kira-kira 10km. Kawasan kajian saya boleh dihubungi dengan jalan raya sama ada menaiki teksi
atau kereta.

Jika tinjau kawasan kajian merupakan tanah pamah yang rata. Walaubagaimanapun, kawasan ini
berasal daripada kawasan beralun yang tidak mengalami banjir. Selain itu, di kawasan
persekitaran Bandar Bukit Tinggi dilengkapi dengan kemudahan asas seperti masjid, balai polis,
klinik dan sebagainya.

4.0 KAEDAH KAJIAN


Selepas diberi tajuk kerja kursus Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Bukit Tinggi, saya
telah menggunakan kaedah kajian seperti semasa menjalankan kajian ini:

A. Pemerhatian
*Pemerhatian terhadap ciri kawasan kajian dari segi pembangunan di kawasan serta kemajuan.

*Pemerhatian terhadap kepadatan penduduk dan kawasan perumahan serta jenis kemudahan
yang terdapat di kawasan persekitaran.

B. Soal Selidik
*Pengedaran borang soal selidik dibuat kepada 20 orang individu. Borang soal selidik telah
disediakan seperti di lampiran untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian kerja
kursus iaitu migrasi dalaman penduduk.

*Kategori individu yang menjalankan soal selidik adalah penduduk di kawasan Bandar Bukit
Tinggi dimana terdiri daripada golongan yang bekerja, suri rumah tangga dan golongan peniaga
yang menjalankan perniagaan di Pusat Membeli belah iaitu lebih dikenali sebagai GIANT.

C. Temu Bual
*Temu bual telah dibuat dengan 5 orang penduduk Bandar Bukit Tinggi yang terdiri daripada
tiga golongan yang berlainan iaitu suri rumah, pelajar dan guru. Temu bual telah dibuat
berdasarkan soalan-soalan yang disediakn seperti di lampiran.

Maklumat Informan 1 Informan 2 Informan 3


Nama Informan Shakthy Yap Bee Chu Aina Shafiqah
Umur 20 44 48
Pekerjaan Pelajar di KMS Suri rumah tangga Pekerja Swasta
Tempat Temu Pusat Membeli Tempat kediaman Tempat kediaman
Bual belah informan informan
Tarikh Temu Bual 11 Jun 2016 11 Jun 2016 11 Jun 2016
Masa Temu Bual 10:00:00AM 01:00:00PM 05:00:00PM

D.RUJUKAN
*Pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti di peta kawasan kajian dan
maklumat-maklumat lain uang berkaitan.

*Pemgumpulan maklumat melalui internet dan laman web sesawamg.

*Rujukan dibuat daripda buku rujukan semester 1 Tingkatan 6 bawah.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 KONSEP MIGRASI PENDUDUK
Migrasi penduduk ialah perpindahan atau penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat
yang lain. Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman.

Migrasi antarabangsa ialah penghijrahan dari sesebuah negara ke negara yang lain. Contoh
migrasi antarabangsa adalah perpindahan jiran yang bernama Yap Bee Chu yang berasal dari
china ke Bandar Bukit Tinggi, Malaysia berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Migrasi dalaman ialah perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan sesebuah negara


samada perpindahan tempat tinggal secara sementara atau kekal. Contohnya, dalam kajian adalah
perpindahan seorang penduduk Shakthy yang berpindah dari Johor ke Bandar Bukit Tinggi,
Selangor untuk meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor.

Migrasi dalaman melibatkan perpindahan dari bandar ke bandar (contoh: penduduk berpindah
dari Petaling Jaya ke Bandar Bukit Tinggi), bandar ke luar bandar (contoh: penduduk berpindah
dari Bandar Bukit Tinggi ke Seremban), luar bandar ke luar bandar (contoh: penduduk berpindah
dari Seremban ke Melaka) dan luar bandar ke bandar (contoh: penduduk berpindah dari
Seremban ke Bandar Bukit Tinggi).
Memandangkan Bandar Bukit Tinggi merupakan satu bandar di Selangor, kajian hanya
melibatkan migrasi dalaman.

5.2 POLA MIGRASI PENDUDUK DI KAWASAN KAJIAN


Bandar Bukit Tinggi merupakan salah satu petempatan yang giat dan pesat membangun sahaja di
Selangor. Ia juga adalah satu kawassan yang mempunyai penduduk yang tinggi.Dalam kajian,
memandangkan Bandar Bukit Tinggi adalah satu petempatan yang padat, pola migrasi
menunjukkan perpindahan dari bandar ke bandar dan perpindahan luar bandar ke bandar.
Kebanyakan bandar-bandar yang terlibat dalam migrasi ke Bandar Bukit Tinggi adalah dari
bandar-bandar besar dan maju yang berdekatn seperti Klang, Shah alam, Puchong dan Petaling
Jaya ataupun bandar-bandar membangun seperti di ipoh dan Johor.

You might also like