Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2016 SEMESTER 2 )

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL


(GBM1103)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NAJUAN NABIL BIN ABDUL GHANI

NOMBOR KAD
980502-075149
PENGENALAN:

INDEK: 2016192310163

PPISMP C8 AMBILAN JUN 2016


KELAS:
BAHASA MELAYU (SK)

NAMA
Dr. Hj. MOHAMMED AYOB B. SUKANI
PENSYARAH:

PENULISAN ESEI II
TAJUK:
(PERBANDINGAN LARAS BAHASA DALAM FORUM)

TARIKH
7 APRIL 2017
SERAHAN:
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara M/s


Penghargaan I
Pengenalan 1
2.0 Peta I-THINK 2-3
2.1 Rumusan Peta I-THINK 4
3.0 Proses Pembentukan Kata 5-12
4.0 Rumusan 13
Bibilografi 14
Lampiran
PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Titipan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allah tuhan penguasa seluruh alam


kerana sudi melimpahkan rahmatNya kepada insan kerdil ini. Berserah kepadanya atasa
segala takdir yang dikhehendakinya ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, Dr. Hj. Mohammed Ayob B. Sukani. Dengan izin Allah, beliau telah memberikan tunjuk
ajar serta bimbingan waima mengganggu masa rehat beliau . Hasil bantuan daripada beliau
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan penghasilan sebuah kerja kursus
mengenai membandingbezakan penggunaan laras bahasa Melayu dalam sesi dua forum
dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada
kedua ibu bapa saya iaitu, En Abdul Ghani B. Abdullah dan Puan Rozita Bt. Hamid serta
keluarga keran telah memberi saya pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
qperingatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang telah saya uterakan kepada mereka.

Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau secara tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian, Terima
kasih.

1
2
PENGENALAN
Dalam tugasan ini, isu penggunaan laras bahasa akan menjadi fokus utama untuk
membanding beza penggunaannya dalam dua sesi forum yang berbeza. Setiap manusia
mempunyai laras bahasa yang berbeza dari segi penggunaanya dan tahap ilmu
pengetahuan seseorang dalam bahasa. Maka pada tugasan ini, segala perkara mengenai
laras bahasa sama ada daripada jenisnya, cara penggunaannya dan lain-lain akan
diterangkan dan diteliti berdasarkan dua buah forum yang akan dilihat.

Sebelum kita pergi lebih jauh, molek kita mengetahui dan memahami dengan lebih jelas
mengenai forum sebelum melihat kepada laras bahasanya. Menurut kamus dewan edisi
keempat, forum bermaksud perjumpaan perbincangan secara terbuka mengenai sesuatu
perkara. Manakala, menurut Cambridge Dictionary ia mendefinisikan forum sebagai suatu
perjumpaan di mana orang dapat berbincang dan berbicara mengenai sesuatu masalah
atau perkara yang menjadi tumpuan masyarakat. Pada zaman Roma kuno, forum
membawa maksud suatu daerah yang kedudukannya di tengah-tengah kota yang dijadikan
tempat bisnes oleh para masyarakat.

Seterusnya, menurut Hasibuan (1985), beliau mengatakan bahawa forum adalah visi dari
dua atau lebih orang yang berkomunikasi dan berbincang secara verbal dan bertentangan
muka dengan tujuan utamanya untuk bertukar informasi dan berbincang mengenai sesuatu.
Selain itu, memetik kata-kata Moh. Surya (1975:107) yang mendefinisikan forum sebagai
perbincangan secara berkelompok untuk menceritakan tentang pengalaman diri sendiri dan
berbincang mengenai sesuatu perkara atau permasalahan.

Maka keseluruhannya, forum adalah bertujuan untuk dijadikan gelanggang untuk


berbincang, bersoal jawab, menyelesaikan masalah yang berbangkit dan sebagainya. Ahli-
ahli yang terlibat dalam forum juga bersifat tertutp dan terbuka. Kita ambil contoh, forum
guru akan lebih ahlinya merupakan seorang guru dan mereka yang mempunyai latar
belakang dalam dunia pendidikan. Jadi di situ, kita dapat lihat bahawa ahlinya bersifat
tertutup. Oleh itu, dalam sesi forum tersebut, terdapat banyak penggunaan laras bahasa
yang akan diguna pakai secara tidak langsung bergantung kepada individu terbabit.

1
2.0 Penggunaan Laras Bahasa

2.1 Definisi Laras Bahasa

Sebelum kita meneliti penggunaan laras bahasa di dalam video forum yang dikaji, maksud
laras bahasa akan menjadi tumpuan utama terlebih dahulu. Menurut kata-kata Nik Safiah
Karim dalam Tatatabahasa Dewan, beliau mengatakan laras bahasa bermakna variasi
bahasa menurut penggunaan yang dikaitkan dengan sesuatu situasi mahupun keadaan
yaang berbeza mengikut kepada tajuk pembicaraan, perhubungan antara pembaca, dan
keadaan semasa pembicaraan. Misalnya, laras bahasa di rumah, di kedai kopi, dan di bilik
kuliah.

Menurut Asmah Osmah dalam bukunya iaitu Panduan Wacana Akademik, ia mengatakan
laras bahasa adalah satu petunjuk kepada genre. Maka sesuatu teks atau kata-kata
seseorang itu dapat dikenalpasti penggolongannya berdasarkan laras bahasanya. Dalam
sesuautu genre tersebut terdapat bebereapa pecahannya dalam sub bidang tertentu yang
mempunyai laras bahasa tersendiri yang berbeza daripada subbidang yang lain. Contohnya,
penggunaan teks semantik dan teks sintaksis merupakan di dalam bidang yang sama.

Selain itu, dalam sebuah buku yang berjudul Isntitutional Linguistics (1958) hasil karya Hill
mengatakan bahawa laras bahasa mengikut kepada genre dan cara. Manakala Joos (1962)
mengatakan laras bahasa dari dimensi formaliti menekan gaya dengan memecahkan ia
kepada lima bahagian iaitu baku, formal, rundingan, santai dan intim dalam karyanya iaitu
The Five Clocks. Halliday (1968) pula memberi definisi laras bahasa sebagai variasi bahasa
yang berbeza mengikut fungsi dan beliau melihat laras bahasa dari tifa dimensi yang
berbeza iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian.

Oleh itu, kita sudah memahami secara jelas mengenai definisi laras bahasa tersebut tetapi
pada masa kini jumlah laras bahasa tersebut bergantung kepada sesuatu masyarakat yang
berpandukan penggunaan bahasa mereka. Semakin luas penggunaan sesuatu bahasa itu
maka semakin banyak laras bahasa yang tercipta. Maka seterusnya, mari kita lihat jenis-
jenis laras bahasa Melayu.

2
2.2 Jenis-jenis Laras Bahasa

Laras
Sastera
Laras
Media

Laras
Agama

Laras
Undang-
undang

Jenis
Laras
Bahas
Laras a
Laras
Akademi Biasa

Laras Laras
Ekonomi Formal

Laras
Perniagaan

3
1) Laras Biasa

Merupakan laras yang penggunaan bahasa yang tidak melibatkan serang bidang
ilmiah atau perkara yang khusus. Secara umumny, ia digunakan dalam perbualan
seharian maka ia tiada istilah atau pola yang khusus.

2) Laras Formal

Penggunaan bahasa dalam situasi rasmi sama ada pembelajaran kuliah, majlis yang
mempunyai protokol dan juga forum.

3) Laras Perniagaan

Laras bahasa ini bertujuan mempromosikan produk yang ingin dijual kepada orang
ramai. Kebiasaannya penggunaan laras bahasa ini untuk membuat para pendengar
terasa dipujuk untuk membeli produk tersebut menerusi cara penyampaian yang
menarik dan jenis ayat digunakan biasanya tidak gramatis dan pendek-pendek

4) Laras Ekonomi

Jenis laras bahasa ini pula biasanya berbentuk ilmiah dan tidak mementingkan
struktur ayat. Seterusnya, ia bersifat ekonomi, mementingkan aspek penyusunan
maklumat dan setiap fakta dapat dihuraikan melalui bukti dalam bentuk data dan
statistik. Binaan ayat pula dalam lingkungan sederhana panjang dan panjang serta
unsur kohensi dan koherannya adalah jelas.

5) Laras Akademi

Merujuk kepada jenis laras akademik ini, ia merangkumi teknologi, sains, matematik
dan sebagainya. Pecahan utamanya adalah laras sains, laras sastera dan
sebagainya tetapi ia masih mempunyai sub-subidang yang lain seperti biologi, kimia
dan sebagainya. Sifat bagi laras jenis ini adalah formal sifatnnya dan bersifat
intelektual. Segala informasi yang diberi melalui kajian dan fakta.
4
6) Laras Bahasa Undang-undang

Ia juga mempunyai kaitan dengan laras ilmiah tetapi ia lebih bersifat maju dan moden
serta banyak menggunakan istilah teknikal. Ia juga akan berkait rapat dengan
perundangan yang terdapat prinsip undang-undang tertentu dalam bentuk akta.
Terdapat juga istilah-istilah istimewa yang menggunakan bahasa pinjaman iaitu
bahasa inggeris.

7) Laras Media

Ia lebih merujuk kepada berita yang mempunyai struktur teks yang khusus, lain
daripada struktur teks cakera padat, teks esei dan karya ilmiah. Dari aspek gaya
atau nahu, khususnya penggunaan kata hubung dan imbuhan merupakan aspek
yang tidak dititikberatkan dalam laras jenis ini.

8) Laras Sastera

Bagi laras jenis ini pula, istilah-istilah khusus dan teknikal merupakan aspek yang
diberi fokus utama. Laras bahasa ini bersumberkan cetusan imaginasi dan
pengalaman penulisan. Laras ini juga bersifat figuratif (kiasan) dan imaginatif serta
apek pemilihan diksi yang berkesan. Ia juga perlu bernada puitis dan bersifat
komunikatif iaitu berhubung dengan pembaca.

9) Laras Agama

Laras ini berunsurkan bahasa klasik terutamanya aspek kosa katanya. Ia juga
mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat. Terdapat penggunaan istilah agama yang
khusus bagi sesuatu agama dari bahasa arab. Diselitkan dengan petikan daripada Al-
Quran dan hadis.

Kesimpulannya, kita telah memahami dan mengetahui segalam jenis laras bahasa utama
yang terdpat dalam bahasa Melayu yang akan difokuskan dalam pemerhatian forum
sebentar nanti. 5
2.3 Ciri-ciri Laras Bahasa

You might also like