Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru Dan Murid

You might also like

Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU DAN MURID

Fenomena tekanan emosi yang berlaku dalam bidang pendidikan pada masa kini bukan
lah
perkara yang baru lagi. Hal ini telah lama diperkatakan dan dibincangkan tidak k
ira oleh para
pengamal media mahupun masyarakat sendiri. Tekanan emosi ini bukan sahaja berlak
u
kepada warga pendidik tetapi juga berlaku kepada murid. Hal ini sememangnya
membimbangkan kerana sekolah merupakan tempat menimba ilmu dan pengetahuan.
Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan perkembangan pendidikan terbantut dan
tidak
berkualiti.
Tekanan ataupun stres merupakan reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat
sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup (
Mohd
Salleh, 1994). Stres juga boleh diertikan sebagai jenis desakan yang memberikan
kesan
terhadap kehidupan seharian seseorang. Kesan daripada desakan ini sama ada baik
atau
buruk bergantung kepada tindak balas yang menyebabkan stress (Mohd Azhar, 2004).
Menurut Hatta dan Mohamed (2005), mentakrifkan stress sebagai tindak balas minda
dan
fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut sesuatu keadaan atau tempat.
Stress
terjadi akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan
alam
sekeliling. Nor Hanani (2007) pula menyatakan stress merangkumi tekanan, beban,
konflik,
keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Geja
la
stress ini terhasil apabila seseorang itu berasa keperluannya melebihi daripada
keupayaan
yang ada pada dirinya.
Secara kesimpulannya, tekanan emosi atau stress merupakan gangguan emosi,
proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang yang terganggu disebabkan menerim
a
sesuatu yang berada di luar kebiasaan atau kemampuan dirinya. Hal ini menyebabka
n
tekanan emosi berlaku dalam diri individu tersebut. Ringkasnya definisi tekanan
emosi atau
stress boleh dilihat seperti rajah 2.0.
Stres adalah
rekasi fizikal dan
mental emosi
akibat tidak
mendapat
keselesaan hidup
(Mohd Salleh,
1994)
Stres ialah jenis
desakan yang
memberi kesan
kepada kehidupan
seseorang (Mohd
Azhar, 2004)
Stres sebagai satu
tindak balas minda
dan fizikal yang
terhasil daripada
permintaan (Hatta
dan Mohamed,
2005)
Stres merangkumi
tekanan, beban,
konflik, keletihan,
ketegangan, panik,
perasaan
gemuruh,
kemurungan dan
hilang daya (Nor
Hanani, 2007)
Rajah 2.0 Definisi tekanan emosi
Dalam bidang pendidikan, tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid bukanlah
menjadi perkara asing lagi. Malahan, isu dan kes tekanan emosi ini telah menjadi
tajuk
utama di dada-dada akhbar tempatan setiap tahun. Begitu juga dengan kajian-kajia
n ilmiah
yang telah dibuat oleh ahli-ahli akademik mengenai fenomena ini menunjukkan baha
wa isu
ini semakin meningkatkan dan membimbangkan. Antara akhbar utama negara iaitu Ber
ita
Harian pada tahun 2011 telah melaporkan bahawa pekerjaan guru berada di tempat
keempat bagi peratusan kadar stress mengikut pekerjaan di Malaysia dengan kadar
45.8 %.
Hal ini membuktikan bahawa guru mempunyai tekanan emosi yang tinggi.
Gambar 2.0 Keratan akhbar Berita Harian, 2011
Gambar 2.0 menunjukkan keratan akhbar yang dipetik daripada Berita Harian pada
tahun 2011 di mana kadar peratusan ini merupakan hasil selidik Jabatan Kesihatan
Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang dibuat pa
da
tahun 2007 hingga 2009 menggunakan 453 sampel kajian. Terdapat beberapa faktor y
ang
menyebabkan tekanan emosi dialami oleh guru seperti yang ditunjukkan pada rajah
2.1.
Beban tugas
guru
Tingkah laku
murid
Hubungan
dengan rakan
sebaya
Sistem
pendidikan
Rajah 2.1 Faktor tekanan emosi guru
Rajah 2.1 menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan emosi dialami oleh
guru, antaranya adalah beban tugas guru, tingkahlaku murid, hubungan dengan raka
n
sebaya dan sistem pendidikan. Faktor pertama yang menyebabkan
tekanan emosi dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh beban tugas guru yang
banyak. Tugas guru pada hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan
juga di luar
waktu persekolahan. Menurut Lemaire (2009), guru-guru terlalu dibebankan dengan
tugastugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiv
iti kokurikulum,
menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program sekolah, mengurus kebajikan
pelajar serta tugas-tugas pengurusan. Apatah lagi dengan pengurusan markah murid
yang
perlu dimasukkan secara online turut membebankan guru kerana sistem yang terlalu
sibuk
menyebabkan guru terpaksa berjaga sehingga tengah malam untuk memasukkan data
murid. Hal ini boleh menyebankan tekanan dan seterusnya akan memberikan kesan ke
pada
emosi, psikometrik dan fizikal guru (Nobile dan McCormick, 2005).
Selain itu juga, tingkah laku murid turut menyebabkan tekanan emosi dalam kalang
an
guru. Tingkah laku murid yang pelbagai dan masalah disiplin murid yang mencabar
guru
menyebabkan tekanan ataupun stres dihadapi oleh guru. Apatah lagi waktu pengajar
an guru
yang padat serta terpaksa menghadapi karenah murid yang pelbagai ragam. Selain i
tu juga,
kelas yang sesak dengan murid dan keadaan kelas yang kurang kondusif juga boleh
menyebabkan peningkatan tekanan guru. Isu guru memukul atau mendera murid dalam
kelas juga heboh diperkatakan oleh masyarakat kini. Berita Harian bertarikh 23 J
ulai 2007
telah memaparkan kes dakwaan 22 murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang,
Tuaran
ditampar
kerana
tidak
menyiapkan
kerja
sekolah
(sumber
:
infoedu3109.blogspot.com). Berita ini menunjukkan stres memberi kesan kepada int
eraksi
guru dengan murid di mana perkara ini menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan
dengan murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apa
bila
murid menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik (S
apora,
2007)
Faktor yang seterusnya adalah hubungan dengan rakan sebaya. Kajian yang
dijalankan oleh Azizi Yahya (2007) mendapati bahawa punca stres dalam kalangan g
uru
terjadi kerana mereka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Sel
ain itu juga,
rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan ser
ta
pendapat dari rakan guru yang lain. Rakan guru yang tidak bertanggungjawab seper
ti tidak
hadir ke sekolah tanpa makluman awal menyebabkan guru lain terpaksa menggantikan
tugas guru juga menyumbang kepada tekanan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tu
rut
menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurunga
n
melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjel
ang
tahun 2020 ( Zuhayati Yazid, 2011).
Akhir sekali, faktor utama tekanan emosi guru di sekolah adalah sistem pendidika
n
negara. Sistem pendidikan yang pesat berubah bersesuaian dengan perkembangan
teknologi dan proses globalisasi dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 banyak
memberi kesan kepada guru. Kini, warga pendidik perlu berhadapan dengan perminta
an
yang berbagai dan kompleks yang boleh membebankan guru. Menurut McCormick dan
Solman (1992), guru-guru merasa stres akibat daripada ketidakupayaan mereka untu
k
berdaya tindak ke atas perubahan-perubahan pantas yang berlaku seperti perubahan
kurikulum dan kaedah pengajaran. Guru-guru juga berada dalam keadaan dilema
memandangkan guru terpaksa memenuhi berbagai permintaan dari masyarakat. Tekanan
yang diberikan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa murid menyebabkan terdapat guru
yang
mengambil tindakan yang di luar batasan seperti membocorkan soalan Ujian Peperik
saaan
Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini.
Selain daripada tekanan emosi yang dialami oleh guru, murid juga turut mengalami
tekanan emosi yang sama. Rajah 2.2. menunjukkan faktor tekanan emosi yang dialam
i oleh
murid.
Sikap
guru
Pengaru
h rakan
sebaya
Pengaru
h
keluarga
Iklim
sekolah
Rajah 2.2 Faktor tekanan emosi murid
Rajah 2.2 menunjukkan faktor yang menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan
murid, iaitu iklim sekolah, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sikap g
uru.
Tekanan emosi yang dialami oleh murid berpunca daripada iklim sekolah adalah dis
ebabkan
persekitarannya yang tidak kondusif. Sebagai contoh, keadaan kelas yang sesak
menyebabkan murid cenderung melakukan kesalahan disiplin. Menurut Abu Hassan dan
Meor (1996), penyediaan bilik darjah penting dan perlu dititikberatkan semasa pe
ngajaran
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan keadaan seles
a. Hal
ini kerana suasana bilik darjah mepengaruhi minat dan tumpuan pelajar untuk bela
jar.
Keadaan yang padat dan sesak akan membawa kepada ketidakselesaan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran seterusnya emosi murid akan terjejas. Begitu juga,ke
adaan
sekolah yang negatif seperti aktiviti buli berleluasa di sekolah akan meyebabkan
murid
mengalami tekanan emosi. Akibatnya masalah disiplin murid akan meningkat.
Selain itu, pengaruh keluarga juga membawa kepada tekanan emosi kepada murid.
Keadaan keluarga yang tidak stabil akan menyebabkan emosi murid tertekan seterus
nya
mereka akn berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan
sebagainya. Persekitaran keluarga yang berantakan juga akan menyebabkan kanak-ka
nak
gagal mengawal emosi dan mneyebabkan tingkah lakunya cenderung ke arah negatif.
Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan perkembangan emosi mereka
akan
terbantut. Oleh itu penerapan nilai-nilai murni akan sukar diterapkan dalam jiwa
murid
menyebabkan mereka berkembang sebagai individu yang tidak peka dengan perasaan
orang lain.
Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan emosi murid mudah terganggu. Murid
yang dilihat mempunyai ramai rakan akan bersikap ceria, suka bergaul dan banyak
melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Manakala, murid yang sering berse
ndirian pula
akan berasa kurang yakin, penakut dan cuba menjauhkan diri daripada rakan sebaya
.
Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan murid tersebut mempunyai konsep kend
iri yang
lemah, bertindak liar untuk menarik perhatian serta suka termenung atau berkhaya
l.
Akhir sekali faktor penyebab kepada tekanan emosi murid adalah sikap guru. Sikap
guru yang terlalu memaksa murid untuk menyiapkan tugasan dengan segera menyebabk
an
murid terbeban. Selain itu, sikap guru yang pilih kasih juga akan mempengaruhi p
ersonaliti
murid dan cenderung untuk membenci guru jika mereka tidak mendapat perhatian. Ha
l ini
akan memberi kesan kepada murid seperti tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, t
idak
mendengar kata guru, pencapaian akademik yang semakin merosot dan sebagainya.
Justeru itu, tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid ini perlulah ditanga
ni
dengan segera sebelum hal ini berlarutan dengan lebih besar lagi. Semua pihak pe
rlulah
bersama-sama berganding tangan mengembleng usaha dan tenaga bagi mengurangkan
tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid. Hal ini jika tidak diambil langk
ah segera
akan membawa satu cabaran yang besar kepada pembangunan pendidikan negara.
Memperbaik
i
persekitaran
am
Kenali
punca
tekanan
Kenali diri
sendiri
Langkahlangkah
Pengurusan
Tekanan
Emosi
Kemahiran
menyelesai
kan
masalah
Terima
perubahan
dengan hati
terbuka
Libatkan diri
dalam
keagamaan
Pengurusan
masa yang
sistematik
Kekalkan
cara hidup
sihat
Rajah 2.3 Langkah-langkah Pengurusan Emosi

You might also like