BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Bahasa merupakan wadah untuk berkomunikasi bagi setiap individu. Bahasa bukan sahaja
merangkumi dari segi pertuturan, malahan gerak badan dan expresi muka juga dapat
ditafsirkan sebagai bahasa dalam berkomunikasi. Justeru itu, bahasa amat penting bagi setiap
orang. Bahasa Melayu umum ditutur dinusantara Melayu dan amnya di Malaysia. Bahasa
Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain
seperti bahasa Jawa atau bahasa Tagalog. Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari (2006),
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di alam Melayu dari Acheh hingga ke
kepulauan Maluku (Magellan, 1522). Sifatnya yang sederhana dan mudah menerima
pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai
sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa telah diangkat sebagai bahasa
lingua franca.

Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui
peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957,
apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi
bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu Bahasa Melayu mempunyai
jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Di samping itu, Bahasa Melayu merupakan
bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati
diri penduduk Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian
lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini
sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya, Jepun,
Jerman dan Perancis. Oleh hal yang demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai
lambang Negara Malaysia di persada dunia. Dengan hal demikian, Bahasa Melayu
berperanan sebagai perakuan jati diri bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan
mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Di Malaysia, bahasa
Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Malaysia
dinamakan sebgai "Bahasa Melayu". Kemudian Bahasa Melayu ditukarkan kepada "Bahasa
Malaysia" atas sebab politik pada 1970 sehingga 1986. Namun kemudiannya nama "Bahasa
Melayu" digunakan semula terutama dalam pendidikan iaitu pada 1986 sehingga jun 2007.
Bermula pada 1 Julai 2007, bahasa Kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada
"Bahasa Malaysia" sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak
mengira kaum.

Selain daripada itu, Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan.
Perpaduan sangat penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara
akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah Negara yang berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga
kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal
Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan
warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti
penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa
utama dalam konteks hubungan antara kaum.
2.0 FUNGSI BAHASA MELAYU
2.1 LINGUA FRANCA

Istilah lingua franca berasal daripada bahasa Latin. Lingua bermaksud bahasa atau language
dalam bahasa Inggeris. Franca pula berasal daripada perkataan Frank, sebuah negara bangsa
di Eropah Barat pada masa dahulu. Istilah ini muncul semasa berlakunya Perang Salib pada 9
Masihi. Bahasa Frank telah digunakan oleh pasukan tentera Kristian sebagai bahasa
perantaraan dalam kalangan mereka. Istilah tersebut lazim digunakan dalam banyak buku-
buku kajian bahasa untuk menerangkan tentang penggunaan bahasa secara meluas pada suatu
daerah (Abdul Rashid Melebek, 2010). Lingua franca merupakan bahasa yang terdapat dalam
kawasan pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur bahasa dari
pelbagai komuniti sebagai bahasa perantara sepunya dalam berkomunikasi (Hartmann,
R.R.K. & Stork, F.C. 1976). Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa lingua franca merupakan
satu bahasa yang dipilih bagi membolehkan setiap penduduk berkomunikasi secara meluas
dan berkesan.

Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu


dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa
Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.
Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
Faktor-faktor seperti kelemahan bahasa-bahasa lain, kedudukan geopolitik, peranan istana
sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu, sifat bahasa Melayu yang dinamik dan
sederhana serta penyumbang-penyumbang lain yang menyusul kepada pemilihan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan umum atau lingua franca hadir pada zaman itu. Di abad
kegemilangan Kesultanan Melaka inilah Bahasa Melayu telah mendukung pelbagai fungsi
selaku bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa
diplomasi dan bahasa perdagangan.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu telah mencapai
taraf kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan memainkan peranan
selaku bahasa pelbagai bidang demi mengisi keperluan negara dan rakyat. Daripada bahasa
bertaraf lingua franca kepada bertaraf antarabangsa pada suatu masa, kini Bahasa Melayu
menjadi salah satu bahasa yang terbesar jumlah penggunanya dalam senarai lima bahasa
dunia dan menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara Brunei Darussalam,
Indonesia dan Malaysia.
2.2 BAHASA RASMI

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah
Negara, negeri atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi
rasmi seperti dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan, urusan
perdagangan dan perusahaan, kehakiman, upacara rasmi dan antarabangsa. Bagi sesetengah
negara, bahasa rsmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan
berbanding penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti
pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan,
terutama urusan pentadbiran negara. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk
tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada
peringkat kenegaraan seperti:

a) Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi


negara.

b) Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan

c) Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.

d) Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.

e) Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

Selepas mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu telah menggantikan Bahasa Inggeris


sebagai bahasa rasmi tunggal di Malaysia. Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa perbahasan di Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri. Begitu juga dalam pentadbiran undang-undang, kehakiman dan
mahkamah, bahasa melayu telah digunakan secara meluas. Kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi bertambah baik setelah seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinda
pada Jun 1991. Bahasa Melayu juga digunakan dalam urusan surat menyurat, minit
mesyuarat dan dokumen kerajaan termasuklah akta, buku rancangan pembangunan Malaysia
serta dokumen dan ucapan belanjawan Menteri Kewangan. Tegasnya, Bahasa Melayu telah
digunakan dalam semua upacara rasmi pentadbiran di Malaysia.

Sebagai bahasa rasmi, Bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam
bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa
rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri dan badan berkanun. Dengan menghayati dan menghormati semangat perlembagaan
itu, setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan
rasmi. Oleh itu, semua surat, notis, minit mesyuarat, memorandum dan dokumen-dokumen
lain mesti ditulis dalam Bahasa Melayu. Hal ini merupakan idealisme yang tersirat di sebalik
pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

2.3 BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identity nasional dan lambing
bagi sesebuah bangsa atau negara. Bahasa Kebangsaan digunakan untuk tujuan politik dan
komunikasi rasmi. Bahasa Kebangsaan mempunyai kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan
negara itu sendiri. Setiap negara yang merdeka perlu memiliki bahasa Kebangsaan yang
dapat melambangkan identity bangsa dan negara tersebut. Namun demikian, ada negara yang
mempunyai lebih dari satu bahasa Kebangsaan seperti negara kanada yang mengiktiraf
bahasa perancis dan Bahasa Inggeris yang digunakan secara bersama-sama. Sesuatu bahasa
itu diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan melalui penggubalan undang-undang.

Fungsi utama bahasa Kebangsaan secara khusus adalah untuk menyerlahkan lambing
inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga pengisian
bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan
menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang
hampir sama. Usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia melalui penggunaan satu
bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan system pendidikan kebangsaan yang
terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955 yang kemudiannya dikenali sebagai
nama Penyata Razak (1956). Bahasa Melayu pada zaman awalnya berfungsi sebagai asas
bagi perjuangan kemerdekaan dan seterusnya sebagai asas untuk menyatupadukan rakyat
yang berbilang bangsa dan keturunan pada zaman selepas kemerdekaan. Ternyata bahawa
fungsi bahasa Melayu adalah berterusan sepanjang zaman.
3.0 PERANAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati sejak.
Peranan Bahasa Melayu jelas apabila Bahasa Melayu mampu melahirkan semangat
perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi,
acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya.
Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta
perpaduan politik. Bahasa Melayu juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi,
sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah. Peranan Bahasa Melayu dalam membentuk
perpaduan dapat dibincangkan dalam empat cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat,
Dewan Bahasa dan Pustaka dan media massa.

Sebagai negara bangsa, peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan amat penting
dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah
dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan Bahasa Melayu dapat dilihat dalam Akta
Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan:

Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi


pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen
ini.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan terus diberi
penekanan dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini mengandungi 6 teras iaitu membina negara bangsa,
membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara
bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya
dan kepercayaan dari pelbagai negara.

Bahasa menjadi lambang jati diri sebagai penduduk tetap Malaysia. Setiap negeri di
dunia ini mempunyai bahasa kebangsaan sendiri bagi menunjukkan jati diri masing-masing.
Bahasa Melayu merupakan salah satu jati diri etnik dan memberi takrifan sebagai komuniti
bahasa. Komunikasi bahasa diertikan sebagai satu kumpulan manusia yang menuturkan
bahasa yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan manusia diterima sebagai komuniti
bahasa jika ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa yang sama di dalam hubungan
komunikasi mereka. Dasar bahasa di Malaysia, kalangan penutur bahasa Melayu terdiri
daripada orang Melayu, India, Cina, etnik bumiputera dari negeri Sabah dan Sarawak dan
kumpulan etnik minoriti yang lain.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau
pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala
Lumpur menyatakan bahawa kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
merupakan salah satu asas kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk dan
diperkembangkan dengan dijadikan amalan. Dengan amalan itulah yang akan menjadi
bukti bagi menyuburkan dan memekarkan peranan cinta serta member keyakinan untuk
terus mencintai bahasa kebangsaan tersebut. Tambahnya, tanpa mengamalkannya iaitu
Bahasa Melayu sukar untuk meyakinkan diri kita dan orang lain bahawa kita mencintai
bahasa kebangsaan kita, dan inilah unsur rohaniah yang perlu disemadikan dalam sanubari
rakyat Malaysia, khususnya. Bahasa Melayu turut melambangkan kesantunannya.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka turut membantu dalam usaha membentuk
perpaduan ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah diarahkan untuk mencipta ejaan, istilah,kamus dan tatabahasa bagi
menyatukan bahasa Melayu serantau dan mengembangkan sastera Melayu. Pada tahun 1959,
Dewan Bahasa dan Pustaka telah dinaiktarafkan menjadi sebuah badan berkanun. Maka
dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kandungan Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka telah diberi kuasa untuk menggubal dasarnya yang khusus, menyusun rancangan
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta menjelaskan kegiatan penerbitan dan
perniagaan buku-buku yang sama dengan sekolah swasta.

Penggunaan buku-buku teks dalam bahasa Melayu bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Sastera ,Sejarah dan sebagainya merupakan salah satu usaha Dewan Bahasa dan
Pustaka dalam bidang pendidikan. Dalam menghasilkan karya bahasa Melayu seperti puisi,
pantun dan sebagainya. Ahli bahasa di Malaysia tidak kurang hebatnya. Dewan Bahasa dan
Pustaka banyak menerbitkan buku yang berunsurkan bahasa Melayu dan sastera untuk
kegunaan golongan masyarakat. Perkataan-perkataan baru yang digunakan dalam kamus
diberi pengertian yang sejelasnya bagi memudahkan pemahaman orang ramai. Kempen
Bulan Bahasa turut dirancang dan diadakan bagi menyemai dan mengukuhkan peranan
bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat majmuk. Berbagai-bagai jenis aktiviti yang
diadakan seperti Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, pidato dan sebagainya. Kesemua
aktiviti yang dijalankan bermatlamat supaya Bahasa Melayu menjadi keutamaan dalam
penyatuan kaum di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan menerbitkan
majalah bahasa seperti majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar, dan Jurnal
Bahasa. Begitu juga buku sastera, ilmiah, fiksyen ditulis dan diterbitkan dalam bahasa
Melayu. Sasaran utama ialah pelajar dan golongan pembaca buku.

Dalam kalangan pengamal media pula, kerajaan memperluaskan penggunaan Bahasa


Melayu dalam alat komunikasi seperti radio, televisyen, surat khabar, majalah dan lain-lain
alat sebaran am. Terdapat dua bentuk media utama di Malaysia iaitu media cetak dan media
elektronik. Media cetak terdiri daripada akhbar, majalah, buletin, jurnal dan sebagainya.
Media elektronik pula seperti televisyen, radio dan komputer dengan mel elektronik dan
laman webnya. Televisyen banyak mempengaruhi masyarakat Malaysia yang mempunyai
satu bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan iaitu Bahasa Melayu. Paparan dan isi
kandungan rancangan mencakupi berita dan maklumat, temu bual, soal jawab yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Kesemua rancangan ini mampu
membantu penonton memahami dan menerima maklumat melalui penggunaan bahasa
Melayu yang betul dan sebagai bahasa penyebar maklumat. Contoh rancangan yang
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ialah rancangan Soal Jawab (TV3) , Bual Bicara
(TV1) dan Di Luar Lingkungan (TV1).

Rancangan kanak-kanak dalam bahasa Melayu turut menjadi agenda utama televisyen
dalam usaha mempengaruhi kanak-kanak berbahasa Melayu atau menguasai bahasa Melayu.
Antara kartun yang dapat ditonton seperti Upin dan Ipin, Budak Kampung, Anak-anak Sidek
dan sebagainya. Kanak-kanak akan lebih mudah belajar bahasa Melayu sekiranya mereka
tertarik dengan cerita kanak-kanak yang disiarkan di televisyen atau dalam komik bergambar.
Satu lagi dengan adanya rancangan tv pendidikan dan rancangan dokumentari yang
diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Penerangan. Kedua-dua
kementerian tadi akan bekerjasama merancang, menyusun serta menyiarkan rancangan
berunsurkan pendidikan dalam bahasa Melayu. Kementerian Penerangan melalui
perancangan tahunan akan mencipta iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
medium utama penyebaran segala maklumat kepada masyarakat khasnya rakyatnya Malaysia.
4.0 PENUTUP

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah
menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan
Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.
Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan
betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa
komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan
pelbagai kaum. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian
Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini
membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh
sesiapa sahaja. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan
melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu
menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran
lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya
terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung
besar tanpa sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari
ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas
dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem
pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating. Kata-kata yang panjang telah
diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat
telah digantikan dengan mel elketronik, menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS.

Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekaligus menunjukan bahasa
Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda
daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus
berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian Pelajaran
dan DBP untuk menyelaraskan semua ini. Akhirnya marilah kita menyahut cabaran
1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja
mengajak kita berkongsi sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa,
iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia.
5.0 RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin, Abd. Wahid Jais. (2006). Tamadun Islam dan tamadun
Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Ab. Razak Ab. Karim, 2002. Aspek penggunaan Bahasa dalam Warkah-Warkah Melayu
Lama:Satu Kajian, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya

Asmah Hj. Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Asmah Hj Omar, 2005. Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka

Asmah Hj Omar, 2010. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Darwis Harahap. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Ismail Hussien. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Hartmann, R.R.K. & Stork, F.C. (1976). Dictionary of Language and Linguistics. America
Syarikat: John Wiley & Sons Inc

Hashim Bin Musa. (1994). Falsafah bahasa Melayu beberapa aspek kajian. Petaling Jaya:
International Islamic University

James T.Collins, 1998. Malay, World Languange A Short History. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Janet Holmes. (2001) An Introduction to Sociolinguistics. England: Pearson ESL.

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah, Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like