Kertas Kerja Mentor Mentee GP 2016

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROGRAM MENTOR MENTEE GURU

PENYAYANG
1.0 PENGENALAN

Program Mentor Mentee ini merupakan salah satu daripada satu elemen penjagaan yang memberi
perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk parent subtitle kepada pelajar-pelajar. Tujuan
program ini ialah untuk mewujudkan beberapa hubungan di mana merangkumi hubungan di antara
pelajar yang dikenali sebagai mentee manakala guru pula dikenali sebagai mentor. Antara hubungan
mentor mentee ialah:

1.1 Hubungan mentor mentee sebagai ibu bapa angkat dengan anak angkat
1.2 Hubungan pelajar dengan pelajar dalam kumpulan mentor
1.3 Hubungan ibu bapa dengan ibu bapa pelajar
1.4 Hubungan ibu bapa angkat dengan kaunselor
1.5 Hubungan ibu bapa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran.

2.0 ORGANISASI

Melalui program ini, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan pelajar yang terdiri daripada lima
hingga tujuh orang. Kumpulan ini daripada murid tahun enam dibimbing oleh seorang mentor. Guru
inilah yang menjadi ibu bapa angkat kepada kumpulan pelajar tersebut sepanjang persekolahan di
sekolah ini. Tegasnya, mentor ini mengambil alih tugas ibu dan bapa pelajar berkenaan semasa
mereka berada di sekolah ini. Pertemuan dirancangkan dengan tarikh-tarikh ditetapkan sebagai
panduan perbincangan semasa pertemuan rasmi itu.

3.0 OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:

3.1 Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi kemajuan
dalam bidang akademik.Membimbing dan menunjuk ajar pelajar supaya menjadi pelajar
yang bermotivasi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.
3.2 Membimbing dan menunjuk ajar pelajar supaya menjadi pelajar yang bermotivasi,
berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi.
3.3 Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar
3.4 Merapatkan hubungan antara pelajar dengan pelajar.
3.5 Merapatkan hubungan guru dengan ibu bapa pelajar.
3.6 Membantu menyelesaikan masalah pelajar seperti masalah pelajaran dan sahsiah
pelajar.
3.7 Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, mempunyai sifat-
sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.
3.8 Memberi pengetahuan mengenai bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut bidang-
bidang tertentu sesuai dengan potensi-potensi pelajar.

4.0 BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah:


4.1 Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-menteenya.
4.2 Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat semasa
perjumpaan.
4.3 Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.
4.4 Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran dan kumpulan pelajar.
4.5 Berkerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan mengawasi
kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani, intelek dan sosial
yang sihat di kalangan mentee-mentee.
4.6 Mengadakan perjumpaan rasmi sekali untuk setiap bulan dan laporan hendaklah
diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan.
4.7 Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang masalah
yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya.
4.8 Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka sesuai dan
wajar.
4.9 Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai maklumat
tertentu contohnya kes-kes serius yang mungkin akan membahayakan diri mentee dan
orang lain.

5.0 TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di bawah jagaannya


semasa menjalankan sesi kelompok. Antaranya ialah:

5.1 Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya disempurnakan
dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan perbincangan perjumpaan kelompok itu.
Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok, kedudukan mentee berbentuk bulatan
face to face.
5.2 Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-tajuk yang
ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman semasa sesi
berlangsung.
5.3 Membahagikan masa yang terancang agar masa yang diperuntukkan mencukupi.
Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini penting bagi proses
yang berterusan bagi sesi yang akan datang.
5.4 Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan, kemesraan
sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara langsung mendorong
untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran-
kemahiran yang sedia ada.Lebih-lebih lagi dalam kemahiran berkomunikasi.
5.5 Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai (reliable &
trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran dan tepat masa.
5.6 Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktikkan dan
dibincangkan.
5.7 Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan
teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.
5.8 Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee supaya dengan
ini, mentee jelas dan faham input-input yang dibincangkan dan dapat sesuatu yang
bermakna selepas perjumpaan.
5.9 Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama
ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.
5.10 Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari dan mendapat manfaat
daripada program yang dijalankan.
5.11 Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentor mentee berinteraksi secara
dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai member taklimat.
5.12 Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan
memperjelaskan dengan kata-kata perangsang yang berbentuk kontrak diri.

6.0 PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan sesi kelompok ialah:

6.1 Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan merasai
kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.
6.2 Ambil sedikit ruang untuk mentee mengenali antara satu sama lain. Wujudkan bentuk
kelompok pembelajaran yang sangat releks. Dengan harapan kelompok dapat
diterokai, sebarang permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh
mentor mentee.
6.3 Wujudkan suasana agar mentor mentee merasa sangat selasa dan rasa selamat
berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan masing-masing.
6.4 Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal mentee yang cuba
mendominasi pengalaman dan perbincangan dalam kelompok.
6.5 Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok yang saling
menerima dan memahami betapa setiap individu itu adalah berbeza.
6.6 Perhatikan pergerakan non verbal / body language / clues mentee supaya dapat
member respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian dalam
kelompok.
6.7 Wujudkan situasi agar mentor-mentee merasakan dipunyai sense of belongings dan
mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.
6.8 Sentiasa member rangsangan dan semangat serta member tumpuan kepada apa yang
berlaku here and now.
6.9 Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa bertanyakan
pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.
6.10 Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

7.0 PROSES PERJALANAN KELOMPOK

Berikut adalah etika kelompok yang menjadi panduan mentor dan menjamin keberkesanan
sesi:

7.1 Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.


7.2 Menyatukan perjalanan kelompok yang merangkumi :
- Tujuan sesi
- Perjumpaan untuk kepentingan ahli
- Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu peribadi.
- Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.
- Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.
- Sumbangan idea sangat digalakkan
- Ketepatan masa sangat dititikberatkan
- Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan,pengalaman dan kemahiran
- Beri peluang kepada semua ahli
7.3 Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.
7.4 Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat rumusan dan
pandangan.
7.5 Isi kelompok hendaklah dibincangkan dengan persetujuan bersama.
7.6 Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan professional.
7.7 Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan di luar kelompok.
7.8 Rumuskan idea yang dibincangkan.
7.9 Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentor mentee.

8.0 ETIKA KELOMPOK

8.1 Penerimaan tanpa syarat.


8.2 Kerahsiaan
8.3 Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung
8.4 Ketepatan masa
8.5 Tidak menghukum
8.6 Kepercayaan
8.7 Kejelasan komunikasi
8.8 Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee
8.9 Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan kepada guru
Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling individu.
8.10 Sebagai model setiap aspek.

9.0 ISU-ISU PERBINCANGAN

9.1 Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor . Mentor boleh menggunakan
isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu semasa yang difikirkan
relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan terlalu terikat dengan isu-isu
yang dicadangkan.
9.2 Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai fasilitator /
pemangkin/ pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan perlu diakhiri
dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee agar perkara penting
yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan tidak tergantung.
9.3 Laporan bagi setiap perjumpaan perlulah diserahkan kepada Penyelaras program
mentor mentee untuk tindakan susulan.

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Nor Azian Bt Abd Manan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn.Azian Bt Sali (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Hasanah Bt Ali (GPK Pentadbiran & Kurikulum)
En. Mohamad Noor Bin Bakar (GPK Kokurikulum)
Pn. Jumaayah Bt Hj Md Yasin (GPK Petang)
Penyelaras : Pn. Wan Ratnaizah Bt Wan Hussin (Sesi Pagi)
Setiausaha : Pn. Nor Laila Suriani Bt Mat Ail
AJK :
Dokumentasi : Pn. Suhaibatutasalamiah bt Omar (pagi)
Pn. Sarina bt Majid (petang)
Fotografi : Pn. Zuraini bt Md. Nayan
Juruacara : Pn. Rozana bt. Rosmin
Pn. Cik Rose Bt Itam
Bacaan Doa : En Mohd Khushairi Bin Abdullah
: En Supian Bin Menan
Latar Pentas : Cik Nur Sarah Bt Abdullah
Pn Mazura Yuslaili Bt Yusof

11.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Nor Azian Bt Abd Manan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn.Azian Bt Sali (GPK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Hasanah Bt Ali (GPK Pentadbiran & Kurikulum)
: En. Mohamad Noor Bin Bakar (GPK Kokurikulum)
Pn. Jumaayah Bt Hj Md Yasin (GPK Petang)
Penyelaras : Pn. Wan Ratnaizah Bt Wan Hussin
Setiausaha : Pn. Nor Laila Suriani Bt Mat Ail
AJK :
Dokumentasi : Pn. Suhaibatutasalamiah bt Omar (pagi)
Pn. Sarina bt Majid (petang)
Fotografi : Pn. Zuraini bt Md. Nayan
Juruacara : Pn. Rozana bt Rosmin
Pn. Rozana bt Arbain
Bacaan Doa : En Mohd Khushairi Bin Abdullah
: En Supian Bin Menan
Latar Pentas : Cik Nur Sarah Bt Abdullah
Pn Mazura Yuslaili Bt Yusof

12.0 PENUTUP

Semoga program Mentor Mentee ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak
dan dapat melahirkan murid yang mempunyai matlamat yang tinggi demi mencapai kejayaan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. ...............................................
(NOR LAILA SURIANI BT MAT AIL) (AZIAN Bt SALI)
Setiausaha, GPK Hal Ehwal Murid (HEM),
Unit Bimbingan & Kaunseling. SK. Bukit Beruntung.
SK. Bukit Beruntung.

Disahkan oleh,

..............................................
(NOR AZIAN BT ABD. MANAN)
Guru Besar,
SK. Bukit Beruntung.

Lampiran

SESI ISU PERBINCANGAN INPUT DAN KAEDAH


1 Penerokaan kendiri
Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri mentor (ice breaking)
Mendapat maklumat tentang diri mentee seperti latar belakang
Wujudkan kemesraan
Wujudkan kejelekitan
Wujudkan sense of belongings di kalangan mentee

2 Potensi diri Kekuatan /keistimewaan dan kelemahan diri


Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi
Ciri-ciri positif dan negatif

3 Pengurusan masa Kemahiran dalam pengurusan masa seharian di sekolah/rumah.


Bijak menggunakan masa untuk program kendiri
Programkan masa untuk akademik
Agihkan masa dengan penjadualan yang mantap bagi pelajaran, program
ko-kurikulum, tugas-tugas lain.
Peruntukan masa untuk beribadat.

4 Perkembangan sahsiah Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan sahsiah


Minta mentee senarai ciri-ciri Penyuburan sahsiah. Bincangkan
Kaitkan dengan tokoh-tokoh
Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik
Kongsikan program yang boleh membantu dalam perkembangan
sahsiah.
Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan di kalangan ahli.

5 Teknik-teknik belajar Kepentingannya


Cara belajar berkesan
Teknik menjawab soalan mengikut format UPSR
Kemahiran membuat nota/ cara membaca cepat
Cara mengingat fakta
Cara memahami soalan-soalan

6 Pengaruh Kelompok Kesan negative/pengaruh rakan Sebaya yang boleh mendorong kepada
usaha negatif dielakkan
Meniru budaya negatif
menganggotai klik
Anti establishment
Engkari disiplin sekolah
Bincangkan bagaimana untuk mengatasi
Contoh sikap yang positif

Cara-cara dan etika untuk berhubung dengan rakan sebaya, guru dan lain-
7 Perhubungan Kemanusiaan lain.
Cara bergaul/komunikasi untuk acara rasmi/ tidak rasmi dan prosedurnya
Cara saling hormat menghormati antara satu sama lain

You might also like