Bab 2 Literature Review

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bab 2

Tinjauan Literature

ULASAN

Dalam bab 2 tesis ini membincang dan meninjau kajian kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji lepas mengenai teori kesejahteraan, teori kesejahteraan sekolah dan
pencapaian akademik pelajar.

Pelbagai bentuk gaya kepimpinan telah dibincangkan dalam bab ini, yang mana ia amat
bersesuaian dengan keperluan kajian yang hendak dijalankan. Penyelidik juga menunjukkan
pemahaman yang komprehensif berkaitan pengetahuan terkini tentang tajuk tesis yang akan
dikaji dan mempunyai maklumat yang mencukupi berkaitan dengan tajuk kajian tesis.

Penyelidik telah menghuraikan beberapa istilah penting dan pelbagai model berkaitan dengan
tajuk tesis secara mendalam untuk memahami tajuk yang dikaji, memilih atau membentuk
kaedah penyelidikan dan memilih permasalahan kajian yang boleh memberi sumbangan secara
signifikan. Penyelidik juga dapat menambahkan lagi pengetahuan dengan membaca dan
mengemukakan tinjauan literature yang amat bersesuaian dan menepati kepada tajuk.

Penyelidik telah mengemukakan kajian kajian lepas tentang hubungan antara kesejahteraan
sekolah dengan pencapaian akademik pelajar dan hubungan.antara demensi-dimensi
kesejahteraan sekolah dengan pencapaian akademik pelajar dengan terperinci dan susunan
yang betul dan tepat. Sekolah ialah kaedah fizikal bangunan sekolah( Taylor ,2009).
Persekitaran fizikal ialah tempat atau ruang yang terdiri dari empat mekanisma iaitu
penggunaan ruang,pola peredaran dan penghiasan fizikal( Johnson, 2009).

Menurut Diener er al.(1990) kesejahteraan berkait dengan perasaan manusia seperti kesan
positif, kesan negative dan kepuasan hidup. Disamping menurut Sharifah Akman dan Shukri
(2006), emosi positif ialah suka, gembira, tenang, bahagia, ceria, kasih, yakin, bersemangat,
pasti, seronok, sensitive kepada keadaan dan sebagainya.

Kesemua hujah- hujah daripada pelbagai penyelidik sudah tentu berkait rapat dengan tajuk
kajian penyelidikan ini. Ini menunjukkan penyelidik merancang, mencari dan menyusun hujah-
hujah dan memfokuskan elemen elemen yang penting untuk menepati kehendak kajian.
PANDANGAN

Pada keseluruhannya saya berpendapat, kajian ini dijalankan dengan terperinci dan menepati
objektif kajian. Tinjauan literature yang dibuat oleh penyelidik memang benar memberitahu
kepada penyelidik apa yang telah dikaji supaya penemuan daripada kajian yang dijalankan
tidak akan dikatakan sebahagian penemuan baharu. Tinjauan literature topik penyelidikan ini
telah memberi panduan yang amat bagus untuk menyediakan soalan dan hipotesis kajian ini.

2.1 Model- Model Kesejahteraan

Terdapat pelbagai model kesejahteraan dikaji dan dikemukakan dalam bab ini. Model- model itu
adalah terdiri daripada model kesejahteraan subjektif atau emosi, model kesejahteraan
psikologikal, model kesejahteraan sosial, model kesejahteraan spiritual, model kesejahteraan
sekolah dan model kesejahteraan umum.

2.1.1 Model Kesejahteraan Subjektif atau Emosi

Menurut Borstein et al.(2003) Kesejahteraan Subjektif terdiri dari kepuasan untuk memenuhi
potensi diri. Beliau menerangkan kesejahteraan dalam era kata sebenar ia bukan sekadar
pencapaian kenikmatan tetapi rangsangan kesempurnaan ke arah individu sebenar.

2.1.2 Model Kesejahteraan Psikologikal

Menurut Ryff (1989) Kesejateraan Psikologikal mengandungI enam komponen iaitu


penerimaan diri, perkembangan diri, matlamat hidup, persekitaran masteri, outonomi dan
perhubungan positif dengan orang lain. Penerimaan diri bermaksud sikap positif terhadap
pengalaman lepas dan perkembangan diri bermaksud perasaan untuk menerima pengalaman
baru.Maka seseorang individu perlu mempunya sikap positif dengan orang lain dimana
memberikan keutamaan kepada bermesra,berpuas hati dan mempunyai hubungan yang
dipercayai.
2.1.3 Model Kesejahteraan Sosial

Model Kesejahteraan Sosial diutarakan oleh Keyes( 1998), dalam Snyder dan Lopez.2007).
Dimensi kesejahteraan sosial terdiri dari dimensi penerimaan sosial, dimensi penggerak sosial,
dimensi kewarasan sosial dan integrasi sosial. Penerimaan sosial bermaksud mempunyai sikap
positif terhadap orang lain dan menghargai dan menerima orang lain walaupun kadangkala
lebih kompleks.

2.1. 4 Model Kesejahteraan Spritual

Model Kesejahteraan Spiritual adalah jenis model yang melibatkan hubungan seseorang
dengan tuhan manakala model kesejahteraan umum pula menerangkan komponen sosial,
psychologikal dan kesihatan. Menurut White dan Mika (1983) kesejahteraan umum
mengandungi pelbagai pengukuran yang melibatkan penyesuaian social, fizikal dan simtom
psychosomatic. Model ini lebih berfokus kepada kegembiraan, penyesuaia, kepuasan dan
tekanan.

2.1.5 Model Kesejahteraan Sekolah

Model Kesejahteraan Sekolah oleh Konu dan Rimpela (2002) merupakan model kesejahteraan
yang menjadi asa dalam kajian. Model ini juga berasakan kepada Teori Kebajikan Sosiologikal
Allardt( Allardt, 1989 dalam Konu & Rimpela, 2002). Model ini menerangkan sekolah menjadi
asas kepada setiap pergerakan pendidikan.

2.1.6 Model Kesejahteraan Umum

Model Kesejahteraan Umum mengandungi konstruk kegembiraan, penyesuaian kepuasan dan


tekanan (Spanier & Furstenberg, 1982). Ia mengandungi komponen social, psychological dan
kesihatan. Model ini umunya mengandungi pelbagai pengukuran yang melibatkan penyesuaian
social, fizikal dan simpton psychosomatic. Secara keseluruhan model ini berfokus kepada
kegembiraan, penyesuaian dan tekanan.
Pemilihan kesemua model- model ini menunjukkan ia wajar dan patut diterangkan dalam bab ini
sebab konsep kesejahteraan dalam era kata sebenar adalah rangsangan kepada
kesempurnaan ke arah potensi sebenar individu dan bukan sekadar pencapaian kenikmatan.
Disamping emosi positif, kepuasan hidup dan kekurangan emosi negative adalah tanda- tanda
kesejahteraan untuk melahirkan suasana iklim yang bersih dan sempurna demi sesuatu
sekolah. Maka ia amat patut kepada penyelidik untuk meninjau model model ini untuk
membuat penyesuaian kepada tajuk tesis yang dipilih.

Penyelidik juga dapat menunjukkan pendapatan kajian kajian dengan terperinci dengan hujah
hujah pengkaji . Sumbangan pelajar, keadaan fizikal sekolah, perhubungan sosial pelajar ,
,guru saranan ibubapa, kepentingan kesihatan diri pelajar, potensi pelajaradalah unsur- unsur
yang amat penting dalalm sekolah yang menjadi satu organisasi pendidikan. Ini menunjukkan
penyelidik membuat tinjauan kajian yang konkrit dan amat bersesuaian dengan tajuk tesis.

RUMUSAN

Kesimpulannya , dalam Bab 2 ini (Tinjauan Literature) penyelidik cuba sedaya upayanya untuk
memurnikan soalan, hipotesis kajian dan menyediakan arah tuju yang boleh diikuti oleh
penyelidik, seperti mana dikatakan oleh, ( Marshall & Rosman, 1995; Creswell, 2009) . Dalam
kajian kualitatif, Creswell merumuskan tinjauan literature boleh digunakan pada bahagian awal
kajian, ditulis sebagai bab yang berasingan dan juga boleh digunakan untuk membeza dan
membandingkan pada akhir kajian. Ini juga dapat dibuktikan oleh penyelidik dengan
menggunakan langkah langkah tinjauan literature yang teratur dan yang akan memberi
keutamaan kepada hujah hujah para penyelidik yang menekankan idea-idea bersesuaian
dengan tajuk tesis yang dipilih. Selain itu, saya juga amat bersetuju dengan segala sorotan
literature yang dibuat oleh penyelidik amat membantu dan memberi sumbangan yang besar
untuk meneruskan kajian tesis tajuk ini dengan konfiden dan lebih tekun oleh penyelidik.

You might also like