Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

JALAN MAHARAJALELA,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon : 05-6221970 Faks : 05-6214904 Portal : www.ppdhilirperak.edu.my

PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN


Ruj.Kami : PPD.HIP 100/14/9(35)
Tarikh : 23 DISEMBER 2016
Guru Besar
Sekolah-sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

PERSEDIAAN DAN TINDAKAN: LINUS 2.0 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berhubung perkara di atas saya ingin menarik perhatian tuan terhadap perkara-perkara
berikut untuk tindakan tuan bagi memastikan program LINUS sekolah tuan mencapai KPI
(Indeks Penentu Pencapaian) yang telah ditetapkan. Antara perkara dan tindakan tersebut
adalah:

2.1. Mengenal pasti dan menentukan guru subjek LINUS 2.0 untuk tahun 2017
2.2. Membentuk dan melantik Jawatankuasa Kerja LINUS 2.0 di sekolah.
2.3. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS 2.0.
2.4. Membuat perancangan tahunan untuk LINUS 2.0
2.5. Meletakkan kepentingan LINUS 2.0 sama dengan kepentingan UPSR .
2.6. Memastikan saringan LINUS 2.0 dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
2.7. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan
dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
2.8. Memantau pelaksanaan Program Bahasa Melayu, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris
Tahap 1 dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan.
2.9. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru Pemulihan.
2.10. Memastikan guru LINUS 2.0 dan guru Pemulihan menggunakan Modul Literasi Bahasa
Melayu, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh KPM.
2.11. Bekerjasama dengan ibu bapa/PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan kepentingan
Program Literasi Bahasa Melayu, Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris (LINUS).
2.12. Mencerap pelaksanaan P&P guru LINUS dan guru Pemulihan.

-Ke arah Hilir Perak Nombor 1 Malaysia-


(Silacatatkanrujukanpejabatiniapabilaberurusan)
3. BORANG MAKLUMAT PENYELARAS DAN GURU SUBJEK LINUS 2.0 TAHUN 2017
3.1 Mohon Penyelaras Linus untuk menghantar borang maklumat yang telah dilengkapkan
bersama dokumen berikut pada atau sebelum 18 Januari 2017 :

3.1.1 Jadual waktu mengajar guru Literasi Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 3
3.1.2 Jadual waktu mengajar guru Literasi Bahasa Inggeris Tahun 1 hingga Tahun 4
3.1.3 Jadual waktu mengajar guru Numerasi Tahun 1 hingga Tahun 3

3.2 Borang maklumat beserta lampiran boleh dimuat turun di


http://jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/ dan perlu dihantar untuk perhatian (u.p) : Pegawai
Fasilinus berikut :

3.2.1 Sekolah Kelompok 1 / Kelompok 2 : Pn Suazlina bt Salbani 0195878664


3.2.2 Sekolah Kelompok 3 / Kelompok 4 : En Ahmad Nazamuddin AM 0134895411
3.2.3 Sekolah Kelompok 5 / Kelompok 6 : Pn. Azua Biyanti bt Baharudin 0134092987
3.2.4 Sekolah Kelompok 7 / Kelompok 8 : En Faddil Azhar b. Mat 0165546004

4. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi En Abdul Nasser b. Abdul Majeed
Fasilinus Literasi BM di talian 019-570 4567

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

HJ SULAIMAN BIN HJ SAMSUDIN


Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

-Ke arah Hilir Perak Nombor 1 Malaysia-


(Silacatatkanrujukanpejabatiniapabilaberurusan)

You might also like