Professional Documents
Culture Documents
Formula Perkembangan Isi Karangan
Formula Perkembangan Isi Karangan
KREATIVITI
Datin Mariam binti Mehad
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
e-mail : anizasabjan@yahoo.com
ATAH ( 5W 1H 1I ) ACAS
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan satu ayat bertaut
dengan ayat yang berikutnya. Antaranya ialah menggunakan penanda wacana yang
memang kaya dalam perbendaharaan Bahasa Melayu (Lihat Lampiran 1). Selain itu,
tautan rujukan, tautan penggantian, tautan pengguguran, tautan pengulangan dan
tautan berlawanan, seerti dan sekelas boleh digunakan. Satu perkara yang boleh
dianggap sebagai kreativiti baru dalam pengembangan isi ini ialah tambahan satu I
(If) dalam rumus yang diberikan. Satu I ini, merujuk kepada aspek kemahiran
berfikir yang selama ini terabai.
1
Kemahiran berfikir yang boleh dikaitkan dengan dengan satu I ialah kemahiran:
Contoh aplikasi rumus (formula) untuk mengembangkan isi yang dicadangkan ialah
seperti berikut :
(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman
nenek moyang lagi.
(AH 1) Aktiviti ini perlu kita suburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi
yang melanda negara.
(AH 2) Dengan adanya tabungan, kita pasti akan merasa terjamin terutama
sekali dalam masa kecemasan.
Mengapa?
Bagaimana?
2
(AH 4) Malahan ramai sependapat bahawa kepentingan menabung perlu
ditekankan kepada semua anggota keluarga sejak zaman kanak-
kanak lagi.
Bila?
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank dan
institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya
terus menabung.
Siapa?
(Sekiranya)
Di mana ?
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-
masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga
mengatur perbelanjaan.
3
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mengadakan buku
catatan perbelanjaan yang khas.
(Bila?)
(Bagaimana?)
(Siapa?)
(Sekiranya)
(AC) Umpamanya, senarai teratas ialah beras, gula, susu, kopi, tepung,
rempah-ratus dan sebagainya.
4
Kaedah yang sama boleh diteruskan untuk mengembangkan isi-isi atau idea yang
lain mengikut keutamaan. Jika kaedah ini digunakan, kita sebagai guru sebenarnya
telah membiasakan pelajar mengarang berdasarkan proses-proses bertahap
berdasarkan soalan yang tersembunyi untuk membina ayat. Walau bagaimanapun,
teknik penyoalan yang tersembunyi ( 5W 1H 1I ) ini tidaklah semestinya mengikut
turutan. Pelajar-pelajar boleh memilih mengikut kreativiti masing-masing. Malahan
ayat contoh ( AC ) juga boleh dimasukkan lebih daripada satu dalam sesuatu
perenggan.
KESIMPULAN
ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
5
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG
KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan
dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)
OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang
gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas.
Ceraian (viii)
6
1.Bahasa yang gramatis
Tatabahasa Dewan
Daftar Ejaan Rumi
Kamus Dewan terkini
3.Pertautan idea
Perhubungan yang erat ( kohesi )
Kejelekitan
Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )
1. PERTAUTAN NAHUAN
2. PERTAUTAN LEKSIKAL
3. WACANA YANG KEMAS IAITU
Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat
-Harimurti Kridalaksana, 1978
7
Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul
SOALAN CONTOH
Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak
terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh
anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.
FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah
yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).
RANGKA KESELURUHAN
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
1I ( SEKIRANYA )
Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
8
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa
(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi
tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda
negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan
sudah memadai.
( Mengapa? )
(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan
kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada
setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi
kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )
(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti
menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan
semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum
habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)
Merancang perbelanjaan
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba
masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan
peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
9
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap
hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua
anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga
merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap
kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan.
(Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku
pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang
selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit.
KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah
pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.
PENUTUP KARANGAN
Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah
dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang
telah dibincangkan.
10
Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu
yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi
gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk
mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan
yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis
dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima
hingga tujuh ayat.
SEKIAN
SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH.
11