Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Tun Perak

15JUL
Tun Perak telah dianggap salah seorang daripada tiga orang pentadbir yang teragung.di alam Melayu
pada masa Kesultanan Melayu Melaka. Beliau mempunyai keperibadian, cita-cita dan kebolehan yang
tinggi murni bagi seorang pemimpin. Beliau merupakan Bendahara Melaka dalam kurun ke-15 dan
merupakan pentadbir yang teragung bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit dan Raja
Kenayan dari Pasai. Beliau merupakan Bendahara Melaka yang ke-lima dengan gelaran Bendahara Paduka
Raja selepas Bendahara ke-empat iaitu Tun Ali Seri Nara Di-raja.
Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1396. Melaka telah dinamakan bersempena pokok
melaka. Melaka telah dijadikan pentas bagi pendatang Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris dalam
penciptaan sejarah. Di bawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau
serta dibantu oleh Bendahara Tun Perak, Melaka membangun hingga menjadi kuat dari segi politik, sosial
dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari
negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan
utama di timur pada suatu masa dahulu.

Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang telah menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk
Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun
Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah
hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam. Kepesatan pembangunan di Melaka
telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-
negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

You might also like