Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KESELAMATAN DI

MAKMAL KOMPUTER
3.1 Peralatan

3.1.1 Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan


yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT

3.1.2 Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers,


perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan
ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.

3.1.3 Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah


dipasang supaya operasi tidak terganggu.

3.1.4 Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap


kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku

3.1.5 Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa
penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh
salah pengendalian

3.1.6 Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk


mengelakan terlampau panas.

3.2 Plan kecemasan

3.2.1 Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal


Komputer.
3.3 Langkah-langkah keselamatan

KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM


3.3.1 Kunci :
3.3.1.1 Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas
3.3.1.2 Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT
sahaja.
3.3.1.3 Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.

3.3.2 Akses Pelawat :


3.3.2.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik
berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
3.3.2.2 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah
kawalan beliau.

3.3.3 Elektrik :
3.3.3.1 Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir
kilat.
3.3.3.2 Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat
Uninterupted Power Supply
3.3.3.3 Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.

3.3.4 Label
3.3.4.1 Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.

3.3.5 Pencegahan Kebakaran


3.3.5.1 Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu
mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.
3.3.5.2 Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam
keadaan baik.

3.3.6 Makanan
3.3.6.1 Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik
Pelayan.
KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER
ROOM)
3.3.7 Bilik
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci

3.3.8 Kunci
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

3.3.9 Akses Pelawat


3.3.9.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik
Pelayan.
3.3.9.2 Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh
maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad
Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar
serta masukan ruangan catatan jika perlu.
3.3.9.3 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik
Pelayan setiap masa.

3.3.10 Elektrik
3.3.10.1 Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power
Supply.
3.3.10.2 Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa
dingin.

3.3.11 Alat Penghawa Dingin


3.3.11.1 Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua
(2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24
jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan
dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown
apabila tidak diguna.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER


3.3.12 Akses
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal
Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan
dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan internet.
3.3.13 Elektrik
Pastikan semua punca elektrik dimatikan sebelum meninggalkan makmal
3.3.14 Alat Penghawa Dingin
Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.

You might also like