Teknik Modifikasi Tingkah Laku Dan Model Asertif Canter

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan

Menurut Mok (2010), pengurusan bilik darjah bermaksud cara yang digunakan untuk
mengurus aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah
bagi memastikan penggunaan masa yang efesien dan juga mewujudkan suasana
pembelajaran yang mesra, iaitu mengurangkan masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku
secara umumnya ditakrifkan sebagai tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak,
norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat (Haliza & Joy, 2009). Salah satu masalah
tingkah laku yang sering wujud di dalam bilik darjah ialah tingkah laku disruptif. Disruptif
merujuk sesuatu tindakan yang mengganggu, dan menjejaskan aktiviti atau pelaksanaan
sesi pembelajaran dan pengajaran seperti tidak memberikan perhatian, tidak membuat
latihan dan mengganggu rakan. Masalah tingkah laku yang pernah saya lihat ialah murid
mengganggu rakan yang berdekatan dengan murid tersebut semasa proses pembelajaran
dan pengajaran sedang dijalankan Antara perbuatan murid semasa mengganggu rakan
ialah mencucuk bahu rakannya menggunakan pensel, mengambil buku dan sengaja berbuat
bising supaya rakannya itu rasa tidak selesa. Rentetan itu, saya merancang satu pelan
intervensi untuk menangani masalah tersebut. Intervensi yang saya gunakan ialah Teknik
Modifikasi Tingkah Laku semasa saya melaksanakan satu aktiviti berkumpulan di dalam
kelas. Bagi masalah yang sama, saya mencadangkan Model Disiplin Asertif Canter yang
berasaskan peneguhan dan penguatkuasaan peraturan dalam bilik darjah.

2.0 Intervensi Menangani Tingkah Laku Bermasalah.

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas semasa memerhati keadaan dalam bilik darjah,
masalah yang sering wujud dalam bilik darjah ialah murid suka mengganggu rakan yang
berdekatan dengannya semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Situasi yang
saya perhatikan ialah terdapat seorang murid sangat seronok mengganggu rakan di
sebelahnya semasa guru sedang mengajar. Perbuatan yang selalu dilakukan murid tersebut
ialah mencucuk badan rakannya menggunakan pensel untuk tujuan membuat provokasi
terhadap rakannya itu. Murid tersebut akan ketawa jika rakannya memarahi murid itu. Murid
tersebut hanya diam untuk beberapa minit sahaja apabila guru menegurnya dan
meneruskan perbuatan untuk tujuan mengganggu rakannya. Semasa guru mengadakan
aktiviti kelas pula iaitu membaca secara serentak, murid tersebut sengaja berbuat bising
supaya rakan di sebelahnya hilang fokus semasa membaca. Tingkah laku murid tersebut
telah mengganggu dan menjejaskan pelaksanaan sesi pembelajaran dan pengajaran
terutamanya bagi rakan yang berada di sebelahnya. Daripada masalah murid itu tadi saya
membuat satu intervensi untuk mengubah tingkah laku negatif murid itu kepada tingkah laku
yang diingini. Intervensi membawa maksud mempertingkatkan keadaan atau tugas yang

1
bermasalah, lemah dan mempunyai kekurangan (Suppiah et.al, 2008). Intervensi yang saya
akan laksanakan ialah Teknik Modifikasi Tingkah Laku. Teknik Modifikasi tingkah laku
menggunakan prinsip peneguhan (Haliza dan Joy, 2016). Peneguhan bermaksud
mengukuhkan lagi tingkah laku supaya tingkah laku yang diingini berulang atau dilakukan
secara berterusan (Noriati et.al, 2015). Terdapat dua jenis peneguhan dalam Teknik
Modifikasi Tingkah Laku iaitu peneguhan positif dan negatif. Menurut Haliza dan Joy (2016),
peneguhan positif ialah tambahan ganjaran atau insentif peningkatan ganjaran sehingga
tingkah laku diingini dapat diperoleh manakala, peneguhan negatif ialah mengeluarkan
rangsangan negatif untuk meningkatkan tingkah laku. Dua jenis peneguhan adalah untuk
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Oleh itu, berdasarkan Teknik Modifikasi Tingkah
Laku sebagai intervensi, saya akan merancang cara untuk melaksanakan intervensi ini
untuk mengubah tingkah laku murid yang suka mengganggu rakannya.

Pertama sekali, saya akan menentukan ganjaran. Cara untuk menentukan ganjaran
yang diberikan adalah berkesan, saya akan memerhatikan tingkah laku murid semasa
menerima ganjaran. Ganjaran yang digunakan ialah dalam bentuk hadiah iaitu gula-gula.
Hal ini demikian, murid sekolah rendah cenderung untuk bersifat materialistik dan amat
menyukai sesuatu yang konkrit. Saya akan memuji seorang murid kerana berpakaian kemas
dan memberikannya gula-gula dan melihat respon mereka. Seterusnya, saya akan
menjelaskan kepada murid tentang ganjaran yang akan diberikan kepada murid yang
berkelakuan baik. Kemudian, saya akan membahagikan murid kepada kumpulan untuk
membuat sesuatu aktiviti berkumpulan iaitu menyusun puzzle. Salah satu rasional saya
membuat aktiviti berkumpulan adalah untuk saya mengesan murid yang tidak memberi
kerjasama dan murid yang mengganggu rakan semasa aktiviti dijalankan. Pada masa itu
saya akan menjalankan intervensi saya. Bagi murid yang melakukan aktiviti dengan tingkah
laku yang baik saya akan memberikan lima biji gula-gula, manakala bagi murid yang
mengganggu rakan yang lain saya hanya memberikan sebiji gula-gula. Saya akan
menjelaskan kepada murid tersebut sebab dia mendapat kurang daripada yang lain.
Ganjaran yang kurang daripada yang lain itu akan menjadi rangsangan kepada murid
bermasalah itu supaya dia meningkatkan tingkah laku yang diingini oleh saya. Saya tidak
menggunakan dendaan kerana menurut kajian, ganjaran adalah lebih berkesan (Haliza &
Joy, 2016). Tambahan pula, sifat kanak-kanak yang materialistik akan membuatkan murid
menginginkan hadiah. Dalam pada itu, saya sentiasa mengingatkan murid-murid untuk
berkelakuan baik supaya ianya menjadi sesuatu kelaziman dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran. Jadi, Teknik Modifikasi Tingkah Laku adalah intervensi yang saya gunakan
untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dalam murid yang suka mengganggu rakan
sekelasnya.

2
3.0 Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah

Bagi masalah murid yang mengganggu rakan yang berdekatannya, saya mencadangkan
Model Disiplin Asertif Canter untuk membendung masalah ini. Model Disiplin Asertif Canter
adalah berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan guru mempunyai hak
untuk menentukan peraturan di dalam bilik darjah. (Haliza & Joy, 2016). Perkaitan antara
peneguhan dan penguatkuasaan peraturan adalah sebab utama model ini sesuai digunakan
untuk menangani masalah murid yang suka mengganggu rakan semasa aktiviti
pembelajaran dijalankan oleh guru. Dalam situasi saya yang mengajar murid sekolah
rendah, dan terdapat seorang murid yang suka mengganggu rakan, pertama sekali, saya
akan menetapkan peraturan penting sebelum saya mengajar. Saya akan menjelaskan
kepada mereka tentang tingkah laku yang saya ingini semasa proses pembelajaran dan
pengajaran berlaku. Selain itu, saya akan menjelaskan implikasi jika murid tidak mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Manakala, murid yang mematuhi peraturan akan diberikan
pujian sebagai penghargaan dan menjadi rangsangan kepada murid yang lain. Hal ini
merupakan salah satu daripada ciri guru yang asertif iaitu menyatakan dengan jelas
kemahuan guru terhadap tingkah laku murid yang diingini (Haliza & Joy, 2016). Peraturan
akan dikuatkuasakan sepanjang saya mengajar. Jika murid didapati menganggu rakan
untuk kali yang pertama, saya akan memberi amaran yang pertama iaitu memberi teguran
yang tegas untuk melarang murid tersebut berbuat demikian. Bagi kali kedua murid masih
lagi melakukan perkara yang sama, saya akan memberikan time out tiga minit di belakang
kelas. Saya akan memberitahu murid tersebut sebab saya memberikan dendaan kepada
dia. Di samping itu, saya akan bersemuka dengan murid secara peribadi dan bertanya
kepada murid tersebut mengapa dia suka mengganggu rakannya. Hal ini akan menimbulkan
hubungan yang harmonis antara saya dan murid seterusnya wujudnya rasa hormat dalam
murid. Jika murid menunjukkan peningkatan tingkah laku, adalah wajar untuk saya
memberikan ganjaran. Ganjaran untuk perubahan yang pertama ialah pujian. Hal ini
demikian, murid yang lain akan mencontohi murid tersebut. Jika murid tersebut meneruskan
tingkah-laku yang diingini saya akan memberikannya hadiah sebagai rangsangan kepada
murid tersebut dan murid yang lain. Kaedah ini akan diteruskan sehingga ianya menjadi
suatu kelaziman dan tiada rangsangan diperlukan lagi untuk mengubah tingkah laku.
Peraturan akan sentiasa dikuatkuasakan untuk mengingatkan murid tentang kelakuan yang
patut diamalkan di dalam bilik darjah. Oleh itu, Model Disiplin Asertif Canter sesuai untuk
meningkatkan tingkah laku murid yang bermasalah kerana ianya gabungjalinan prinsip
peneguhan dan penguatkuasaan peraturan dan secara tidak langsung menjadi amalan
murid dalam bilik darjah.

3
4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, intervensi Teknik Modifikasi Tingkah Laku merupakan satu manifestasi fikiran
untuk menangani masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Hal ini demikian, murid diberikan
rangsangan berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan di dalam bilik darjah. Seterusnya,
Model Disiplin Asertif Canter pula menggabungjalinkan peneguhan dan peranan saya
sebagai penguatkuasa peraturan dalam bilik darjah. Model ini sesuai digunakan kerana
murid akan membiasakan diri dengan peraturan yang telah ditetapkan dan kemudian
menjadi satu amalan dalam bilik darjah. Berdasarkan model ini juga saya dan murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan kerana ada penjelasan daripada saya dan murid soal
tingkah laku. Menurut Mok (2010), guru yang berkesan menunjukkan sikap penyayang
terhadap muridnya. Walaupun guru menunjukkan sikap penyayang namun ketegasan juga
harus wujud supaya timbul rasa hormat dalam diri murid. Murid akan merasa selamat dan
diterima dalam bilik darjah. Maka, sesi pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan
lancar dengan perubahan tingkah laku yang positif dalam diri murid.

(1306 patah perkataan)

4
Grafik 1: Peta Pokok

MO e nw gy u e au j u m wr a d a a n k l i ag nk
bTtsa i nu n i n ga g m ks k a a a hn s h a a l a l a k h u
jLpt i n aoe g ksm uki t b ai f D e h d l a a a l la j a l a a k m r mu a
eMdn ai r uy il a r m i nm d ug rm i d u . r i d .
kP o r an sd e u k s o i f l. a h
t
i
f

5
emastiknobjfplrcdugvMhK-yw.G
Grafik 2: Peta Alir

TINDAKAN YANG DIJALANKAN OLEH GURU

6
Grafik 3: Peta Buih

Menjelaskan kepada murid tingkah laku yang diingini dan implikasinya jika tidak dituruti.

Memberikan hadiah atau pujian kepada murid yang


berkelakuan baik

Menggunakan kaedah didik hibur supaya pembelajaran lebih seronok.

Ciri-ciri pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru.

Menggunakan strategi berpusatkan murid iaitu membuat aktiviti berkumpulan.

Guru menggunakan prinsip peneguhan berdasarkan teori Burrhus F. Skinner

7
Grafik 4: Peta Bulatan

Guru perlu menjadi lebih kreatif


dalam merancang pembelajaran
supaya dapat menarik minat
murid

Ciri-ciri guru yang


efektif dalam Guru harus
Guru harus peka pengurusan bilik mengutamakan
terhadap masalah darjah dan tingkah
kepentingan murid
yang berlaku dalam laku.
dan tidak
kalangan murid mengabaikan
keperluan murid

Guru bijak mengesan


masalah yang wujud dalam
kalangan murid dan mencari
jalan penyelesaian terhadap
masalah tersebut.

Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan


PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009.

8
Senarai Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan Alam
Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Chuo Seng Chuan. (2012). Sifatku Perubahan Dalam Tingkah Laku Murid Prasekolah.
Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009,
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 150-159

You might also like