Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBPE2203
UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER SEPTEMBER 2015
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus
ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda
tidak dibenarkan untuk menukar teks/ frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print
screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan
penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New
Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan
tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah
perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal
untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan
salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar
mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang
BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh
penghantaran.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb
November 2015 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti
yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti
penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran
tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

1
PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil. Kadar Pertindihan Potongan Markah


1. 0 30 0
2. 30.01 50 5
3. 50.01 70 10
4. 70.01 - 100 100

2
SOALAN TUGASAN

Salah satu daripada komponen penilaian yang boleh dijalankan untuk mengukur pencapaian
lakuan motor ialah melalui pengukuran kemahiran sukan. Ujian kemahiran sukan boleh
dijalankan untuk menentukan tahap pencapaian dan potensi pelajar di samping membantu
guru untuk memilih pelajar yang berbakat mewakili sekolah atau negara dalam permainan
tertentu.

Sehubungan dengan itu, bagi menyempurnakan tugasan ini,

i. Anda dikehendaki mengenal pasti DUA jenis ujian yang boleh digunakan untuk
menilai kemahiran asas pelajar dalam permainan hoki.
Seterusnya, anda dikehendaki menyediakan manual pelaksanaan dan spesifikasi ujian
kemahiran permainan hoki yang lengkap sebagai panduan ujian. Manual yang
dihasilkan menjelaskan prosedur pelaksanaan ujian yang hendak dijalankan supaya
lebih infomatif dan lengkap serta membantu guru melaksanakan ujian dengan lebih
sistematik dan efektif.

ii. Anda juga dikehendaki menjalankan ujian yang telah disediakan dalam manual ke
atas 10 orang pelajar di sebuah sekolah. Berdasarkan data dan maklumat hasil
pengujian, anda dikehendaki membuat analisis yang lengkap berkaitan dengan
prestasi mereka.

iii. Anda juga perlu menyediakan laporan yang reflektif berkaitan dengan pelaksanaan
ujian tersebut serta mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh
dijalankan untuk mengatasi kelemahan dan kesilapan yang dikenal pasti.
Jumlah : 40 markah

3
PANDUAN PELAJAR
(a) Menyediakan manual yang lengkap berkaitan dengan prosedur dan spesifikasi ujian
bagi DUA kemahiran dalam permainan hoki.
Setiap instrumen hendaklah mengandungi maklumat berikut :
- Nama ujian
- Objektif ujian
- Kesahan, kebolehpercayaan
- Alatan yang diperlukan
- Organisasi pentadbiran ujian
- Prosedur pelaksanaan ujian
- Borang skor
- Gambar berkaitan
(b) Membuat analisis data / keputusan ujian kemahiran permainan hoki ke atas 10 orang
pelajar dengan lengkap dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan
peratus. Sertakan rajah dalam bentuk carta pai atau graf yang sesuai dan berkaitan
untuk menjelaskan tahap pencapaian pelajar dalam ujian tersebut.
(c) Membuat laporan reflektif berkaitan dengan pelaksanaan ujian kemahiran permainan
tersebut dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi semasa melaksanakan ujian tersebut.
(d) Anda digalakkan menyertakan gambar-gambar, foto atau rajah untuk menyokong
tugasan anda.

Rujukan:
1. OUM (2012). HBPE 2203 : Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan
Jasmani.
2. Johnson, B.L. & Nelson. J.K. (1969). Practical measurement for evaluation in
Physical Education. Burgess Pub. Co. University of Michigan. (Digitized 2006).

4
RUBRIK TUGASAN

Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah


Kriteria Wajaran 0 1 2 3 4 Penuh

0.5 Tiada Pengenalan Pengenalan Pengenalan Pengenalan 2


Huraian 2 pengenalan kemahiran asas kemahiran asas kemahiran asas kemahiran asas
ujian kemahiran asas permainan hoki permainan hoki permainan hoki permainan hoki yang
kemahiran permainan hoki tidak sesuai dan yang agak sesuai yang sesuai dan sangat sesuai dan
asas tidak relevan. dan agak relevan. relevan. sangat relevan.
permainan
hoki Huraian prosedur
2 Tiada huraian Huraian prosedur ujian kemahiran Huraian prosedur Huraian prosedur 8
(2 prosedur prosedur ujian ujian kemahiran asas permainan hoki ujian kemahiran ujian kemahiran asas
atau lebih) kemahiran asas asas permainan agak lengkap dan asas permainan hoki permainan hoki
permainan hoki hoki tidak agak memuaskan. lengkap dan sangat lengkap dan
disediakan lengkap dan tidak terperinci. sangat terperinci.
memuaskan.
Gambar dan rajah
1 Tidak Gambar dan rajah ujian kemahiran Gambar dan rajah Gambar dan rajah
menyertakan ujian kemahiran asas permainan hoki ujian kemahiran ujian kemahiran asas 4
sebarang asas permainan agak sesuai dan asas permainan hoki permainan hoki yang
gambar atau hoki yang tidak agak relevan. sesuai dan relevan. sangat sesuai dan
rajah yang sesuai dan tidak sangat relevan.
berkaitan relevan.
dengan ujian
yang dijalankan.
Tidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah
Kriteria Wajaran 0 1 2 3 4 Penuh

Analisis 2 Tiada analisis Analisis tahap Analisis tahap Analisis tahap Analisis tahap 8
Data tahap pencapaian pencapaian pelajar pencapaian pelajar pencapaian pelajar
Pencapaian pencapaian pelajar dalam dalam Ujian dalam Ujian dalam Ujian
Pelajar pelajar dalam Ujian Kemahiran Kemahiran Asas Kemahiran Asas Kemahiran Asas
dalam Ujian Ujian Asas Permainan Permainan Hoki Permainan Hoki Permainan Hoki
Kemahiran Kemahiran Asas Hoki terlalu agak terperinci. terperinci. sangat terperinci.
Asas Permainan ringkas.
Permainan Hoki.
Hoki
Tiada rajah Rajah/ jadual Rajah/ jadual tahap Rajah/ jadual tahap Rajah/ jadual tahap 4
1 berkaitan tahap pencapaian pencapaian agak pencapaian pencapaian sangat
dengan tahap pelajar tidak relevan. relevan. relevan.
pencapaian relevan.
pelajar

Refleksi 2 Tiada refleksi Refleksi Refleksi Refleksi Refleksi pelaksanaan 8


Kritikal ke dihasilkan. pelaksanaan ujian pelaksanaan ujian pelaksanaan ujian ujian
atas tidak kritikal. agak kritikal. kritikal. sangat kritikal.
pelaksanaan
ujian 1.5 Tiada cadangan Cadangan Cadangan Cadangan Cadangan penambah 6
penambah penambah baikan penambah baikan penambah baikan baikan untuk
baikan untuk untuk mengatasi untuk mengatasi untuk mengatasi mengatasi setiap
mengatasi setiap masalah setiap masalah yang setiap masalah yang masalah yang
masalah yang yang dikenal pasti dikenal pasti agak dikenal pasti dikenal pasti sangat
dikenal pasti. tidak relevan. relevan. relevan. relevan.

40
JUMLAH MARKAH

You might also like