Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SWOT ANALYSIS

Kewangan
KAW KAW LICIOUS syarikat yang mempunyai peluang perniagaan yang besar kerana sumber kewangan yang jelas
iaitu daripada gerai jualan dan juga sos yang telah dikilangkan khas dari kilang. KAW KAW LICIOUS tidak mempunyai
rancangan yang jelas dan sistematik untuk kebanyakan perkara. Sebagai contohnya sebelum melaksanakan satu
proses yang baru seperti proses pembuatan sos, nilai wang bahan yang telah digunakan juga tidak dicatat dengan
baik. Mengawal aliran masuk tunai ialah kunci kepada syarikat, kerana syarikat hanya akan bergerak apabila
mempunyai kewangan yang jelas teratur iaitu tidak langsung memcampur adukkan wang peribadi ke dalam
syarikat. Tambahan daripada itu, KAW KAW LICIOUS diingatkan hanya menggunakan modal pusingan apabila sudah
jelas mendapat balik hasil yang tidak dapat dikutip pada bulan yang tertangguh. Hal ini telah dibuktikan apabila
kesan yang jelas terjadi kepada KAW KAW LICIOUS apabila tidak dapat memulakan proses pemubuatan sos di kilang
mereka pada bulan yang lepas. Tiada untung bersih yang sebenar dicatatkan iaitu hanyalah kerugian dicatatkan
menyebabkan kilang tidak dapat berfungsi, yang telah membawa terbantutnya proses pengilangan dan membawa
kepada pertambahan hutang jika berlarutan. Untuk kebaikan,KAW KAW LICIOUS perlu mencatat segala aliran tunai
secara sistematik dan efisen supaya segala nilai kerugian atau keuntungan jelas di depan mata.

Sumber Pekerja
KAW KAW LICIOUS banyak mengguna pakai tenaga manusia untuk proses perjalanan gerai dan kilang mereka.
Namun yang menjadi masalah ialah pengurusan yang tidak cekap, iaitu kebanyakan perkara banyak dilakukan oleh
pengarah syarikat iaitu pembukaan gerai atau kilang. Tenaga kerja manusia dianggap kurang kerana kebanyakan
perkara hanya dilaksanakan oleh individu yang sama, daripada kerja yang melibatkan tenaga manusia hinggalah
segala urusan berkaitan pendokumentasian maklumat hutang piutang. Juga tidak dilupakan, KAW KAW LICIOUS tidak
mempunyai pekerja ataupun setiausaha yang jelas bekerja dalam menjaga segala urusan tempahan masuk syarikat.
Sebagai contoh, tiada orang yang bertanggungjawab membalas segala khidmat pesanan ringkas atau whatsapp
berkenaan segala pesanan, tetapi segala pesanan tidak dicatatkan secara formal. Segala urusan pembuatan sos
juga dilakukan kebanyakan oleh pengarah syarikat kerana masalah kekurangan pekerja.

Operasi
Segala operasi kilang dikhususkan kepada mesin pembuat sos char kuew teow. Untuk makluman mesin
tersebut mampu untuk menyiapkan 200 botol untuk satu-satu masa beroperasi. Namun kekangan yang
diterima ialah apabila mesin yang dipesan tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan. Hal ini
menjejaskan sesi pembuatan sos kerana kekangan ini memerlukan wang tambahan untuk diselesaikan
masalahnya. Kos penambahbaikan yang tinggi dan juga kos penjagaan yang mahal, menyebabkan segala-
galanya perlu dilakukan dengan jelas dan berkesan iaitu hasil pulangan untung akan dikhususkan sedikit
untuk penambah baik mesin dari masa ke masa.

Pengurusan
Proses pengurusan syarikat KAW KAW LICIOUS masih banyak memerlukan penambahbaikan. Hal ini
berkaitan dengan situasi jangka hayat produk, kelulusan daripada pihak berwajib di Malaysia, segala
nutrient makanan tersebut dan juga proses penghantaran ke luar semenanjung Malaysia. Segala yang
disebutkan masih tidak lengkap dengan segala butiran masih dalam proses penyelesaian masalah. Apa
yang dicadangkan ialah syarikat KAW KAW LICIOUS memberikan keutamaan terlebih dahulu terhadap
kelulusan daripada pihak berwajib iaitu Jakim. Hal ini kerana kelulusan membolehkan syarikat KAW KAW
LICIOUS menjenamakan sos mereka kepada sesuatu yang lebih besar iaitu, mungkin program-program
besar, yang melibatkan makanan halal di luar negara ataupun eksport ke luar negara.

Pemasaran
KAW KAW LICIOUS memiliki strategi pemasaran yang luar biasa, bermula daripada laman sesawang iaitu
instagram, facebook, blogger hinggalah kepada strategi pemasaran melalui televisyen seperti Al-Hijrah
dan sebagainya. Sebagai suatu jenama baru yang ingin bertapak di hati peminat makanan di Malaysia,
strategi pemasaran oleh KAW KAW LICIOUS amat luar biasa kerana menggunakan segala medium utama
demi menarik minat orang ramai di luar sana. KAW KAW LICIOUS perlu lebih produktif dalam menjaga
hubungan dengan pelanggan. Hal ini kerana pelanggan merupakan nadi kepada perniagaan sesuatu
syarikat apabola pelanggan setia dianggap medium penyebar utama produk istimewa yang dijalankan.
Sebagai sebuah syarikat baru, KAW KAW LICIOUS perlu meningkatkan hubungan mereka dengan
pelanggan lama kerana pelanggan ini akan menjadi nadi penggerak syarikat KAW KAW LICIOUS untuk
menghadapi bulan-bulan yang akan mendatang.
BMC
Key Partners
KAW KAW LICIOUS mempunyai ruang pemasaran yang luas dan rangkaian yang tinggi seperti PPRN untuk
modal awal dan juga sebarang urusan rujukan perniagaan dan khidmat nasihat. Selain itu, KAW KAW
LICIOUS juga mempunyai rangkaian dengan MARDI iaitu kerana MARDI menyediakan peluang perniagaan
dan modal awal khusus untuk bumiputra melayu. Tambahan daripada itu, UNIPEQ UKM DAN CESMED UKM
banyak memberikan khidmat tunjuk ajar untuk menjadi seorang usahawan yang bijak mengurus syarikat
secara sistematik dan juga cara mendapatkan sijil halal untuk meluaskan pasaran syarikat. Tambahan
daripada itu penglibatan TV Al-Hijrah memberikan peluang untuk KAW KAW LICIOUS mengembangkan
produknya ke semua bahagian di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, namun terdapat syarat -syarat
khusus sebelum mampu menembusi pasaran di Sabah dan Sarawak. Terdapat juga penglibatan-
penglibatan kecil daripada stokis -stokis dan agen-agen yang terlibat secara tidak langsung. Tidak
dilupakan steinbeis Malaysia, makanmana.tv, Emas putih dan Mawardi, Yunus dan pembekal bahan
mentah

Key Activities
Syarikat KAW KAW LICIOUS menyediakan perkhidmatan bahan jualan utama iaitu sos Char Kuew Teow
Faeez Taste. Antara lain, KAW KAW LICIOUS membuka gerai jualan makanan Char Kuew Teow di Saujana
Utama, 47000, Sungai Buloh. Bahan mentah dipilih dengan bahan yang berkualti tinggi dan jenama yang
terkenal dan juga penjagaan kualiti barang kulinari untuk menjamin kualitinya kekal tinggi.

Value Prepositions
Nilai etestika yang terdapat daripada Syarikat KAW KAW LICIOUS ialah sos yang pekat dan sedap mudah
digunakan untuk pelbagai makanan ruji mentah seperti Nasi, Mi, Bihun dan juga Maggi. Menggabungkan
segala bahan asas masakan dalam suatu bahan menjadi nilai tambahan sos KAW KAW LICIOUS kerana
memberikan penjimatan dan kemudahan buat pengguna.

Customer Relationship
KAW KAW LICIOUS mengutamakan pelanggan yang baru dan lama. Menjaga kualiti hubungan dan
perkhidmatan yang memuaskan.

Channels
Demi memberikan peluang buat peminat - peminat KAW KAW LICIOUS menikmati atau mendapat
perkhabaran mengenai rasa char kuew teow yang istimewa ini , KAW KAW LICIOUS amat komited
menjaga hubungan dengan pelanggan iaitu menjadikan medium laman sesawang seperti instagram dan
facebook dengan berita berita baru dan menu-menu istimewa. KAW KAW LICIOUs juga menjemput
blogger dan video blogger yang terkenal sebagai testimoni dan juga strategi pemasaran mereka.

Customer Segments
Pelbagai golongan pelanggan telah datang ke gerai KAW KAW LICIOUS untuk menikmati rasa istimewa
char kuew teow ini, namun pelanggan telah berfokuskan kepada golongan muda kerana lokasi gerai jualan
terletak di kawasan tumpuan pembelajaran iaitu berdekatan dengan laluan utama dan juga Universiti
Puncak Alam. Selain itu sos KAW KAW LICIOUS berfokuskan kepada suri rumah dan juga gerai jualan kecil
di kawasan-kawasan berdekatan Shah Alam.

Cost Structures
Segala barangan berkaitan dengan sumber tenaga manusia, bahan - bahan masakan , sumber asas
seperti minyak, elektrik dan air perlu diambil kira.

Revenue Streams
Bahan utama pembuataan sos char kuew amatlah berpatutan dan mampu milik, mampu menjana
keuntungan jikalau perancangan yang rapi dan sistematik dilaksanakan.

You might also like